Assalammualaikum wrt..
Hari nih nak tulis pasal kata2 orang.
Sebab kalau nak declare kata2 sendiri tak masuk akal pasal
ilmu aku nih ibarat macam petrol yang dah kelip2 lampu merah.
Paras2 jer..huhu.
Maaflah kalau tersalah berfikir tau korang. Serius..aku tgh
emosi tahap gaban. Penggunaan kata 'aku' tersebut jugak adalah kerana aku ialah
aku, tak mampu nak mantain hati kapas jer bila rasa tercabar.
Walaupun rasa tercabar tahap dragon ball sekalik pomm, aku
tau dragon ball ada 7 mutiara naga sebenarnya..hik3!!.
- ok takde kaitan -
Kata orang hidup berumahtangga nih ibarat kapal yang belayar
di tengah lautan dalam.
Satu nakhoda bukan jaminan kapal yang di kemudi tak akan
karam.
Apalagi yang punya 2 nakhoda.
Karam belum pasti, silap2 dapat keliling benua kan?.
Hurm...semuanya terpulang pada jodoh pertemuan yang telah
tertulis di luth mahfuz.
Jalankan tanggungjawab sebagai suami / isteri mengikut
kehendak agama dan kewarasan sebagai manusia. Jangan bertindak membuta khinzir
dan akhirnya kapal yang patutnya membawa penuh muatan pahala bertukar menjadi
kapal yang sarat dengan timbunan dosa.
Allahualam.
Aku pun masih lagi belum bergelar isteri solehah. Banyak
yang aku kurang, kalau tak caya tanya en.sayur.
Haaa!! dah kejadah apa pulak nak kena tanya laki orang kan?
- sepak pipi aku sekali -
Ok, tu jer nak cakap.
Eeehh!! tiba2 dalam laci meja opis aku nih ada benda alah ni..
Hurm..nampak sangat aku tak buat keja, laci opis pun tak bukak2 lepas chinese new year.
Bila bukak jer ada rezeki, alhamdulillah rezeki RYAN4..hihi.
Pasni aku nak marah2 lah lagik, mana tau kot2 ada rezeki kan?
Bye.
4 comments :
hahahahahahha.... i like... marah marah dpt ang pow.... ong maaaaa....
kan kak kan? ong nih...kalau marah banyak kali dapat dapat jumpa banyak lagi ke macam mana? *_^
Nape mrh2 ni Ain? Heheheheh!
Alah kak..biasalah perubahan hormon dari adik2 ke makcik2,sentap manjang..huhu. Terasa semakin tua saya nih *_*
Post a Comment