Monday, 17 September 2012

Acara kemas mengemas ^_^




Selesai tahlil ke 40 Allahyarhamah bidadari itu.

Bonda ade tugas yang mencabar mental dan fizikal.

Korang nak tau haper?

Kemas dapur.

Adehh!! 

Macam apa jer tertonggeng2 memanjat.

Sila jangan bayangkan.

SERAM.

Buka jer kabinet atas..macam hujan tupperware.

Berdebik2 jatuh ke lantai.

Kemas punya kemas jumpa ini.

Ini
.
.
.
.

Klasik kan?

Nih hadiah perkahwinan bidadari itu.

30 Tahun sudah usia menatang nih.

Tiba-tiba bonda teringat.

'Ibu tak pandai buat kek2 nih, tak minat'

Kata Allahyarhamah selalu pada bonda.

Selalu.

Tiap kali bonda bawak balik kek buatan bonda.

'Ibu ade mixer kak ija..tapi tah boleh guna entah tak...
lama dah ibu tak pakai'

Katanya di hujung hayatnya.

Dan.

Sewaktu bonda terjumpa mixer nih..
dgn pantas bonda cucuk suisnya.

Wahh!!! hidup lagik!
(sambil lompat2 atas kerusi..klu jatuh memang senak..hik3!!)

Masih bernyawa.

Bonda bungkus di dalam plastik
dan simpan di tempat asalnya.

~ sebak ~

Acara mengemas di teruskan lagik.

Jumpa nih pulak.
.
.
.
.
.

Korang tau ape ke benda nih?

Inilah surat cinta adik bonda.

Ikhlas dari guru besar beliau.

Comelkan guru besar dia?

Comel sangat bagi surat kat parents.

Hahaha!!

Tapi paling comel bila bidadari
itu sorok surat nih.

Haruslah dari 'big bos'.

Antara sifat melindungi yang
sangat2 kami hargai.

Setelah 40 hari kehilangan
baru bonda temui surat ini.

Setelah 5 tahun baru terbongkar
isi kandungan nya.

Menggeleng ayah tanda terharu.

Betapa isterinya punya hati yang lembut.

Al fatihah buat ibu.

*Lepas nih seisi memunggah bilik makan pulak..apa lagi khazanah yang bonda jumpa nnt...tungguuuuu!!!!


No comments :