Thursday 30 May 2013

Tolong bonda doakan along...:'(




Assalammualaikum wrt.

Hari nih macam biasa, macam 3ari yang dah berlalu. Drive sorang2 pegi kerja dan balik kerja, dah biasa riuh rendah dalam keta, tiba2 senyap macam mamun kejap. Mamun tuh haper korang mintak lah tulun kat encik goggle tuh yer, kang bonda bagi penjelasan kag jadik novel terus entry nih...ekeke!.

Mana 4ketol tuh cuti sekolah nih? haa! jawapnya ada di rumah bersenang lenang dengan en.sayur aka MR.MAMA minggu ini. Bonda cuti dah hari isnin tuh jaga depa 4ketol, so selasa rabu dan khamis turn ayah. Terpaksa hokeh! takde sapa nak jaga. Nak bonda kirimkan ke kampung bonda nun di REMBAU, ada plak pertanyaan psyco dari en.sayur.

" Boleh ker kita takde anak 4ari as? "

Haih! sudahnya cuti lah niaga dan jadik lah pengasuh aka warden kat rumah tuh yer. Cerita dia mudah jer, tak berniaga maka takde lah income harian. Jadi apa lagi, pandai2 lah ikat segala perbelanjaan. Makanya! bonda jelaskan sekali lagi, makanya tiadalah istilah coti-coti malaysia untuk school holiday kali nih...sob3!! :'(

-kesat hingus-

Eh! arini nak kongsi cerita duka sikit. Yerlah korang2..mana ada suka berpanjangan kan, mesti ada duka sekali sekala..baru life!. Kisahnya, ada seorang budak lelaki yang sering datang kat opis bonda nih guna pc. Kan bonda nih penunggu setia kat Pusat Internet 1Malaysia, jadik ramai lah peminat fanatik mahupun pembenci tegar..huhu. Tiba2 dua hari nih tak lah bonda nampak batang hidung beliau. Senang bonda bahasakan dia dengan panggilan 'along'. Along ni suka guna pc dengan bonda sambil nyakat2 manja. Kena angin baik bonda pun melawak sama, kena angin kus2 datang mendapat si along nih..isk3!!. 

Alkisahnya...si along nih di masuk kan ke hospital sebab kena jangkitan kuman kat otak. Haa!! terkedu kejap bonda. Baru kelmarin dia datang dan ngadu dia demam kat bonda. Muka dia mmg hagak pucat lesu. Bonda tak lah amik port, cuma tarbiah dia seperti selalu jer lah..pot pet...pot pet..pot pet. Along diam jer..tak jawab pun. Biasalah bonda nih, bonda mmg suka bising kalau budak2 baru nak UP nih merokok. Si along nih mmg selalu kena tarbiah free bonda. Bonda tak benci, bonda sayang. Makanya bonda bg nasihat lembut itu..sgt lembut kononnya!.

-kesal-

Mohtip entry nih adalah untuk memohon bantuan dari korang2 semua untuk doakan along bonda nih. Usianya baru 14tahun, masih terlalu jauh perjalanan hidupnya. Doakan semoga along sihat seperti sediakala. Pada saat bonda menaip entry nih, along berada di dalam keadaan kritikal dan di sahkan koma tahap dua. Tabahkan hati keluaga along dan semoga apa yang terjadi pada along kita jadikan iktibar. Bila anak demam atau jatuh terhempas membabitkan bahagian kepala sila amik serius. Kadangkala simptom kecederaan otak tuh tak datang dalam masa terdekat. Along ada terhempas akibat willy motor beberapa bulan sebelum nih. Ada juga dia datang mengadu yang hidungnya kerap berdarah. Ya Allah! sembuhkan along. bonda mohon. Rasa bersalah bila tak memperdulikan tiap keluhan along...

Tolong yerr...jom doakan along sama2!!.

Wednesday 29 May 2013

Wesak = Berjimba di PD


Assalammualaikum wrt..



Rasa macam lemau jer nak update blog lepas diam lama itu hari.

Semangat yang hilang gamaknya nih..:P

Semangat jer yang hilang, badan mantain semangat.

Haa!! itu yg buat org keliling bonda selalu cakap,


eh! ko nih makin semangat pulak, macam takde masalah jer.



Meh nak citer sikit ^_^


Masalah tuh bukan sebab untuk kita marah sana sini, putus selera makan, putus nafsu berjimba dan putus segala urat napsu. Masalah tuh umpama catitan dalam diari kehidupan, bagi bonda lah kan.. Macam mana nak ke penggembaraan seterusnya kalau kita asyik kat situ meratap masalah. Apa pun yg jadi, life must go on DAN paling utama kita kena ingat ialah, masalah lah yg mematangkan kita. Sebaik2 pengajaran dalam penggembaraan kehidupan. Ok tutup citer masalah, kang dapat pulak korang masalah baru..kih3!!.

Jom kongsi2 ngan bonda gambar RYAN4 berketol2 tuh habiskan cuti wesak bonda dan ayah arituh. Berkolaborasi pulak dengan encik dan cik2 cousin bonda. Memang terbaik dan riuh rendah walaupun tak berapa nak ramai..jom layan!

si bongsu..katanya >:O

abg lang..muhaimin.

abg long..miqail.

abg ngah..mukhlis.

kemain ko baring2 yer :)

sand castle in progress ^_^

melayan perasaan kononya :P

bekalan tempolok perut :P

tumpang jer..huk3!! bahaya menatang ni, no3!!

si penjaga RYAN4 bertongkat sakti..AWAS!

before balik..game time!

nampak tak mak tiri tuh?

merokok bersama..haih!

kan dah kena tarbiah..adess!!

adik mok saya dua ketol ^_^

Dah review? ok ini adalah aktiviti terbaru kami. Next program bonda update yer, tak pun aktiviti 'terbasi' selama blog nih d private setting kan..tungguuuuuu...ngeh3!! 

#Al fatihah buat ibu tersayang..Allahyarhamah Eshah pendek.

Tuesday 28 May 2013

Aku bukan Aishah..



Aku bukan Aishah ra..

Aku bukan aishah yang menjadi rusuk seorang kekasih Allah swt.
Aku hanyalah seorang wanita yg tidak terpilih.
Aku bukan lah mutiara yang tersimpan rapi di dasar lautan.
Aku Cuma sebutir pasir jalanan yang penuh debu.

Aku bukan aishah yang mampu memimpin.
Kerana aku hanyalah seorang wanita yg harus kau pimpin.
Buta aishah ada penyuluh,
Buta aku hanyalah bertemankan gelap yang menakutkan.

Jalan aku jalan yang berduri.
Jalan kau penuh syurga yang mengiringi.
Jika aku sekeras karang.
Jangan kau duga dengan gelombang egois mencakar awan.
Kerna aku bukan aishah.

Dua cerita hendak kau jadikan satu cerita.
Bukan mudah.
Bukan enteng.
Bukan juga sekelip mata.

Kerna…

Aku bukan Aishah ra.

-Bonda ryan 29/5/2013, 9.12am-

Wednesday 22 May 2013

Taadaaaaa!!!!



Assalammualaikum wrt...

Masuk sopan2.. :P

Pandang kiri kanan..

Eh3!! tetiba ada entry kan.

Ekekeke!!

Kalau dah dasarnya memang suka conteng sana sini, boleh biol bila tak leh nak tulis merata meriti dah.  Kononnya nak private settingkan blog nih, mudah2an jadi senang hati. Tapi bila di pikirkan balik lebih 40 kali beserta package stress pada en.suami, bonda ON balik blog nih...yehaaa!!

Kemain suka. korang suka tak?

Tak?

Ok...takpe. bonda paham.

-tunduk muka-

Bukan jadik senang hati, tapi lagi susah hati. Maklum lah..bonda nih kan mmg perasan diva, rasa berdosa pulak bila korang klik2 kat link blog nih kuar pesanan mak tiri jer..shahdis!. Eh! tak kisah lah walaupun follower bonda suam2 kuku jer, tapi bonda tau ramai jer stalker yg admirer kat blog bonda nih kan?kan?kan?.

Alaaaaa....tak pe, bonda faham stalker2 semua kesunyian kan? kurang kasih sayang? Intai jer blog bonda gedang nih. Baca jer semua cerita pun, bonda halalkan dengan senang hati ^______^

Ok tutup cerita tak muhasabah diri tuh. Meh nak citer macam2 citer, tapi rasa macam sakit perut pulak. Kita jumpa kat lain entry yer...ekeke!!. Saja lah nak buat warming up dulu lepas lama beradu lena. Nak menggeliat2 dulu, senam2 baring dulu..jumpa kat next entry yer semua..

Babai!!

*Al fatihah buat ibu tersayang..hampir setahun sudah :(