Assalammualaikum wrt.
Psssttt..
Nak tunaikan janji nih. Alah..janji manis bonda dulu. Nak citer pasal percutian keluarga rangers kami nih..hak3!. Sesuka hati bonda jer nak bagi nama keluarga rangers. Tah lah..sejak 2,3 menjak nih rasa cam makin mencabar pulak dok jaga 4ketol power rangers bonda nih. Makin besar..makin banyak ujian. Bila dah melalui semua nih, tiba2teringat kat ibu dengan ayah bonda. Ya Allah..betapa bonda bukan anak yang baik satu ketika dulu. Sekarang adalah masa menguji bonda pulak. Terima Kasih Allah swt..di atas semua percaturan dan perjalanan ini.
- muhasabah -
Ok. Memandangkan pada 15/12/2012 ada kenduri di rumah keluarga bonda di Lenggong, perak. Jadinya bonda merancang percutian ini sekaligus perjalanannya, mudah bukan?..hik3!!. Balik dari bercuti kita boleh terus balik kampung dan sambung cuti pulak. Jadi pada 12/12/12 (wahh!! tarikh cantik toq..hihi) bonda dan en.sayur gigih mengangkut 4ketol budak cinonet masuk kereta dan memulakan perjalanan kami ke sini,
Yeahh!! Lost World Of Tambun, yang terletak di Ipoh..Perak Darul Ridzuan. Actually ini kunjungan ketiga bagi bonda dan kedua bagi mereka. Tapi pada kunjungan yang lalu, kami tidak lah mampu nak bercuti lelama kot. Bonda pulak mengikuti kursus anjuran syarikat. Jadiknya memasing menyimpan dendam kesumat jer lah kan. So, kali ini dendam akan terlerai. Of course lah encik2 RYAN4 suka terlompat2. dapat berpesta air kan?. RYAN4 memang tak dapat di pisahkan dengan air. Suruh mandi kul 3am pun diorg dengan cargas bukak baju..hihi.
Sampai jer terus cek in kat Lost World Hotel yang lokasinya berdepan jer dengan taman tema air nih. Bonda amik bilik exotic room, luas sikit dan sesuai lah untuk RYAN4 berkejaran berperang.
|
abaikan mak lampir yang seketol tuh yer..dasar, kih3!! |
|
nampak tak tempat duduk kat tingkap tuh? awal2 lagik miqail dah cop utk tido..cett!! |
|
Keluasan katil yang cukup untuk bebudak berguling2, selebihnya sila ber'toto di bawah..haha!!
Bonda bukan tak moh amik bilik besar, tapi waktu kami sampai tuh..mang aii!! penuh lobi dengan orang yang cek in jugak. Heran jugak bila hari rabu kot, sah! depa pun amik Annual leave macam bonda..ekeke!!. Cuti sekolah kan..memasing sibuk gak nak bercuti, maka nya redha jer lah dengan bilik ini, syukur alhamdulillah.
Sampai jer jangan leceh, tukarkan baju ulam pegaga tecik sekalian, dan...moh! g berendam kat 'hot spring'. Cinta hati bonda, en.sayur tukar baju sendiri tau..idak ler punya koser dan upaya nak tukarkan..haha!!. RYAN4 tak berapa berkenan dengan 'hot spring' nih tau, panas katanya. Eeehh...fussy sapa lah tuh gamaknya, adess!. tapi dalam panas2 tuh, gigih jugak lah sentuh2 air. Ini bukti, |
|
nice tempat nih waktu malam. |
|
main kat tangga jer mampu, nak terjun tiruk takut..haha!! |
|
Miqail bonda.. |
|
Muhaimin bonda.. |
|
Muka tension lertuh..hak3!! |
|
~Jom kita main tangga ~ |
|
Ayah perkasa nih handle si kerinting nih..hihi. |
|
jom lah balik bonda, ikish rasa nak demam lah..~drama~ |
|
Peace!
Malam tuh ramai lah pulak manusia nya. Suasana yang gelap ditambah pulak dengan muzik Tecno yang sangat2 bingit dan lampu lip lap yang macam kat disco tuh, bonda rasa sangat lah tak sesuai berada di situ berlama2 bersama RYAN4. Rosak mata dek gelagat manusia, en.sayur pulak manjang tersengih kat situ..huh! dasar..haha!!. Untuk tidak menambahkan dosa mata beliau, bonda decide naik je ke bilik dan masuk selimut..itu lebih afdal..kih3!!. Tambahan pulak encik2 RYAN4 suma complain demam jer bila kat situ. Dah mana tak demam, rasa dahi..panas jer. Puas dah terangkan itu kesan mandi air panas dan wap air panas, tapi 4ketol asyik membangkang jer..hish!. Berangkut2 lah balik hotel dengan muka ayah yang frust..ops! :P
Eeehh..banyak kan nak kena baca? nih baru separuh. banyak lagik picca dan cerita. Apa kata kita stop kat sini dulu..nanti2 kita jumpa kat part 2 pulak eehh?. Dadada!! korang, oh..semalam 20/12/2012 bonda g jumpa ibu kat rumah ibu, rindu... |
|
Al Fatihah buat ibu.. |
2 comments :
seronotnyaaaa!!!!
best kan lost world of tambun..aritu mmg tak merasa nak main air sebab bulan tengah mengambang...rugi rugi...
in sha Allah ada masa dan ada rezeki nak jugak pegi sana lagi sekali..baru puas kalo nak cuti2..
betol kaka atie, g bercuti dengan training company..mana sama kot, ekeke!!. jom3!! repeat jangan tak repeat ^_^
Post a Comment