Monday, 12 November 2012

Larangan2 ketika perang laki bini *_*



1. Jangan banyak bunyi/cakap – waktu tengah bertengkar, hati masing-masing tengah ber’api2 marah. tengah marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Kalau iya pun suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat korang tau tak.  Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan korang dan perlahan-lahan dia akan jadi bosan nak dengar. Yang perlu suami/isteri lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk membetulkan  keadaan.

2. Jangan sibuk nak cakap kekurangan masing2 – Bukan isteri/suami korang jer yang yang mempunyai kelemahan, korang pun sama. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, kita akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan kita. Lagi pun, kita tak akan dapat apa2 piala pun, menambahkan buruk kan keaadan yer. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang kita dulu supaya apabila giliran kita nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan sibuk nak balas membalas – Sebagai contoh, pasangan korang bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. korang nak buat dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan korang pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri isteri/suami untuk menjauhi kita. Akhirnya, kita turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan kita sendiri..kan naya?

4. Jangan cuba nak ubah pasangan – kita dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri kita dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. kita harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan kita.

5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan nak ‘vokal sekadar rupa’ sangat lah – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan macam ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah korang bawak bertenang sehingga pasangan korang yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan automatic bertukar. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan korang merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.urut2 dada tuh sikit, bagi turun temperature.

8. Elakkan terlalu EMOS – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan kita akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang molek2 je – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan nak bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri..bukan bergusti, gusti lain takpe…heppp!!! :P

11. Dengar luahan isteri – Mungkin jugak perkara yang disampaikan oleh isteri korang tuh dapat menyelesaikan masalah. Jika korang hilang tumpuan waktu nih, bukan sahaja korang akan kehilangan idea yang baik malah korang akan menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah korang berdua..so jadik lah pendengar yang baik. biarkan dia melepaskan keluhan dia. Maklum lah ‘fompuan’ bak kata RYAN4, banyak bebelnya.

12. Jangan nak bergaduh depan anak – Dengan bergaduh di depan anak, kita hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.kan? haa!! Yang nih ramai antara kita yang terlepas pandang..sama macam bonda :P

13. Bersabar – Sekalipun korang lelaki dan korang mungkin lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri korang, but please eehh!!! jangan sekali-kali korang cuba untuk mengasari isteri korang. Dibimbangi isteri korang jugak akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain. Tak pasal2 tiap kali gaduh, habis satu rumah terbalik..hihi.

14. Say NO3!! to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah korang sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya merumitkan keadaan. Kalau stress sangat, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah kita. Jangan sembarono jer citer sana sini. Kang dah satu hal pulak dok heboh nak carik sapa yang hebahkan kisah rumahtangga kita kat orang ramai…sendiri ingat!!

15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan kita kalah. kita hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan kita sebenarnya betul. Alah…macam citer Hindustan tuh ler dek non ooiii, hero kan menang kemudian ^_^

16. Jangan berani2 blah bila belum selesai – Selalu tengok drama kat tv tak? Kebanyakannya menunjukkan suami akan cepat2 tinggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri korang  ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan sangat2 marah. Korang kena ingat yang anak2 korang tinggalkan dengan dia kat umah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin boleh jer dia memudaratkan diri dia atau anak-anak. Kan tak pasal2 anak jadik mangsa keadaan. Sekiranya korang rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri korang bahawa korang perlukan sedikit ketenangan dan cara ini lebih Nampak gentle berbanding blah jer tanpa kata…memang macam pengecut kot.

17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri korang, korang turut perlu meluahkan perasaan korang. Tunggu sampai dia habis cakap bagi korang pulak menyambung pendapat korang. Dah kalau dua2 nak bercakap…sapa pulak nak dengarkan? Sila tunggu giliran bercakap dan luahkan..yang penting ladies first!

18. Pelukan dan kemaafan – Saat nih mungkin akan jadik detik yang paling indah lepas bergaduh. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan kita kuat2. Ucapkan perkataan maaf dan sama2 lah berikrar akan lebih berhati2 dengan ujian berumahtangga. Situasi ini akan membuatkan hubungan korang akan lebih baik dari sebelumnya. Sebab tuh kot orang selalu kata, pasangan yang kerap gaduh anak dia ramai..haha!! Ok itu auta.

Dah baca dah semua larangan sewaktu tengah 'perang dingin' dengan pasangan?. pasal apa bonda kata perang dingin? kang bonda kata perang teluk kang, nampak ramai sangat pulak yang bersesak kat pejabat agama kan. Nanti nampak macam orang pejabat agama tak buat kerja pulak, perang teluk kan memang tak kan aman. so, bonda klasifikasikan gaduh laki bini sebagai 'perang dingin' je yer.

Panjang benau dah entry nih lagaknya.

'Perang saudara'??

Itu bonda belum jumpa lagi larangan2 nya pasal RYAN4 masih mampu di kawal. Kalau dah tak terkawal nanti baru bonda fikirkan. Ok..daaa!!! ^_^

No comments :