Alhamdulillah atas semua kesenangan dan kebahagiaan.
Hari nih rasa cam nak kongsi satu rahsia.
Rahsia lauk feberet RYAN4 dan encik sayur bonda.
Anak beranak nih memang tak dapat di pisahkan dgn sambal.
Sambal udang..
Sambal daging..
Sambal ayam..
Semuanya akan di sental hingga licin klu bonda masak kan.
Sambal2 nih kira ranking lah dalam menu bonda hari2. Kira macam king of the menu lah kan. Cuma idok ler bonda layankan hari2 korang..bukan tak koser, tapi menjaga usus2 mereka dari memberontak..hew3!!. Yerlah kan..cer bayangkan klu dah hari2 dok ngadap sambal..idak ke pedih tali perut memasing. Nak2 si RYAN4 bonda. Perut kan nipis dan manja lagik.
Selalu bonda ingat pesan Allahyarhamah bidadari bonda..
Anak dan suami akan kasihkan kita bila mereka selalu rasa belaian dan air tangan kita, selalu2 lah buat 2 perkara nih..
Mandikan mereka.
( ops!! ini utk anak2 jer tau..laki korang tu sila mandi sendiri..haha!! )
Masak kan hidangan buat mereka.
Air tangan kita tuh akan buat kasih sayang kita antara suami dan anak2 bertambah erat dan sukar di uji. Bukan lah tak mandikan or memasak tuh hubungan tak baik..cuma kasih sayang itu tak tegap jika nak di bandingkan dengan amalan nih.
Alhamdulillah..mungkin kerana amalan dan pesanan Allahyarhamah ibu nih bonda praktik kan..rumahtangga kami boleh di katakan aman dan tenteram. Tidak pernah en.sayur memaki hamun bonda atau memanggil bonda dengan perkataan yang melukakan hati. Apa lagi membuat onar di belakang bonda. Bonda bersyukur sangat2..semoga hubungan kami akan terus di berkati dan d rahmati di masa akan datang.
RYAN4 walaupun sering berkelahi..tapi mereka tetap adik beradik. Gaduh mereka tak lama..tangis mereka tak berpanjangan. Nama pun anak2..tambahan pula mereka rapat antara satu sama lain. Bonda percaya....perkelahian tuh yang merapatkan mereka..saling kenal mengenali. Bila sudah dewasa nanti mereka akan akrab seperti isi dan kuku. Bonda kata macam tuh sebab dah banyak contoh ada depan mata bonda.
Banyak kan bonda membebel..penat kan baca entry nih...hak3!!. Bonda sekadar berkongsi rahsia dan melontarkan pendapat bonda berkaitan isu masak memasak nih. Nak kata bonda pakar memasak tuh..jauh lah api dari panggang kan. Masih ada yang tidak sempurna. Namun memadai lah untuk mengikat kasih sayang kami sekeluaga...ALHAMDULILLAH.
Korang...bonda bagi santapan mata sebagai hadiah yer, hadiah sebab baca entry nih dgn mulut yang muncung2 :P...
terima kasih kawan!!
.
.
.
.
sambal ayam petai malam tadi ^_^ |
No comments :
Post a Comment