Tuesday, 18 September 2012

Ada otak boleh fikir ^_^




Morning peeps!!

Assalammualaikum wrt.

Alhamdulillah masih sihat dan masih di lindungi.

Masih berada di bawah rahmat dan petunjuk Allah swt.

Alhamdulillah sekali lagi.

Terdetik hati untuk kongsi hadis ini.
.
.
.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki
mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah
yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya
lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk,
janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar
orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian
yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang
bersaudara. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari r.a katanya: Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w bersabda: Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan
saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling
memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara keduanya
adalah mereka yang mula mengucapkan salam. [Bukhari & Muslim]

Nampak tak?

Ke tak pandai baca?

Apa? ADK?

Kalau tak ADK kenapa menulis?

Astagfirullahalazim.

Bonda pun dah sama turut terjebak dgn budaya yang tak baik nih.

Ok Fine..tak suka jangan baca.

Salah diri sendiri lagi.

-sigh-

Apa yang kita faham dengan sindir meyindir nih? bonda rasa budaya nih dah sinonim dgn masyarakat kita. Bonda juga kadangkala menggunakan sindiran dalam penulisan..bonda mengaku dengan ikhlas. Tapi banyak kali juga rasa bersalah dan akhirnya menghentikan 'PERANGAI BUDAK2' tersebut. Tapi manusia kan..bila sorang diam..sorang cuit. Lama-lama terus lah menjadi amarah sampai ke mati. Sindiran yang di buat sekadar untuk menyakitkan hati satu sama lain?..aduh!! sungguh buang masa..ok jom muhasabah!!
^__^

Apa yang kita dapat simpulkan daripada hadis-hadis di atas ialah:

*Jangan membenci antara satu sama lain.
*Jangan sindir-menyindir.
*Menggunakan perkataan yang baik apabila berkata-kata.
*Tidak menghebahkan perkara-perkara buruk seseorang.
*Tidak mengambil kesempatan keatas perniagaan orang lain.
*Tidak bergaduh sesama sendiri melebihi 3 hari.
*Sentiasa berkehendak menjadi orang yang pertama dalam  mengucap salam.

Jelas sudah daripada hadis-hadis tersebut, jadi kenapa kita nak membudayakan sindir-menyindir kan? Mungkin ada hati-hati yang keras, bila kita menegur secara berlembut mereka kurang untuk menerimanya, kerana sindir-menyindir adalah menggunakan ayat disebalik perbuatan mereka kadang-kadang mampu buat mereka sedar akan kesalahan mereka. ini semua bergantung kepasa individu macam mana nak mengaplikasikan nasihat tu kepada seseorang.

Kita dijadikan Allah swt bukan untuk dipersiakan.Tergalas dibahu kita satu tanggungjawab besar iaitu menjadi seorang khalifah yang mampu memakmurkan dunia. Kenapa? Kita dikurniakan akal untuk berfikir dan bertindak waras dalam setiap hal dan tindakan. Mana mungkin kita persiakan kewarasan yang dianugerahkan bukan?

Apa guna menyakiti satu sama lain? Lebih-lebih lagi dengan lidah. Sebab lidah lebih tajam daripada pedang. Mampu menghiris hati manusia hanya dengan berkata-kata.bisa bukan? Berapa ramai yang sudah berpecah belah hanya kerana kata-kata yang menyakitkan? Bak kata pepatah "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut, badan binasa". Mampu merosakkan institusi kekeluargaan, persahabatan dan rakan sekerja.Wah, hebat betul mainan lidah kita.

Akhir sekali, maafkan bonda kalau sebelum ini bonda pernah menyakiti kalian. Mahupun dari sudut bicara ataupun penulisan. :) Sentiasa membersihkan hati, memelihara lisan dan berfikir sebelum bertindak. Kadangkala apa yang kita dengar dari sebelah pihak sahaja bukan lah perkara yang harus kita ADILI dengan jari dan mulut. Ada pengalaman yang boleh di jadikan pengajaran. Hidup untuk bahagia bukan untuk sengketa. Apa yang telah berlalu biarkan berlalu. Andai masih menyimpan rasa dendam..simpanlah sendirian. Tak siapa peduli kerana dosa dan amal kita, yang MENGADILI hanya yang berada DI ATAS dan ada pemerhati yang memerhati dan mencatit. Allahualam.

Peace kata RYAN4..hehe.
(Picca ade 3 ketol jer..lagi seketol missing)


Al Fatihah buat ibu tersayang..43 sudah hari berlalu :(







No comments :