Thursday 28 November 2013

Bahagiakah aku?



Aku rindu masa aku tertawa tanpa duka.

Aku rindu masa aku tersenyum penuh makna.

Aku rindu lewati hari dengan leteran ibu sendiri.

Aku rindu hadapi hari-hari kecilku.

Aku rindu aku yang dulu.

Aku yang berlari-lari mengejar loceng sekolah.

Aku yang tak pernah kalut dengan perasaan.

Aku rindu.


Tapi.....

Aku bukan aku yang dulu.

Aku sekarang ibarat karang di lautan yang luas.

Kadangkala aku lemas dek pasangnya laut.

Ada masanya aku gagah di kelilingi tenangnya laut.


Ada satu yang pasti..

Aku masih aku yang dulu, punya hati selembut kapas.

Walau seteguh karang aku berdiri.

Mungkin hingga hujung nafas.


Bahagia kah aku???

Wednesday 27 November 2013

Selamat Ulang tahun perkahwinan en.sayur...


Assalammualaikum wrt..

Tadik ada draft entry pasal sabah tu tau, tapi tak leh nak published pasal gambar yg di janjikan dalam entry tu takdak..haha!!. Kemain diva bonda buat entry..last2 gambar takde kan, padan muka bonda!. Usb yang simpan semua gambar tu kat rumah dan sedang bersenang lenang di slot DVD player. Pasai malam tadik tengok citer yg ada kat dalam tuh..huhu :P

So?? Berubah lah entry arini setelah lama senyap kan? Nak citer pasal Aniversary bonda dengan ayah si RYAN4 tu itu hari pada 22/11/2013 yg lepas. Macam biasa lah kan..tiap kali anibeseri, bonda yg over excited, si en.sayur tu buat nohong jer..kah3!!. Nasib dah kawen dan beranak pinak, kot baru bercinta..mau masuk list EXbf en.sayur ni tau..haha!. Tapi alah bisa tegal biasa kata orang, dulu-dulu yer..punya lah sentap kemain bila mamat tuh tak bagi present atau pun bawak pi makan-makan kat mana-mana ke. Tapi la ni...eh! tak kisah dahhhhhhhhhh cik kiah ni oooiii. TAPI! dalam pada tak kisah ni, bonda bagi jugak lah hint2 tu kan..mwahaha!!. Jadik orang pompuan ni bukan boleh hati kapas 100% walaupun sebenarnya dalam hati ko tuh macam ribut hainan. Kita kena cool kekdahnya, alah! tarikh jer pun. Apa yang penting kasih sayang korang laki bini makin hari makin menebal gitu..kannnnnn?.

Panjang pulak dah bonda membebel kat sini, nak letak gambar sambutan memang takde lah sambutan apa pun. Just ucap sambil cium dahi jer, alhamdulillah. Masih mampu kami bersama walaupun 1001 halangan dan ujian yang tiba. Pada bonda, en.sayur ni memang nampak keras luaran..namun kat hati dia bonda tau ada ladang bunga, bukan kebun bunga lagi dah!..hihi. Sejak kami bersatu, kami tak pernah lagi menyusahkan orang tua kami dengan permasalahan rumahtangga kami, membebankan orang tua kami dengan masalah kewangan kami dan paling penting! kami hidup apa adanya. Apa yang ada kami kongsikan bersama malaikat2 kecil kami. Jika ada kekurangan...kami seperti pasangan lain juga, sesekali ada pertengkaran. Namun itu bukan lah penyebab kepada kekurangan kasih sayang kami suami isteri. Bila dah makin menghampiri angka 3series ni kami banyak mengalah bila berlaku perselisihan faham. Kalau dulu...bukan main macam ninja lagi sekor2..sendu! haha!. 

Tak moh citer panjang...kang bosan korang baca, so bonda nak wish sepatah berpatah2 kata untuk en.sayur kesayangan bonda dan RYAN4 ni.

En.Fauzi kesayangan hamba...^_^
Selamat ulang tahun perkahwinan sayang. Bonda doakan agar perhubungan yang di bina atas dasar kasih sayang dan kerana Allah swt ini brpanjangan hingga ke syurga Allah swt. Bonda sayangkan ayah melebihi kasih sayang ayah pada bonda (macam selalu..hik3!!). Sayangi dan cintailah bonda serta malaikat-malaikat kecil kita dengan penuh keikhlasan. Bonda hanya punya ayah dan RYAN4 kita jer sebagai penguat kekuatan kehidupan yang masih panjang ini. Semoga kehidupa kita sekeluarga di berkati, di rahmati serta di lindungi Allah swt.AMIN.


Bersama Ayah & Allahyarhamah ibu bonda, al fatihah buat ibu :(
#luas sungguh lah dahi bonda tu kan..haih!




Thursday 14 November 2013

Warming up ^_^



Assalammualaikum wrt..

Hola3!!..kembali bersiaran dengan mood yg tak berapa ke laut..hihi. Susah betol nak update blog sekarang kan? Isshhh..banyak benar alasan yg datang tiap kali bonda teringat blog. Nak kata dah tak suka tulis..tak! banyak benda nak tulis..
Nak cerita..
Nak di luahkan.

Tapi entah lah..mungkin sejak dua menjak ni bonda lebih suka diam dari meluahkan. Kehidupan 2,3 bulan ni hectic korang. Kerja yang makin banyak, adik yg nak kawen, anak yang makin melasak, kursus ke luar semenanjung..ades!. Bonda ingat kehilangan bonda tak mencuri tumpuan..maklum lah, blogger syok sendirik kan? haha!. Tapi bila ada yg pm kat FB bertanya..rasa macam eh! ada yg setia tunggu entry dan khabar rupanya..alhamdulillah.

Untuk entry yg pertama setelah sekian lama ni, tak moh citer banyak lah yer..walaupun citer memang banyak sangat. Bonda kongsikan gambar je seketoi tau..citer, nanti kita citer..nak kumpul semangat dulu..Tungguuuuu... ^_^

Bonda dengan adik bonda yg lain ayah lain mak :)