Wednesday 30 January 2013

Sekadar ingatan bersama..^_^



Assalammualaikum wrt.

Tiap hari ada satu entry. Itu tandanya hati bonda tengah gelisah. Tiada tempat untuk berbicara serta tiada ruang untuk berkeluh kesah. Blog ini saja yang ada..sedih kan? sob3!!. Kadang2 bonda rasa diri bonda yang hina nih tak layak untuk menulis di sini, memberikan peringatan kepada orang lain. Namun apa pun yang bonda tulis selama ini di tulis dalam keadaan sedar dan insaf.

Tapi...bila bonda fikir kan balik, diri bonda yang banyak dosa ini perlu menulis.

Kenapa??

Untuk mengingatkan diri sendiri dan orang lain. Dan paling penting sekali untuk mengingatkan diri sendiri dulu sebelum MENGINGATKAN orang lain.

Semalam punya cerita...
Bonda rasa selama menjadi anak pada ayah dan bidadari bonda, bonda banyak buat silap. Hinggakan benteng kesabaran mereka sering teruji. Setelah berkahwin dan punya kehidupan sendiri, bonda bersusah payah untuk menjadi anak yang baik. Dengan harapan dapat menebus semua kekhilafan dulu. Walaupun jika di kenangkan kembali semuanya sudah di tebus dengan kelukaan zahir dan batin yang berparut hingga kini. Biarlah mimpi ngeri dan semua duka itu menjadi pengajaran bagi bonda untuk mendidik RYAN4 yang kini sedang membesar. InsyaALLAH..korang doakan tau :)

Namun..benarlah kata orang, untuk berubah dan menjadi seseorang yang baik di masa akan datang bukan lah perkara mudah. Ada sahaja kata2 nista dan fitnah orang. Semua gara-gara sikap kita dahulu. Hanya yang mengenali rapat kita sahaja yang akan menerima perubahan kita. Tapi sudah menjadi lumrah manusia, mereka yang melihat dari jauh turut juga mahu berkongsi pendapat dan menilai kita. Secara sinis nya, turut bersama2 sibuk mengejar dosa MENILAI. Sedangkan tidak kah kita tahu bahawa diri kita sendiri sedang di nilai...bagai mana pulak kita nak menilai orang lain???

- fikir -

Direct to the point. Secara peribadi bonda tidak pernah kisah ayah bonda mahu berumahtangga baru. Bonda faham dengan jelas siapalah bonda untuk melarang beliau. Apatah lagi membangkang keras niat baik itu. Dia durian...kita mentimun, golek ke kiri bonda luka..ke kanan pun bonda luka. Namun ia menjadi isu bila bakal 'mak baru' bonda itu baru sebulan ayahanda bonda kenal. Kami selaku anak2 pun tidak pernah berjumpa. Bagaimana mahu menerima?? bagaimana mahu melihat dia menghuni rumah bidadari bonda yang masih lagi jelas bayangnya di mana2.BAGAIMANA?.

Selama ini bonda dan adik bonda mendiamkan diri bila ada suara2 sumbang yang bertanya tidak mahu kah kami ber'ibu baru?..tidak mahu kah kami mencari penjaga mahligai ibu yang terbiar?

Tidak mahu kah?
Tidak mahu kah?
Tidak mahukah?

Ya soalan itu cukup mengguris hati bonda. Soalan apakah yang mereka tanyakan? soalan yang mereka tanpa sedar mengguris hati kami sebagai anak2 IBU. Soalan yang mencalarkan perasaan kami yang masih berdarah dengan pemergian ibu. And it still hurts. Bonda dan adik bonda bukanlah budak2 yang masih bermain kotak, kami dah dewasa dan cukup tua untuk rasa sensitif itu. Bila di diamkan makin galak yang bertanya, makin ramai yang menjadi penggalaknya. Justeru itu bonda terpaksa bertegas, bonda terpaksa berterus terang.

Hurmm...lain pula jadinya bila kita yang selama ini berdiam diri bersuara. Mendapat pula kita dengan title baharu 'biadap'. Adil ker semua ini? cukup saksama kah bagi penilai2 semua?.Mungkin ini tindakan yang sangat bijak bagi kalian yang tak MERASA. Teruskanlah berprasangka begitu kerana hanya kami yang melalui hari2 bersama ayah, kami dibesarkan oleh tangan bidadari itu dan makcik saudara. Jadi hanya kami yang tau KEBENARAN. So please lah..stop judging me and put urself in my shoes. Jangan hentam keromo sahaja memberikan pendapat.

Untuk mencari seorang IBU, Bukan mengambil masa hanya sebulan utk menilai. Namun jika yang di cari seorang PEREMPUAN, sehari saja sudah cukup untuk menerima. Tidak salah untuk menghalalkan yang haram..namun biar lah kena pada tempat dan masanya. Biarlah tau kedudukan sebenar sebelum menghukum. Kehidupan yang akan datang bersama 'mak baru' tersebut kami yang akan lalui. Buruk atau baik di masa akan datang, kami yang akan memikulnya. Berfikir dan bertindak dengan bijak adalah penting untuk masa depan ayah yang semakin di lewati usia. Bila tiba jodoh yang sesuai, dengan lapang dada dan seikhlas hati kami menerima.

Semenjak bidadari itu pergi, kehidupan ayah memang tidak ter'urus. Semuanya tidak sama. Namun kami tau ayah tidak lah rasa tersisih kerana bonda hampir setiap hari menjadi pemanggil setia bertanya khabar. Adik juga sudah jarang keluar berhibur bersama teman2 lantaran sayang pada ayah. Pulang sebulan sekali itu menjadi rutin bonda 7bulan ini. Bonda punya 4 ANAK kecil yang sudah bersekolah dan suami yang bekerja sendiri. Hujung minggu merupakan lubuk yang selesa bagi mencari sesuap nasi. Jadi pulang ke rumah ayah pada hujung minggu amatlah tiada upaya utk kami lakukan. Jika kekurangan wang belanja, kekeringan susu atau lampin pada siapa bonda mahu meminta jika pendapatan kami terjejas, pada kalian yang hanya pandai MENILAI?

Maaf jika entry ini bonda emosi dan hanya menjadi medan melepaskan kemarahan. Jika ada yang tersentap, terguris atau terasa..sila fikirkan semula apa yang bonda katakan ini dan letak diri anda di tempat bonda dan adik. Bukan simpati yang kami harapkan, tapi pemahaman dengan situasi ini sudah cukup memadai. Marilah kita sama2 berdoa agar kehidupan kalian yang masih punya segala2nya tidak di uji begini kerana berat rasanya perasaan ini. Parah jiwa ini menghayun langkah yang masih panjang. akhir kata...

Hanya kami yang mengenali ayah kami. Sekian.

*Al fatihah buat ibu tersayang, akak dengan adik rindu ibu :'(


~ Manusia ~





Bila kita berdiam...
mereka memijak kepala.

Bila kita melawan...
mereka jatuhkan hukuman derhaka. 

Bila kita mengangguk...
ibarat menghantar leher untuk di cangkuk.

Bila kita menggeleng...
ramai pula yang berpaling.


Harus apa lagi?

Allah swt lebih mengetahui tentang sesuatu yang tidak kita ketahui. Semua kejadian di tulis mengikut perancangan dari azali lagi. Menghalalkan sesuatu yang haram bukan kerja kita, memandang satu sudut juga bukan bermakna kita di pihak yang benar. Allahualam.


* Al Fatihah buat ibu tersayang..rindu ibu :(

Tuesday 29 January 2013

Cerita minggu ini part2




Assalammualaikum wrt.

Ok. ini nak cerita part 2 plak. Sapa yang terlepas part 1 tuh jangan risau, takde hukum yang mengatakan haram untuk baca part2 ini..hik3!!. Jadi teruskan lah membaca tanpa rasa was2 dan segan silu yer. Tersipu2 takpe..pasal bonda pom selalu gitu, budget ayu jelita kan?

- muntah -

Memandangkan cuti minggu nih berderet selama 4hari, maka aktivitinya pun berderet2 macam anak bonda jugak..haha!!. Tempat bertapa bonda haruslah di dapur yang penuh rahsia. Seram tak? seram tak?, kih3!!. dah3!! jangan nak kutuk2 kecelaruan bahasa dan mohtip pertanyaan seram tuh. Moh bonda layan mata korang semua dengan aktiviti memenuhkan tembolok naga RYAN4 dan en.sayur. Tembolok bonda tak kan pernah penuh selagi punya nafsu memasak dan feeling2 sedap kan? :P.


Cer teka kari haper tuh? sapa suka makan telur angkat kening cepat! ok itu kari telur yang beramah mesra dengan tauhu lampong (bonda tak tau nama apa selain lampong..ekeke, maap!). Rebuskan kerang pastu buat sambal kicap. Untuk bebudak 4 ketol tuh bonda buatkan ayam celup tepung jer. Simple dan mudah jer nak masak semua nih, tapi cukuplah untuk menghabiskan nasik sepiuk (berubah lah en.sayur sayang...mwahaha). Dan ini juga menghiasi minggu kami..



Paflova nama nya. Atau bak kata RYAN4 bonda 'papova'. Sebutlah kot mana pun korang suka yer..huhu. Sebelum bercuti itu hari, bonda terpandangkan resepi mudah ini, iaitu 'butter prawn'. Seperti sedia maklum, bonda bukan lah pecinta udang tegar. Tapi RYAN4 dan en.sayur sanggup bergaduh untuk menatang bermisai misai nih. Jadi minggu ini bonda realisasikan resepi yang terperuk sekian lama tuh..tadaaa!!!

udang suma main sorok2, jangan carik :P

Dah? dah penat dah baca?, bonda pun dah penat dah tulis. Ok kita jumpa next entry yer. Sapa2 yang rasa picca2 nih menganggu emosi korang, sila jangan salahkan bonda yer pasal blog nih bonda punya, so suka bondalah kan? hak3!! ok...peace!
Bubai!!


Monday 28 January 2013

Cerita minggu ini part1



Assalammualaikum wrt.


Alhamdulillah masih ada untuk menulis dan masih sihat untuk bercerita. Juga masih mencuba untuk jadi ibu yang terbaik buat RYAN4 bonda serta berusaha gigih untuk jadik seorang hamba yang di redhai..insyaAllah. Minggu yang super duper crowded. Super hectic dan penuh dengan 1001 pelajaran serta pengajaran buat bonda dan mungkin untuk kita2 semua.

Alhamdulillah dan selamat menempuhi alam baru buat adik kepupu yang tersayang dan selamat datang buat 'kepupu' baru bonda, conen. Perjanjian yang terlakar sejak tahun lepas termetri dengan satu ikatan yang sah. Selamat pegantin baru buat keduanya.

bonda tak punya banyak ruang dan
pluang untuk bergigam..huk3!!

~ Adik kepupu nebes ~
Ayark!! suka suki dia nak buat lawak waktu nikah..hak3!!
Ok..saya nak kawen, serius terus..haha!!

Ini sedikit dari picca majlis akad nikah mereka. Mana picca RYAN4? Bukan takde tau korang...tapi RYAN4 masih seperti selalu. Tak moh bagi kerjasama pasal diorg dah buhsan dengan bonda dan camera. itu cerita sedih...sob3!!. Tapi di sebabkan camera memang melekat kat tangan kan, dapat lah satu nih..



Untuk majlis langsungnya pulak..bonda memang tak mampu nak snap satu pun pasal kena dukung si kerinting yang meraung2 takut kan persembahan silat depan pegantin tuh..adehh!! memang sentap mak..muncung harus sehesta ke depan *_*. Tapi bonda dah cilok satu picca dari kepupu bonda, mintak di halalkan lah yer..hihi. Itupun picca kami yang sangat teruja, malah ada yang request dengan laki memasing untuk naik pelamin sekalik lagi..agaga!!. Ok ini picca mak2 terlampau yang teruja..



Memasing sibuk nak ekspresi untuk tarik perhatian kaum sesuami semua, Cian lah kat kami nih..huhu. Secara kesimpulannya kenduri yang menghiasi aktiviti bonda minggu ini amatlah memuaskan hati walaupun terdapat beberapa adegan air mata yang tak berapa syok nak cerita. Seperti yang pernah bonda katakan, tiap ujian yang Allah swt berikan itu di titip kan jua ketabahan pada ujian itu. Senyum dan terus melangkah tanpa pernah lelah. Kerana ujian itu yang buat bonda hidup dan masih tertawa bersama semua kesayangan.

*Al fatihah buat ibu tersayang, bila lagi kita nak berjumpa di dalam diari mimpi :(






Wednesday 23 January 2013

~ Multitasking..mereka memang anak bertuah ~



Assalammualaikum wrt.

Kreeekkk...kreeekkkk...krroookkkk..

Haaa!! cer teka bunyi apa?

Tak tau?

Ok sapa yang berjaya teka itu mmg pandai lagi bijaksana..hihi. Itu bunyi perut bonda yang kelaparan+kebuluran+kekosongan lagi kekontangan. Tengahari tadi ter'skip lunch pasal leka membaca dan akhirnya terbongkang tertido. Bangun2 jer terus sambung keja..adeh!.

Entry nih takde isi mahupun kulit, sekadar nak melepaskan geram mengetuk keyboard dan mengalihkan perhatian dari bayangan2 makanan yang boleh buat bonda mengelamun sambil lap air liur meleleh2..hak!, itu tipu. Sebenar nya lama dah tak upload picca RYAN4 4 ketol tuh kan. Diorg hari2 ada cerita, hari2 ada peel yang buat en.sayur menjerit macam tarzan. Bonda? pencen seketika atas alasan nak jaga suara. Alasan tak kukuh? fedulik..ekeke!!. Ok jom tgk aktiviti diorg before pegi sekolah tiap2 hari dan di mulakan dengan pandangan biasa ini..

4 botol tersedia  untuk di baham, tq ayah!

Kemudian pasti akan ada pemandangan seperti ini..oh ya! 3 ketol jer pasal seketol yang kecik tuh selalunya amik habuan dalam kereta atas riba bonda sambil peluk2 manja. Anak bongsu katanya..bongsu sangat lah kan, tetiba kang bonda upload picca pregnancy test..mwahaha!!! (sentap en.sayur baca sttment)


Terbaring terlentang sampai habis sebotol dan letak kan di sinki baru lah diorg di benarkan naik kereta untuk ke sekolah. Bukan dera tau, kami cuma nak diorg pandai berdikari sendiri jer. Dah besar kan..reti menyusu makanya harus reti letak botol dalam sinki lepas menyusu. Diorang nih rapat, jadi kami tiada masalah untuk beri arahan sangat. Sorang buat..pasti yang lain akan ikut. Setakat yang mudah2 jer kami harap mereka buat sendiri, bukan semua perkara tau :P. Ok habis cerita aktiviti harian.

Ini cerita aktiviti minggu sudah pulak. Jumaat kan bonda cuti, jadi bonda pun buatlah 'site visit' kat en.sayur di pasar tani beliau mencarik bersuap2 nasik..keh3!!. Bawak si kecik yang feeling2 baby tuh (nyampah haku! hak3!!). Sampai2 jer dia ralit cekak pinggang macam mandor ladang getah kekdahnya. Pastu muka nak kerek. Si bongsu memang akan berlagak bagus eh? sila kawan2 tolong beri pencerahan berhubung isu ini..hihi. Penat tgk dia cekak pinggang macam mandor sakit tulang belikat, bonda kasik dia mamam sebagai rasuah suruh dia duduk dan bertenang. Stress plak aku menengoknya weih :P. Ini bonda tepek sekeping picca dia..

mandor lapor nasik rupanya..kah3!!

Penat kami site visit dan 'pow' en.sayur, kami terpaksa berangkat pulang untuk jemput yang 3 ketol tuh dari skol pulak. Kalau lambat bonda jemput, akan tersadai lah mereka di taman permainan di tengahari yang terik. Itu rutin tak rela bonda nak hadap..huhu. Ok habis dah cerita minggu lepas.

Sekarang sila tahan muntah dan sediakan tisu banyak2 pasal korang akan di hidangkan dengan picca yang sgt2 meloyakan tau. kalah loya tengok picca kat website kari ngeri tuh. Sedia dah? Betol dah? Ok..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Haa!! pada yang faham tuh..gelak lah korang puas2 yer. Bonda dah lali dah dengan suasana begini, RYAN4 memang kadangkala hagak kejam dengan memaksa rela bonda menghadap peel yang tak semenggah dari diorg. Walaupun begitu, pada yang masih tak jelas meh bonda kasik tau apa yang si ketol no2 nih tengah bikin. Dia tengah menyusukan baby dia sambil muncung2 mulut puji air dada dia tuh sedap (maap..ini bukan lucah, tapi kenyataan). Air bandung katanya.

- muntah untuk ke sekian kali..ades!! -

Walaupun bonda punya 4 ketol bujang kenit, tapi bila bermain bersama2..pasti akan wujud watak2 seperti,

Mak..
Kakak..
Mak bedah..
(jiran tetangga lah kononnya tuh..haha!!)

Dan..

Kucing...
Katak..
Harimau..
Dan lain2.

Kesimpulannya mereka tetap main masak2, kawen2 dan bermacam lagi aktiviti anak gadis. Multitasking kah mereka???

- Tepuk dahi -

^______________^

* Al fatihah buat wan mereka yang sudah 7 bulan menghadap Illahi..:(.







Sunday 20 January 2013

~ Semoga berbahagia ~



Assalammualaikum wrt..

Isnin..

Hari yang selalu buat bonda termenung 1/2jam kat depan pc. Kekununnya 'monday blues', padahal ari2 pun blues sokmo..adess!!. Alhamdulillah bonda dah kembali huru hara kat opis nih, kembali tersengih macam kerang busuk dua ploh empat jam, kembali potpet2 macam bertih jagung. Alhamdulillah kerana kesihatan yang baik itu milik bonda juga walau di uji dengan kesakitan yang biasa2 sepanjang minggu lepas.

Pagi tadi memang ter'blues sekejap bila dapat fhone call dari ayah bonda. Bukan tak biasa di panggil begitu tapi panggilan pagi tadi buat bonda termenung seketika. Sebagai seorang anak yang sudah pun beranak pinak (maaf kalau bahasa sedikit terkasar), perbualan terus terang amatlah bonda alu2kan. Bukan sebab bonda rasa bonda dah cukup besar untuk di layan begitu. Tapi bonda rasa berterus terang itu adalah jalan yang terbaik dari bonda mengetahuinya dari soksek2 mulut orang sekeliling. 

" Ayah nak kahwin dalam masa terdekat "

Tipu kalau bonda kata, bonda senyum. Hari yang terang benderang tiba2 bonda rasa suram. Bonda rasa mendung. Masa berganti masa, hari kian berlalu meninggalkan kami. Sedar tak sedar hampir 7bulan  'bidadari' bonda tinggalkan bonda. Tiap saat tiap ketika, tiada sedetik pun bonda lupakan wajah itu.

Siapa yang tak lalui tak rasa apa yang kami rasa, siapa yang tak berjalan di jalan yang bonda harungi pasti tak mengerti betapa duri dan ranjau itu menikam2 kaki ini. Namun biar perit dan sakit mana pun, hidup harus di teruskan. 'Bidadari ' bonda telah pergi ke suatu tempat yang abadi dan pasti lebih baik dari sisi kami yang masih tidak mampu melupakan duniawi. Bonda redha. Bila mana ayah menyuarakan hasratnya sebelum ini, bonda telah pun menguatkan mental dan hati untuk terima semuanya. Bonda punya suami dan anak2 yang sangat memerlukan belaian dan perhatian. Mana mungkin bonda memberikan sepenuh perhatian pada ayah yang kerinduan. Mana bisa bonda berulang seminggu sekali ke rumah ayah semata2 untuk menguruskan keperluan ayah dan memasak kan hidangan permintaan ayah. Sungguh!! sungguh bonda tak terdaya melakukannya sepanjang 7bulan ini.

Bila terkeluar hasrat itu pagi ini secara tiba2, bonda hanya mampu mengucapkan syukur dalam tangisan yang hanya bonda mengerti. Tiada siapa yang suka tempat ibu mereka di ganti, begitu juga bonda. Tapi kasih sayang bonda pada ibu itu, punya tempat tersendiri di hati ini, ayah juga begitu. Kerana kasihkan ayah bonda rasa bonda wajar tersenyum dan relakan tindakan nya ini. Ayah perlukan teman di kala sakit, perlukan kawan di saat suka serta perlukan seorang perempuan untuk menjadi peneman di hujung usia. Bonda faham itu. Dan bila mana pilihan telah di buat...sebagai seorang anak..bonda akur. 

Akur bonda bukan bermakna bonda suka, bukan juga berniat untuk membenci. Tapi akur bonda kerna bonda hormat..juga kerana bonda pasti ini adalah yang terbaik. Ayah berhak bahagia setelah terluka. Ayah juga harus punya masa depan yang baru untuk kehidupan ayah yang mungkin masih panjang. Mudah2an. Bagi mereka yang tak cuba untuk mengerti, jangan sesekali persoalkan kasih sayang bonda pada Allahyarhamah ibu bonda. Juga tolong jangan pertikaikan keputusan kami adik beradik.

- Emosi -

Lastly..maaflah korang yer kalau korang terbabit terpaksa rela baca entry nih. Bonda menulis untuk melepaskan apa yang terbuku. Hanya di blog sahaja bonda mampu melakarkan semua resah. Mencoretkan apa yang bonda rasa. Ini ujian hidup. dan ini juga dugaan buat bonda sebagai seorang anak, isteri dan ibu. Bonda percaya pada satu kata2..

Allah menguji KEIKHLASAN hati bila bersendirian..
Allah memberi KEDEWASAAN bila kita ditimpa masalah..
Allah melatih kita dengan KESABARAN dalam kesakitan..
Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik..

InsyaAllah. Semoga ayah bahagia dan ini adalah jalan yang terbaik serta pilihan yang tepat buatnya..bonda doakan. Amin sejuta kali. Kami sayang ayah kami.








Thursday 17 January 2013

Korang...*_*



Assalammualaikum wrt.

Lama tak bonda hilang?
Rindu tak?
Rasa kehilangan tak?
Ekeke!! tau dah jawapannya.

TIDAK.

Pasal bonda bukan glam macam Nora Danish pun.
Jauh sekali macam Neolofa.

TAPI...

Bonda tetap rindu korang.
Rindu nak hupdate blog kekapas hati nih.
Rindu nak bercerita dan berceriti.

TAPI...

Bonda tak sihat.
Walau banyak cerita terkohop dan terlipat kemas.
Hanya mampu pandang dan terbiar lesu.
Doakan bonda sembuh dan sihat seperti sediakala.


#Yang pasti mamat di atas nih sihat dan bertambah tembun.
- Muhammad Ryan Masyal -

Tuesday 8 January 2013

Buaya vs Udang = Sungai Timun..jom3!!




Assalammualaikum wrt.

Banyak benda nak kena settle 2,3 hari nih. Urusan tanah arwah bidadari bonda pun masih tertunda. Urusan insurans, bank..adess lah. Hepp3!! tak baik merungut kan. Semua orang pun akan ada urusan selagi mata tak terpejam rapat. Nama pun hamba, makanya pikul lah semuanya dengan penuh kesyukuran. Ahamdulillah.

Isnin yang baru lalu nih bonda pergi Pejabat Felcra Durian Daun Rembau bagi urusan khairat kematian bidadari bonda. Masih tidak kami tuntut kerana tiada masa dan ruang utk berbuat demikian. Entah lah...sejak ibu dah tiada, semangat bonda turut hilang. Banyak urusan yang bonda tangguhkan. Khairat kematian tuh pulak hanya bonda yang layak menuntutnya kerana mengikut adat perpatih, bonda sebagai waris tunggal perempuan. Tapi entahlah...semangat tuh tiada. Cuma baru2 ini ayah ada bertanya kerana katanya wang itu bahagian ibu, kenapa tak di tuntut. Boleh juga di buatkan tahlil untuk ibu. Sebagai seorang anak, bonda menurut je.

Tapi biasalah bila mana berurusan soal harta pusaka dan yang KIV, bukan mudah..macam2 yang di minta, mahu di sain dan di ulang cetak.Tension. Sementara menunggu pegawai yang handle kes bonda selesai mesyuarat, bonda lajak kan cik Avan ke Sungai Timun. Banyak cerita mengenai sungai ini. Banyak yang bonda rasa menarik. Review jap..


- pintu gerbang -
1st time sampai ^_^
Jeti yang ada view yang mendamaikan.


Untuk pengetahuan kawan2 suma, Sungai Timun nih merupakan habitat bagi Sang2 Bedal. Khabarnya beratus ekor Sang Bedal menghuni sungai ini. Dan kalau bonda tak salah, MAJALAH 3 pernah buat liputan mengenai tempat nih. Seperti biasalah..bila banyak Sang Bedal, maka hasil sungai nya pun pasti melimpah ruah. Macam tuh jugak kat sini. Tersedia jeti yang di gunakan nelayan2 kecil Sungai Timun memunggah hasil tangkapan mereka. Paling banyak di sini ialah Udang galah dan ikan sungai seperti ikan jenahak.

Sampai jer kat sana, bonda di sambut dengan Udang galah yang baru di naik kan dari sungai. Besar2 korang..lebih besar dari tapak tangan bonda pun ada. Peluang dah depan mata kan..bonda pun jeling2 sikit kat en.sayur si pentadbir kewangan keluarga lah..haha!!. Jeling punya jeling...sekilo udang galah selamat dalam jinjitan bonda..ekeke!!. Harga sekilo pulak adalah RM 50.00 sahaja. Tak mahal kan? kalau nak compare yang kat pasar2 tuh..jejak RM70.00 sekilo.

- Pengsan -
Tergoda tak? tergoda keeennn....:P

Lagik besar dari tapak tangan bonda tau..besh3!!.


Kalau nak di ikutkan..bonda bukan lah peminat tegar udang uols, lagi teruja dengan sotong..hik3!!. Tapi memandangkan saiz yang luar biasa, tetiba macam eh3!!..:P. Cer korang tengok view dari jeti, takut tak tengok air sungai yang tenang itu..waahhh!! kelas bahasa bonda kan? skema rama habis :P








Bukan hasil sungai jer yang menarik kat sini tau. Sungai Timun juga ada menyediakan pelbagai pakej, termasuk lah pakej melihat Sang Bedal tuh. Naik bot ler korang..jangan risau, ajal maut kat tangan tuhan kan? mendekatkan diri dengan nature bukan lah sesuatu yang janggal sekarang. Selain Sang bedal, korang bulih tgk kunang2 dan beberapa lagi aktiviti. Chalet jugak di sediakan bagi korang yang ari2 dok hiruk pikuk kek bandar nun, yang sesekali nak merasa life style orghang nogori. Such a beautiful view n life ^_^. Percayalah.



Sebahagian dari senarai harga perkhidmatan yang di sediakan.

Sesekali nak larik dari kesesakan hidup di bandar, Sungai Timun adalah pilihan yang hagak baik bonda rasa. Tak lama pun bonda di situ, dapat sekilo udang galah..kaki nih cepat2 lompat masuk kereta. Dalam kepala dah terbayang nasik panas dan lauk ini...

Masak lemak cili api udang galah bersama nenas.

Siapa kata mak mertua lalu tak perasan? masih perasan lagik tau..hehe. Siap pelawa makan sekali eh..*_^. Oklah..lain masa kita jumpa lagik. Doakan bonda panjang umur supaya kita masih berteman, berkongsi dan belajar. Mana yang baik datang dari Allah swt, segala keburukan dari pihak bonda sendiri.

Dadada!!








Sunday 6 January 2013

~ Kami 3 ketol ~



Assalammualaikum wrt.

Alhamdulillah.

Kami 3 ketol dah sekolah.

Bonda dengan ayah yang hantar.

Sian emin..dia baru 4 tahun, tapi ayah nak hantar jugak!. Ayah kata, emin dah bulih sekolah dengan ikish pasal emin macam orang tua. Tapi..kami garu2 kepala dengar ayah cakap macam tuh pasal emin muda jer..:P. Tak tua macam ayah pun, janggut pun takde.

Bonda gerak kami pagi2. Satu taman dengar siren bonda. Tapi kami suka jer pasal kami sayang bonda kami. Kami bangun mandi, minum susu dan pakai baju baru. Biru kotak2. Bonda kata kami handsome..comel dan tah apa2, takpe...bonda memang suka bercakap.

Sampai sekolah pertama, abang turun. Bonda peluk abang suruh abang jaga diri. Lepas tuh ayah pandu kereta ke sekolah kami pulak. Aku dengan imin rasa teruja. Ramai kawan baru dan ada jugak yang lama dulu, taska punya. Bonda ajar buka kasut dengan stocking, kami ikut jer apa bonda kata. INGAT TEMPAT SIMPAN KASUT. Ok kami memang budak baik.

Masuk dalam kelas, tengok ayah bagi cikgu duit kaler2. Bonda senyum jer. Tangan ayah pulak gigil2..ayah sejuk kot. Kami faham. Bonda dengan ayah cakap banyaaaaaaakkkkkkk benda, tapi kami tak faham pun. Kami sengih2 tengok bakul menan yang berlambak2. Ayah suruh salam bonda dengan ayah, diorg pun balik. Kami sedih sambil air mata bergenang2, tak tau kenapa rasa macam nak ikut sekalik. Tarik tangan ayah, ayah jeling. Tarik tangan bonda..bonda kerut dahi. Kami takut kena marah, kami rela jer lah. Itu jer cerita untuk hari ini uncle auntie suma. Bonda kata tak boleh tulis banyak2 pasal nanti caras blog dia.

Bye.

~ kami ~

Pandang cikgu, dengar cikgu dan fokus..bonda kata :P

Ayah muncung pasal saya nak larik..tak lepas pulak!

Belajar susun beg sendiri.

Bonda suruh senyum, tapi saya mampu peace jer..
imin pulak senyum paksa.



# Biarkan cinta itu terus bersemi di situ walau jasad telah terpisah jauh dari jiwa2 kita. Teruskan..



Saturday 5 January 2013

Jumaat pertama 2013.



Assalammualaikum wrt.

Amacam semua pembaca blog bonda nih? tak kira lah terang2 atau pun gelap2. Bonda faham jer, yang gelap2 tuh pasal tak nampak button 'follower' kan?..hak3!!. Tapi apa de hal, bonda buat blog nih pun sekadar untuk memenuhi nafsu serakah jari bonda nih jer. Suka benor menulis. Merata meriti bonda tulis dan campak. Dari  mulot en.sayur bonda tuh tak pandai membebel...terus jadik super saiya bab membebel nih..haha!!. Nampak tak? kadang2 sikap isteri tuh yang buat suami ada perubahan. Cuma yang membezakan nya mungkin berubah lebih baik atau tidak jer. 

- Insaf jap -

Ok sayang2 semua, Kali nih nak citer pasal jumaat pertama 2013 kami. Tiada yang istimewa..cuma jumaat pertama nih, bonda dan adik serta ayah pulang ke rumah baru bidadari bonda. Bonda menetap di Bahau, rumah baru ibu di Rembau. Seminggu sekali, ziarah ibu adalah rutin utama bonda. Selagi cinta dan kasih ini berada di hati, insyaAllah sampai mati bonda tak akan lupa. Ibu punya tempat khas di hati kami semua. Andai satu hari nanti tempat ibu sebagai 'suri di hati ayah' telah pun berganti, namun pada kami ibu tetap selamanya suri di hati kami.

Sudah selalu kepuk pusara ibu di kotori dengan tanah lumpur kesan percikan hujan. Apa nak di kata kan..sekarang musim hujan. Maka dengan gigih ayah bonda beli rumput karpet untuk di tanam sekeliling pusara ibu. Harapnya rumput tersebut membantu mengelakkan percikan air lumpur tuh. Bila dah beli, bonda dengan adik pun semangat lah menanam rumput nih. Puas rasa hati tgk pusara ibu nampak cantik. Siap jer kami tanam..adik bonda tanya,

" kak ija..ko rasa kita berlebihan tak kat pusara ibu nih "

bonda jawab...

" Kita buat gini supaya pusara ibu tak kotor. Duit ibu masih bersisa. Semuanya kita gunakan untuk ibu. supaya ibu mendapat ganjaran di SANA. dan kita buat nih pulak bagi akak sebagai hadiah buat ibu. Waktu hayat ibu masih ada..ibu buat yang terbaik untuk kita. Jadi sekarang kita buatlah yang terbaik utk ibu...tak kira lah walaupun ibu dah takde ".

Lagi pun bagi bonda lah kan...dengan cara ini sahaja kami mampu meredakan sedikit kerinduan. Buat macam2 perkara untuk arwah bidadari itu cukup memadai untuk kami redakan kesedihan ini. Sumpah!! rindu ini terlalu berat buat kami walau sudah 5bulan berlalu. AL FATIHAH buat ibu tersayang.

150 hari dalam kenangan abadi...

- nangis -

setelah penat kami bertanah..alhamdulillah selesai.


suka tengok, sayang ibu!!

sila besarkan picca utk pencerahan info picca..hak3!!




Wednesday 2 January 2013

Tolong wan ongah..Kerjasama! ^_^



Assalammualaikum wrt.

Sihat ke korang semua? harapnya sihat2 belaka. Tahun baru so azam pun kena baru kan?. Azam tahun lepas mana yang tak langsai lagik, sila lah bawak ke tahun ini. Tapi kalau hagak2 buhsan jer nak carry forward..jom kita tukar jer azam tuh...haha!!. Apa pulak tak bulih...kita yang buat azam kan? bukan azam yang buat kita. Janji, apa pun yang bakal kita azamkan nnt beri manfaat pada kita dan orang sekeliling. Paling penting kena lah perkara2 yang di redhai dan sesuai dengan pegangan agama kita. 

Jangan pulak korang ber'azam nak jadik " mulut mak jemah paling pemes tahun 2013 " kan? haru!!. 
Tak payah nak ' kata ko ', ' ada aku kesah ' sangatlah. Umur masing dah makin naik nih, so kelaku tuh sila behave yer..ekeke!!. Ingatan untuk diri bonda jugak ni sebenarnya. Banyak yang bonda kena tukar dan perbaharui untuk tahun nih. Banyak. Jadik, moh kita bermuhasabah di awal tahun ini yer.

Semoga 2013 ini memberikan kebahagiaan, kerahmatan dan keberkatan dalam hidup bonda dan semua. Apa yang dah berlalu kita jadik kan sempadan dalam kehidupan. Mana yang baik kita simpan sebagai kenangan yang terindah, mana yang perit kita ambil sebagai pengajaran. Moh layan picca RYAN4 sempena tahun baru nih. No bunga api..no party, hep3!! bonda cantas kaki tuh nnt. Hanya pesta muda mudi dengan wan ongah eehh..jom tgk!


 Mula2 katanya nak menolong..senyum wan eh.

 
Dah mula macam menyusahkan jer...haha!!.


 Haaa!! kan dah kata..RYAN4 nih memang pandai bodek kita sampai terpedaya. Tengok si kecik bonda tuh, gigih nak tolak walau pun nan hado jer..cett!!


Kan? dah tertonggeng dengan bergaya..haha!! tuh yang larik tuh, pencetus kekecohan..terjun tiruk tanpa memikirkan keselamatan penumpang lain..adess!! :P


Ultraman tak leh gaduh2 katanya...kena berdamai dan harmoni.


Susah hati wan ongah eehh...RYAN4 susah nak behave kalau berhimpun berjemaah..sigh!

Sekian huru hara hari ini..bubai!!