Sunday, 16 September 2012

Tengahari punya cerita...fenin!!





~ Balik tengahari untuk lunch tadi ~

-Ikish-
'Bonda klu kita tgk tv dekat2 macam nih apa jadik kat mata kita?'

-Bonda-
'Mata kita rosak nnt..jadik macam bonda, pakai spec..nak?'


Tetiba datang 'mak jarah'...


-Abang-
'Ikish...nnt ikish kena pakai spec macam bonda, tak boleh jadik ultraman tau!!,
mana ade ultraman pakai spec kan bonda?'
( ayat meng'woo2kan c adik, bukan meng'hanjingkan tau..hanjing haram..hahaha)


Masih tak puas hati...

'Klu ikish dah pakai spec..ikish boleh jadik guard jer'


Beberapa saat selepas..


"Waaaaaaaaa!!!! Ikish tak moh jadik guard!!!! "


kan?

korang nampak tak?

hal kecik pun RYAN4 leh bergaduh dan menangis.

Kadangkala RYAN4 menghiburkan.

Kadangkala bikin hati panas.

Itu biasa kan?

Haaa!!! penat menangis si tengah menyampaikan
pesanan khidmat masyarakat kat bonda.

Katanya..


'Bonda dah makan? bonda kena makan tau..nanti sakit perut kat tempat kerja'

Nampak tak?

Tadi bikin hati panas..tetiba bikin hati cair serupa salju.

Hew3!!!

Sayang RYAN4 Bonda.

^____________^



No comments :