Tuesday, 18 September 2012

Dari sudut pandangan bonda jer..^_^



 " Perkahwinan. Ia adalah penggabungan antara
dua kekurangan dalam mencari kesempurnaan "

Suka bonda dengan kata2 ini.

Mendalam maksudnya.

Dalam zaman yang serba canggih nih,
ramai yang dah terlupa.

Terlupa tentang erti sebuah rumahtangga.

No!!

Bonda bukan kauselor rumahtangga

Jauh sekali ustazah bertauliah.

Bonda cuma menyuarakan suara hati
melalui tulisan.

Pandang sekeliling.

Pandang diri sendiri.

Banyak yang kita tertinggal.

Banyak sehingga kita tak sedar.

Mencari kuman di hujung lautan..
sedangkan gajah di depan mata.

Bonda juga masih belum sempurna.

Jauh lagi kesempurnaan itu untuk bonda gapai.

Actually bonda terkilan.

Terkilan bila mana ada segelintir
teman2 bonda sering alpa.

Menceritakan perihal rumahtangga
di alam maya.

Bonda yang hanya berteman turut terasa malu..
apatah lagi si suami / isteri.

Baik atau buruk pasangan kita
biarlah kita yang merasainya.

Bak kata Allahyarhamah bidadari bonda,

" suami atau isteri kita yang pilih..bukan mak bapak yang paksa, buruk baik sila lah tanggung sendiri "

Itu benar.

Bila mana ada sedikit kekurangan

Simpanlah.

Telan lah.

Janganlah kita membuka aib
pasangan kita di alam maya.

Bukan seorang dua..
tapi beratus yang akan membaca.

Nauzubillah hi min zalik.

Cuba bayangkan berapa pula dosa
yang kita tanggung?

Bukan setakat Allah swt murka.

Malaikat turut membenci.

Mana cinta?

Mana kasih?

Yang satu masa dulu kalian agung2 kan?

Mana?

Hilang sudah wangi?

Hilang sudah indah?

- sigh -

Semoga bonda dan kita semua terpelihara
dari gejala ini.

Yang hanya menampak kan kerendahan akhlak
dan kecetekan akal.

Kita berkongsi tapi mereka sangsi.

Sangsi jenis isteri apakah kita?

Renung2 kan lah.

Moh beramal.

Peace.

^_______________^


No comments :