Wednesday, 30 January 2013

Sekadar ingatan bersama..^_^



Assalammualaikum wrt.

Tiap hari ada satu entry. Itu tandanya hati bonda tengah gelisah. Tiada tempat untuk berbicara serta tiada ruang untuk berkeluh kesah. Blog ini saja yang ada..sedih kan? sob3!!. Kadang2 bonda rasa diri bonda yang hina nih tak layak untuk menulis di sini, memberikan peringatan kepada orang lain. Namun apa pun yang bonda tulis selama ini di tulis dalam keadaan sedar dan insaf.

Tapi...bila bonda fikir kan balik, diri bonda yang banyak dosa ini perlu menulis.

Kenapa??

Untuk mengingatkan diri sendiri dan orang lain. Dan paling penting sekali untuk mengingatkan diri sendiri dulu sebelum MENGINGATKAN orang lain.

Semalam punya cerita...
Bonda rasa selama menjadi anak pada ayah dan bidadari bonda, bonda banyak buat silap. Hinggakan benteng kesabaran mereka sering teruji. Setelah berkahwin dan punya kehidupan sendiri, bonda bersusah payah untuk menjadi anak yang baik. Dengan harapan dapat menebus semua kekhilafan dulu. Walaupun jika di kenangkan kembali semuanya sudah di tebus dengan kelukaan zahir dan batin yang berparut hingga kini. Biarlah mimpi ngeri dan semua duka itu menjadi pengajaran bagi bonda untuk mendidik RYAN4 yang kini sedang membesar. InsyaALLAH..korang doakan tau :)

Namun..benarlah kata orang, untuk berubah dan menjadi seseorang yang baik di masa akan datang bukan lah perkara mudah. Ada sahaja kata2 nista dan fitnah orang. Semua gara-gara sikap kita dahulu. Hanya yang mengenali rapat kita sahaja yang akan menerima perubahan kita. Tapi sudah menjadi lumrah manusia, mereka yang melihat dari jauh turut juga mahu berkongsi pendapat dan menilai kita. Secara sinis nya, turut bersama2 sibuk mengejar dosa MENILAI. Sedangkan tidak kah kita tahu bahawa diri kita sendiri sedang di nilai...bagai mana pulak kita nak menilai orang lain???

- fikir -

Direct to the point. Secara peribadi bonda tidak pernah kisah ayah bonda mahu berumahtangga baru. Bonda faham dengan jelas siapalah bonda untuk melarang beliau. Apatah lagi membangkang keras niat baik itu. Dia durian...kita mentimun, golek ke kiri bonda luka..ke kanan pun bonda luka. Namun ia menjadi isu bila bakal 'mak baru' bonda itu baru sebulan ayahanda bonda kenal. Kami selaku anak2 pun tidak pernah berjumpa. Bagaimana mahu menerima?? bagaimana mahu melihat dia menghuni rumah bidadari bonda yang masih lagi jelas bayangnya di mana2.BAGAIMANA?.

Selama ini bonda dan adik bonda mendiamkan diri bila ada suara2 sumbang yang bertanya tidak mahu kah kami ber'ibu baru?..tidak mahu kah kami mencari penjaga mahligai ibu yang terbiar?

Tidak mahu kah?
Tidak mahu kah?
Tidak mahukah?

Ya soalan itu cukup mengguris hati bonda. Soalan apakah yang mereka tanyakan? soalan yang mereka tanpa sedar mengguris hati kami sebagai anak2 IBU. Soalan yang mencalarkan perasaan kami yang masih berdarah dengan pemergian ibu. And it still hurts. Bonda dan adik bonda bukanlah budak2 yang masih bermain kotak, kami dah dewasa dan cukup tua untuk rasa sensitif itu. Bila di diamkan makin galak yang bertanya, makin ramai yang menjadi penggalaknya. Justeru itu bonda terpaksa bertegas, bonda terpaksa berterus terang.

Hurmm...lain pula jadinya bila kita yang selama ini berdiam diri bersuara. Mendapat pula kita dengan title baharu 'biadap'. Adil ker semua ini? cukup saksama kah bagi penilai2 semua?.Mungkin ini tindakan yang sangat bijak bagi kalian yang tak MERASA. Teruskanlah berprasangka begitu kerana hanya kami yang melalui hari2 bersama ayah, kami dibesarkan oleh tangan bidadari itu dan makcik saudara. Jadi hanya kami yang tau KEBENARAN. So please lah..stop judging me and put urself in my shoes. Jangan hentam keromo sahaja memberikan pendapat.

Untuk mencari seorang IBU, Bukan mengambil masa hanya sebulan utk menilai. Namun jika yang di cari seorang PEREMPUAN, sehari saja sudah cukup untuk menerima. Tidak salah untuk menghalalkan yang haram..namun biar lah kena pada tempat dan masanya. Biarlah tau kedudukan sebenar sebelum menghukum. Kehidupan yang akan datang bersama 'mak baru' tersebut kami yang akan lalui. Buruk atau baik di masa akan datang, kami yang akan memikulnya. Berfikir dan bertindak dengan bijak adalah penting untuk masa depan ayah yang semakin di lewati usia. Bila tiba jodoh yang sesuai, dengan lapang dada dan seikhlas hati kami menerima.

Semenjak bidadari itu pergi, kehidupan ayah memang tidak ter'urus. Semuanya tidak sama. Namun kami tau ayah tidak lah rasa tersisih kerana bonda hampir setiap hari menjadi pemanggil setia bertanya khabar. Adik juga sudah jarang keluar berhibur bersama teman2 lantaran sayang pada ayah. Pulang sebulan sekali itu menjadi rutin bonda 7bulan ini. Bonda punya 4 ANAK kecil yang sudah bersekolah dan suami yang bekerja sendiri. Hujung minggu merupakan lubuk yang selesa bagi mencari sesuap nasi. Jadi pulang ke rumah ayah pada hujung minggu amatlah tiada upaya utk kami lakukan. Jika kekurangan wang belanja, kekeringan susu atau lampin pada siapa bonda mahu meminta jika pendapatan kami terjejas, pada kalian yang hanya pandai MENILAI?

Maaf jika entry ini bonda emosi dan hanya menjadi medan melepaskan kemarahan. Jika ada yang tersentap, terguris atau terasa..sila fikirkan semula apa yang bonda katakan ini dan letak diri anda di tempat bonda dan adik. Bukan simpati yang kami harapkan, tapi pemahaman dengan situasi ini sudah cukup memadai. Marilah kita sama2 berdoa agar kehidupan kalian yang masih punya segala2nya tidak di uji begini kerana berat rasanya perasaan ini. Parah jiwa ini menghayun langkah yang masih panjang. akhir kata...

Hanya kami yang mengenali ayah kami. Sekian.

*Al fatihah buat ibu tersayang, akak dengan adik rindu ibu :'(


3 comments :

Aidah said...

Sedihnya akak baca entri ni. Akak memang beribu tiri tapi mak masih ada masa tu. Cuma mak akak kurang sihat. Dan demi kebahagiaan abah, kami telan segala pahitnya bersama2 mak. Sekarang ni abah akak dah tak de. Tapi drama menghiris tu masih berjalan dan kami 3 beranak masih menelan segala pahitnya.
Kalau buntu dik, rujuklah dgn Allah. Sesungguhnya Allah ialah planner yang Maha Sempurna. Akak doakan adik sekeluarga dilindungi Allah dari segala kejahatan dan kata nista. Semoga dapat jalan terbaik ya, dik.

azieazah said...

Saya cuba memahami situasi Bonda. Memang sukar untuk membuat keputusan apabila membabitkan kahwin baru sedangkan ibu baru lagi pergi.

Tetapi mengambil kira kepentingan dan kebajikan ayah, mungkin ada hikmahnya pula.

Apapun, semoga setiap keputusan memuaskan hati semua pihak.

Bonda Ryan said...

InsyaALLAH...Semoga kemelut ini cepat berlalu. Bila tiba seorang wanita dan ibu yang sesuai buat ayah, kami tidak akan menolaknya. Mengenali hati budi dulu amatlah kami beratkan.tq kak azie yer ^_^