Seorang lelaki
berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang
akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua
terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh
keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.
"Bagaimana
keadaannya doktor?"
tanyanya penuh harap.
"Maaf encik,
kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri!
"
jawab doktor itu.
"Jadi bagaimana
doktor ..?"
"Kami tak
mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami
hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si
bayi!"
Lelaki tersebut
kebingungan,
dan tak dapat berkata-kata. ......
"Maaf encik,
setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak
doktor itu.
Akhirnya, dengan
berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya sangat
bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor.Tolong lakukan yang
terbaik!" pintanya.
Doktor pun bergegas
kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani
masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus
dilakukannya.
------------
--------- --------- --------- --------- -
Ini adalah salah satu
contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat
genting.
Bagi seorang doktor
beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan
mengorbankan si ibu.
Bagi doktor muslim,
ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.
Memang benar,
dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat.
Mengapa ia boleh
berlaku seperti demikian?
Dalam ajaran
kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal
dengan "dosa waris" atau "dosa asal".Manusia yang lahir
sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti
seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope).
Doktor Kristian itu
akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak,agar dia dapat lahir
dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu .
Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk
dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Jika si anak meninggal sebelum
dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.
Dalam ajaran Islam,
setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor muslim akan berjuang
menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka.
Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai
kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih
baik, yang lebih soleh.
Sedangkan anak yang
tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci.
Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu
daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat.
Demikianlah, dalam
keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi.
Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.
Di dunia ini ada
banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita
anut, akan menentukan jalan hidup kita. Itu sebabnya amat penting bagi kita
orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang
doktor muslim.
Sejak bangun tidur,
kita sudah dihadapkan kepada pilihan.
1. Meneruskan tidur,
atau bangun solat subuh?
2. Untuk lunch dulu,
atau solat zohor dahulu
3. Setelah habis
kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dulu?
4. Ikut terlibat
melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?
5. Menyegerakan
berkahwin, atau menundanya dulu?
6. Hidup mulia di
sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?
7. Dan banyak
lagi.....
Kita akan sering
dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau
natijah yang sangat ditakuti.
Kesimpulannya
perbanyakkanlah muhasabah diri dan tambahkan ilmu dengan majlis-majlis ILMU.
Mudah-mudahan selamat kita semua di dunia & di akhirat...
Amiin.
*Al Fatihah buat ibu..80 hari yang rindu.
No comments :
Post a Comment