16hb September 2012.
40 hari sudah bidadari bonda pergi.
Pergi membawa semua kesakitan.
Membawa semua kesengsaraan.
Membawa semua cinta dan rindu.
8 Bulan yang berlalu acap kali
bonda mendengar rintihan.
Acap kali air mata tumpah
di pipi sepinya.
Acap kali bidadari itu
bertanyakan ajalnya.
Ya Allah swt...
kasihani dia Ya Allah.
Ampuni semua dosa2nya.
Cucuri lah rahmat dan belas kepadanya.
Tempat bidadari bonda di
kalangan orang2 yang beriman.
Orang2 yang di kasihi.
Kami datang lagi ibu.
Datang membawa doa
yang tiada kesudahan.
Buatmu..
Buat bekalan ibu di sana.
Sesungguhnya rindu akak pada ibu terlalu.
Tiada kata dapat gambarkan ibu.
TIADA.
Al Fatihah buat ibu yang akak rindui.
Destinasi wajib setiap isnin bagi bonda. |
Ayah yang masih kehilangan. |
- Sebak -
2 comments :
al-fatihah...
sangat perit...
iya kaka fidza. Hanya yang telah melaluinya akan merasainya. Al Fatihah buat ibu2 kita yang di sayangi.
Post a Comment