Monday, 16 February 2015

Perjalanan 2 tahun lalu ( part 2 )


Perkhabaran duka itu seakan menghentikan semua yang sedang bergerak. Pegun. Terasa dunia seakan2 berhenti berputar, hanya detak nafas yg ada. Namun setitik air mata pun tidak bonda hamburkan. Mungkin terkedu..mungkin tidak percaya..mungkin jugak hakikat itu terlalu payah untuk di terima. Usai perbincangan di bilik doktor, bonda segera mendapatkan ibu di wad nya seperti tiada apa2 yg berlaku.

'Kak ija, doktor cakap apa? kenapa diaorg panggil kak ija? '

Bonda diam dan senyum memandang bidadari itu.

'Takde apa lah ibu, macam biasalah..cerita rawatan itu ini, ntah apa2 je diorg merepek2, akk nak g bilik air jap tau bu'

Melarikan diri adalah cara yang paling bernas terlintas di kepala bonda ketika itu. Macam mana nak cakap? macam mana nak khabarkan pada ibu yg hayatnya mengikut perkiraan doktor hanya tinggal 6 bulan? macam mana nak hadap reaksi ibu? eh! macam2 yang bermain di fikiran..kusut! macam klishe drama melayu je lagaknya. Terhambur semua tangis, bonda lampiaskan semua kesedihan di dalam bilik kecil itu tatkala keseorangan. Bonda lari jauh2 dari ibu. Bonda tak mahu ibu kusut memikirkan semua ketentuan Allah swt. Saat ini biarlah ibu istirehat, ibu bertenang.

Semua adik beradik bonda khabarkan berita duka ini. Ayah juga bonda beritakan. Semua terkejut dgn berita yang kami anggap umpama langit runtuh. Namun secara jujurnya bonda sudah mampu menjangka kan berita ini. Sejak mula ibu di masuk kan ke HKL, bonda tidak jemu2 mencari maklumat berkaitan simptom2 penyakit ibu. Beratus website bonda terjah semata2 ingin mengetahui tanda2 penyakit yang baru sahaja ibu deritakan ini. Sebagai anak, bonda semahunya menolak semua kenyataan. Namun sebagai hamba NYA, bonda sudah bersedia dalam semua kemungkinan. Kekuatan hati ni datang sepanjang menemani ibu sakit.

Namun..
Sampai bila kan bonda nak rahsiakan semua kenyataan dari ibu. Sampai satu hari, 2hari selepas kejadian doktor panggil bonda tu rasanya, seramai 2 orang doctor meminta izin pada bonda untuk memberitahu ibu tentang sakit ibu yg sebenarnya pada ibu. Saat ni debar di hati bonda hanya tuhan yg tahu. Permudahkanlah Ya Allah..permudahkan lah, bisik hati ni tanpa jemu. Terlihat kerisauan di hati ibu tatkala doktor menghampiri, satu persatu doktor huraikan. Ibu membisu seribu bahasa. Mengangkat muka pun tidak, menunduk sambil mengenggam erat tangan bonda. Sebelah lagi tangan bonda, bonda rangkulkan di bahu ibu. Getar badan ibu terasa tatkala khabar duka itu di beritahu. Bonda pandang ibu yg wajah nya tepat menghadap doktor. Tiada setitis air mata pun ibu titiskan, hebat!. Ibu memang wanita yang kuat semangat. Namun sekuat mana pun ibu menahan air matanya, getaran badannya dalam pelukan bonda telah menceritakan segalanya. Siapa yang tidak galau bila hayatnya di ramal hanya tinggal 6 bulan? yer 6 bulan. 

Kawan-kawan baru ibu di katil sebelah bangun semuanya memeluk ibu. Sebak. Even baru berkenalan seminggu dua, namun ikatan kasih sayang yang mula terbina turut membuatkan mereka menangis sama. Ibu masih kaku dalam pelukan kami. Wajah ibu tenang walaupun kami semua menangis tanda berduka dgn perkhabaran itu. Ibu minta bonda telefon ayah, telefon uda (kakak ibu) bagitahu tentang khabar ini. Namun di luar pengetahuan ibu, semuanya sudah maklum tentang sakit yg ibu deritai. Persiapan mental berhadapan dengan segala kemungkinan telah kami siapkan dari awal. Selepas detik itu, ibu kelihatan sedikit muram. Macam2 cara kami cuba hiburkan ibu, ibu tetap muram. Ibu selalu kata, 

"Allah swt tak pernah bagi ibu demam yg teruk, sakit yg berhari2 tak bangun. Tapi tiba2 Allah swt bagi ibu sakit yg berat ni terus. Allah swt nak uji ibu ni, nak bantu ibu hapuskan dosa2 kecik ibu masa ibu sihat. Nanti kalau ibu dah 'balik' padaNYA..tak lah berat sangat timbangan dosa ibu "

Allah...Allah...Allah, positifkan ibu? Bonda tau, ibu bersungguh2 lawan rasa sedihnya, rasa resahnya sebab ibu tak nak orang lain susah sebab ibu. Setelah penyakit ibu di ketahui, makan minum ibu semua di jaga. Uda menjaga ibu bagaikan menatang minyak yang penuh. Menjaga makan pakai ibu dengan sebaik2nya. Bonda berulang alik ke rumah ibu 2 hari sekali, 4 hari sekali, seminggu sekali..tidak tentu. Sejak ibu di sahkan dengan kanser, jari bonda tak lelah menaip segala bentuk rawatan dan kawalan penyakit ini di alam maya. Bonda mencari semua maklumat berkaitan kanser paru-paru adenocarcinoma. Bonda bekerja dan punya 4 anak yang masih kecil, menjaga ibu 100% adalah mustahil bagi bonda. Namun setiap kali ibu call minta balik, bonda akan balik. Tak kiralah jam berapa pun panggilan ibu buat. Pukul 2 pagi, 2 pagi lah bonda start kereta meredah hutan, kebun kiri kanan seorang diri.

Bukan ingin mengungkit, jauh sekali takbur. Namun menceritakan realiti di sebalik ujian ini. Bonda tinggalkan ryan4 yg masing2 masih kecil di bawah jagaan ayahnya acap kali. Kadangkala hingga seminggu tak balik ke rumah. Terus terang, sejak ibu sakit dan sakitnya semakin memburuk ibu sering berdamping dengan bonda. Mungkin bonda satu2 nya anak perempuannya. Banyak yang ibu ceritakan, kongsikan. Semua sejarah hidupnya dari kecil, muda hingga berkahwin dengan ayah. Ada duka dan ada suka. Ada yang bonda akan ambil sebagai pengajaran, ada juga di buat sempadan kehidupan. Bermula lah kehidupan ibu sebagai pesakit kanser. Pelbagai rawatan susulan ibu jalani, dan saranan doktor supaya ibu menjalani kimoterapi masih ibu pandang sepi. Ibu sebenarnya keliru dengan sekeliling. Kami sebagai ahli keluarga turut di bayangi dengan bermacam2 andaian buruk kimoterapi. Makanya ibu tidak menjalani kimoterapi secepat mungkin seperti yg doktor2 sarankan.

Ibu hanya mendapatkan rawatan kanser di hospital apabila memerlukan. Sel kanser ibu jahat! sangat jahat. Kanser telah mengakibatkan paru2 ibu menakung air. Jangan tanya bonda dari mana air itu, menurut doktor air tuh di ambil dari badan ibu sendiri..di kumpulkan di paru2 ibu. Jasad kecil ibu di tebuk untuk mengeluarkan air yg memenuhi ruang paru2 ibu seminggu sekali. Adakalanya 3 hari sekali. 3 kali ibu menukar tiub yg di jahitkan terus dari paru2. Allah..seksanya ibu ketika itu. Bonda yang menyaksikan setiap kali penukaran tiub dan proses keluarkan air itu pun tidak sanggup melihatnya, apatah lagi ibu yg melaluinya. Betapa besar ujian buat ibu. Namun bonda dan ahli keluarga yg lain tidak putus2 memberikan kata2 semangat walaupun adakalanya kami juga memerlukan semangat berdepan dengan ibu. Saat itu hanya air mata menjadi peneman. 

Berdepan dengan seorang pesakit kanser bukan mudah, tambahan pula pesakit itu adalah ahli keluarga kita sendiri atau lebih tepatnya cinta hati kita..ibu kita. Ibu tentulah di uji dengan kesakitan yg maha hebat, Bonda yang menemani dari awal juga turut teruji mental dan fizikal. Berulang alik ke kuala lumpur dari n9 menjadi rutin. Adakalanya setiap hari. Ibu tidak pernah meminta sesen pun bantuan dari bonda, namun ibu selalu mengingatkan bonda tentang betapa dia cukup rasa bertuah sangat jika bonda yang menjadi pengurus semua urusan hospitalnya. Katanya bonda lebih memahaminya, entah lah..mungkin saat itu bonda hanya fokus pada ibu. tidak pada yang lain. 8 bulan bonda bersama ibu, tika suka dan tika duka. Uda (kakak ibu yg menjaga ibu sepanjang ibu sakit) menjadi saksi semua keperitan yg kami lalui. Masa2 inilah ibu banyak bercerita. Pelik rasanya. Kami tidaklah rapat seperti anak ibu yg lain. Bonda bukan anak yang manja, lebih suka menghabiskan masa di luar dari dengan ibu sepanjang menjadi anak ibu. Tingkatan 1 bonda telah di hantar ke sekolah berasrama. Lepas spm bonda diterima masuk ke universiti, makanya tiada ruang untuk kami akrab. Namun ketika ibu sakit, bondalah menjadi tempatnya bercerita. 

Bukan setakat di hospital kerajaan, ibu juga mendapatkan rawatan di hospital swasta. Beacon kanser institute, kami juga sering berkampung di sana. Betapa ibu bersemangat untuk pulih walaupn hakikatnya hanya kami yg tahu. Ibu juga mendapatkan terapi di pusat terapi swasta. Separuh dari pembiayaan terapi itu di biayai oleh abang bonda. Terima kasih kepada keprihatinan beliau. Harapkan bonda, hanya pengorbanan masa dan tenaga sahaja mampu bonda lakukan. Bonda bukan kerja pegawai tinggi, suami pun hanyalah peniaga pasar biasa. Hanya itu yg termampu kami lakukan. Mujur ibu sangat2 memahami situasi bonda. 8 bulan ibu terlantar sakit, 8 bulan juga emosi bonda teruji. Berpisah dengan ryan4 saban kali bukanlah sesuatu yg mudah. Berjauhan dengan suami tatkala hati di landa resah bukanlah sesuatu yg indah. Di hadapan ibu, bonda perlu tenang. sekali pun tidak pernah bonda menitiskan air mata. Bonda percaya, aura positif harus di salurkan pada pesakit2 kanser. keresahan dan kesedihan itu bonda biarkan mati di dalam hati, bonda benamkan jauh ke dasar hati.

Sepanjang 8 bulan itu bonda tempuh dengan tawakal dan kepercayaan kepada qada dan qadar Allah swt. Memandu seawal 2,3 pagi bukan lagi perkara asing bagi bonda. Ada satu ketika di mana en.sayur tidak memahami, mertua juga tidak memahami, semua orang sekeliling menuding jari mengatakan bonda mementingkan ibu dan mengabaikan suami serta ryan4. Hanya Allah swt yg tau betapa remuknya perasaan ketika itu. betapa lelahnya bonda untuk bersikap adil. Namun andainya untuk berbakti kepada ibu bonda terpaksa ingkar akan 'syurga' yg tercipta untuk bonda, bonda akur. Maafkan bonda semua. maafkan. 

Tanggal 27 julai 2012.
Setelah semua usaha tidak menunjuk kan perkembangan yg positif, ibu mengambil keputusan untuk mencuba rawatan kimoterapi. Lillahitaala, tiada satu pun paksaan atau pun penggalak dari kami. Ibu dengan rela hatinya sendiri. Mungkin sudah terlalu letih dengan semua yg dia lalui. Berpuluh ribu wang habis, namun keadaan ibu semakin memburuk. Ibu kata..

'Bagilah ibu rasa sekali pun jadilah kimoterapi ni..mungkin ini pengubat pada kanser ibu..ibu dah tak sabar nak sembuh'

Kami menurut. Adik dan bonda membawa ibu untuk temujanji kimoterapi pada tarikh ini. Ibu kelihatan bersemangat.

Tanggal 31 Julai 2012 bersamaan ramadhan yang ke 12.
Ibu menjalani kimoterapi nya yg pertama. Ibu sangat2 positif dan bersemangat. Berpeluh2 ibu selepas menjalani rawatan. Paling membuatkan hati kami berbunga2 bila mana ibu berselera sungguh makan pada hari itu. Ibu beria2 duduk bersama kami membuka puasa. Senang hati bonda melihat ibu begitu. Pelbagai andaian positif kami borak kan. Ibu senyum. Usai berbuka hari itu bonda minta diri untuk pulang ke rumah menjengah ryan4 di n9, tambahan pulak bonda bekerja esok harinya. Semuanya berlalu seperti biasa, ibu kata dia semakin sihat. Positifnya ibu.

3 Ogos 2012.
Bonda di kejutkan dengan berita ibu demam panas. demam ibu sehingga menyebabkan ibu di serang sawan. Tergopoh2 bonda balik masa itu, sedangkan semalamnya bonda baru pulang dari rumah ibu. ibu kelihatan baik2 saja..cuma ada batuk sesekali di lepaskan. Ibu di masuk kan semula ke HUKM dengan serta merta...

BERSAMBUNG PART 3...
Pengakhiran kehidupan srikandi dan bidadari di hati kami. 



Sunday, 7 September 2014

Perjalanan 2 tahun lalu.. ( permulaan cerita duka)



Assalammualaikum wrt.

Kembali bersua di alam yg hanya tulisan menghubungkan kita. Tanpa suara, tanpa wajah kita tetap boleh berhubung dan berkongsi rasa, hebatnya teknologi sekarang kan? beruntung nya la haiii anak2 kita ^_^

08 Ogos 2014.
Genap 2 tahun Allahyarhamah bidadari bonda tinggalkan kami semua.
Tinggalkan seorang suami yang hiba.
Tinggalkan anak2 yang gusar.
Tinggalkan kehidupan yang penuh ujian, kembali ke pangkuan Allah swt yg sentiasa menyayangi hamba-hambanya. Al fatihah buat ibu.

Hari ini.
Ayah sudah punya pengganti yang mungkin tidak sama seperti ibu, namun cukup membahagiakan ayah dan mampu menjaga makan pakai ayah dengan baik. Terima kasih makcik. Ada2 masa tersasul juga mulut bonda memanggilnya ibu. Taatnya makcik seperti ibu juga, alhamdulillah ayah tidak salah memilih. 

Campak belakang 2 tahun yg lalu, sewaktu ibu sedang bergelut dengan kesakitannya melawan sel-sel kanser yg jahat, bonda rasa sangat2 bersyukur atas apa yg Allah swt telah aturkan. Perjalanan sepanjang ujian itu selalu di permudahkan. Benarlah kata org2 cerdik pandai, TIADA UJIAN TANPA KETABAHAN SEBAGAI BEKALAN. Allahuakhbar...penyayang sungguh Allah swt kepada kita. Entry ini mungkin panjang mungkin pendek, tapi izinkan bonda berkongsi sedikit suka duka sepanjang 8 BULAN bersama menemani seorang ibu yg uzur. Semoga catitan ini, Ryan4 sudi membacanya sebagai pedoman meneruskan kehidupan mereka yang masih panjang. 

Tanggal 25/11/2011
Ibu di bawa ke HKL oleh adik bonda selepas mengalami sesak nafas beserta batuk yang menggila. Pada pandangan kami pada ibu, tiada apa yg berlainan. Ibu kami yg kecik molek mungkin hanya mengalami batuk yg teruk. Namun lain jadinya bila doktor di HKL mekhabarkan bahawa paru2 ibu punya kelainan. Ibu di gesa segera 'warded'. Namun dek kerana sehelai sepinggang ibu meminta agar di tangguhkan dua hari, biarlah dia menghabiskan minggu itu di rumah. Comel permintaan ibu..

27/11/2011
Ibu menyerah diri di HKL di temani ayah dan adik dengan hati yang tak berapa rela. Sempat dia berlawak di dalam perbualan kami di telefon tengahari itu..katanya,

'Kalau doktor2 kat sini asyik nak ambik darah ibu jer, ibu larik hospital kak ija'.

Hurm..memang agak terkejut dengan statement ibu tuh, tapi sekarang bonda tau dah dari mana datangnya sikap 'nekad' serta 'nakal' yg ada pada kami adik beradik, dari ibu yg comel ni rupanya..hihi. 2 minggu ibu di HKL, bermacam rawatan mencari punca batuk di jalankan pada ibu. Pada awalnya doktor mengatakan ibu terkena paru-paru berair, namun simptom2 paru2 berair tidak berapa jelas ibu tunjuk kan. Pelbagai antibiotik di masukkan kedalam tubuh comel ibu, namun gagal menyembuhkan batuk ibu. Akhirnya doktor meminta izin dari kami untuk melakukan proses mengambil sampel dari tisu paru2 ibu serta ct scan.

13/12/2011
Prosedur mengambil sampel tisu paru-paru di buat serta Ct scan bahagian Paru-paru ibu di jalankan. Selepas prosedur itu di buat ibu sudah kelihatan seperti org sakit, ibu dah tak ceria macam hari2 sebelumnya. Sepanjang menunggu keputusan sampel paru2 ibu di benarkan pulang berehat di rumah. Alhamdulillah ibu nampak lebih selesa, rumah sendiri kan...mana nak sama dgn rumah sakit. 

Seminggu selepas itu keputusan sampel paru2 yg di ambil keluar. Ct scan juga telah kami serahkan kepada HKL untuk di baca dan di teliti. Mereka merujuk kes ibu ke Institut Respiratori Kl. Ibu di minta membuat saringan tibi di sana. Berangkutlah kami ke sana, pelbagai ujian juga ibu lakukan di sana. Darah yg dia ambil sebagai sample usah di hitung, kesian ibu. Tapi ibu kata...

' Takpelah, asalkan batuk ibu ni cepat baik. sakit dah dada2 ni semua menahan batuk '

Yer ibu, ibu akan baik. positifnya bonda di saat itu.
Genap seminggu 4 hari ibu di sana, sekumpulan doktor memanggil bonda untuk berbincang katanya. Bonda menjaga ibu di IPR masa mula2 ibu di tempatkan di sana. Siapalah lagi bonda nak harapkan, ayah bekerja, adik bekerja di hospital, abg pula bertugas sebagai petugas beruniform. Semuanya sukar untuk memohon cuti. Takpelah, bonda hanya kerani cabuk, cuti tahunan pun berlambak2, mujur en.sayur sgt2 memahami dan pengorbanan yg bonda lakukan masa itu bonda hanya minta Allah swt yg menghitungnya. Perkara paling berat masa itu ialah berpisah dengan RYAN4 cinta hati bonda. 

Debaran di hati bonda hanya Allah swt yang tahu. Duduk di kerusi yang teguh pun seakan2 rasa hanya duduk di atas selembar kapas yg lembut. Tidak keruan perasaan bonda tika itu..sungguh!. Pada awalnya doc menerangkan serba sedikit simptom2 yg ibu alami dan kesannya. Akhir bicara doc meminta agar bonda bertenang dan mendengar dengan teliti.

' Maaf puan, pihak kami telah menjalankan pelbagai ujian dan kami sepakat untuk mengesahkan bahawa ibu puan sedang menghidap kanser paru-paru tahap 4. Sel ini bersifat dominan dan terlalu cepat merebak dan mengganggu fungsi perjalanan normal paru-paru ibu puan. Sel ini di kenali dengan sel kanser paru-paru adenokarsinoma. Mengikut kajian dan pemantauan kami, sel2 ini telah merosak kan lower lobe paru2 Pn.eshah. Harapan untuk sembuh kami tidak janjikan. Kemoterapi hanya salah satu usaha dari kita untuk memanjangkan hayat pesakit bukan untuk mengubati. '

Berseorangan.
Yer, bonda berseorangan mendengar khabar itu dari mulut2 doktor yg bertugas pada ketika itu. Sendirian di kelilingi beberapa doktor yg menyampaikan berita yang membuatkan jantung ini seakan2 mahu berhenti berdetak. Lantai di pijak seakan tenggelam sedikit demi sedikit. Kepala melayang2 seolah-olah mabuk di pukul gelombang perasaan yg tidak terkawal.

Bersambung.....




Saturday, 6 September 2014

Cerita baru bermula....jeng3!!


Assalammualaikum wrt..

Lama tak jumpa?
Rindunyaaaa...
Sungguh tak tipu.

Lama tak update bukan sebab malas seperti selalu, tapi takde mood.
Tak sama kot kan?
Kih3!! klishe betol ayat takde mood tuh -_-

Ryan4 semakin membesar bagai johan.
2014 semua ryan4 pun dah skol.
Dah takde yg tergolek terlentang kat rumah pengasuh.
Jimat di situ..mih3!.
Kehidupan kami macam biasa.
Ada pasang surutnya, cuma mungkin lebih stabil..alhamdulillah.

Tahun 2014 dah sampai ke penghujungnya kan, dah bulan 9 uols..sekejap jer!.
Banyak kenangan sepanjang tahun ni.
Banyak pengajaran.
Paling utama banyak suka dari duka.
Syukur ke hadrat yg memberi perjalanan ini.

30 Tahun.
Yer, bonda sudah semakin tua. Tapi macam tak best jer ayat tua tuh kan?kan? oklahhhhh....semakin terserlah keanggunan sebagai seorang wanita..kah3!. Dah mula berfikir soal amal ibadat yg masih lintang pukang, fikir pasal nak jadik suri rumah yang berjaya dan part paling best, mula terfikir nak jadik bussiness woman ko! haha!. Ntah apa2 jer hormon lately ni, mujur yg terfikir semua yg baik2. Buatnya terfikir nak bagi laki poligami ker, pasang scandal ker? haaa! mau bersilat semua yg rapat dgn bonda kan..hihi.

Tahun ni juga banyak muhasabah diri. Kalau dulu asyik nak melenting jer, tahun nih lebih cool gitu. Hubungan dgn ayah dan mak tiri juga sgt2 baik..alhamdulillah. Mana ada bapak yang bencikan anak kan? same goes to anak..mana ada benci kat mak bapak even mak bapak banyak bagi kenangan yg tak best kan? hihi. Apa yang penting kita tau mana kedudukan kita, sebagai anak..kewajipan kita menjaga org tua kita tak kira apa pun yg org tua kita cakap pada kita. Hidup ni ibarat putaran roda, tiba masa kita pun akan tua dan pastinya kita tak mahu anak2 buat kita macam org asing kan. 2 tahun sebulan sudah juga bidadari tinggalkan kami. Rasa macam baru jer lagi, dan kerinduan tu masih menebal.

Nak cerita apa pun tak tahu sebenarnya. Rasa janggal setelah sekian lama berhenti menjadi blogger tegar yg saban masa memikirkan blog picisan. Oh yer, untuk cerita terbaru, yakni minggu lepas..ryan muhaimin and the gang berjaya merangkul JOHAN bagi pasukan kompang peringkat daerah mewakili KEMAS. Alhamdulillah, tak sia2 lenguh tgn saban malam dek memukul kompang, insyaAllah awal bulan 10 akan ke peringkat negeri. Mudah2an berjaya sehingga kebangsaan nak yer, pelishhh auntie uncle doakan sama ^_^ tqqqqqqqqq.

Muhd.Ryan miqail sudah berada di tahun 1, so far alhamdulillah jugak semuanya berjalan dgn baik. Peperiksaan penggal pertama, miqail skor semua subjek 'A'..kecuali seni dan arab..hanya dapat gred 'B'. Apa jua pun keputusan miqail, bonda ayah mengucapkan syukut ke hadrat ILLAHI kerana perjalanan kehidupan anak2 bonda baik dari awalnya. Dengan peratusan 87.4% itu sudah cukup memberikan galakan pada miqail untuk terus usaha di masa2 akan datang. 

Muhd.Ryan Mukhlis? anak yg unik tuh? juga dalam keadaan yg sgt2 baik. Makin matang walaupun usianya baru 6 tahun. Sudah mampu membaca berdikit2, harapnya pada usia 7tahun nanti ikish dah pandai membaca tanpa tersangkut2 macam miqail. 

Muhd.Ryan Masyal @ acai..
Dah sekolah dah mamat manja itew..kih3! Tapinya setiap pagi kena urut dada menahan amarah dek kelaku acai yg sangatlahhhhhh sopan bila bangun pagi. Tak banyak yg acai capai, namun keberanian dia berdepan dengan dunia taska amatlah membanggakan bonda. Spoilt brad seperti acai mmg susah nak di fahami, tapi bonda tahu jer dia sebenarnya kuat dari dalam. Saja jer buat2 manja..choyy! haha!.

Eh3! banyak pulak membebel dalam pada takde cerita kan..kiki. Ok bye semua. Next entry baru ada mood nak masuk2 gambar. babai!!!