Wednesday, 23 January 2013

~ Multitasking..mereka memang anak bertuah ~



Assalammualaikum wrt.

Kreeekkk...kreeekkkk...krroookkkk..

Haaa!! cer teka bunyi apa?

Tak tau?

Ok sapa yang berjaya teka itu mmg pandai lagi bijaksana..hihi. Itu bunyi perut bonda yang kelaparan+kebuluran+kekosongan lagi kekontangan. Tengahari tadi ter'skip lunch pasal leka membaca dan akhirnya terbongkang tertido. Bangun2 jer terus sambung keja..adeh!.

Entry nih takde isi mahupun kulit, sekadar nak melepaskan geram mengetuk keyboard dan mengalihkan perhatian dari bayangan2 makanan yang boleh buat bonda mengelamun sambil lap air liur meleleh2..hak!, itu tipu. Sebenar nya lama dah tak upload picca RYAN4 4 ketol tuh kan. Diorg hari2 ada cerita, hari2 ada peel yang buat en.sayur menjerit macam tarzan. Bonda? pencen seketika atas alasan nak jaga suara. Alasan tak kukuh? fedulik..ekeke!!. Ok jom tgk aktiviti diorg before pegi sekolah tiap2 hari dan di mulakan dengan pandangan biasa ini..

4 botol tersedia  untuk di baham, tq ayah!

Kemudian pasti akan ada pemandangan seperti ini..oh ya! 3 ketol jer pasal seketol yang kecik tuh selalunya amik habuan dalam kereta atas riba bonda sambil peluk2 manja. Anak bongsu katanya..bongsu sangat lah kan, tetiba kang bonda upload picca pregnancy test..mwahaha!!! (sentap en.sayur baca sttment)


Terbaring terlentang sampai habis sebotol dan letak kan di sinki baru lah diorg di benarkan naik kereta untuk ke sekolah. Bukan dera tau, kami cuma nak diorg pandai berdikari sendiri jer. Dah besar kan..reti menyusu makanya harus reti letak botol dalam sinki lepas menyusu. Diorang nih rapat, jadi kami tiada masalah untuk beri arahan sangat. Sorang buat..pasti yang lain akan ikut. Setakat yang mudah2 jer kami harap mereka buat sendiri, bukan semua perkara tau :P. Ok habis cerita aktiviti harian.

Ini cerita aktiviti minggu sudah pulak. Jumaat kan bonda cuti, jadi bonda pun buatlah 'site visit' kat en.sayur di pasar tani beliau mencarik bersuap2 nasik..keh3!!. Bawak si kecik yang feeling2 baby tuh (nyampah haku! hak3!!). Sampai2 jer dia ralit cekak pinggang macam mandor ladang getah kekdahnya. Pastu muka nak kerek. Si bongsu memang akan berlagak bagus eh? sila kawan2 tolong beri pencerahan berhubung isu ini..hihi. Penat tgk dia cekak pinggang macam mandor sakit tulang belikat, bonda kasik dia mamam sebagai rasuah suruh dia duduk dan bertenang. Stress plak aku menengoknya weih :P. Ini bonda tepek sekeping picca dia..

mandor lapor nasik rupanya..kah3!!

Penat kami site visit dan 'pow' en.sayur, kami terpaksa berangkat pulang untuk jemput yang 3 ketol tuh dari skol pulak. Kalau lambat bonda jemput, akan tersadai lah mereka di taman permainan di tengahari yang terik. Itu rutin tak rela bonda nak hadap..huhu. Ok habis dah cerita minggu lepas.

Sekarang sila tahan muntah dan sediakan tisu banyak2 pasal korang akan di hidangkan dengan picca yang sgt2 meloyakan tau. kalah loya tengok picca kat website kari ngeri tuh. Sedia dah? Betol dah? Ok..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Haa!! pada yang faham tuh..gelak lah korang puas2 yer. Bonda dah lali dah dengan suasana begini, RYAN4 memang kadangkala hagak kejam dengan memaksa rela bonda menghadap peel yang tak semenggah dari diorg. Walaupun begitu, pada yang masih tak jelas meh bonda kasik tau apa yang si ketol no2 nih tengah bikin. Dia tengah menyusukan baby dia sambil muncung2 mulut puji air dada dia tuh sedap (maap..ini bukan lucah, tapi kenyataan). Air bandung katanya.

- muntah untuk ke sekian kali..ades!! -

Walaupun bonda punya 4 ketol bujang kenit, tapi bila bermain bersama2..pasti akan wujud watak2 seperti,

Mak..
Kakak..
Mak bedah..
(jiran tetangga lah kononnya tuh..haha!!)

Dan..

Kucing...
Katak..
Harimau..
Dan lain2.

Kesimpulannya mereka tetap main masak2, kawen2 dan bermacam lagi aktiviti anak gadis. Multitasking kah mereka???

- Tepuk dahi -

^______________^

* Al fatihah buat wan mereka yang sudah 7 bulan menghadap Illahi..:(.







2 comments :

Aidah said...

Hahaha. Kelakar sangat tang mulut muncung tu. Perisa air bandung lagi. Dah lamaaaa akak tak mengadap telatah budak2 kecik ni. Kat rumah sumo dah bosa2.

azieazah said...

Hak hak hak hak! kelakar baca keletah anak-anak Liza. Memang menghiburkan. Saya suka!