Monday, 12 November 2012

Sedikit Keyakinan ^_^




Hampir 100 hari sudah bidadari bonda
tinggalkan semua kesayangan.

Selalu bonda rindu, acap kali bonda menangis.

Sering bertanya pada semua, di mana ibu?

Namun bonda pasti ibu sedang berbahagia
di sisi yang lebih menyayangi.

Hari demi hari hati ini makin redha
dan semakin kuat.

Mungkin ibu berada di antara kepercayaan2 ini,

Abu Hurairah Abdullah bin Umar : Roh-roh bernaung di sisi Allah SWT, Di perkarangan syurga atau pun Di perkarangan kubur masing-masing.

Imam Malik : Bebas ke mana-mana.

Imam Ahmad : Roh mukmin di syurga, roh kafir di neraka.

Roh mukmin di Jabiyah, roh kafir di perigi besar di Hadramaut, Yaman. 

Roh mukmin di Illiyin di Langit Ketujuh,
roh kafir di Sijjin di Bumi Ketujuh.

Roh mukmin di perigi Zamzam,
roh kafir di perigi Barahut.

Roh mukmin berada di alam barzakh
(satu alam antara alam dunia dengan alam akhirat) dan bebas
bergerak ke mana-mana. Roh kafir di Neraka Sijjin.

Roh mukmin di kanan Nabi Adam,
roh kafir di kirinya (sebagaimana gambaran dalam peristiwa Isra’ Mi’raaj)

Ibnu Hazm : Berada di tempat roh-roh itu diciptakan sebelum dimasukkan ke dalam jasad. Allah swt menciptakan semua roh sekaligus di sana.

Abu Umar bin Abdul Bar : Roh para syuhada’ di syurga, roh mukmin di perkarangan kubur masing-masing.

Abdullah bin Mubarak : Tidak berada di dalam syurga
tetapi boleh mengecap buah-buahan syurga
dan mencium bau syurga.

Roh para syuhada’ berada dalam perut burung hijau yang bergantungan di ‘Arasy, pergi balik ke taman-taman syurga.

Mujahid : Berada di kubur masing-masing pada
7 hari pertama dikebumikan.

Allahualam.

Walau di mana pun ibu berada, bonda pasti ibu berada
di tempat yang paling baik.insyaAllah

Suka untuk bonda kongsikan sedikit pengetahuan melalui pembacaan yang tidak pernah selesai,

Sumber : Kitab Ar-Ruh susunan Ibnu Qayyim

Barzakh penghalang antara dunia dan akhirat.Dalam firman Allah Ta’ala, “Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan”.Jadi, penghuni dunia dan penghuni kubur tidak dapat bertemu hingga hari kiamat. Namun, ada dikalangan ulama pecaya roh dapat menunjukkan dirinya melalui mimpi tetapi tidak mampu untuk bercakap dan hanya mampu tersenyum.

Diriwayatkan dari Al-Bara’ bin ‘Azib r.a katanya: Kami telah keluar bersama-sama Nabi s.a.w, mengiringi jenazah seorang lelaki dari kaum Ansar, lalu kami sampai ke kuburnya yang disediakan. Rasulullah s.a.w pun duduk lalu kami duduk disekelilingnya dengan keadaan tidak bergerak dan membisu; manakala Baginda s.a.w pula mencucuk-cucuk tanah dengan seranting kayu yang ada di tangannya. Setelah itu Baginda s.a.w mengangkat kepalanya lalu bersabda: “Mintalah kamu perlindungan kepada Allah dari azab kubur”, (diulanginya sabdanya itu) dua atau tiga kali.

Kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: “Sesungguhnya hamba Allah yang mukmin (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, putih bersih wajah mereka seolah-olah matahari, dengan membawa kain kafan bersama mereka dari kain-kain kapan syurga, dan Hanut (Pachai iaitu serbuk campuran dari benda-benda yang harum yang ditabur kepada mayat semasa dikapankan) dari yang ada di syurga, sehingga mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang.

* Al Fatihah buat bidadari ku sayang, 97 hari setelah pemergianmu.


4 comments :

azieazah said...

Aaminnnn... semoga dia sentiasa dirahmati walau di mana pun dia berada....

Bonda Ryan said...

Terima kasih azieazah ^_^

Aidah said...

Semoga ibu berada di tempat yang sangat selesa menunggu waktu dipertemukan dgn mereka yang merindui...satu hari nanti. Sedih akak setiap kali baca n3 pasal arwah ibu adik.

Bonda Ryan said...

Masih terasa kehilangan tuh kak ida. masih lagi kami menyebut2 arwah. masih lagi tangisan menghuni tiap ruang hati. Semoga ibu baik2 saja di sisi penciptanya :(