Uuuuoollss..nak citer boleh?
Rasa nak citer.
Cerita cinta.
Cerita kami.
Cerita tentang kasih sayang.
Tapi tak tau mana nak mula
Malu lah...
Hak3!! ape kes? nak kena lempang?
Adehh!!
Ok2...relaks2..
senyum jap..senyum simpul siput
*_______________*
Bonda sebenarnya kan bukan lah seorang wanita yang sopan santun..lemah lembut dan semua ciri2 Perempuan melayu terakhir lah. Caya tak klu bonda kata bonda nih perengus..cakap takde simpan punya. Ramai kot yang pernah rasa pedasnya mulut bonda..barannya kepala bonda. Tapi semua tuh dah takde lah..serius takde, klu ade pun saki baki jer..nnt en.sayur sental dengan clorox ilang lah tuh..take our time :P Daki2 kotor kat hati nih mmg degil..selagi bergelar manusia..selagi itulah kita tak sempurna kan? namun kesempurnaan itu kita boleh cari.
Cari dengan cara mengakui tiap kekhilafan diri. Hari2 bonda bangun tido..bonda ingat apa salah bonda, apa yang bonda dah buat semalam..kelmarin dan semua salah bonda. Walau kadang2 kesilapan bonda bukan berpunca dari bonda..namun sebagai wanita yang 'hatinya kapas' bonda akui sahaja salah itu dari bonda. Rendahkan ego...insyaAllah Allah swt bantu lembutkan hati kita.
Mencari kesempurnaan bukan macam carik gula2 dalam tepung dik non oooiii..susah sebenarnya. Banyak ujian dan ranjau yang perlu kita hadap sebelum kita rasa hidup kita perfect. Macam tuh jugak bonda.
NO!! bukan sekarang bonda kata hidup bonda cukup sempurna. Tapi boleh di katakan hampir sempurna...ALHAMDULILLAH, Syukur pada empunya kesempurnaan ini.
Bonda buka mata tiap pagi..melihat semua kesayangan ada di depan mata. Buka hati untuk memaafkan..buka jiwa untuk terus menyayangi. Semuanya terlalu indah..terlalu sempurna bila kita rasa puas dengan apa yang kita ada..kata kuncinya BERSYUKUR. Bonda punya seorang suami yang tidak banyak karenah. Apa sahaja ujian yang datang pada kami dia tenang..setenang air di muara. Itu juga salah satu pemusnah pada keegoaan bonda. Tiap kali kami berselisih pendapat..bonda terluka, ketenangan itu yang akan membantu semuanya..daddy cool katanya!! hew3!!. Sebagai seorang isteri..bonda adalah pelengkap kepada kekurangan dirinya...begitu juga sebaliknya. Kami saling melengkapi utk mencari syurga di alam yang satu lagi...ALHAMDULILLAH yang tak terhingga.
6 tahun bersama..kami di serikan dengan kehadiran 4 hero tecik. Semuanya punya karenah yang berlainan..wajah berlainan dan yang paling kelakar, bentuk tubuh berlainan. Bonda ade..
Si kering (ryan miqail)
Si demok (ryan mukhlis)
Si citam (ryan muhaimin)
Si kinting (ryan masyal)
Mereka adalah yang terindah.
Yang teristimewa.
Pengerat hubungan kami.
Lubuk kasih sayang kami sekeluaga.
Semoga semua kekurangan bonda dan ayah
Melengkapkan kesempurnaan kita.
Tiada yang sempurna tanpa kekurangan sayang.
Tiada.
Bonda ayah sayang RYAN4 banyak2!!
(pinjam kata 'kadek' yer)
Al Fatihah buat nenda kalian.
No comments :
Post a Comment