Wednesday, 31 October 2012

F.O.C Semuanya..



Anakanda Miqail : Bonda..mahal tak bonda beli kereta kita nih?


Bonda : Tak mahal lah...nih semua duit dari Allah swt,
bonda tolong belikan jer.

Anakanda Miqail : Mana lagi mahal...susu abang ke kereta
bonda nih?

Bonda : Sama jer..

- jawapan yang kununnya akan matikan persoalan :P -

Anakanda Miqail : Sian bonda...banyak dah habis duit untuk besarkan abang, ikish, imin dengan 'kerinting' kan? (merujuk pada masyal..kih3!!). Nanti dah besar, abang dah jadi polis..abang bayar balik tau bonda.

- Bonda senyum tanpa jawapan -

Anak-anak bonda tersayang....
Tdak pernah terlintas di hati bonda atau pun fikiran ayahanda kamu ingin kalian membayar semula apa yang telah kami belanjakan buat kalian. Tidak kira lah berapa bakul pun Ultraman yang ada. Berapa kilo pun susu yang telah menjadi darah dan daging serta berapa pasang pun kain yang telah menutupi tubuh kalian. Semuanya tiada bayaran..^_^

Kos mengandungkan kalian selama 9 bulan 10 hari : PERCUMA
Kos bersengkang mata menjaga kalian ketika bayi : PERCUMA
Kos air mata yang menitis kerana kalian : PERCUMA.
Kos kerungsingan kerana memikirkan kalian : PERCUMA.
Kos Menyediakan makan minum, pakaian dan keperluan kalian : PERCUMA.
Jumlah semua kasih sayang bonda dan ayahanda : PERCUMA.

ehsan encik goggle..tq.

Semuanya tiada bayaran sehingga lah bonda
dan ayah menutup mata.

*Al Fatihah buat nenda kalian..2minggu lagi genap 100hari :(

2 comments :

Aidah said...

Sayu rasa hati. Teringaat iklan Petronas yang lama dulu. Dah jadi mak ni kan. Persepsi kita pun berubah. Bak kata mak akak, "Dalam mulut ni den sanggup klua an bagi kek kau. Bia den lapa asal anak2 cukup makan pakai." Nak nangis pulak akak masa tulis komen nih.
Dik, terima kasih ya rajin singgah blog akak.

Bonda Ryan said...

Hiiii...saya fan atok milo number 1 kaka aidah..so no big deal lah. Yup! dah bergelar ibu baru kita tau rasa hati ibu tuh..betul lah kata mak akk tuh, dalam mulut nih kot bulih d boghikan..di luahkan juo :)