Tuesday, 25 September 2012

Bahagia itu milik siapa?



Kadangkala hidup nih aneh kan? aneh bila kita cuba menggapai dan meraih kebahagiaan yang tentu2 sudah tersedia di depan mata kita. Mengapa kita perlu menggapai? mengapa? kerna kita sering lupa kewujudan kebahagiaan tersebut. Kita sering kali lalai dalam menjaga kebahagiaan tersebut.

Bila hati sudah mula teringin mahu bahagia...
macam cara2 cuba kita lakukan. Asalkan bahagia itu milik kita.

Kita mencari..
Kita berdoa..
Kita berharap..

Dan paling sakit bila mana kita terpaksa memaksa.

Memaksa untuk bahagia?

Sinis bunyinya kan?

Tapi itulah realiti kawan...
realiti kehidupan yang kita lalui sejari-hari. Bila ianya di depan mata..kita tak pandai untuk menilai keindahan tersebut. Namun bila ianya hilang sirna nya..kita tergapai2 untuk mencarinya semula.  Niat kita seringkali kita halalkan perbuatan kita. Salah kawan..salah.

Bahagia itu milik Allah swt..
Kita hanya watak yang meminjam RASA itu.
Berjalan lah di jalan yang betul..
Bermainlah dengan watak yang di tuntut..

“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada Tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa.
(surah Toha : ayat 131-132)

“ berdoalah kepada-Ku, niscaya akan kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri  dari menyembah-Ku (berdoa kepada Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.”
 (Surah al-Ghafir, ayat 60



* Al Fatihah buat ibu tersayang :(

2 comments :

Kakcik Seroja said...

Segalanya hanya pinjaman semata.

Bonda Ryan said...

Hurm..semuanya kan kak..semuanya. Alhamdulilah atas nikmat yang dberi setakat ini.