Sunday, 2 March 2014

Cakap Ahad bonda..



Alhamdulillah..
Syukran pada empunya langit dan bumi.
Mak abah dah selamat kembali dari tanah suci.
Ryan4 sudah bersekolah seperti biasa.
Rumah baru juga sudah tersusun kemas tanpa perlu bonda menjingkit-jingkit berjalan.
Cuma laman tepi saja masih terbiar di racun en.sayur. Kononnya nak di usahakan batas-batas cili di situ.
Namun hingga entry ni di tulis..hanya rumput kuning je yg dok berhias indah ^_^
Takpe..akan tiba harinya.

Bersangka baik.

Kawan datang dan pergi.
Sahabat tak pernah bonda nanti.
Yang setia cuma en.sayur dan RYAN4 di sisi.
Itu juga bukan HAK bonda yang abadi. Pinjamkanlah selagi nyawa masih ada.
Mungkin banyak yang hendak bonda titipkan.
Namun lebih banyak yang bonda telan jauh-jauh ke dasar hati.
Memendam.
Itu sahaja yang bonda warisi dari Allahyarhamah ibu. Mungkin.

Semalam bonda biarkan kaki ini melewati suramnya pusara ibu.
Berteleku bersama riuh nya suara Ryan4 yang berselang seli bercerita tentang apa yang mereka lalui pada ibu. Rindu.

Al fatihah buat ibu yang mendahalui kami bertemu Illahi.

Cinta bonda hingga mati.


Sunday, 23 February 2014

Menyepi...tidak lagi, mungkin.




Assalammualaikum wrt..

Sudah lama menyepi bukan?
Sudah terlalu biasa bersendiri.
Melayan sesuatu yang aku sendiri rasai.
Pfffttt...terlalu banyak sayang.
Banyak yang aku lalui.

Alhamdulillah.
Kembali semula.
Mencoret sesuatu yang aku tak pasti siapa yang menanti.
Tapi aku tetap aku..
Tak bisa senyap tanpa cerita tentang kesayangan hati.
Tentang hidup yang makin beerti.

Terima Kasih Allah swt.
Syukran atas semua rahsia.


- bonda ryan -

Thursday, 28 November 2013

Bahagiakah aku?



Aku rindu masa aku tertawa tanpa duka.

Aku rindu masa aku tersenyum penuh makna.

Aku rindu lewati hari dengan leteran ibu sendiri.

Aku rindu hadapi hari-hari kecilku.

Aku rindu aku yang dulu.

Aku yang berlari-lari mengejar loceng sekolah.

Aku yang tak pernah kalut dengan perasaan.

Aku rindu.


Tapi.....

Aku bukan aku yang dulu.

Aku sekarang ibarat karang di lautan yang luas.

Kadangkala aku lemas dek pasangnya laut.

Ada masanya aku gagah di kelilingi tenangnya laut.


Ada satu yang pasti..

Aku masih aku yang dulu, punya hati selembut kapas.

Walau seteguh karang aku berdiri.

Mungkin hingga hujung nafas.


Bahagia kah aku???