Keluar mulut Naga..masuk mulut Rimau.
AAUUUMMM!!!
Tak memasal jer yang korang nak masuk mulut
naga pehal kan?
Tapi nih permulaan pada pembebelan bonda arinih.
Sila pasroh *_*
Eeeehh..jangan klik pangkah tuh eh!!
Moh ler kita kongsi cerita dan pendapat.
Ok. Direct to the point.
As usual lah kan..tiap pagi "Dilema wanita'
jadik sarapan pagi bonda.
Pagi2 bonda memang suka berfikir dan merenung.
Sebab pagi lah bonda keseorangan di temani
kokok ayam dan desir angin.
(dramatik tau pagi aii..mwahaha!!)
Tanpa stress
Tanpa En.sayur.
Dan yang paling telinga bonda shuker sgt2!!
Tanpa RYAN4.
Ekekeke!!
Kalau ade 4 ketol si kecik tuh memanglah telinga
bonda tak aman..apetah lagik mulut kan?
Nasib jer baik pasal tak pernah ter'gigit lidah lagi..
syukur, hihi :p
Pagi tadi kan..bonda di sajikan dengan satu lagi episod dari 'Dilema Wanita'. Tajuknya pun dah macam scary kan?kan?..Ghimau dan naga..adeh!. Tapi kalau korang berpeluang tengok episod tersebut, tercarik2 hati wanita kita tau..hati lelaki bonda tak tau pasal en.sayur takde bonda nak interview. Setakat kucing jantan comot jer kat sebelah, tuh pun dia tau melingkau jer tido..keh3!.
Cerita bermula bila seorang wanita yang bernama maya berkahwin TANPA RESTU dari orang tuanya dengan Azlan. Seorang lelaki yang kaki botol, kaki betina dan pemalas. Dah lah pemalas..pemeras ugut bini dan kaki pukul pulak tuh. Cer bayangkan kalau kita di tempat maya....SHADIS!. Sampai patah riuk di pukul dengan suami yang macam naga nih. Di sebalik semua kemelut tuh..maya telah di usha oleh bos tempat dia bekerja ler pulak. Seorang wanita, memerlukan perlindungan kan?. Sampai lah satu tahap di mana si bos maya nih menyelamatkan maya dari kemelut rumahtangganya. Bonda pun tarik lah nafas lega banyak2..suka tengok maya bahagia setelah derita sepanjang bergelar isteri pada Azlan. Tup3!! hujung cerita, si suami barunya iaitu si bosnya tuh minta semua perbelanjaan yang di belanjakan pada maya sepanjang kes maya dan suaminya dulu. Maksudnya segala upah lawyer dan kos2 lain.
Haaa!!! korang...(sedih)
Kejam kan? sian maya, terpandangkan pelangi yang indah menanti..tapi rupanya matahari lebih hebat memancarkan cahayanya. Inilah yang di katakan " keluar mulut naga..masuk ke mulut harimau ".
Suka untuk bonda kongsikan sekali kata2 dari peng'komen (bahasa teruk, bonda mmg sesuka kak limah jer..hihi).
" Semua lelaki punya 2 watak..ketika bercinta lain, dah kawen lain. Jadi sebagai seorang isteri..kita memikul tugas yang besar untuk MENYATU kan watak tersebut. Menyatukan dengan menggunakan semua kelebihan yang Allah swt beri pada kita. Wanita itu sifatnya indah...mereka di ciptakan dari tulang rusuk si adam yang berhampiran dengan hatinya. Hati itu lembut..wajar di kasihi, di dakap dan di belai. Seorang suami yang mengasari isterinya dan dayus sikap nya..tidak cium bau syurga golongan tersebut. Perkahwinan merupakan penggabungan dua orang tidak sempurna dalam mencari kesempurnaan. RESTU dari kedua orang tua amatlah di perlukan. 80% perkahwinan tanpa restu akan gagal. SubhanaAllah. Suami yang sering memaki hamun isterinya yang taat dan setia dgn perkataan 'bongok' contohnya..sebenarnya dia 1000x lebih 'bongok'..keh3!!. Siapa suruh ko pilih isteri yang bongok kan?...sapa lagik bongok? " kata,
DATO DR FADZILLAH KAMSAH.
Bonda setuju dengan semua kata2 tersebut.
(sambil lap2 hingus yang meleleh2 kuar tgk episod nih..sob3!!)
Bonda nih memang cepat tersentap dan tersentuh bila ianya membabitkan penganiayaan terhadap wanita dan kanak2. Hati kapas lah sungguh!! hew3. Eeehh korang...lirik lagu 'dilema wanita' nih pun best tau, cer baca kat bawah nih..
Duka derita duka
laraku didunia
Tidaklah aku sesali
juga tak akan aku tangisi
Sesal kita apa pun
yang kurasakan dalam hidupku
Semoga tak membuatku
kehilangan jernih jiwaku
Andaikan dunia
mengusir aku dari buminya
Tak akan aku merintih
juga tak akan aku mengemis
Ketidak adilan yang
ditimpakan oleh manusia
Bukanlah alasan
bagiku untuk membalasnya
Asalkan kerna itu
Tuhan menjadi sayang
padaku
Segala kehendak-Nya
Menjadi syurga bagi
cintaku
Bukanlah apa kata
manusia yang ku ikuti
Tetapi pandangan
Allah tuhanku yang kutakuti
Ada tiadaku
semata-mata milik-Nya jua..
Ehsan lirik dari blog : http://iniceritasepihidupku.blogspot.com
*Al Fatihah buat ibu yang akak rindui..49 hari penuh rasa :(
No comments :
Post a Comment