Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap
kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku
diganggu visi
Bila celik, juga bila
mimpi
Aku nampak kau, tapi
bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan
izin dan permisi
Sentuhan katanya
semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau
diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak
ku damba
Walau hampa semuanya
dah dijangka
Beberapa purnama dulu
cinta bertahta
Kenangan dibina kita
indah belaka
Ketawa bersama,
menangis bersama
Ku bersumpah harap
kita mati pun bersama
Namun hakikatnya,
bukan mudah
Aku sembunyikan
gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku
mahu luah
Rahsia ini
Telah lama ku
pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan
kembali
Tiba masanya
Kau cari teman
pengganti
Dalam dunia yang
maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas
dari terkena tempias
Rimas, ditindas,
sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak
berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu
kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba
kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak
memahami
Kau sudi selami,
dalami dan mengalami
Setia mendengar,
sentiasa hadir
Ingat setiap
ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal,
kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir
ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku
singkap
Ku sorok kitab balik
tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada,
seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi
dia yang sempurna
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran
yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam
jasad, ku keliru
Mujur ada kau si
peneutralisasi pilu
Namun aku tetap
murung, berkurung
Tubuh makin susut,
menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman
rusuk kiri
Makin sukar nak
bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang
terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti
bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan
makan hati
Yang patah kan
tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas,
katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet
dalam laci
Ada sikit wang, itu
saja baki
Moga-moga cukup untuk
majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman
pengganti
No comments :
Post a Comment