Saturday, 27 April 2013

Intro selepas di 'private setting' kan ^_^




Assalammualaikum wrt.

Dah seminggu bonda private settingkan blog kita nih. Tujuan asal blog nih macam dah nak tersasar dah. bonda buat blog nih untuk anak2 bonda, abang miqail..ikish..imin dan baby acai. Bonda nih suka tulis2, banyak benda bonda nak tulis. Kalau nak tau, bonda kecik2 dulu cita2 nak jadik wartawan..kih3!!. Bila ingat2 balik, arwah wan dulu selalu kata yg memang sesuai sgt lah kerjaya tuh dgn bonda ni. Alah...tapi tu waktu kecik2 lah kan, dah besar bonda berazam nak jadik orang yg berguna jer sudah...itu dah memadai.

Anak-anak bonda semua..
Dengar bonda nak pesan nih. Kadang kala apa yang kita impikan masa kecik dulu tak sama jadinya bila kita meningkat dewasa. Banyak yang akan berubah..banyak yang akan merubah kita. Apa yang penting, walau apa pun kita buat dan jadi bila dah besar nnt..jgn sesekali lupakan Allah swt. Sentiasa ingat hukum larang yg jelas tertulis dalam kitab suci kita, Al Quran. Hidup lah berpandukan Al Quran. In Syaa ALLAH selamat korang dunia dan akhirat. Takpe gaji kecik, yang penting bersyukur. Orang yang selalu bersyukur nih Allah swt jaga rezeki dia. Tak kan terasa susah hidup jika kita bersyukur.

Abang..ikish..emin dan acai sayang,
Bonda bukan lah seorang isteri, ibu dan hamba yang baik. Banyak kerosakan yang telah bonda buat dalam meniti perjalanan hidup sebagai seorang khalifah di bumi sementara nih. Banyak sayang. Sebab tuh bonda selalu bebel2, selalu leter2, selalu nasihat2 dan paling banyak selalu merajuk dgn anak2 bonda nih. Bonda tak moh korang buat kesilapan yang sama macam bonda. Jadi matang sebelum usia, takpe! andai itu boleh lindungi kita dari melakukan dosa2 besar. Bonda nak korang semua tau yang hidup nih bukan nak suka2 atau nak bahagia jer. Hidup akan beri kita duka jugak, akan bagi kita susah jugak dan paling selalu akan datang ujian dalam hidup. Semuanya terpulang pada kita sayang, sama ada nak ambil itu semua sebagai hikmah kasih sayang dari Allah swt atau pun nak kata itu bencana. Tapi anak2..jangan lupa ucap kalimah LailahaillAllah. Percaya kata2 bonda ni..

" Allah swt berikan ujian tanda DIA sayang kat kita. Kita kena kembali kepada fitrah kejadian kita semula, berserah sepenuhnya pada Allah swt. Mohon ampun dan berdoa banyak2 agar ujian yg datang cepat berakhir. Kita lalai, itu yg DIA beri sikit peringatan. "

Anak2 bonda yang paling bonda sayang...
Banyak yang bonda nak sampaikan, tapi bonda tak tau nak cakap macam mana. Banyak sangat sampaikan bonda senak perut..hihi. Nanti2 bonda tulis lagi yer sayang. Babai kucuk2!! bonda sayang anak bonda...Assalammualaikum wrt.

#Al fatihah buat wan kesayangan kita, 'wan tok cai' :(



No comments :