Sunday 30 December 2012

Annoying...:/


Assalammualaikum wrt.

Entry nih ada berbaur ketidak puasan hati bonda sikit. So sapa2 ada yang tersentap atau termakan cili sila tanggung sendiri yer. Bonda tulis sebab bonda rasa ramai yang rasa apa yang bonda rasa, cuma mungkin tiada tempat untuk meluahkan. Paling tidak pun sok sek2 laki bini atau pun bisik2 sambil mulut herot2 kan..hak!.

Hari nih hari pendaftaran RYAN4 yang 3ketol tuh ke sekolah. Berangkut2 lah 5ketol sekeluaga nih menghadirkan diri kat tadika dan pra sekolah tersebut. Ok cerita bermula bab yuran dan keperluan untuk anak2 seusia 4 dan 5 tahun. Sebelum nih bonda ada mencetak beberapa list item yang termasuk di dalam yuran yang perlu di bayar ibu bapa murid dari tadika lain. Bonda mula heran bila mana jumlah yuran yang di kenakan tidak sama antara satu sama lain. Pandang pada jabatan yang mengelolakan semuanya sama K....S.

Yang buat bonda tak faham dan keliru ialah mengapa harga yuran naik saban tahun. Kenaikan yuran tersebut pulak berdasarkan item2 tambahan yang sepatutnya bonda rasa tidak perlu. Tidak perlu atas sebab mengapa  tadika lain yang berada di bawah jabatan yang sama masih boleh meneruskan pembelajaran walau tanpa item2 tersebut. Mungkin jumlahnya tidak lah banyak bagi bonda dan en.sayur, tapi bonda kira jumlah itu cukup besar bagi anak2 yang datang dari keluarga yang mana ekonomi mereka tidak stabil.

Boleh tak pihak pengurusan bayangkan betapa sukarnya keluarga tersebut nak memenuhi permintaan tadika tersebut?. Adik beradik yang lain jugak punya hak dan bahagian yang harus di tunaikan. Bonda terkilan dengan jabatan ini. Mengapa tiada pantauan dari pihak mereka berkaitan yuran ini. Sudah lah pendaftaran sahaja bisa buat ibu bapa mengeluh. Bayaran bulanan juga berbeza antara satu sama lain. Nampak tak di mana silapnya mereka berkaitan isu ini. Contoh,

Tadika A : RM 76.00 setahun
Tadika B : 73.00 setahun
Tadika C : 94.00 setahun.

Atau dari segi bulanan..

Tadika A : RM 20.00 sebulan.
Tadika B : 15.00 sebulan.
Tadika C : 10.00 sebulan.

Jumlah ini tak termasuk uniform yang terpaksa ibu bapa beli sendiri. Bab uniform bonda tidak lah heran sangat, pegi lah kat mana kedai pun harga mereka lebih kurang je. Tapi bab yuran nih yang buat bonda terbukak mata besar2 dan terkeliru. Memang kita tak perlu nak berkira sangat bab2 pelajaran anak2 kita kan? tapi bila membabitkan keadaan ekonomi di tempat bonda nih, bonda rasa sesuatu seperti ini amatlah tidak wajar terjadi.

Bonda harap pihak2 yang berkaitan sila lah buka mata dan buat kerja sikit. Kita nih di beri gaji untuk bekerja bukan makan gaji untuk bersenang lenang dan bertambah senang dengan penindasan terhadap orang2 yang memerlukan.

Itu memang menjengkelkan...weekkk!!


Hasil cuti yang di tunggu..yeszaa!!



Assalammualaikum wrt.

Tak tau kenapa eh..minggu nih berkobar nak cuti tau. Jakun nya macam lama dah bekerja keras membanting tulang..padahal, adess!!.. :P. Sebenarnya lama dah tak kemas2 umah, masak memasak yang memerlukan bonda berkarya di dapur sepanjang hari. Masak pun simple2 jer lately nih.

Bersempena cuti hujung minggu yang di tunggu minggu nih, bonda terperap kat dapur sepanjang hari untuk masak makanan idaman tekak naga nih. Lama dah resepi tuh terperap kat dalam otak yang dah nak berabuk2 ni kan, jadi bonda kemetot nih gigih menyiapkan order dari en.sayur dan RYAN4 yang demand itu..hek3!!.

En.sayur request nak nasi beriani, lama dah tak makan katanya. Erk! cerewet nak buat tuh, tapi takpe...setahun sekali punya request, bini awok nih kenyit mata jer boleh tunaikan.

- Eksyen -

Tanya pulak si kenit2 sekalian nak makan apa, bonda nak masak kan. Seperti biasa ayatnya..

" lama dah bonda tak buat kek, buat kek yang ada
strawberry tuh bonda "

Ok. lama katanya.
*________*

Dan setelah berhempas, guling2 kat dapur, bersilat pulut bagai..siap lah menu yang di order oleh ulam hati bonda nih semua..tadaaa!!!


Cam mana nak buat...korang carik lah kat dalam poket encik google tuh yer. Mesti banyak dan pasti sedap. Bonda punya resepi ada dalam kepala jer. Nak tulis balik...bonda bercinta jer rasanya..hihi.


Sponge Cheese cake.
Memang terbaik dari buku..haha!!. Dah siap terus bagi dia bertapa dalam fridge dulu then baru ngap..vavava!! rasa damai meruntun kalbu kot..hihi. Ok lah korang, bonda rasa macam ngantuk jer dalam cuaca yang renyai2 nih kan..so kita jumpa lagik nnt okeh..babai!!

Thursday 27 December 2012

Helo3!!! testing 1,2,3..:)




Assalammualaikum wrt.

Aiiii suma2!! sihat ker korang?. soklan klishe kan? dush! sekalik kat kepala..huhu. Bila lah nak berkembang dengan harmoni otak bonda nih..asyik2 dok intro dengan benda yang biasa2 jer kan?. Alah korang pun...kang bonda tetiba berubah kang, ada plak yang pk bonda buang tebiat ke haper kan. Kadang2 tak semestinya tiada perubahan tuh tiada kemajuan kan? sapa sokong angkat jari manis anda!!

^____________^

Ok..hari nih nak citer pasal kes malam tadi. Bonda baru jer berkesempatan untuk membelikan keperluan persekolahan bagi 3ketol dari RYAN4 bonda. 3ketol je pasal seketol lagi masih bawah umur, muntot pun pakai diapers lagik..keh3!!. Nak kata RYAN4 teruja beli barangan sekolah, rasanya bonda dengan en.sayur yang lebih2 kot..ekeke!. Diorg macam...eeeeerrrrrrrr, ok nnt bonda update bila hari 1st persekolahan nnt yep. Sebab takut2 gejala semalam hanyalah lakonan yang mahu mengagalkan misi bonda dan ayah untuk sekolah kan mereka. Maklum lah, depa tuh bertiga kan? kami berdua jer...jadiknya pengabungan mereka biasanya selalu berjaya menewaskan bonda dan ayah.

- nangis -

Tapi yang bonda nak kongsi ialah seketol nih, tak tau lah nak kata apa dah...habis semua barang2 abangnya dia test. Bukan nak kenduri kawen jer ada food tester tau korang, nak skolah pun harus ada 'tester' nya. Cakap banyak dah nih kan? korang layan jer lah picca2 nih yerr..^_^


Bukan main bersimpuh dapat pakai baju sekolah abang dia..gigih.
Muhammad Ryan Masyal...bonda mampu senyum jer :)


Korang tengok lah mamat seketol nih..habis ensem dan awesome dah tuh. Takdelah orang paling lawa kat bahau nih, dia jer lah...tu yang buat peace tuh.Walaupun 'peace' dia ke laut...adesss!!. Kena belajar buat peace dulu gamaknya nih, kang senang nak peace kat cikgu2 lawo kan? hak3!!.


Si Masyal nih..ini trademark dia, manjang nak senyum gitu. Tapi kan korang...cair tau bonda bila tgk dia senyum genyih macam nih, orang perak kata 'menggeleyor'...eeehh!! betol ker? :P


Dan ini klimaks dia, larik dan buat rusuhan sepahkan rumah bila bonda mintak bukak balik baju pinjam tuh. Katanya 'tester' jer kan? tapi seketol bonda nih mana nak faham tester tuh menatang haper. Apa yang dia tau gangster jer....aduhai!!. Dan episod malam tadik berakhir dengan tangisan perseorangan bukan bergu atau berkumpulan seperti biasa.sekian.

*___________*

Tuesday 25 December 2012

Erk!! macam2 hal :P




Wahhh!! canggihlah benda nih.

Hebat betul kan abang?

- Ikish -

Memang lah..

Tuh tgk tuh, siap ada air pancut lagik!

- miqail -


Dah macam kucing pulak bonda tengok budak 2ketol nih..hek3!!. Teruja tengok wiper belakang kereta. Tu lah..selama nih korang asyik bergusti jer dalam kereta. Dah nak masuk 5tahun baru perasan menatang kat belakang nih..wakaka!!

Anak ooohhh anak..

*_____*

Friday 21 December 2012

~ Riang ria Cuti Sekolah Part2 ~



Hola3!!

Assalammualikum wrt semua..

Sihat ker? bukan apa..sekarang nih cuaca makin tak menentu. Ramai kot yang jatuh sakit. Sakit sebab cuaca takpe, itu semua anugerah dari Illahi untuk kita kembali menggingati tujuan kehidupan ini. Tapi kalau sakit yang memang sengaja di cari, sila lah pandai2 cari ubat yer. Contoh sakit yang kita carik sendiri,

- Sakit hati -

Sakit nih sebenarnya mula dari kita. Banyak kena muhasabah diri nih..hihi. Ye lah..kadangkala tak semena2 pun kita boleh tetiba nak sakit hati kan. Tengok orang lebih sikit dari kita, mula lah otak tuh merencanakan sesuatu, tak moh3!!..ingat siapa kita sebelum ini.sekian tarbiah ^_^.

Tujuan sebenar entry ini adalah untuk menyambungkan semula entry yang terputus sebelum nih. Entry INI tak mampu bonda nak habiskan pasal line internet pada ketika itu amat2 lah mendukacitakan..kih3!!. Gambar dan cerita pulak banyak dan berjela2. jadik itu yang berjanji untuk siri kedua tuh. Alhamdulillah umur masih panjang dan punya upaya lagi untuk tunaikan janji.

Ok. Untuk cerita kali ini bonda nak buat review aktiviti RYAN4 kat Lost World hari tu. Macam2 benda baru yang mereka explore. Banyak dah sebenarnya taman tema air yang RYAN4 dah masuk dan semuanya punya ciri2 tersendiri. Antaranya, Desa waterpark, AFamosa waterworld dan Air panas pedas wetworld. Lost World of tambun ternyata menyajikan sesuatu yang baru. Ok jom layan picca nih,

Muka tension pasal tak boleh berkejaran dengan abang,
kn dukung pulak! ekeke!!

Sampai jer terus tuju kat sini suh bonda amik picca,
hihi, memahami lah pulak ^_^

dengan ayah2 sekali berpusing2 kat kuda nih :P

kuda tak gerak katanya..pusing jer..huk3!!

kuda ikish tak turun naik puuunnnnn!! adess!

mamat nih cool, tak banyak cerita :)

Abaikan si dewasa tersebut..haha!!

Senyum masyal, cair bonda...weeeeee ^_^

Ini antara aktiviti diorang kat Amusement Park. Banyak lagi mainan actually, tapi RYAN4 bonda nih lebih tertarik kat air, jadik menan2 nih semua di pandang sepi jer. Sorry ayah, kita tak dapat nak memuaskan nafsu ber'amusement park sebab hangbag2 kita nih mmg tak bagi can..wakaka!!. Aktiviti kami di teruskan lagi dengan naik Tramp yang di sediakan khas untuk pengunjung melewati tempat2 yang jauh dari water world.


Memasing muka tak puas hati kn naik tramp..huhu.

punyalah penat beratur nak naik menatang nih..adess!!

~ kami~

~again~
Sambil naik Tramp nih, sambil makan..fuhh!! memang senang hati..haha!!. Waktu nih en.sayur yang jaga kamera genggam, bonda off kejap jadik gigam woman. Bersantai2 sambil handle 4 ketol makhluk yang memang macam belut tuh jer. Jom layan picca hasil seni en.sayur..kah3!! ampun yer b..
bonda gelak sikit je :P

motip gambar? bonda pun tak tau..hik3!!

suka gajah rupanya laki aku nih...*_*

Di sini proses mendulang bijih di terangkan secara terperinci.

masih di tempat mendulang bijih.

lenjun + sibuk nak bergambar dengan naga tuh..hihi.

sama naik jer pun semua..^_^

Eeehh..

Rasa penat tak? ades!! macam bersambung jer kat part 3 pulak. Sian korang..bonda cuba untuk ringkaskan entry, tapi ini memang dah habis ringkas dah nih. Kalau ikut nafsu buana..lagik berjela2 cerita nih tau. Jari mulus demok dah protes tak moh menaip dah nih, Line internet pun macam dah bagi restu paksa jer korang weih. Apa kata jumpa di entry akan datang yep. Doakan bonda sihat2 jer dan berupaya untuk menulis lagi. Badan dah mula sengal2..hidung pulak mula dah terasa panas. Encik Flu nak datang visit kot..sob3!!.

Daaaa!! see u in next entry yaa..muacks!!

*Al Fatihah buat ibu tersayang..







Riang ria cuti sekolah part1 ~


Assalammualaikum wrt.


Psssttt..



Nak tunaikan janji nih. Alah..janji manis bonda dulu. Nak citer pasal percutian keluarga rangers kami nih..hak3!. Sesuka hati bonda jer nak bagi nama keluarga rangers. Tah lah..sejak 2,3 menjak nih rasa cam makin mencabar pulak dok jaga 4ketol power rangers bonda nih. Makin besar..makin banyak ujian. Bila dah melalui semua nih, tiba2teringat kat ibu dengan ayah bonda. Ya Allah..betapa bonda bukan anak yang baik satu ketika dulu. Sekarang adalah masa menguji bonda pulak. Terima Kasih Allah swt..di atas semua percaturan dan perjalanan ini.


- muhasabah -


Ok. Memandangkan pada 15/12/2012 ada kenduri di rumah keluarga bonda di Lenggong, perak. Jadinya bonda merancang percutian ini sekaligus perjalanannya, mudah bukan?..hik3!!. Balik dari bercuti kita boleh terus balik kampung dan sambung cuti pulak. Jadi pada 12/12/12 (wahh!! tarikh cantik toq..hihi) bonda dan en.sayur gigih mengangkut 4ketol budak cinonet masuk kereta dan memulakan perjalanan kami ke sini,



Yeahh!! Lost World Of Tambun, yang terletak di Ipoh..Perak Darul Ridzuan. Actually ini kunjungan ketiga bagi bonda dan kedua bagi mereka. Tapi pada kunjungan yang lalu, kami tidak lah mampu nak bercuti lelama kot. Bonda pulak mengikuti kursus anjuran syarikat. Jadiknya memasing menyimpan dendam kesumat jer lah kan. So, kali ini dendam akan terlerai. Of course lah encik2 RYAN4 suka terlompat2. dapat berpesta air kan?. RYAN4 memang tak dapat di pisahkan dengan air. Suruh mandi kul 3am pun diorg dengan cargas bukak baju..hihi.

Sampai jer terus cek in kat Lost World Hotel yang lokasinya berdepan jer dengan taman tema air nih. Bonda amik bilik exotic room, luas sikit dan sesuai lah untuk RYAN4 berkejaran berperang.


abaikan mak lampir yang seketol tuh yer..dasar, kih3!!

nampak tak tempat duduk kat tingkap tuh?
awal2 lagik miqail dah cop utk tido..cett!!

Keluasan katil yang cukup untuk bebudak berguling2,
selebihnya sila ber'toto di bawah..haha!!


Bonda bukan tak moh amik bilik besar, tapi waktu kami sampai tuh..mang aii!! penuh lobi dengan  orang yang cek in jugak. Heran jugak bila hari rabu kot, sah! depa pun amik Annual leave macam bonda..ekeke!!. Cuti sekolah kan..memasing sibuk gak nak bercuti, maka nya redha jer lah dengan bilik ini, syukur alhamdulillah.

Sampai jer jangan leceh, tukarkan baju ulam pegaga tecik sekalian, dan...moh! g berendam kat 'hot spring'. Cinta hati bonda, en.sayur tukar baju sendiri tau..idak ler punya koser dan upaya nak tukarkan..haha!!. RYAN4 tak berapa berkenan dengan 'hot spring' nih tau, panas katanya. Eeehh...fussy sapa lah tuh gamaknya, adess!. tapi dalam panas2 tuh, gigih jugak lah sentuh2 air. Ini bukti,
nice tempat nih waktu malam.

main kat tangga jer mampu, nak terjun tiruk takut..haha!!
Miqail bonda..
Muhaimin bonda..
Muka tension lertuh..hak3!!
~Jom kita main tangga ~
Ayah perkasa nih handle si kerinting nih..hihi.
jom lah balik bonda, ikish rasa nak demam lah..~drama~

Peace!

Malam tuh ramai lah pulak manusia nya. Suasana yang gelap ditambah pulak dengan muzik Tecno yang sangat2 bingit dan lampu lip lap yang macam kat disco tuh, bonda rasa sangat lah tak sesuai berada di situ berlama2 bersama RYAN4. Rosak mata dek gelagat manusia, en.sayur pulak manjang tersengih kat situ..huh! dasar..haha!!. Untuk tidak menambahkan dosa mata beliau, bonda decide naik je ke bilik dan masuk selimut..itu lebih afdal..kih3!!. Tambahan pulak encik2 RYAN4 suma complain demam jer bila kat situ. Dah mana tak demam, rasa dahi..panas jer. Puas dah terangkan itu kesan mandi air panas dan wap air panas, tapi 4ketol asyik membangkang jer..hish!. Berangkut2 lah balik hotel dengan muka ayah yang frust..ops! :P

Eeehh..banyak kan nak kena baca? nih baru separuh. banyak lagik picca dan cerita. Apa kata kita stop kat sini dulu..nanti2 kita jumpa kat part 2 pulak eehh?. Dadada!! korang, oh..semalam 20/12/2012 bonda g jumpa ibu kat rumah ibu, rindu...
Al Fatihah buat ibu..













Wednesday 19 December 2012

Bila aku rindu..*_*



Pedih..

Sakit..

Terduduk..

Luka yang pasti tiada pengubatnya.

Serasa tiada lagi bumi untuk di pijak dan langit untuk ku jadikan bumbung.

Berpuing2 di alam ku sendiri. Aku hanya mampu mengetip bibir. Membiarkan air mata itu terus mengalir tanpa benteng. Aku layankan rasa itu hingga bergegar ruang itu dengan tangisku. Aku cuba bertafakur menenangkan hati yang kian hancur. Hampa.

Kanser.

Dia telah meragut cintaku.
Membunuh Bidadariku.
Merampas 1 dari keberkatanku.
Dan paling ku kesalkan..

Dia telah menyerang tanpa ehsan,
tanpa petanda.

Ya Allah..aku mohon buat sekian kali, ampuni dosa2 bidadari itu. Kurniakan JannahMU padanya. Tempat dia dikalangan orang2 yang Engkau sayang. Sesungguhnya walau setelah 154 hari aku masih menganyam rasa rindu ini. Rindu yang aku pasti tiada penghujung. Rindu itu kekal di situ kerna telah ada tempat istimewa buatNYA diruang hati ini.

8bulan kesakitan.
Pada usiaku 28.
Tanggal 8/8/2012
Jam 8.11minit malam.

Segala-galanya berakhir.

Rindu ibu...







Semangat2!! :P





Tiada kata seindah bahasa..

Tiada gambaran seindah lakaran..

Tiada keinginan tanpa nafsu..

Tiada blog tanpa minat..

Tiada DIA tanpa rasa..

Semoga terus berseni.

Kita ada kerna ruang itu terbuka.

Semangat di dorong sokongan pasti
membuahkan hasil yang indah

InsyaAllah ^_^

.
.
.
#tiada kena mengena dengan tulisan..hak!



Al Fatihah buat ibu ku tersayang...153 kami rindu :(



Tuesday 18 December 2012

Kepala ikan merah bukan kembung..adess!!





Assalammualaikum wrt.

Berapa hari cuti dari ber'blog, berapa hari itu
jugak bonda tak cukup rehat.

Blog VS Rehat.

Ok itu memang takde kaitan, bonda suka2 jer nak tulis. Jiwa kacau memang gitu kan?. Mood nak berblogging melayang2 macam debu di tiup angin. Entah kenapa lah jadi gini eehh? musim kot kan? sana sini blogger complain mood yang ke laut..adess!!.

No3!!! tak leh gitu, kata minat nak ber'blog, jadiknya mood tuh kn sentiasa ada jenab yer. Ingatan nih berunsur tuding diri sendiri nih benornya, jadik jenab..sila jangan sentap 42harkat yer..keh3!!.
Banyak kot yang bonda nak cerita..nak kongsi dengan korang2, tapi macam ada tembok yang halang niat tuh. Toksah nak pening2 pk tembok haper yer korang..M.A.L.A.S lah jawabnya tuh, lagik mau pening..hahaha!!.

Banyakkkkkkk......
Pasal percutian kami anak beranak berketol2 nih, pasal kenduri kawen 'kepupu', pasal stesen minyak pelik, pasal anak tekak yang membaham tak kira masa, pasal konvo abang miqail..fuhhh!!! mmg tak terkira. Tapi satu2 yer korang yer. Kira macam bonda hutang ok tak?. Hutang dengan korang bukan macam hutang dengan along kan? takde interest kan? ok..sayang korang ketat metat :P

Untuk entry melalut2 nih, kita citer pasal nafsu dulu eehhh?, jangan lah tanya nafsu haper..dengan bonda haruslah nafsu anak tekak naga buana nih...kah3!!. Anak tekak yang rajin bebenor ngidam macam orang bunting 4bulan..dasyat!. Mulut cinonet yang tak berenti mengunyah, mulut bonda lertuh..hihi. Al kisah tersebut lah kisah...malam tadik teringin bebenor nak makan kepala ikan. Request kat en.sayur, jawabnya gini,

" Alah sayang..pasar tak bukak dah petang2 nih, kalau kepala ikan kembung boleh tak? "

- mabuk -

Mau nya bonda tak mabuk dengar jawapan balas dia tuh, berpusing2 dah angin 'kus2' kat kepala nih, tapi membayangkan cuaca sedang sejuk..maka hati pun sejuk, tak jadik nak marah..ekeke!!. Tapi demi kepala  ikan yang sangat2 di idamkan, bonda gagahkan jugak diri yang dah sedia gagah nih meredah econsave yang sangat2 terkenal kat pekan bahau nih. Sapa tak tau ada econsave kat bahau nih, hantuk pala kat dinding 24kali okeh!. Korang jangan lah gelak kan pasaraya nih, kira canggih lah jugak tau..ada pintu palang2 tau tak. Ok itu jakun..ekeke!!.

Masuk jer econsave 'di hatiku' tuh terus mata melilau2 macam orang bela antu raya, carik kepala ikan cepat sebelum en.sayur cakap lagik sekali pasal kepala ikan kembung. Takut2 karang ada yang tido luar..huhu. Last2 jumpa seketol jer kat ruang ikan econsave tuh. rembat cepat2..g timbang, ok RM15.45sen seketol. Pastu misi di teruskan dengan carik kawan2 kepala ikan nih dalam belanga pulak. Kang sesorang kepala nih, nangis dia..dah lah badan takde kan..cian. Dah jumpa..sapp!! larik balik umah, ok..akceli naik keta..idok ler larat nak larik bawak badan gemok gedang nih..fengsan tengah jalan lah gamaknya :P.

Kelentang kelentung, terlentang tertiarap..maka siap lah hidangan anak tekak yang langsung tak boleh tolerate nih..jeng3!!,
.
.
.
.
.

Nama dia...

" Kari ikanku..bukan kari ikanmu "

Nama kena ala2 drama sikit, pasal nak jadik retis dan berlakon pilem, dah tentu2 tak laku kan?..jadik, bonda boh jer nama drama kat kari ikan nih..hak3!!. Resepi korang carik lah sendiri yer, kata dunia kat hujung jari kan..haa! apa lagik cuit jer dunia tuh :)

Ok korang suma2...
bonda nak balik dah nih, sok kita jumpa lagik dengan entry yang tah apa2 pulak, daaa!! adios!! amigos!! 



* Rindu ibu separuh mati..Al Fatihah buat ibu kak ija tersayang, 152 hari dalam kenangan :(

Tuesday 11 December 2012

~ Sang pungguk itu ~



Bonda rindu..

Rindu pada Sang pungguk yang tak pernah lagi rindukan bonda.

Sang pungguk yang telah jauh membawa diri.

Sang pungguk yang telah bonda buang jauh2 dari realiti.

Tapi hati tak boleh menipu.

Perasaan rindu pada Sang pungguk kadangkala menghantui.

Rindu pada kata nasihat.

Rindu pada sumpah setia.

Rindu pada bicara tentang hidup.

Rindu bonda rindu abadi.

Semoga Sang pungguk akan terus rindukan bulan yang di puja siang dan malam.

Bonda layangkan doa kalian bersatu juga nanti.

Walau terpaksa menunggu seribu tahun lagi.

Bonda pasti nawaitu itu tak pernah mati.


- Terbang lah engkau wahai pungguk..kerna aku masih di sini bersama cinta matiku -


Al Fatihah buat ibu tersayangku..126hari kami sepi.

Monday 10 December 2012

saja nak bercerita..



Assalammualaikum wrt..

Bila tiba hujung minggu jer, pasti RYAN4 dah standby dengan macam2 aktiviti. Tapi semua aktiviti tersebut haruslah menunggu En.Sayur aka ulam hati pegaga kami balik dari berniaga dulu kan. Kalau tak sapa nak jadi penaung kepada program jimba jimbut kami nanti..hak3!!.

Sebelum tengahari tiba..RYAN4 memang akan bermain sendirian jer pasal bonda gigih berjuang di dapur menyediakan makan tengahari. Waktu nih lah rumah bonda akan jadik taska. 5minit berselang pasti ada jeritan..hilaian ketawa dan pekikan yang mampu buat orang yang tak biasa, mental mendengarnya. Tapi bonda dan en.sayur dah kebal..makanya semua itu dah tak mampan lah kan..kih3!!.

Tengah bersilat2 kat dapur, bonda intai2 gak diorg main kat depan tau. Kalau tak di intai..alamat pasu bunga dok dalam bantal dan karpet tergulung kemas macam roti sardin. Itu serius.
Hari itu bonda dengar abang menjerit...

" Bonda!! emin nih asyik nak jadik mak dgn kakak jer tau, jadilah bapak pulak!! "

- main kawen2 -

" Emin...nak bonda gunting 'anu' awok tuh ker?, emin kan boy. Emin nak jadik girl ker? kalau nak jadik girl..emin kn masak, basuh kain dan paling teruk sekali emin kn mengandung (keras punya warning) !! "

- urut2 dada..marah benarnya, pasal bising betol -

" Biar dia bonda...biar dia kena lepuk dengan suami dia nanti pasal tak bulih mengandung, dia kan lelaki "
( MIQAIL )

" Aaahhh!! gasak lah dia...emin tuh ngandung cacing
jer boleh kan abang? "
( IKISH )

Waktu diorg tengah dok kalut 'bernasik tambah' bergaduh, bonda dah berair2 mata ketawa. Yer lah korang suma, RYAN4 nih kadang2 bergaduh memang meleret2 pastu kelakar. Ayat yang diorg bagi kadang2 macam tak masuk akal. Boleh pulak si abang pk kalau emin tuh tak leh mengandung dia akan kena lepuk dengan suami dia..haha!!. Cara cakap memang spontan habis...relaks jer. Tapi paling tak best bila, selalunya yang kena 'bahan' akan meraung sekuat hati di penghujung cerita hingga satu taman boleh dengar lontaran vokal beliau...sadis!.

Tu jer nak citer..

Boleh?

Tak boleh?

Bolehkan ajer lah..haha!!

Nah setepek picca hujung minggu 8/12/2012 RYAN4

enak menikmati pizza dengan muka yang macam kucing..cehh!!


" Anak2 bonda sekalian, tiap hari kalian makin besar. Maka tiap hari juga bonda berdukacita mengira detik perpisahan zaman kanak2 kalian. Kalian terlalu indah dan berharga dalam hari2 bonda. Terima kasih Ya Allah swt kerana mengurniakan anak2 ini kepada bonda. Lindungi lah mereka seperti mana KAU lindungi mereka semasa mereka di alam rahim ku dulu.Amin. "


Mata duitan sungguh!! :P


Assalammualaikum wrt.

Kembali bersiaran di saat2 akhir.

Sejak dua menjak nih makin menjadi2 pulak post entry di saat2 orang lain tengah gigih betulkan make up nak balik umah. Bonda pulak meroyan2 taip entry..kelaku apa tak tau lah, hik3!!. Padahal keluar masuk blog dari pagi, tapi haper pun tak tulis..saja suka2 jer bukak tutup banyak kali. Heran kan? toksah korang heran sangat lah yer...pasal bonda pun heran dengan diri sendiri. :P

Tak moh banyak citer mengarut, bonda hanya nak cerita yang hujung minggu lepas Ryan Miqail kata gini kat bonda lepas tengok cerita kartun kat cartoon network (fin & jake),

" Bonda..abang nak jadi kaya tau..best kan jadik kaya?. Jadi abang kena keja rajin2 bila dah besar nanti, "

Pagi : abang nak jadik polis.
Tengahari : abang nak keja opis macam bonda.
Senja : Nak jadi askar.
Malam : Ok malam abang tak nak keja..abang nak rehat jer.

Gigihkan? Motip nak kaya masih di rahsiakan
hingga ke hari ini..ekeke!!, bonda buat soklan uji
minda cikit kat dia..

" Malam nak rehat? kalau macam tuh tak kaya lah abang. "

Terus dia,

Eeeeerrrrrrrrr.........

Tengah mencari pekerjaan yang sesuai hingga ke hari ini. So, auntie2 suma sila beri anak saya kerja yang sesuai di malam hari sekiranya ada kekosongan yer. Cepat sikit dia kaya..cepat sikit bonda bulih berenti kerja dan duduk umah goyang kaki kan?

Mata Duitan.

Anak sapa?

Anak En.Fauzi jugakkkksss..
(yang baik2 harus dari bonda, yang buruk harus en.sayur punya...wakaka!!)

Sunday 9 December 2012

Nasi ayam bukan nasi bonda...^_^



Minggu ini minggu yang malas untuk ber'karya di dapur. Mampu ber'karya dengan RYAN4 jer. Testing 'vokal bukan sekadar rupa' seperti selalu. Kalau nak kira training jadi jurulatih PLKN pun boleh.

- lap2 air mata -

Makin hari RYAN4 makin aktif dan mengganas. Rasa macam duk kat taska jer seharian..haha!!. Tapi itulah kebahagiaan beranak ramai kan, karang kalau umah sunyi bersepai..jenuh pulak nak carik tukang bising :P.

Ok bonda nak kongsi beberapa picca 'nasik hayam mak jemah' beserta resepi. Cuba bagi yang rajin, yang malas tuh dok 'ontok' (orang n9 kalau tak faham..sila bungkus kain baju keluar negeri..haha!!). Tapi ianya tak lah sedetail dalam buku resepi masakan atau pun blog masak2 tuh tau. Bonda nih malas tahap gaban nak snap picca di setiap proses..hihi.


Jeng3!! tetiba jer sup dah siap..ok, cara dan bahannya :

1/2 ekor ayam - rebus dengan 7 cawan air.
1 kiub ayam.
3cm halia.
4biji bawang kecil
3ulas bawang putih - di kisar halus.
Fish cake.
Carrot - di potong ikut sedap anak tekak.

= Rebus ayam untuk dapatkan stok nasi dan sup. Keluarkan ayam..tunggu mendidih, pastu masuk kan bahan kisar dan perasa lain. Pastu humbankan dengan kejam fish cake dan carrot tuh pulak. Rasa dengan penuh nafsu, dah sedap? ok tutup jer api dia..senangkan?


Keh3!! relaks2..resepi nasik pulak korang baca nih,

Beras 31/2 pot - basuh dan di toskan.
Kayu manis seinci.
bunga lawang seketol.
marjerin utk tumis.
halia 3cm.
bawang merah 3biji.
bawang putih 2ulas - kisar

= Panaskan marjerin, kemudian campak kan bunga lawang dgn kulit kayu manis dulu. Pastu tumiskan bahan yang di kisar sampai naik bau. Last sekali tuang beras yang dah di basuh dan di toskan airnya. Goreng dengan tumisan tadi sekejap. Kemudian masuk kan air rebusan ayam lebihan sup tadi ikut sukatan ruas jari. Maap lah, ikut pot bonda failed..adehh!!. Biar kan menggelegak dan air kering sambil di kacau2 sebelum pindahkan ke rice cooker. Api gas sila sopan2 tau, jangan besar2 sangat..kang hangit korang kata resepi bonda ayah pin pulak...kih3!!. Settle nasik.


Ini pulak ayam kicap yang di goreng dengan kasih sayang. Sila pastikan k.sayang tuh hader ok, kalau tak ayam nih tak jadik..hew!!..itu tipu :P. Ini cara2nya,

Ayam 1/2 ekor. - ayam yang di rebus untuk sup tadi.
Kicap manis 5sudu besar.
Sos tiram 2 sudu besar.
Gula 2sudu besar.
Stok ikan 1sudu besar.
Minyak bijan 1sudu besar.

= Gaulkan semua bahan secara manual iaitu guna tangan korang dan perap selama 1/2 jam paling kejap. Kemudian gorengkan di dalam kuali yang panas. sebelum angkat...korang hiaslah pinggan korang tuh dengan timun dan tomato. Kalau ada salad lagi baik. Tapi jangan hias jer, pastikan semua tuh jadi sisa pepejal nnt tau, kalau tak rugi2!!. ok hasilnya,


Ok settle resepi malas bonda. Faham tak? kalau tak faham korang goggle lah sendiri..haha!!. Bonda nih bukan pandai pun nak tulis resepi. Kali nih jer terbuang tabiat pulak..kah3!!. Haper? sos dia? 

Alah...korang kerat jer cili besar 4 batang, kisar dengan halia seinci..cili padi 5batang..bawang putih seulas. Masakkan atas api secara sederhana..tuangkan cuka sikit dan masuk kan gula serta garam secukup rasa. settle.

Sekian sahaja tutorial syok sendiri untuk hari ini..bubai dan selamat mencuba!! tak jadik nasik hayam korang sila bawak diri ke kedai berhampiran, itu lebih mudah..haha!!

peace!!






RYAN4 ber' big bad wolf dulu kekdahnya..:P



Assalammualikum wrt.

Pagi tadi masuk opis jer terus blogwalking. Terbaca 2,3 post pasal 'big bad wolf'. Alahai...robeknya hati nih, lajunya jantung nih berdetap. Makan hati bonda tau. Bonda nih memang kaki membaca. Segala bentuk bacaan bonda suka, janji beri manfaat pada bonda. Kalau setakat buat air mata bonda jurai2 nangis, bonda tak layan..ekeke!!

- Eksyen -

Sedang berkira2 mencari waktu yang sesuai untuk ke sinun tuh. Yerlah mek2 suma, cuti bonda dengan en.sayur tak sama. Pulak tuh cuti skolah kan..RYAN4 tuh dah tentu2 dua ploh empat jam kat umah. Kalau bonda nak ke sinun, RYAN4 nak letak mana kan. Nak bawak sekalik, bukan buku yang bakal bonda bawak balik kang...tapi report polis pasal RYAN4 dah hilang seketol..kan naya kan.selisih.

Perkiraan bonda juga turut melibatkan note kaler2 lah kan..tgh ngira budget utk ke sana dan hasil tangkapan nanti. Bukan apa..takut sebab nak kejar minat, RYAN4 punya keperluan tersangkut pulak. Tapi rezeki RYAN4 kan ada di mana2. Murah sungguh rezeki 4ketol bonda tuh. Balik lunch tadik, adik ipar bonda bagi satu plastik bag kat RYAN4 bonda. Jeling kat plastik tuh ada tulisan nih,
.
.

Eeeehh!!! apa tuh? buat2 tanyakan, padahal muka dah teruja kot..hew3!!. RYAN4 berebut nak bukak plastik bag nih tau, bukak jer ada nih,
.
.
sebahagian dari isi bag.

Beberapa buku exercise dan cerita untuk RYAN4 bonda. Tq cik azam!! jimat dah budget bonda untuk RYAN4  punya story book. Lagi pun lama dah bonda tak beli buku untuk diorg. Malam nih boleh bacakan dan bising2 dengan buku2 nih pulak. Tq again cik azam..

^____________________^