Wednesday, 5 September 2012

30 Hari rindu..cinta dan cerita.




30 Hari.

30 Hari yang penuh rindu.

Rindu yang tiada penawar.

30 Hari penuh cinta.

Cinta yang tiada kesudahan.

30 Hari penuh cerita.

Cerita yang tertinggal di balik kenangan

30 Hari sudah..

Ibu pergi.

Berbekalkan rasa rindu, cinta dan cerita.

Bonda ke 'rumah baru' ibu buat sekian kali.

Doa yang tiada kesudahan bonda utuskan.

Buat ibu dan nenda tersayang RYAN4

Damailah ibu..

Di bawah lindungan dan belas dariNYA.

Terlalu letih sudah perjalanan mu di sini.

Hanya doa mampu kakak kirimkan.

Tanda kasih sayang yang tak bertepi.

Terlalu sedikit ibu..

Berbanding segala yang telah kau curahkan.

Terima kasih ibu.

Terima kasih bidadariku.

Al Fatihah buat ibu tersayang.

No comments :