Tuesday, 2 October 2012

Nak bagi tajuk apa pun tak tau..:)




Waktu pergi ziarah ibu tempohari..
bonda singgah sekejap kat rumah pusaka kami.

Sekalik makcik bonda buat request gini..

" kak ija..tak yah lah balik dulu, uda teringin nak
makan sardin cili api kau "

Erk!! punya lah banyak masakan bonda dia pernah rasa..
sardin jugak yang jadik pojaan hati makcik nih tau.

Seperti biasa lah kan..bonda nih hati kapas, lembut jer bila orang sebut bab2 'teringin' nih. Ok ayah..kita balik lepas isyak yer..
kenyit mata ckit kat en.sayur..:)

Ok katanya..beres!!

Bonda nih klu dah masuk dapur..hal2 depan rumah or RYAN4 memang bonda pas kat en.sayur jer. Tapi biasalah kan..org lelaki, dah jumpa kawan borak..anak pun lupa.

Maka berjimba sakan lah RYAN4 kat bawah pokok rambutan berdendang sayang.

Selesai memenuhi permintaan makcik bonda..kami pun balik tanpa membelek encik2 RYAN4 seperti kebiasaan. Takde yang menangis solo atau berjemaah pun waktu bonda sibuk kat dapur..so senang hati jer lah angkut seketol2 buh dalam keta.

Tapi malam tadi kan..
Bonda tengok c kerinting nih,
.
.
.
.
saat2 bahagia..:P

Tergaru2..

Merengek tak selesa kekdahnya.

Cek kaki dia yang kerap di garu2 tuh.

Nah!! ini rupanya penyebab beliau resah dan gelisah,
.
.
.
.
.
berkilat pasal bonda sapu minyak gamat :)


Bengkak kan?

Kesian nya lah hai anak bonda. Harus sakit nih.

Pandang en.sayur, dia cepat2 kata semut api.

Iya...semut api yang gigit.

Sampai bengkak...Allahualam.

Ini lagi,
.
.
.
sisi tepi.


Dan selepas beberapa ketika, bengkak masih tak surut. Bonda gigih sapu cream aerobite pulak. Alah...cream yang utk hialngkan gatal2 akibat gigitan serangga tuh.

- Kesian -

Bila lah nak sama besar dengan kaki sebelah nih baby ooii..

Bonda doakan kaki baby cepat baik dan sepadan dengan yang sebelah nih,

kaki yang sihat :)


*Al Fatihah but ibu tercinta...57 dalam ingatan


No comments :