Thursday, 30 May 2013
Tolong bonda doakan along...:'(
Assalammualaikum wrt.
Hari nih macam biasa, macam 3ari yang dah berlalu. Drive sorang2 pegi kerja dan balik kerja, dah biasa riuh rendah dalam keta, tiba2 senyap macam mamun kejap. Mamun tuh haper korang mintak lah tulun kat encik goggle tuh yer, kang bonda bagi penjelasan kag jadik novel terus entry nih...ekeke!.
Mana 4ketol tuh cuti sekolah nih? haa! jawapnya ada di rumah bersenang lenang dengan en.sayur aka MR.MAMA minggu ini. Bonda cuti dah hari isnin tuh jaga depa 4ketol, so selasa rabu dan khamis turn ayah. Terpaksa hokeh! takde sapa nak jaga. Nak bonda kirimkan ke kampung bonda nun di REMBAU, ada plak pertanyaan psyco dari en.sayur.
" Boleh ker kita takde anak 4ari as? "
Haih! sudahnya cuti lah niaga dan jadik lah pengasuh aka warden kat rumah tuh yer. Cerita dia mudah jer, tak berniaga maka takde lah income harian. Jadi apa lagi, pandai2 lah ikat segala perbelanjaan. Makanya! bonda jelaskan sekali lagi, makanya tiadalah istilah coti-coti malaysia untuk school holiday kali nih...sob3!! :'(
-kesat hingus-
Eh! arini nak kongsi cerita duka sikit. Yerlah korang2..mana ada suka berpanjangan kan, mesti ada duka sekali sekala..baru life!. Kisahnya, ada seorang budak lelaki yang sering datang kat opis bonda nih guna pc. Kan bonda nih penunggu setia kat Pusat Internet 1Malaysia, jadik ramai lah peminat fanatik mahupun pembenci tegar..huhu. Tiba2 dua hari nih tak lah bonda nampak batang hidung beliau. Senang bonda bahasakan dia dengan panggilan 'along'. Along ni suka guna pc dengan bonda sambil nyakat2 manja. Kena angin baik bonda pun melawak sama, kena angin kus2 datang mendapat si along nih..isk3!!.
Alkisahnya...si along nih di masuk kan ke hospital sebab kena jangkitan kuman kat otak. Haa!! terkedu kejap bonda. Baru kelmarin dia datang dan ngadu dia demam kat bonda. Muka dia mmg hagak pucat lesu. Bonda tak lah amik port, cuma tarbiah dia seperti selalu jer lah..pot pet...pot pet..pot pet. Along diam jer..tak jawab pun. Biasalah bonda nih, bonda mmg suka bising kalau budak2 baru nak UP nih merokok. Si along nih mmg selalu kena tarbiah free bonda. Bonda tak benci, bonda sayang. Makanya bonda bg nasihat lembut itu..sgt lembut kononnya!.
-kesal-
Mohtip entry nih adalah untuk memohon bantuan dari korang2 semua untuk doakan along bonda nih. Usianya baru 14tahun, masih terlalu jauh perjalanan hidupnya. Doakan semoga along sihat seperti sediakala. Pada saat bonda menaip entry nih, along berada di dalam keadaan kritikal dan di sahkan koma tahap dua. Tabahkan hati keluaga along dan semoga apa yang terjadi pada along kita jadikan iktibar. Bila anak demam atau jatuh terhempas membabitkan bahagian kepala sila amik serius. Kadangkala simptom kecederaan otak tuh tak datang dalam masa terdekat. Along ada terhempas akibat willy motor beberapa bulan sebelum nih. Ada juga dia datang mengadu yang hidungnya kerap berdarah. Ya Allah! sembuhkan along. bonda mohon. Rasa bersalah bila tak memperdulikan tiap keluhan along...
Tolong yerr...jom doakan along sama2!!.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 comment :
Akak doakan semoga Along pulih kembali. Amin.
Post a Comment