Showing posts with label Dari Bonda. Show all posts
Showing posts with label Dari Bonda. Show all posts

Saturday, 30 June 2012

^_^



Kadangkala..hidup nih aneh.

Aneh bila mana ade rasa tak puas.

Yang senyap haruslah tertindas.

Bila mana wang mengaburi mata.

Tak perlu pandang hujung lautan.

Jawapan nya ada di depan mata.

Tatkala wang yang beraja di hati

Mana budi mana bakti semuanya hilang.

Yang ada hanya sinisnya senyum.

Rasisnya pemikiran.

Sedih bercampur baur.


Sangat2 tipikal


Dalam menilai seorang anak.


^_^








*Tiada kena mengena antara hidup dan mati yer..sekadar luahan rasa dan dan gambaran jiwa bonda ketika ini..Alhamdulillah atas segala kurniaan rasa ini semoga ianya menjadikan bonda lebih tabah dan kuat.AMIN.



~ Impian dan Harapan ~






IMPIAN..

HARAPAN..

Beda.

Bonda hanya punya harapan dan bukan impian.

Rumah agam yang gah di mata..

Kereta import bersusun di garaj..

Wang ringgit mencecah 7 angka..

Perhiasan sebesar sauh kapal..

Semua itu IMPIAN.

Bonda tak punya.

Bonda cuma punya HARAPAN..

Banyak!! terlalu banyak.

Mengharapkan agar bonda berada di sisi RYAN4 sehingga mereka dewasa..

Mengharapkan agar RYAN4 memakai jubah konvo dan bonda memakaikan topinya..

Mengharapkan agar RYAN4 membesar sebagai anak yang soleh dan taat pada agama..

Mengharapkan RYAN4 menjadi manusia yang berjaya di dalam hidup..

Dan harapan yang terlalu BESAR ketika ini ialah,

Mengharapkan agar ibu bonda sembuh sepenuhnya dari segala kesakitan.

AMIN.

Peluk dan cium ibu banyak3!!!

Rindu ibu :(





Tuesday, 26 June 2012

Jadual waktu bonda..ade? bonda ade!!!





Hai3!!! Halu! Sawadikap!!
(melambai ala2 miss kebarung..kisah? ekeke)

Hari nih bonda nak suh korang baca timetable..

Nak tak?

Nak?

Ok jom!!!

kabur sebab dia nak kabur..udah bonda nak buat guane bedah?? kih3!!


Gini lah jadual bonda tiap hari kecuali hari cuti skolah.


Klu cuti skolah double lah time table nih yer..pasal suma RYAN4 ade.


Fennattt?? Korang rasa?


Bagi bonda ade kontra dan tak kontra.


Kadang2 rasa best..kadang rasa down.
(bila RYAN4 berjemaah menunjuk perasaan)


Tapi bonda berpegang pada satu kata2..


"Masa anak2 kita masih kecil inilah mereka akan minta apa yang xmampu mereka laksanakan sendiri. Kelak mereka akan dewasa dan pada saat itu pasti kita rindukan permintaan mereka yang bermacam ragam"


Oooohhh...terharu di situ.


Tiba saat itu nnt..pasti bonda rindu nak dengar RYAN4 mintak,


1.Nak makan nasik.
2.Nak air milo/ribena/susu letak dalam botol.
3. Nak tgk DVD Ultraman.
4. Bacakan buku n doa sebelum tido.
5. Nak mandi dengan bonda.
6. Nak mandi pool.
7. Nak tido celah bonda.
8. Bonda buatkan kek.
(owwhh!! ini yg paling bonda rindukan nnt..sob3!!)
9. Ajarkan main game.
10. Bawak pegi jalan2.






Isk!! banyak pulak dah nak rindunya.. :P


Memang banyak pun..lebih dari ini.


Yang lain biar bonda simpan dalam hati kapas jer lah eh?


Karang muntah ijau pulak korang layan rindu bonda nnt..hihi.


Ape??


Dah habis lah bedah..


Cepat g masak n buat yg terbaik utk anak tuh.


Karang susah pulak bonda nak layan korang punya rindu pulak,


Hish!! ^_^


Monday, 25 June 2012

Haper kejadahnya hubungan itu (entry sentap2..hihi)



Assalammaulaikum pada semua pembaca blog nih secara terang2 atau pun senyap. Terima kasih lah pada yang mengikuti blog nih secara formal (jadik follower bonda) pada yang belum secara formal..ape kata korang jadik formal pada blog syok sendiri nih. Namo?? takpe bonda faham.
(sambil sapu ayaq mata dgn baju..sob3!!)

Pasal ape bonda kata syok sendiri?? pasal blog nih suka bercerita segala2 nya pasal anak bonda, peristiwa serta pandangan bonda. Bonda menulis kerana jiwa dan melontarkan segalanya sebagai perkongsian. Maafkan bonda klu ade yang terkasar atau tersalah bahasa..al maklum lah, sejak dah jadik 'mak2' nih, banyak lah bebelan nya

TAPI!!!!

Untuk pengetahuan uolss yang kat luar sana, tiap kata2 or bebelan 'mak2' nih majoritinya betol. Come on lah...semua pernah jadik budak dan remaja kan sebelom jadik tua2  dewasa nih. Makanya semua pun pernah melalui fasa tak matang atau dalam bahasa omputihnya tak 'matured'. Segala laku yang tak senonoh dulu semuanya jadik sempadan pada kita apabila menginjak tua dewasa nih kan. Apabila bergelar 'mak2' lagik lah kita kalut nak buat yg terbaik dan beri yang terbaik buat anak2 kita kan?kan?. Klu ade yang ala kadar jer buat utk anak, meh kasik bonda cium pp tuh guna sendok..(ops!! maap emosi terganggu..hihi)

Ok3!! namo meroyan lagik...buhsan!! tepuk dahi.
Bonda sebenarnya terkesan dan sgt2 rasa frust bila bukak jer mukabuku, bersepah pasangan 'penk' kat sini. Persoalannya sekarang ialah kenapa semakin ramai perempuan or gadis yang suka melayan perasaan sesama jenis??. Haper ko dapat dik oooiii??..gunalah akal yg satu tuh utk kebaikan bukan kerosakan. Alasan mereka fed up dgn kaum adam kerna banyak menyakiti. Lupa ker tugas kita kat dunia nih? lupa ker pada pegangan agama serta rukun islam dan iman? LUPA KER??. Ke nak tnggu tersungkur baru nak pandang ke langit?. Tugas kita kat dunia nih sebagai khalifah..atau dalam bahasa kasar nya HAMBA. Mencari keredhaan dan keberkatan hidup berpandukan agama sebagai pegangan serta mengejar pahala ALLAH swt itu yg utama. Bukan hanya untuk melayan perasaan kecewa yg takde kesudahan dan terus hanyut di buai nafsu yg tak bertepi.

Bonda pernah tersilap menilai seseorang dan kesilapan itu yang buat bonda semakin memandang hina pada golongan ini. Si polan ini telah di ceraikan dengan talak 3 atas kesilapan menjalin hubungan dengan golongan ini. Bonda bermatian membela nasibnya..membantu apa yang mampu. Simpati dia di ceraikan dengan anak2 yang masih kecil. Berbuih mulut memberikan kata2 semangat. Tapi semua itu tidak berkesan pada seorang wanita yang mata ditutup dgn hawa nafsu dan akal yang tak berapa nak panjang. (tu lah dulu mak suh skolah ko ponteng..kan dah bodoh)
Penyebab penceraian yang nya ialah 'PENK' dan paling kesal sekali c polan masih terus mengejar CINTA SEJENIS dan membiarkan anak2 terbiar ketandusan kasih sayang seorang ibu dan ayah. Senang citer..anak di asuh oleh atok dan nenek.

Lelah!! serius lelah dan sakit hati..urut dada banyak kali pun tak kan lega kecuali klu en sayur urutkan..hak3, ops!!. namo pikir lain2..tutup mulot yg melopong tuh eehh??. Kesimpulan pada entry nih??..takde kesimpulan pasal sapa makan cili dia yg rasa pedas..sapa yang pijak taik kucin kaki dia yg busuk. Dah3!! g simpan cili n basuh taik kucin tuh...haih!! awat lah pengotor sangat..:D

PEACE!!

Catatan Bonda (tajuk kn kerek, tak kan nak tulis en.sayur cinta hati ku pulak kan?? lagik kerek..huhu)




Ini entry syok sendiri..

Entry budget hot dan vavava!!

Ekeke!!

Saja nak berkongsi maklumat sulit.

Dah3!! jangan nak teruja sgt bila baca 'sulit' tuh yer..:P

Bonda cuma mahu catitkan sedikit ingatan

Sebagai kenangan pada RYAN4

Segala perihal bonda yg mungkin 1 hari nnt luput di telan waktu.

Bonda hanya punya ketinggian 146cm..

Berat??

Biarlah rahsia..ekeke!!

Bonda punya diploma dalam art di Uitm..

Bonda seorang yang simple.

Punya Jiwa dan hati kapas.

Terselindung di sebalik rupa yang macam harimau.
(ini statement RYAN4 tiap kali lepas kn marah..huhu)

Hagak sombong pada sesetengah orang.
(pada yang tak kenal)

Suara macam halilintar

Dan yang paling RYAN4 pasti tak lupa..

Bonda suka memasak.

Masak apa2 sahaja terutama bab2 kek dan seanteronya..kih3!!

Dan pastikan sedap.

Klu tak musuh2 mula bergosip..

Nama paling atas yg gelak 20 harkat tentu2 dah musuh
dalam selimut,


Bukan orang lain...En Sayur.


Lagi nak pikir musuh tradisi, musuh dalam lipatan

musuh dalam perahu buat2 tak tahu

Shadis!!

Eeeehhh jap!!

Bonda juga kuat verangan..yang besh2 jer,

Mana yang tak besh anggap jer mimpi ngeri..hihi.

Haper lagik eehh??
(ciss!!! ilang terus ingatan bila en sayur ade kat sebelah..sigh)

Ok..takat nih jer, next entry bonda tulis lagik yer..

Tak moh tahu??

Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

*_*























Friday, 22 June 2012

Awang hitam..adehh!!





Lelaki kulit hitam??

Tak selera!!

Bukan memilih atau rasa hebat..

Tapi bonda rasa cukup hebat hingga tak sepadan dengan mereka..

Iya!! suma ciptaan ALLAH swt..

Tak ade ciptaan NYA yang tak cantik..tak sempurna.

TAPI..

Bonda bersuara dari sudut seorang ibu..

Sangat-sangat risau dgn kebanjiran mereka ke negara ini sejak 2 menjak nih..

Banyak buruk dari baik.

Mudah-mudahan seluruh ahli keluaga..rakan taulan dan kenalan bonda baik2 saja.



*Kesan entry ini..sigh!!


Thursday, 21 June 2012

~ Amarah ~




Menulis itu jiwa..

Kadangkala ia satu kemestian..

Makanan hati yang sedang amarah..
(selain daripada berdoa yg terbaik..huhu)

Menulis lah jalan yang terbaik.

Itu lah bonda..

Bonda RYAN4 kalian.

Segalanya tercurah di sini..terlakar di balik catitan.

Rasanya mood bunga2 pagi tadik dah leburlah..

Gara-gara racun rumpai yang lama dah mengalir,

Nak kena panggil jabatan alam sekitar ke tak ehhh??

Nak panggil tak??

Tak payah lah kot..

Bonda kan bonda hati kapas yang waja

Bertabah lah..chaiyok!!

*Kemarahan sebenarnya kadangkala bersifat subjektif, xde sebab yang kukuh pun boleh jadik amarah. Urut2 dada dan teruslah tersenyum, walaupun rasa pahit macam kopi kapal api :P








Ternakan Lelemak :P

Alhamdulillah..

Idaman tekak dah berjaya di realisaikan dengan jayanya.

Sekian lama memendam cinta..

AKHIRNYA...

Jeng3!!

pavlova pertama bonda :)


Oooohhh sungguh shahdu bila masuk ke mulut.

Pavlova punya penangan..:P

Wednesday, 20 June 2012

Jom raya!!! (entry terlampau seorang ibu)





Raya oooo raya..

"Jangan nak ngada kasik feeling raya kat blog eehh bonda"
(kata hati suci lagik bersih)

"Biarlah hakak nak citer pasal raya pun..blog hakak..kisah pulak ko"
(bisik kata hati itam legam)

Dah3!!! stop kan permainan hati nih, xde sapa nak tau hal korang berdua jah..nih bonda nak citer pulak.
(pergaduhan hati mmg biasa berlaku dalam dri bonda..toksah heran..hak3!!)

Nih bonda nak citer nih..

Dengarlah..

Bonda kan..

Bonda kan..

Bonda kan...segan nak tulis..
(hik3!!..sambil senyum2 kamben depan pc sesorang)

Tapi nak bgtau uuooollllsss nih..

Bonda dah beli baju raya untuk RYAN4 dan ulam pegaga besor aka en sayur segar bonda.

Haaaaa!!! kan dah kata, korang mesti kata hover punya...: /

Tapi bonda ade sebab tau jah,

Sebab bonda anak ramai..suma persiapan kena mula awal..huk3!!

Namo jadik macam tahun yang sudah, last minit shopping terdesak tau.

Semuanya tak ikut tema dan kehendak, main taram jer.

Pasal suma saiz baju melayu dah xde yg ikut turutan korang sapu..

kejam.

Tahun nih sebelom pose bonda dah serbu kedai..sambar 5 pasang terus.

Hish! tak sabar pulak nak tgk c bongsu (masyal) terkedek2 berbaju melayu..

Ya Allah swt..kuatkan iman hamba mu yang hover n lemah daya tahan kawal napsu nih..

Nak kena sorok bawah lemari lauk nih....pheewwww!!!
(sambil kesat peluh kat dahi bayangkan masyal dan baju melayu...hahaha!!)


Tuesday, 19 June 2012

Teringin..haih!





Teringin.


Bonda sangat2 teringinkan sesuatu.


Sesuatu yang ramai kawan bonda ade..tapi bonda takde :(


Sesuatu yang bonda rasa amat susah utk bonda dapat,


Betol!!! dah cuba banyak kali pun, tetap tak dapat.


Tapi bonda tak lelah..tetap nak jugak 'sesuatu' tuh..


Kadangkala rasa sedih bila keinginan tuh memuncak.


Bonda mahu peneman tatkala bonda kupas bawang..


Sahabat tatkala en sayur keluar tinggalkan bonda utk 'ngeteh' di hujung usia nnt..


Penghias bonda sewaktu bonda terlantar tak terdaya utk berhias..


Argh!!! keinginan ini selalu membunuh jiwa bonda.



Tapi..



Bonda sudah punya RYAN4.

Mereka juga boleh jadik seperti semua yang bonda dambakan..



Tapi..



Tak sama..mereka malaikat kecil yang menghantar bonda ke 'sana' nanti..


Bonda inginkan seorang bidadari kecil.


Yang bisa memandikan bonda sewaktu bonda bersiap untuk ke 'sana'..


Sungguh!! rasa seperti gula-gula kapas berada di mulut andai hajat kesampaian.


Manis...

EMBUN NAJLA nama nya..indah kan?











Ok stop verangan, back to reality *_*


Ya Allah swt..hanya kau yang maha mengetahui dan memberi


Aduhai anak.. :(





Sedih!!
(taip dgn air mata bergenang2..serius!)

Kenapa lah jadi begini wahai anak..


Tergamak nya..


Mencederakan syurga mu.


Bidadari yang telah bersusah payah menjaga dan mengasihi mu.. 


Kelak kalian akan rasa menjadi ibu dan ayah,


Semoga nasib buruk ini tidak kembali ke atas mu..


Doa ikhlas dari bonda buat kalian yang berdosa..




*Hanya nukilan ini mampu bonda titipkan lantaran hati kapas telah basah dek air mata membaca cerita seorang anak yang mencederakan ibu kandung sendiri. Cakap banyak pun tak guna..klu hati dah gelap, cahaya terang pun tetap gelap. Semoga RYAN4 sayangkan bonda dan ayahanda sampai hujung nafas bonda dan en sayur. Nak link??..tak nak? nak? aish!!! amik jer lah kat bawah nih,



~ Seriau ~






Manusia makin gila..


Gila duit..


Gila sex..


Gila harta..


Sampaikan pertalian darah di pergunakan..


Mudah2an RYAN4 tidak begini..


Membesar bersama dengan penuh kasih sayang..


Sebagai peringatan pada pengorbanan bonda..


Melahirkan kalian dengan segala peluh keluar.
(bukan setakat peluh jantan jer, peluh khunsa pun kuar..ops!! hover jap..maap!)


Sentiasa menjaga sesama sendiri..


Selalu berpesan dan ingat mengingati.
(yang baik2 sahaja tau, ingat benda yg tak baik bonda sumpah jadik penyapu..sila takut)


Haih!! gara2 link di bawah bonda seriau...cer klik..cer klik..namo??


KLIK CEPAT!!
(lagak juruletih PLKN sambil cekak pinggang, ^_^ )


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tawanansantau/Article/index_html#.T-Ac8aW150Y.google


Dah??..


Lega dah bonda dapat kongsi seriau..


Gila???


Takpe...bonda gila blogging jer bukan gila macam kat atas tadik tuh.


Babai!!!
(sambil libas tudung dgn mata menjeling tajam..huh!!)

Monday, 18 June 2012

Asam dan garam (entry makan hati..kih3!!)




Asam dan garam.

Mana mungkin boleh menjadi satu,

Namun apabila kena pada gaya dan cara,

Pasti buruknya asam akan menjadi indah di mata. 

Dan masin nya garam menjadi manis di mulut.

Tak caya??

Cer kahwin..

Takde kaitan??

Fedulikk..

Nak jugak kaitkan.

Sekian.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ooooppppssss!!! nah amik gambar asam keping nih sebagai hadiah pasal baca entry nih,


*satu utk korang..2 utk bonda, nak buat perap ikan pekasam..:P



Sunday, 17 June 2012

Entry panjang berjela-jela..hik3!!

Assalammualaikum wrt...( baik korang jawab..dapat pahala tau ^_^ )



Kalau satu hari nanti ada yang bertanya..

Untuk apa bonda menulis??

Untuk apa blog RYAN4 nih??

Semuanya persoalan ade jawapan nya di sini..


Bonda merupakan seorang ibu yang punya 4 orang hero tecik yang amat2 susah untuk di tenteramkan, nak d damaikan atau nak d himpunkan. Kerana mereka seolah-olah sekumpulan askar tecik yang sedang membuak2 semangat membela bangsa dan negara..hahaha!! (tetiba feeling anak bonda jadik askarkan..sila layan okeh!!)

Makanya..setiap kelakuan mereka bonda simpan dan lakarkan atas sekeping kertas yg nama glemer dia 'DIARI'. Namun masa beredar dan pantas berlalu..zaman makin canggih, maka bonda pun haruslah jadik canggih jugak kan..maka terciptalah http://bondaryan.blogspot.com. Segala kisah suka, duka dan kelaku RYAN4 yang kadangkala meruntun hati..menggeletek segala pundi yang ade..bonda karangkan atas skrin putih depan bonda nih haa. Sebenarnya terlalu banyak persoalan karut dan tingkahlaku pelik mereka tiap hari, namun hanya segelintir bonda karang kan buat tatapan korang dan mereka 1 hari nnt. 

Kenapa?? udah macam mana bedah??..tak kan sehari bonda nak post berpuluh2 entry kot. Bonda kata berpuluh pasal, hari2 diorang akan tanya dan buat macam2 perkara. Klu sorang jer dah buat 10 kelaku..4 orang??? korang darab lah sendirik..huhu. Tak kan bonda nak berkepit dgn laptop 24jam sehari kan?..mau ade yang kena tido luar tiap2 malam..sadis!! (jangan ngada2 nak bayangkan yer..ekeke!!). Bonda hanya menulis dan berdating dengan blog nih waktu bonda bekerja sahaja. Apabila keluar jer dari opis, bonda adalah seorang ibu dan isteri pada 5 orang ulam pegaga tangkai nyawa bonda. Cukup lah sekadar di opis bonda berdating dengan blog. Bila di rumah..tak reti-reti nak jadik ibu mithali dan isteri solehah??..kata nya..hak3!!! (padahal mengumpul bijih mata jer bila tengahari, kui3!)

Salah satu sebab gak bonda buat blog nih pasal nak update setiap perkembangan RYAN4 pada sedara mara..(kami jarang balik kg pasal jauh dan yang paling utama..tak leh handle 4budak tecik sekaligus..kesian) dan kawan2 rapat bonda. Tiap kali private message bonda pasti topik RYAN4 yang akan di tanya, nampak nya RYAN4 lagik pemes dan hot dari bonda yang dulunya 'Ratu Kebarung'..huk3!!. Gelaran dah dirampas secara paksa dan tak berperikemanusiaan oleh mereka..kijam. Bila ade blog nih dan bonda post kan kat mukabuku bonda..secara tak langsung, bonda kurangkan stress jari2 runcing bonda nih citer pasal RYAN4 kat private message..kih3!!..bijak kan?..sila declare yer :P

Ok..sekarang dah faham kenapa dan mengapa blog nih wujud?? ke ade yang tak faham lagik??..ayo!! g cepat tukar ramd kat otak tuh n g update window 7..baru curlass dan vavava!! berjumpa di entry yang akan datang..klu tak jumpa dah blog nih, maknanya tuan empunya blog dah kena buang keja pasal ari2 taip blog..selisih!! hihi.

daaa!!! ^_^


Wednesday, 7 September 2011

Salam Ukhwah dan Salam keruk raya!!!




Assalammualaikum bonda berikan terlebih dahulu..

Acctually bonda ni blogger baru yang baru berjinak2 dgn dunia blogging ni kekdah nyer lah kan..tapi bonda dah selalu mengikuti blog2 yang agak hevaaaatttt dari blogger2 ter'pemes nih. Hurm, macam blog http://www.benashaari.com/. Hebat bro nih..org lama arr kata kan, bonda org baru <makna nyer bonda lagik muda dari dia kan?kan?..hik3!!,jgn mare pokcik beng yep!>. hobi mengikuti blog nih pun baru jer bonda dapat setelah memendam perasaan bosan yang membuak2 bila bekerja..huk3!!


Buah cempedak di luar pagar..hamik galah tolong lah bonda jolok kan, bonda ni mak yang baru nak belajor, klu salah tolong lah betulkan. Bonda amat2 menghargai teguran dari suma blogger..semoga kita terus menulis demi kepuasan dan kebenaran..JANGAN demi nafsu okeh??..chillllll...bubai!!