Tuesday, 4 December 2012

Anniversarry part 2..



Assalammualaikum wrt.

Hola2!!!

Macam biasa...sihat ker idak? tak sihat? sila bukak mulut besor2 dan masuk kan ubat yer. Kalau sihat..tadah tangan dan ucapkan lah alhamdulillah diatas semua kesihatan yang baik. Bukan semua bernasib baik seperti kita. Tak semua orang dapat duduk depan komputer atau pun lappy menulis dan membaca blog. Tak semua.

Sedang kita gelak2 kambing depan lappy, ada yang sedang menangis berduka. Sedang kita riang ria menaip entry, ada yang sedang meratap hiba menulis surat letak jawatan.

Haa!! apa kes? ok itu kaitan yang sememangnya takde kaitan dalam muhasabah nih...kah3!!. Point yang bonda nak bagi kat atas tuh jer, yang bawah tuh dah syok sendiri dah tuh :P. Ok mak2 jarah tersayang semua..bonda nak cerita pasal anniversarry kami yang baru lalu nih (22/112012) volume 2. Sediakan baldi seketol..tisu sekotak. senang kang kalau muntah ijau tak pun menangis air mata darah. Tak yah nak lari2 orang tua anak g toilet ^_^.


Ok kawan2 suma, ini pemandangan biasa bila tiba di Cherating sinun. Perkampungan nelayan. Semuanya pun serba sederhana. Terus terang bonda sangat kagum dengan cara hidup dan orang2 di sini. Tiada traffic jammed..tiada gesaan pun di mana2. Kami takde pun ke mana2 tempat yang menarik, sekadar bersama berdua2an dan bercerita ceriti tentnag perjalanan kami sebagai suami isteri. Kira macam muhasabah hubungan lah..huhu. Banyak duk kat pantai membuat onar di pasir dan jalan2 penuhkan tembolok naga memasing je..hehe.

Kami jarang dapat bersama berdua, jadi bila ada masa yang membolehkan kami berdua..kami tak mahu ada gangguan dari unsur2 lain kekununnya. 2 ploh hempat jam pandang mata memasing dan tembus ke hati terus. Waaahhh!! syahdu betol lah tuh kan :P

- tampar pipi banyak kali -


Memandangkan banyak masa di habiskan berfeeling ala2 izzah dan haris serta ber'ombak rindu di pantai Cherating, makanya banyak lah picca yang melibatkan pasir pantai yer suma..ekeke!!. Picca atas nih en.sayur tgh mengutuk 'kerendahan' bonda bersaksikan matahari yang terik memancar. Dah kenapa bahasa nak gitu??
Fengsannn!!! 


Jangan nak kutuk2 sangat eehh, bonda memang jiwang karat tahap karat emas 999. hader? ^_^


Kaki busuk en.sayur VS kaki comel bonda lertuh...comel kan? kan? kih3!. Dari Cherating kami berjalan2 juga ke Kemaman dan Kuantan. Pantai sekitar Kemaman sama jer kot pemandangannya dengan Cherating, tak banyak beza..so takde picca di sana. harap maap. Bonda kan tgh honeymoon katanya...so tangan nih asyik lah di genggam tanda sayang, so takde masa nak genggam kamera seperti selalu..haha!!, alasan!


Comel kan nama cafe nih? nama dia unik seperti tempatnya. Tetapi....nak 'tell mama' guane? ibu pun bonda dah tak punya..sob3!!. Actually tujuan ke Cherating ini juga bonda buat semata2 ingin melewati semula tempat2 yang pernah arwah bidadari bonda ceritakan. Arwah terlebih dulu sampai di sini. Berada di sini seperti terasa arwah ada bersama.

- Gloomy -


Orite, no more sedih2 bila berada di zon gembira. Jom sambung. Welcome to Terengganu katanya..ceh3!!, kemaman jer kot :P. Last bonda datang tahun1999, cer kira berapa tahun dah? kalau ada anak waktu tuh dah bujang dah kot sekarang nih. Kat sini biasalah..nama pun terengganu, kopok ikang lah banyak. sepanjang jalan dengan gerai2 yang menjual pelbagai jenis keropok dari pelbagai spesies ikang, sutung dan udang2. 

Dari kemaman, kami patah ke Kuantan semula..singgah di Pasar nelayan Balok. Ikan2 dia memang segar2, waktu bonda sampai tuh ketam dan udang tergedik2 lagi atas papan. Tapi bonda tak beli apa pun pasal, biasalah..orang luar. Bila kita nih orang luar dari kawasan jajahan, makanya semua pun nak amik kesempatan lah kan. Tanya harga ikan..semuanya 60 hengget sekilo. Gila ke haper bonda tak tau lah. Ok2!! tak baik cakap orang gila, nnt tuhan marah. RYAN4 selalu buat pesanan khidmat masyarakat tuh kot, insap3!! :P
  

sepi dan tenang.

hagak bersepah, tapi bonda shuker!
nice view ^_^
gerai2 keropok yang merata meriti :)
tengok2!! dia ngorat adik jual kopok tuh, dah kantoi..buat2 pose..
miang betol..ekeke!!



Antara kedai2 yang memang bersepah kat sana. Area Cherating, Kuantan dan Kemaman, sama jer semua pun. Kat sini bonda sempat rembat beberapa spesies fridge magnet dan t-shirt kenangan buat 4ketol RYAN4 yang kena tinggal tuh...haha!!.  Kang kalau dah besar timbul isu pulak keenn? yer lah..bila dah pandai baca blog bonda diorg nih nnt semua pun akan di tanya, scary mak nok!!.


Teluk Chempedak. Ramai sangat orang kat sini, pulak tuh bonda sampai cuaca tengah panas betol. Kecik jer mampu bukak mata. So..sangatlah tak rajin nak snap picca banyak2..pedih mata bonda oooiiii.


Agaga!! genggam tangan tanda bahagia. Bukan senang kot orang nak tengok kami 'bergenggam' begini , ber'gangnam style dengan RYAN4 selalu lah kot. Alah...nih pun mimpi 5 saat jer kot, abih snap, bonda kembali jalan di belakang en.sayur terkedek2 balik, sambil kejar dia yang satu langkah dia bersamaan 2 langkah bonda..shahdis!!. Tapi kami tetap bahagia walaupun begitu..

- mata ke atas, mulut muncung ke depan -


Ok..ini tanda terakhir yang sempat bonda snap sebelum kami beredar dan kembali ke sisi RYAN4 kami yang di rindui. Lepak2 jap kat sini, ukirkan nama di pokok yang hader, ewah3!! melampau okeh..itu tipu :). Kami pun berangkat pulang dengan 1001 kenangan yang tak mungkin bonda lupakan.

" Sayang...Selamat Ulangtahun yang ke6 buat kita. Tiada kata seindah bahasa yang mampu bonda karangkan buat ayah. 6 tahun menjadi suri di hati ayah, bonda bahagia. Terlalu bahagia. Walaupun kita sering di uji dengan karenah RYAN4 kita yang tak pernah sunyi, tapi bonda sering berkata bahawa ayah lah perkara terbaik dalam kehidupan bonda selama 28tahun ini. Mengenali dan bersama tika susah dan senang melengkapkan kita sebagai pasangan suami isteri. Maafkan bonda andai masih terdapat cacat dan cela sepanjang bergelar bidadari (wahhh!! kelas bonda kan, declare sendiri jer...haha!!) pada RYAN4 kita. Masih banyak yang bonda harus belajar. Dan pembelajaran itu tidak lengkap tanpa ayah di sisi. Terima kasih sayang..."

Sekian...
cerita cinta dari bonda RYAN4, Terima kasih kerana sudi membaca..sayang korang banyak3!!

*Al Fatihah buat ibu tersayang..119 hari bonda rindu :(







2 comments :

azieazah said...

Selamat ulangtahun perkahwinan, again to Haliza dan suami. Semoga kekal abadi dan hangat sentiasa. Hehehe

jeles jerrrr tengok orang dating dating cenggitu! hahahaha

Aidah said...

Akak pulak yang terharu baca bab last tu. Akak tak ponah detim laii lopeh kawen. Ontok2 kek ghumah yo. Tak pun poie pasa popagi tu. Nak pogang tangan , tak leh lak. Pasal dah ponuh tangan pogang sayur ngan ikan. Hahaha.