Friday, 21 December 2012

~ Riang ria Cuti Sekolah Part2 ~



Hola3!!

Assalammualikum wrt semua..

Sihat ker? bukan apa..sekarang nih cuaca makin tak menentu. Ramai kot yang jatuh sakit. Sakit sebab cuaca takpe, itu semua anugerah dari Illahi untuk kita kembali menggingati tujuan kehidupan ini. Tapi kalau sakit yang memang sengaja di cari, sila lah pandai2 cari ubat yer. Contoh sakit yang kita carik sendiri,

- Sakit hati -

Sakit nih sebenarnya mula dari kita. Banyak kena muhasabah diri nih..hihi. Ye lah..kadangkala tak semena2 pun kita boleh tetiba nak sakit hati kan. Tengok orang lebih sikit dari kita, mula lah otak tuh merencanakan sesuatu, tak moh3!!..ingat siapa kita sebelum ini.sekian tarbiah ^_^.

Tujuan sebenar entry ini adalah untuk menyambungkan semula entry yang terputus sebelum nih. Entry INI tak mampu bonda nak habiskan pasal line internet pada ketika itu amat2 lah mendukacitakan..kih3!!. Gambar dan cerita pulak banyak dan berjela2. jadik itu yang berjanji untuk siri kedua tuh. Alhamdulillah umur masih panjang dan punya upaya lagi untuk tunaikan janji.

Ok. Untuk cerita kali ini bonda nak buat review aktiviti RYAN4 kat Lost World hari tu. Macam2 benda baru yang mereka explore. Banyak dah sebenarnya taman tema air yang RYAN4 dah masuk dan semuanya punya ciri2 tersendiri. Antaranya, Desa waterpark, AFamosa waterworld dan Air panas pedas wetworld. Lost World of tambun ternyata menyajikan sesuatu yang baru. Ok jom layan picca nih,

Muka tension pasal tak boleh berkejaran dengan abang,
kn dukung pulak! ekeke!!

Sampai jer terus tuju kat sini suh bonda amik picca,
hihi, memahami lah pulak ^_^

dengan ayah2 sekali berpusing2 kat kuda nih :P

kuda tak gerak katanya..pusing jer..huk3!!

kuda ikish tak turun naik puuunnnnn!! adess!

mamat nih cool, tak banyak cerita :)

Abaikan si dewasa tersebut..haha!!

Senyum masyal, cair bonda...weeeeee ^_^

Ini antara aktiviti diorang kat Amusement Park. Banyak lagi mainan actually, tapi RYAN4 bonda nih lebih tertarik kat air, jadik menan2 nih semua di pandang sepi jer. Sorry ayah, kita tak dapat nak memuaskan nafsu ber'amusement park sebab hangbag2 kita nih mmg tak bagi can..wakaka!!. Aktiviti kami di teruskan lagi dengan naik Tramp yang di sediakan khas untuk pengunjung melewati tempat2 yang jauh dari water world.


Memasing muka tak puas hati kn naik tramp..huhu.

punyalah penat beratur nak naik menatang nih..adess!!

~ kami~

~again~
Sambil naik Tramp nih, sambil makan..fuhh!! memang senang hati..haha!!. Waktu nih en.sayur yang jaga kamera genggam, bonda off kejap jadik gigam woman. Bersantai2 sambil handle 4 ketol makhluk yang memang macam belut tuh jer. Jom layan picca hasil seni en.sayur..kah3!! ampun yer b..
bonda gelak sikit je :P

motip gambar? bonda pun tak tau..hik3!!

suka gajah rupanya laki aku nih...*_*

Di sini proses mendulang bijih di terangkan secara terperinci.

masih di tempat mendulang bijih.

lenjun + sibuk nak bergambar dengan naga tuh..hihi.

sama naik jer pun semua..^_^

Eeehh..

Rasa penat tak? ades!! macam bersambung jer kat part 3 pulak. Sian korang..bonda cuba untuk ringkaskan entry, tapi ini memang dah habis ringkas dah nih. Kalau ikut nafsu buana..lagik berjela2 cerita nih tau. Jari mulus demok dah protes tak moh menaip dah nih, Line internet pun macam dah bagi restu paksa jer korang weih. Apa kata jumpa di entry akan datang yep. Doakan bonda sihat2 jer dan berupaya untuk menulis lagi. Badan dah mula sengal2..hidung pulak mula dah terasa panas. Encik Flu nak datang visit kot..sob3!!.

Daaaa!! see u in next entry yaa..muacks!!

*Al Fatihah buat ibu tersayang..







4 comments :

Aidah said...

Seronoknyaaaa budak2 tu kalau bawak tempat banyak air ni kan. Asal ada nama water kat depan tu, mesti suka. Akak penah pegi a famosa, sunway lagoon dgn satu lagi waterpark kat Shah Alam tu. Tapi itu zaman mudo laii. Lutut pun tak sakit, boleh yo.

Bonda Ryan said...

tu lah tuh kak aidah, air dengan budak2 mmg tak dapat dipisahkan. Jenuh jugak nak handle RYAN4 kat water park yang besar2 macam LWOT nih. skang pun boleh, akak masuk jadik pemerhati jer lah kot :P

azieazah said...

Wahhh main air rupanya. Bebudak age camni, kalu bawak sini kompom la tak hengat dunia lagi dah.

Bonda Ryan said...

betol kakak azieazah, kita yang kn kejar diorg..gigih berlari sana sini..hik3!!