Sunday 30 June 2013

Letak tajuk sendiri lah yer ^_^




Assalammualaikum wrt.

Hola2!! salam isnin yg penuh berkat hendaknya. Sihat ke korang eh? Bonda dgn RYAN4 4 ketol sangat2 lah sihat walfiat. En.sayur bonda jer tangan kena sengat tebuan. Alah..tangan tuh banyak buat nakal kat bonda tuh, tu yg Allah swt bg pengajaran..haha!! mandai2 je bonda kan..astagfirullahalazim :P.

Sian tau tangan hero utama kitaorg tuh, bengkak!. Paling shadis bila siap demam-demam lagik. Nampak tak kesakitan yang di beri?. Takpe lah sayang yer..kafarah dosa namanya tuh. Baru sikit. Think positif dan i will be with u untuk gosok2 minyak angin..don't worry ^_^. 

Semoga cepat sembuh dari kesakitan dan demam terkejut u tu yer. RYAN4 sangat kesian bila u sakit encik, takde geng nak bergusti bila malam. bonda tak mahu sebab bonda fomfuan, bonda lembut..kih3!!. Sakit tau badan kena hempap ngan budak-budak 4ketol tuh. Readers jangan bayangkan macam mana cara 4ketol RYAN tu bergumpal, kang korang traumatised anak ramai kang..tanggung sendiri :P.

Weekend takde aktiviti yg menarik. Bonda dengan encik tebuan, eh! en.sayur kena jimat cermat pasal banyak agenda hujung tahun nih. Dengan wedding nya, travel nya, teratak barunya..semua perlukan sejumlah RM yg hagak besar. So kita jimat dari sekarang. Tapi aktiviti ber'tutty fruity tetap berlangsung selagi RYAN4 tak muntah nak hadap ice cream sejuk beku tuh..sob3!!. Asal pegi town jer kena pow kat situ, beli ayam sekor 12.00 hengget..kena pow 50hengget lebih, guane nak jimat ni nak oooiii!!. Dah..Jom layan picca RYAN4 yg dah lama tak  bonda publisiti kan sebab bonda sibuk.

Betul.
Sibuk.
Sangaatttttttt!!!

si kerinting bonda ^_^

niat nak ke pasar di akhiri ke sini..as usual :(

tak jemu2...bila nak jemu nih..ish3!!.



# Al fatihah buat ibu tersayang..11 bulan dalam kenangan.






Monday 24 June 2013

Kembali ke syurga wahai anak syurga..



Assalammualaikum wrt.



Al fatihah buat adik Muhammad Amin Fahmi (angah)

Anak syurga itu pasti sayang.

Selamat kembali ke pangkuan kekasih yang abadi.



# Semoga jiwa ibu dan ayah terus tabah, amin.

Sunday 23 June 2013

Ingat kat ibu masa jerebu...(takde kaitan, takpe.)



Assalammualaikum wrt.

Harapnya semua sihat2 belaka yer. Sana sini jerebu skang. Hidung rasa perit jer. Tertunggu2 hujan rahmat dari Illahi. Berakhirlah segera semua ujian. Malam nih nisfu syaaban, meh kita tadah tangan dan bermunajat pada Allah swt supaya kita semua di ampunkan semua dosa. Di berikan kesihatan yang baik.

Ramadhan semakin menghampiri.

Teringat bonda pada bidadari bonda. Ramadhan yang lepas rumah kedua bonda adalah hospital. Menemani ibu yang sedang uzur. 10hari sebelum syawal, ibu di jemput Allah swt dengan penuh kasih dan sayang.

inalilahi wainalilahi rojiun.

Tiada yang lebih berhak bila masanya telah tiba.

" Ibu..bila pemisah kita adalah alam, akak akan selalu pastikan bahawa penghubung kita adalah zikrullah dan kalamullah..insya Allah ".

Semoga syurga tanpa hisab milik ibu.

Al fatihah buat ibu tersayang..
Setahun hampir tiba.

Saturday 15 June 2013

Jom buat duit dengan bonda jom!!



Assalammualaikum wrt.

Bersiaran lagik walaupun hari AHAD. Gila kentang ada orang keja hari ahad kan? bonda lah kentang tuh..kih3!!. Buruh lembut korang, gini lah gamaknya. Kalau nak declare buruh kasar kang, tak padan lah pulak kan. Mana pernah tangan tembam nih pegang yang kasar2, setakat pegang pen, keyboard dan kertas..buruh lembut udah ler ye ;)

Eh! panasnya lah haaii hari nih. Dok kat dalam opis nih pun rasa bahangnya. Untunglah masih dok bawah aircond kan? cuba jadik buruh buat jalan atau buat banggunan tuh...merasa nih semua?. Nampak tak betapa setiap percaturan yang Allah swt buat tuh? Mungkin saja mereka berjemur dan terbakat dek terik mentari tapi bila pulang ke rumah ada isteri dan anak2 yang tersenyum menanti. Lain pulak halnya dengan kerja bersandar di kerusi empuk tiap hari, tapi bila balik ke rumah..tiada siapa yang menyambut. Hanya bibik dan kesunyian yang menyapa. Isteri dan anak? tak usah di tanya, mungkin juga sedang mencari kebahagiaan masing2..selfish!.

Ok point entry nih tak lah nak cerita pasal buruh lembut atau buruh kasar pun, tapi nak citer pasal ni jer benarnya...



Ekeke!! nampak tak betapa 'mak nenek' nya bonda nih bila menulis. Banyak betol nak di luahkan. Kalau ada yang upah suh tulis skrip..mau kaya bonda nih...mih3!!. Ok kawan2 semua! attention please! Ini adalah usaha bonda nak jadik kaya..hemoh3!!. Tak lah korang..ini biz kecil2an yang bonda usahakan untuk ramadhan yang akan tiba. Allah swt berikan peluang dan ruang kenapa mesti kita terlentang atas katil dan terkedek2 kat shopping mall kan? gunakan peluang yang ada untuk menambah rezeki. Mana tau ada rezeki lebih untuk anak2 kan..boleh simpan untuk pelajaran dia orang nanti. Maklum sajalah...4 RYAN kan.

Haaa!! kan dah kata...melalut jugak bila nak ringkas kan, ades! so korang...jangan buang masa if berminat nak buat tempahan atau pun nak jadi pengedar yer. Korang tau mana leh carik bonda kan? jadi moh dogheh! jangan lepaskan peluang...^_^


#Al fatihah buat ibu tersayang..



Friday 14 June 2013

Alhamdulillah..selesai sudah! ^_^



Assalammualaikum wrt..

1st sekali nak zahirkan kesyukuran yang tak terhingga sbb masih ada untuk taip entry kan..mih3!!. Masih tersengeh2 depan PC as usual. Kalau PC nih bernyawa mau kena lempang bonda nih hari2..har3!!. 9 pagi 6 petang kat muka buku..keletak keletuk ketok keyboard, gitu lah duniawi kan? 

-tepuk dahi-

Saja nak kongsi2 cerita kat sini. Khamis itu hari bonda ada bicara kuasa ke atas 3 geran tanah Allahyarhamah ibu bonda. Bicara kuasa mean proses menukar hak milik tanah dari nama Allahyarhamah ibu pada nama bonda. Bonda merupakan anak tunggal perempuan pada arwah ibu, jadi secara automatiknya tanah tersebut jatuh kepada bonda mengikut undang2 pusaka adat perpatih. Walaupun tunggal perempuan, namun adik beradik lelaki bonda juga harus ada sebagai saksi proses tersebut. Tapi jika tiada mereka pun, tanah itu tetap berpindah milik pada bonda. So ada atau tak..tak begitu penting. Macam mana pun, terima kasih pada adik bonda yg gigih datang dari KL..tq mok!.

Memandangkan semua urusan pertukaran hak penama telah di jalankan dengan jayanya, insyaAllah bonda berniat nak buat sikit kenduri kesyukuran dan tahlil arwah ibu. Tambah2 pulak nak masuk ramadhan dah kita ni kan. Walau berat macam mana pun ujian Allah swt tuh beri kat bonda dan adik, kami tetap bersyukur sebab kami masih saling ada untuk menempuhinya..Alhamdulillah. Allah swt tuh kan Maha mengetahui, tak kan ada ujian yang diberikan tanpa kecekalan untuk kita tempuhinya. Pada yang ikhlas dan jujur, insyaAllah. Pada yang kufur dan lalai, masih tidak terlewat untuk bertaubat. Kita semua bukan datang dari akar yang tidak berselirat, semua pun pernah buat dosa. Kembali pada asal akar itu sendiri, Allah swt maha pengampun.

Minggu nih bonda kerja, so takde istilah hujung minggu yer anak2. tak leh nak jimba jimbut sgt yer, dah nak raya nih. Bonda dengan ayah kena start berjimat. Hujung tahun nih pun acu dah nak kawen, kena guna banyak duit tuh nanti. Siapa lagi nak uruskan acu kalau bukan bonda dengan ayah. Sejak wan dah takde, makan atau tak acu semua dekat bonda. Bonda dengan ayah lah jadi mak dan ayah kat acu tuh. Alhamdulillah, tak pernah pulak dengan bantu acu, kita berlapar kan. Ada jer rezeki Allah swt bagi. Anak-anak bonda kena ingat satu benda jer, apa pun milik kita hari nih...saudara mara, ibu bapa, harta, wang ringgit dan kasih sayang semua bukan hak kekal kita. Jika ada kelebihan, kita kongsikan. Jika tiada..jangan pula kita sampai memudaratkan diri sendiri untuk 'mengadakan'. Pandangan Allah swt yg kita wajib jaga, pandangan manusia tuh tak payah nak pikirkan sgt. Apa yg penting niat kita, baik atau pun tidak.

Eh! panjang sungguh lah bonda bebel kali nih kan. Takpe..nanti RYAN4 dah pandai baca, bonda confirm! diorg suka baca entry bonda nih (mak berkeyakinan..haha!!). Sebabnya apa yang bonda tulis nih lah apa yang bonda selalu cakap kat diorg. Tak kan pernah ada satu hari bonda tinggalkan pesan 'mak nenek' bonda nih. Tapi sebab dah biasa agaknya..mereka redha dan paling penting tabah!..hemoh3!!. Ok lah semua..babai! t kita cerita ceriti lagik ek..hug!

Saja nak kasik korang tgk aktiviti tiap malam diorg..hihi.
Lagi seketol dengan bonda tgh snap pic nih lerrrr...;)

# Al fatihah buat ibu tersayang...Ramadhan datang lagi selepas ramadahan yg duka 1433hijrah :'(


Tuesday 11 June 2013

Entry untuk anak bonda...



Hari nih terasa nak menulis.

Menulis tentang seorang lelaki hebat yang pernah bonda jumpa.

Menulis tentang seorang ayah yang sangat sabar.

Menulis tentang perjalanan kehidupan bonda
sebagai menantu di sisinya.

Abah..
Tak pernah kalut resah terpaut.
Tak kan ada keluhan di garisan bibirnya.
Tak usai bersabar dengan masalah selaut.

Abah..
Emosi dan abah tak pernah terlihatkan
Terselindung di sebalik iman di dalam.
Menyimpul senyum penuh peringatan.
Cukup untuk menggetarkan seluruh alam.

Abah..
Banyak duri telah kau lewati.
Banyak onak pernah kau selusuri
Itu tanda tabah dan berani
Kemenangan seorang lelaki duniawi

Semoga dunia akhirat hidup abah di berkati,
AMIN.

Alhamdulillah.
Bonda di kurniakan seorang ayah mertua yang baik. Encik2 RYAN4 pulak di payungi kasih sayang atok yang tak pernah luak. Atok korang nih lah lelaki kedua selepas ayah poji yang bonda rasa paling best sekali. Sepanjang bonda jadi menantu kat atok, atok tak pernah tinggikan suara kat bonda. Apatah lagi marah bonda. Bonda buat salah macam mana pun atok sabar. Atok kalian tegur bonda masa bila? masa bonda berdua dengan atok. Masa orang lain takde atok akan tanya pada bonda kalau bonda ada tersalah cakap, tersalah buat pertimbangan atau lain2. Atok tak akan cakap dengan serius, tapi atok akan tanya dengan tenang dan gelak2. Cara macam tu lah buat bonda rasa hormat dan segan dengan atok ;)

Sebagai cucu2 yang atok sayang..ekspecially ikish, bonda nak ingatkan anak2 bonda supaya sayang kat atok dengan wan banyak2. Hormat atok ngan wan sangat2. Jangan ambik kesempatan kat atok ngan wan. Atok dengan wan memang bagi muka kat abang, ikish, imin dan acai, tapi tu bukan tiket untuk anak2 bonda nih 'main kasar' yer. Tak moh main jerit2 bila atok tgh tido, tak moh buli wan mintak macam2 dalam masa yang lain2. Paling penting! jangan tinggikan suara kat atok dengan wan. Sian bonda tengok atok dgn wan.

Bila dah besar nanti..
Jangan lupa balas budi atok dengan wan. Selain bonda dengan ayah, kewajipan menjaga atok dan wan kat bahu anak2 bonda nih jugak tau. Bonda tulis nih sebab tiba2 rasa nak meluahkan perasaan bonda nih sempena hari bapa yang entah bila tarikh pastinya pun bonda tak tau..keh3!!.  Lantak ler nak ooiiii...hari bapa ker hari ibu ke, tapi sematkan kat dalam hati tuh 'hari ibu bapa' hari2. Tak terhad pada satu hari jer tahu. Tanggungjawab anak lelaki pada ibu bapa, khususnya ibu sampai mata terpejam. 

Sekian pesan bonda. Wassalam.


#Al fatihah buat ibu tersayang :(


Sunday 9 June 2013

Kek untuk ikish..5tahun dah!



Assalammualaikum wrt.

01 JUN 2013
Arituh kan bufday anak bonda yang kedua kan?
Arituh jugak cakap kami tak beli kek pun kan?
Arituh cakap kitaorang sibuk dengan aktiviti terkejut kan?

Tapi hari nih nak kongsi gambar seketol dua bufday ikish arituh. Kami beli jugak kek untuk ikish. Walaupun dah belated kan. Anak2 bonda nih tak heran sangat pun makan kek tau, tapi sangaaaatttt heran nak tiup lilin..hemoh3!!. En.sayur bonda tuh nampak jer garang, tapi hati dia? sangat2 lah lembut bab anak2 nih. Paling bonda perasan, suami kesayangan bonda nih tak kan pernah lupa kek untuk RYAN4 bila tiba hari lahir diorg. Walaupun tak besar, walaupun dah terlewat..tapi akan ada jugak keknya.


Bufday boy nya yang ber'pyjamas kotak2 tuh yer, yang muncung melebih2 dan kerinting tak hengat tuh anak bongsu bonda..si acai. Acai bukan nama apek yang jual sayur kat pasar tuh tau, tapi nama yang dia selalu kata kat orang..huhu. Ayah bonda kasik nama Muhammad Ryan Masyal, dia bantai acai jer. Makna? maknanya korang tak yah perah otak sangat nak buh nama anak korang esok..dah besar sikit depa carik nama glam sendiri..ekeke!!. Acai nih memang hover..dengan keyakinan dia tak kan kena marah punya.Hepp3!! salah tu..haha!! marah sama rata :P


Si tengah bonda nih kena di awasi bila babitkan hal2 gini tau, sebab dia nih selalu hilang kawalan. Maklum lah 'Ultraman Tiga' kononnya, selalu sangat dah lawan resakse gorgon kan..so mmg tak pandai berlemah lembut untuk kek ini. Eh! bukan bonda ayah buat telahan buta tuli tau, banyak kali dah nampak 'keganasan' yang ikish buat..ades!. Harapnya tak sampai besar lah yer ikish yer, brutal2 manja macam bonda jer okeh..tak moh ganas2 sampai besar tau, nanti ramai orang tak suka. Wasatiah jer sayang yer, jangan ikish jadik 'sutun' pulak, kang bonda gulai ikish kang!.



Banyak nih jer gambar yang bonda sempat snap. Comel2 bonda nih termasuk yang baju kaler itam tuh bukan boleh tgk bonda pegang kamera lama2, mula lah nak jeling2 kat bonda. Diorg nih anti kamera lah bonda rasa, terseksa sungguh bonda yang suka gigam nih..huk3!!. Tapi takpe..asalkan diorg tak lupuskan kamera genggam bonda nih kira ok dah. Apa de hal..diorg jerit, bonda gelak, diorg marah bonda buat muka mintak restu. Last2 diorg pasrah jugak..keh3!!.Kang tak berasap dapur kang, marah lah bonda. Ugutan 'mengundang' dosa tak hengat! mih3!!. Tak lah korang...tak kan lah bonda gitu kan? bonda kan hati kapas :P

Eh! dah meleret2 pulak entry nih.
Bye semua! jumpa next entry yer darling ^_^

#A
l fatihah buat ibu tersayang..10bulan dalam doa kami.


Saturday 8 June 2013

Rezeki minggu ni, alhamdulillah!




Assalammualaikum wrt.

Salam ahad semua! Semoga hari ini hari kita semua lebih baik dari semalam2 yer..amin3!!. Macam biasalah hari minggu, bonda kerja. Cuti bonda nih jumaat sabtu jer, ahad bonda kerja. Tapi minggu nih bonda bercuti dari hari khamis tau, khamis arituh kan israq mikraj..untung dok N9, dapat cuti. Bila ada cuti extra nih lah baru rasa bangga den nih berhijrah ko nogori nih. Kalau tak, 'saya org KL okeh'...mwahaha!!.Dasar *_*

Cuti 3hari yang sgt2 awesome nih bonda awesome kan lagi dengan aktiviti membaking. Mencari sesuap nasik tambahan katanya..ambik lah tempahan org seketol dua. Selain dari membaca, mengemas dan memasak..bonda paling suka buat segala mak nenek membaking. Mula buat makan sendiri, tapi dah lama2 ada pulak peminat hasil tangan bonda yang tak seberapa nih. Bonda anggap nih rezeki RYAN4 bonda..alhamdulillah. Meh nak kasik tgk bonda yang amatur punya hasil baking. Bonda tak pernah masuk mana2 kelas masakan atau pun baking pun tau. Tok guru bonda hanyalah En.Goggle tersayang dan Pn.Youtube tercinta..keh3!!. Jom layan..

mini pavlova done on 09jun2013

terima kasih pada regular customer bonda..luv3!! ;)
Order terkejut untuk kejut suami katanya..deco pun terkejut,mahap :P


Eh! bonda ada baca satu article kata kan, org yang suka upload pic makanan nih org yg kurang siuman . Sapa punya kajian lah tuh gamaknya kan? mermandai jer nak label org tak siuman. Bonda sentap okeh! to be honest bonda suka upload apa yg bonda masak dan baking sbb nak bagi sumber inspirasi kat korang2 yang selalu pening2 nak masak apa tuh. Ingat jadi 'mak2' nih senang ker weih? ssh tau tak!. Hari2 kena pikir nak masak apa, nak hidang apa kat anak dengan laki. Lain lah kalau korang anak beranak jenis tak kisah makan luar hari2, tapi itu pun pening nak order apa kan?. Bonda nih jenis yg suka masak dan akan pastikan hari2 en.sayur dan RYAN4 makan dari air tangan bonda. Selagi terdaya nak kelentang kelentung kat dapur kan? esok2 kita tak tau. Ok lah korang..bye!



#AL FATIHAH BUAT IBU TERSAYANG..:(



Wednesday 5 June 2013

Tayang-tayang...ngeh3!!


Assalammualaikum wrt..

Kembali bersiaran dengan mata yang rabak dan hati yang lemau..huk3!!. Semalam bonda cuti ganti. Jadi seharian lah terkohop dengan malaikat kecil bonda yang 4 bersaudara tuh. Bila dah sehari suntuk dengan diaorang, pembulian manja lah mereka buat kat bonda. Pantang tgk bonda duduk ada jer yang di gaduhkan, di rebutkan..nak perhatian ler tuhh...paham sangat2 lah tuh :P. Si ayah nya pulak buat deraan manja kat dapur. Arituh dia bawak balik menatang nih..

lobster bertelur-telur ;)

Bonda berhempas pulas nak menyiang nya. Tak pernah pun tau camner nak siang. Sudahnya buang apa yang mengerikan bonda jer..keh3!!. Pastu satu masalah pulak, nak masak haper nih? ades lah! Memandangkan RYAN4 nih penggemar butter prawn, maka terhasil lah,


BUTTER PRAWN SYOK SENDIRI.

Nampak mabeles kan?

Memang pommm!!! hek3!!.

Semalam pulak, en.sayur kesayangan bonda tuh menguji mental dan fizikal bonda sekali lagi. Bonda nih bab-bab menatang bercengkerang nih mmg failed sikit. Dulu kalau nak makan, arwah ibu bonda yang akan kopek kan segala mak nenek dan letak kan isi jer dalam pinggan bonda. Yer! dah beranak pinak pun kalau balik arwah lah yg akan tolong bagi isi kat bonda. Bonda tak reti nak kopek, dan paling tragis pernah jadik 'tragedi' akibat aktiviti kopek mengopek ini. Tragedi apa? kita simpan cerita dulu eh? jom layan menatang yang en.sayur bawak balik suh bonda masak semalam..

ketam nipah kan nama dia? ker salah? hihi ^_^

Ketam itu hidup tercuit2 okeh! 4 ketol budak tecik meraung2 berjemaah waktu bonda letak kan kat seat belakang kereta. Saja jer! kasik diam sikit dok dalam keta, kah3!. Kalau letak kat bonet diorg tak kan berenti jadik tarzan dalam kereta. Macam mana ber'tarzanan nya itu...toksah lah korang bayangkan, buat mual isi perut jer..huhu. Ketam nih keras tau, tapi isi dia padat sgt. Memang sedap ketam nih banding ketam biasa yang kat pasaraya tuh tau. Ber'emosi lah kami laki bini menyiangnya semalam. Kali nih mata lirik2 ajak berjemaah di dapur..kih3!. Nasiblah suami bonda tuh paham kelemahan bini gedang dia nih, gagah jer datang tolong siang..terima kasih b!. Tapi ribut2 kat dapur korang jangan cakap lah. Ketam menguit anak terjerit. Ayah salah potong sepit bonda plak terjerit, sayang oooiii!! isi banyak kat situ..haha!!. Penat berhempas pulas lebih kurang sejam, terhasil lah menu yang amat2 bonda suka. Zaasss!! teringat kenangan makan ketam nih bersama arwah ibu dulu. Arwah ibu bonda suka sangat ketam nih. Terbayang2 kenangan kami masak sama2 kat dapur.

- sebak -

Bonda masak ketam nih mengikut hidangan bersama arwah ibu dulu. Semua resepinya terpahat kukuh di ingatan..sumpah! bonda rindu rasa air tangan itu.. :'(


Tadaaa!!

KETAM BERLADA IN DA HOUSE.

Simple menu kan? tapi cukup buat bonda tersekat2 masa nak makan. Sedih yang berbaur buat bonda rasa tekak nih sempit nak menelan. Kali nih pandai atau tak, gagahlah sendiri kopek yer...sob3!!. En.sayur telan ketam sorang2 jer, tak moh pun oper bini dia nih tau..merajuk bonda!. Nasib RYAN4 ada buat bahan usik, sambil makan sambil ugut ketam nih hidup..haha!. Jahat sesekali jer ngan anak apa salahnya kan. Eh! panjang kan entry nih? Tapi bonda nak kongsi gak satu lagi menu semalam..

buih2 menggelegak tau, nampak macam gulai basi kan :P

Kari hayam RYAN4. Peberet 4 ketol tuh nih, selain dari sambal tumis. Bonda masak senang jer bila cuti pasal ramai assistant..kui3!!. Bukan dera tau! saja nak bagi minat ke dapur, senang bonda retired awai. Ok lah yer, bonda da nak balik...jumpa di next entry..babai!!

#Al fatihah buat ibu tersayang...10bulan sudah berlalu :(






Saturday 1 June 2013

Selamat hari lahir sayang bonda ikish!!

Assalammualaikum wrt.


Ahad 02 JUN 2013.
Semalam 01 JUN 2013, hari lahir malaikat kecil bonda Muhammad Ryan Mukhlis. Ikish lahir tepat jam 10.17 minit pagi tahun 2008. Sama tarikh lahir dengan Agung ko! baru tahu setelah 5tahun..ades!

-tepuk dahi laju2-

Bukan tak alert tapi tah lah, bonda bukan nak kisah sgt pun tarikh lahir anak-anak bonda jatuh pada hari apa, sama dengan hari apa. Apa yang bonda tau, pada tarikh itu bonda melahirkan seorang bayi comel dengan seribu rahmat dari Allah swt. Anak-anak yg baru berhijrah dari syurga Allah swt hadir ke dunia melalui bonda dengan izinNYA jua. Alhamdulillah, pada usia 5tahun ini, Ikish membesar cukup sempurna dan senang di jaga. Punya dua orang adik memang agak awal bagi ikish, tapi bonda cukup bangga dengan semua rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang ikish tunjuk kan sepanjang 5tahun ini. Alhamdulillah.

Hanya dengan ciuman sayang kami raikan bufday ikish tahun nih. Kali pertama sejak 5tahun birthday si debab bonda nih takde kek. Cadangnya malam semalam bonda nak adakan sedikit majlis kecil2 lan buat ikish tapi plan berubah 360darjah daaa!!. Dalam kul 11.00 tgh adik ipar bonda call ajak bonda dan RYAN4 ke Hutan Rekreasi Ulu Bendul Kuala Pilah. Penat mandi2 kat situ cargas ke Nilai pulak jejalan carik kain raya katanya. Korang tau tak, plan mengejut nih buat bonda tinggalkan rumah macam reban ayam..hoho!. Balik dari Nilai singgah seremban carik hadiah untuk bufday boy dan yang lain2. Hamik ko! sekali beli hadiah 4 ketol untuk 4 org budak tecik.

-nangis-

Sampai rumah jer dah hampir 10.00 malam. Encik2 RYAN4 dah terkangkang2 terlentang tido dalam keta. Habis kot celah mana pulak nak tiup lilin?. Dengan mata tertutup memasing, bonda buat kerahan mandi berjemaah. Ada yang meraung, merengek dan ada jugak yang blurr..haha!!. Tak kan tak nak mandi pulak kan? serius bonda rimas budak selekeh dan berbau 'achemmm'..hihi. Selesai mandi baru lah berbahagia tido kan korang, pandai tak bonda? sgt kan? mih3!!! (ssyyyhhh...sesekali nak UP, relakan ajer..kih3!!)

Sepanjang cuti sekolah diorg kali nih bonda memanfaatkan habis diorg..hek3!!. Takde lah nak buat deraan fizikal yang keterlaluan uols, bonda cuma agak kerap babitkan RYAN4 dalam aktiviti di dapur bonda jer. Bonda suh siang sayur, kopek ikan bilis, sapu dapur dan paling best pegang mixer bila bonda membaking..mwahaha!!. RYAN4 bonda apa lagi, mmg terlompat2 lah kan. Esok2 dah besar harapnya pandai ke dapur walaupun org bujang. Bukan nak sama macam kita org dewasa nih buat kan? alah..sekadar meregangkan otot diorg yg hadap Ultraman 24 jam tuh jer. Eh! jom layan pic diorg siang bayam nih..

Apa yg penting? kerjasama! mih3!!

Mula nak perang saudara dahhhh....alahai...:P

Sorang dah tertewas, tinggal lah dua >:O

Nampak tak hasil yang diorg buat? boleh lahhhhhhhh ^_^



#Al fatihah buat ibu tersayang...:/