Sunday 27 October 2013

Rojak pasembur (baik baca pasal xde kaitan rojak pun, haha)



Assalammualaikum wrt.

Ni entry pendek..
pasal nak balik kemas barang.
Esok pagi-pagi buta aku nak ke Kota Kinabalu, Sabah.
Jauhkan?
Urusan kerja.

Tapi nak share kat korang gambar pagi tadi..


Masyal lah tuh..
Si bongsu.

-muncung mulut-

Merajuk dengan wan.
Lately ni semua pun nak buat sendiri.
Haish!.

Minggu lepas punya cerita pulak aku sibuk buat nih..


Dah siap punnnnnnn..^_^
Sorang jer aku jadik tikus dalam bilik nih.
Tinggal tunggu hari bersejarahnya jer.


Tak lama dah kan?
Adik bonda dah nak jadik laki orang.
Rasa macam baru semalam kumpul duit belanja sekolah nak belikan dia seluar pendek doraemon..kih3!!.

Mahal ooo masa tuh bagi aku.
5.00 Hengget selai.
Gigih sungguh aku waktu tuh.
Walau baru darjah 2.

Semua kerana sayang.
Time fly was very fast.

Kalau lah ibu ada...
Masa nih, Mesti lagi meriah.
kami sama-sama buat semuanya.
Al fatihah buat ibu tersayang.
Setahun 3bulan sudah ibu.
Rindu ibu.
-____-



Thursday 17 October 2013

aku lupa lahhhhhhh...adoi!



Assalammualaikum wrt.

Takde citer apa pun.

Cuma nak bagitau,


Mungkin aku dah nyanyuk.
Mungkin aku dah tua sikit (sikit jer..)
Mungkin aku dah banyak putus urat ingatan.


Tengahari tadik kukus kek masa lunch.
Dah jam 4.23 petang aku baru perasan kek masih di kukus dengan air yg dah kering.

Mujur tak terbakar periuk.
Mujur ada mak mertua tolong tutupkan api.
Pasal aku kat opis tengah main mukabuku.

Ishhh! tercalar reputasi kemenantuan aku.... -_-


Sunday 13 October 2013

Mak jarah vs kak nam..



Assalammualaikum wrt.

Aidilfitri 2013 - genap bidadari bonda setahun pergi tinggalkan kami.

Aidiladha 2013 - genap 54 tahun usia bidadari bonda jika Allahyarhamah masih ada dan bernafas.


Cantik aturan perjalanan yg Allah swt aturkan ni kan?

Alhamdulillah.
Walau masih ada luka, namun perjalanan bonda setelah setahun 2bulan kehilangan Allahyarhamah masih mampu bonda teruskan. Kami masih bahagia bersama. Kami masih mampu merancang perjalanan hidup kami dengan baik. Kami masih di limpahi dengan kasih sayang yang tak terucapkan.

Syukran Ya Allah.
Syukran.

Banyak benda nak cerita...
Kisah RYAN4 ke sungai petani yang sangat adventure..nantikan! :P
Kisah persiapan perkahwinan adik gemok bonda yg seketol.
Kisah tentang kesakitan yg sementara.

Tapi nanti lah..
Meh bonda kasi tengok satu kelaku tak anggun Ryan bongsu bonda, masyal.


Nampak tak muka en.sayur dan anak bongsu beliau itu?
Sangat kepochi kan?

Kat bawah ni bertambah bukti bahawasanya
mereka memang satu kapal bab 'menjarah'.
Sekian.


#
Al fatihah buat ibu tersayang..Eshah binti Pendek.


Saya anak dara? ishhhhhh....


Assalammualaikum wrt.

Al fatihah buat Allahyarhamah mak lang yang dah pergi mendahalui kami selama 100 hari.

Hari ni tahlil Allahyarhamah.

Bonda sejak semalam berada di kampung,
membantu apa yang patut.

Memang terasa kehilangan Arwah.

Dulu...bangun pagi jer dah terbau-bau nasik goreng,
bee hon goreng dan lain2 sarapan pagi.

Kali ni..

Bangun pagi jer kami terkial-kial ke dapur
termenung apa yg nak di sarap kan.

Padan muka kami.

Seperti selalu, bila ada kenduri kendara di kampung, tukang-tukang masaknya hanyalah wan2 ongah yang sgt galak bercerita sambil mengacau gulai..hihi.
Bertambah perasa ^_^

Namun tiada sekeping pun gambar yg berjaya bonda abadikan.
Semua kerana ke hulu ke hilir melayan wan-wan yg sibuk meminta itu dan ini. The best part bila tetiba rasa anak dara..kah3!!. Mana tak nya..ayat seruan mereka pada bonda seperti..

'ooii dagho, mano garam eh?'
'gho..amik an gulo sosudu'

Haaa!! nampak tak?
Ai dara uuu??

Tetiba malu sendiri...







Wednesday 9 October 2013

Aku anak flat.



Aku anak flat.

Ruang sempit satu bilik besarkan aku.
Simen bata alas kaki aku.
Di atas langit padang permainan aku.

Tak bisa aku bermain longkang.
Tak hadap aku main tanah.
Tak heran aku memanjat pokok.

Bertahun aku di awangan.
Bertahun aku bergentayangan.
Semua kerana aku anak flat.

Tidak pernah ada rungutan.
Walau satu lontaran keluhan.
Itu sahaja kemampuan.
Buat kami golongan pertengahan.

Masih bersyukur walau ruang sempit..asal tidak di bawah jambatan.
Masih bersyukur memijak simen..asal bukan kerikil jalanan.
Masih bersyukur dan tidak kufur.


Alhamdulillah.

- aku budak Flat Sri Sarawak, BLOK C..3-10-E -

#Al fatihah buat bidadariku sayang..setahun 2bulan kita terpisah jasad, rindu ibu :(