Wednesday 31 October 2012

F.O.C Semuanya..



Anakanda Miqail : Bonda..mahal tak bonda beli kereta kita nih?


Bonda : Tak mahal lah...nih semua duit dari Allah swt,
bonda tolong belikan jer.

Anakanda Miqail : Mana lagi mahal...susu abang ke kereta
bonda nih?

Bonda : Sama jer..

- jawapan yang kununnya akan matikan persoalan :P -

Anakanda Miqail : Sian bonda...banyak dah habis duit untuk besarkan abang, ikish, imin dengan 'kerinting' kan? (merujuk pada masyal..kih3!!). Nanti dah besar, abang dah jadi polis..abang bayar balik tau bonda.

- Bonda senyum tanpa jawapan -

Anak-anak bonda tersayang....
Tdak pernah terlintas di hati bonda atau pun fikiran ayahanda kamu ingin kalian membayar semula apa yang telah kami belanjakan buat kalian. Tidak kira lah berapa bakul pun Ultraman yang ada. Berapa kilo pun susu yang telah menjadi darah dan daging serta berapa pasang pun kain yang telah menutupi tubuh kalian. Semuanya tiada bayaran..^_^

Kos mengandungkan kalian selama 9 bulan 10 hari : PERCUMA
Kos bersengkang mata menjaga kalian ketika bayi : PERCUMA
Kos air mata yang menitis kerana kalian : PERCUMA.
Kos kerungsingan kerana memikirkan kalian : PERCUMA.
Kos Menyediakan makan minum, pakaian dan keperluan kalian : PERCUMA.
Jumlah semua kasih sayang bonda dan ayahanda : PERCUMA.

ehsan encik goggle..tq.

Semuanya tiada bayaran sehingga lah bonda
dan ayah menutup mata.

*Al Fatihah buat nenda kalian..2minggu lagi genap 100hari :(

Ikan bakar separuh masak...agaga!!




Semalam kan..
30 Oktober 2012. Bonda baru ada mood nak bermesra dan berlama-lama dengan 'anak baru'. Mata nih masih kelip2 kat Cik MAU, masih belai2 dia sambil tenangkan dia..hihi. Masa depan adalah yang terbaik buat beliau. Selepas ini beliau akan berselimut dan manjakan diri bawah garage jer.

- Pejam mata, mintak restu -

Nama pun keluarga baru kan...so haruslah di bawa melepak bersama-sama sambil mengenali. En.sayur dengan RYAN4 dan tidak ketinggalan bonda yang bam2 nih gigih menahan perut semata2 ingin menguji Encik Avanz. Berketul2 bersama2 pergi ke pengkalan balak untuk menjamu mata dan anak tekak yang dah meronta2 mintak nyawa..ekeke!!.

Tapi...
Tapi...
Hampa.

Mampu memuaskan nafsu berada di dalam Encik Avanz jer, nafsu makan? nak tulis besar2 tak?

HAMPEH!!! sebab...

Ikan pari bakar dia tak masak.
Ikan kembung bakar cili dia tak masak.
Udang galah dia tak masak.
Sotong celup tepung dia liat macam getah sekerap.
Sup sayur dia ada cili padi posing.

Makanya...semua hidangan tersebut kami dermakan secara ikhlas kat kucing2 liar di situ. Mungkin bukan rezeki kami malam tadi...rezeki encik dan cik meow2 di sana. Hati sakit? for what? anggap jer takde rezeki kami. Cuma terkilan dengan peniaga2 makanan yang mengaut untung berniaga tanpa memikirkan HAK manusia lain. Hari ini kami terkena...mana tau esok lusa mereka pula kan? waktu itu baru tau langit tinggi dan rendah. Nak kata taubat mungkin tidak untuk ke situ lagi..tapi serik itu pasti!! hek3!!.

*gambar tiada kerna camera genggam tiada bateri :P




- Sahabat bebal -



Dulu kau aku puja..
Dulu kau aku sanjung..
Dulu kau kemas bertakhta di hati aku..
Dulu kau indah pada pandangan mata aku..
Dulu kau semuanya indah...takde yang indah lagi melainkan kau.

Tapi sekarang..

Kau macam badut yang kemaruk pentas..
Kau macam kera yang terkena belacan yang aku tumbuk..
Kau macam...
Kau macam...

Sebelum aku terus menulis baik kau pergi dari hidup aku. Pergi dan jangan pernah kembali. Bawa bersama semua kenangan antara kau dan aku. Jangan lupa jinjit sekali tanda nama 'SAHABAT' tersebut. Aku dah tak butuhkan 'SAHABAT' yang hanya hebat di mata tapi hakikatnya kau umpama duri dalam daging. Kau bunuh  hati aku..kau bunuh semua rasa itu.

Aku luka..
Aku sakit..
Aku menangis..
Tapi aku juga belajar.

Terima Kasih !!!!

( tiada kena mengena dengan bonda dan RYAN4..harap maklum, ekeke!! )

Monday 29 October 2012

- Yakin dan Redha -



Keyakinan tentang sesuatu yang terjadi itu adalah qada dan qadar dari Allah swt sebenarnya permulaan kepada kekuatan mental dan emosi seseorang bila dia di timpa musibah. Tiada siapa di dunia nih yang mahukan duka dalam kehidupannya. Duka itu seksa...duka itu lara. Namun bila memandang kepada semua hikmah duka itu pasti kita akan tersenyum sendirian.

Satu ketika dulu..bonda pernah lemah. Lemah bila berdepan dengan ujian dan cabaran hidup. Menangis dan mengadu pada dia yang telah pergi. Mencari sedikit semangat untuk bangun dengan kata2 hikmah yang sering bonda dambakan. Namun bila dia telah pergi..bonda mula belajar untuk memendam. Menelan tiap rindu dan duka, teruk pada permulaannya..sakit awalannya. Empangan mata ini sering menjadi benteng kekuatan. Meraba-raba di dalam terang..mencari-cari kekuatan yang sememangnya sudah lama terpinggir.

84 Hari telah meninggalkan bonda dengan kenangan yang semakin menjauh. Rindu itu masih kekal di situ..dan akan kekal sehingga jasad ini bersatu dengan tanah. Hari-hari ini masih di bayangi susuk itu..masih terdengar-dengar suara merdu itu, sumpah!! segalanya masih jelas bermain di mata. Namun keyakinan bahawa DIA telah bahagia di sisi penciptanya serta keyakinan bahawa semua benda dan seseorang di dunia ini bukan milik kekal kita membuatkan bonda masih berdiri hari ini. Masih tersenyum berhadapan dengan setiap ujian dan akan terus berdiri menongkah arus kehidupan.

Ibu..
Sejak ibu pergi kak ija dah mula kuat dengan semua ujian berumahtangga. Mulut ni dah pandai berdiam. Mata ini dah pandai memejam saat ianya ingin mengalirkan cerita. Hati kak ija dah kuat...sekuat hati ibu. Tiada lagi rungutan tidak puas hati..tiada lagi kesalan kesalahan. Semua yang kak ija lakukan sekarang..kak ija mulakan dari doa, seperti yang ibu selalu pesan. Adik juga begitu..dia dah pandai masak nasi. Paling best...dia dah mula belajar memasak dan mengemas. Kain baju pun adik pandai dah basuh dan lipat. Kesian bu..tapi apa kan daya kak ija, keluaga kak ija memerlukan kak ija di sini. Robek hati tengok ayah makan lauk beli dan adik membasuh pinggan sendiri. Tapi bu...ibu pasti bangga, bangga lihat mereka dah berdikari. Tiada lagi jeritan ibu sana sini yang sering kedengaran waktu ibu bersama kami dulu.

Rindu ibu...
Kami semua rindu ibu. Terasa berat sungguh beban rindu nih ibu. Tapi kerana keyakinan bahawa ibu telah pun kembali kepada yang LEBIH MENYAYANGI ibu..kami senyum. Kami tau ibu bahagia di sana. Ibu sihat dan tiada beban dunia lagi di sana. Mungkin ibu sedang mengasuh anak2 syurga, siapa tahu..insyaAllah. Kami selalu kirimkan doa yang tak pernah putus..harapnya ianya bermanfaat buat perjalanan ibu di sana. Ibu...kak ija, adik, abg aji dan ayah sayangkan ibu sangat2. Semoga kita dapat bersatu kembali bila kami juga di jemput nanti. Kita tetap akan menjadi satu keluarga walaupun masa yang menjadi jaraknya.


Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana.

Al Fatihah buat ibu...



Seribu dungu



Berkawan biar seribu. Berkasih biar lah satu. Namun bila ada diantara seribu yang memberikan hati yang sebu dan cerita yang dungu, apa guna menadah muka dan menampal hati. Angkat kaki dan berambus...

itu lebih bererti barangkali.

Senyum selasa ^_^


*Al Fatihah buat ibu tersayang..




Welcome home anak baru...



Assalammualaikum wrt...

Sejak dua menjak nih malas rasanya nak menulis. Mungkin baru lepas kebah dari demam kura2 tempohari, mood bonda masih ke laut..ekeke!!. Lagi pun takde yang istimewa dan penting untuk bonda celotehkan. RYAN4 masih seperti selalu, hari2 ada saja kelaku baru yang buat bonda rasa nak pitam. 4 RYAN..Makanya 4 kelaku yang boleh buat bonda pagi high blood dan malamnya low blood ^_^

Ok..sebelum terlupa, nak wish selamat datang kepada ahli keluaga kami yang baru Encik 8746. Hari nih bonda ngular jap dari kerja sebab nak uruskan pasport si encik ni lah, pergi JPJ segala. Alhamdulillah...sememangnya kami berjodoh. Tu lah orang tua2 selalu kata...kalau dah jodoh tidak ke mana. Ini rezeki RYAN4 yang Allah swt berikan melalui bonda dan En.sayur. So..lepas nih no more tak cukup seat yer anak2..dah ada sorang satu, tak kan ada lagi pemandangan comforter di tempat letak kaki..shadis!! :P.

Terima kasih Allah swt..

Terima kasih Ayah...

Terima kasih Adik...

Terima kasih kawan-kawan...

Di Atas kiriman doa kesejahteraan yang tak putus2 buat bonda dan keluaga. Ini semua HAK Allah swt...bonda hanya di beri peluang untuk meminjam semua kasih sayang dan kegembiraan ini. Thank you again..Alhamdulillah.


*Gambar anak baru? nanti2 lah yer, mood bergigam masih demam lah rasanya..hek3!!.

Sunday 28 October 2012

................





Angguk tanda setuju.

Tutup entry ini tanda protes.

^___________^

Tulisan melakar resah



Queen qontrol?

Tiada istilah takut bini lagi andainya di luar sana bersepah perempuan yang bisa di jadikan teman seranjang. Mengapa mesti perlu ada rasa takut? Takut pada siapa? Takut pada bayang2 yang tiba bila malam menjelma dan siang hilang bagai cahaya?...Takut pada tuhan? karut!.

Jangan di baca dosa pahala andai itu yang jadi santapan kalian. Jangan di hitung berapa panasnya api neraka dan dinginnya kolam air di syurga jika itu yang kalian gomolkan setiap kali suria menjengah hingga bulan menyapa malam.

LELAKI...

Itu lumrah bila hidup beralaskan note pelbagai warna. Pangkat menjulang hingga lupa bumi yang di pijak dan langit yang di junjung. Semoga RYAN4 dan En.sayur bonda terpelihara dari nafsu yang tidak mengenal siapa ini. 

Amin.

Saturday 27 October 2012

Entry lepas lama bercuti :)



Assalammualaikum wrt..

Lama tak bonda senyap? rasa tak?

Tak rasa?

Ok.

Demam beserta tonsilitis memang menyakitkan. Bukan saja badan harus berehat..mata tangan dan seluruh anggota. Nak angkat kepala pun fikir 24 kali, berat!. Alhamdulillah..berkat doa RYAN4 dan En.sayur kesayangan..bonda kembali pulih. 

- Bila demam di waktu raya -

Ooooohhhh...sangat lah tidak dapat meng'enjoykan diri :(

Mak2 sedara bakar lemang....
Bonda terbaring kelip2 mata.

Mak2 sedara sibuk memasak di dapur....
Bonda hanya mampu memandang sambil terlentang.

Turut terjejas sama haruslah RYAN4 dan En.sayur.

Kesian.

Bertapa di rumah sambil layan hindustan..ekeke!!.

Namun di dalam kesakitan yang Allah swt anugerahkan..bonda masih mampu bangun untuk menjengah ibu di pusara dan mengirimkan utusan doa sebagai pengubat rindu. Di pagi raya...semua orang sedang asyik menjamu selera, bonda dan adik bonda,

Berada di pusara ibu menjamu hati dengan rindu...
Membaca yassin sebagai alunan suara hati...

Dan penutupnya..
Kami mengukur rumah baru ibu untuk binaan yang
lebih sempurna.

Alhamdulillah..hampir 100 hari ibu pergi. Semuanya masih sama. Tiada yang berubah pada kami, masih terasa semua kasih sayang Allahyarhamah. Masih tersisa semua cerita cinta itu.


Al Fatihah buat ibu tersayang.
HAJJAH ESHAH BINTI HAJI PENDEK.
8 OGOS 2012
bersamaan 20 RAMADHAN 1433Hijrah


* Selesai sudah upah haji dan binaan pusara ibu, tahlil ke 100 akan menyusul pada entry yang akan datang..insyaAllah.

Tuesday 23 October 2012

- Sakit -




Mata panas..

Hidung berair..

Kepala macam ada batu bata..

Ok.

Hari nih bonda demam.

Menyusul RYAN4 setelah hampir seminggu bertahan.

Aaaaaaaccchoooommmmm!!!!

*_________*

Wanita sejati




> Wanita sejati bukan lah di lihat dari rupa paras wajahnya, tetapi kecantikan hati yang ada di sebalik nya.

> Wanita sejati bukan di lihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tapi di lihat dari sejauh mana dia menutupi tubuhnya.

> Wanita sejati bukan di lihat dari dari begitu banyak kebaikan yang di berikan nya, tapi dari keikhlasan dia memberikan kebaikan itu.

> Wanita sejati bukan di lihat seberapa indah suaranya bila dia bersuara, tetapi dari apa yang mulutnya sering bicarakan.

> Wanita sejati bukan di lihat dari keahliannya berbahasa, tetapi di lihat dari bagaimana dia berbicara.

> Wanita sejati bukan di lihat dari keberaniannya berpakaian, tetapi di lihat sejauh mana dia berani memperteguhkan kehormatannya.

> Wanita sejati bukan lah di ukur dari seberapa banyak dan besar ujian yang di hadapinya, tetapi di lihat dari segi sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan syukur.

> Wanita sejati bukan lah di lihat dari sifat mudahnya dalam bergaul, tetapi di lihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatannya dalam bergaul.

> Wanita sejati bukan lah di lihat dari kekhuatirannya di goda, tetapi di lihat dari kekhuatiran orang jadi tergoda.

> Wanita sejati bukan di lihat dari bijaknya dia menyelesaikan masalah, tetapi bagaimana bijaknya dia cuba menghindari masalah dari membelenggu hidupnya.

Petikan dari ' Belailah Kalbu ', nukilan DR.HM TUAH ISKANDAR AL HAJ.



Panjang dan bermanfaat.

Gigih tau bonda taip untuk perkongsian bersama :)

Rasanya ungkapan nih jarang kita jumpa kan?

Atas dasar itu bonda kongsikan dengan semua.

Semoga di jadikan sempadan dalam meniti titian kehidupan

^_________^

Monday 22 October 2012

Perempuan dan kereta..



Assalammualaikum wrt..

Pagi nih pagi yang ringkas.

Pagi yang pantas.

Juga pagi yang tuntas.

Ekekeke.

Serba serbi kena cepat,

Dah macam askar wataniah jer kami anak beranak
kena bergerak pagi nih.

RYAN4 dah macam..

Malas nak cakap.

Huh!! kat en.sayur. :)
(huh! manja2 je tau, karang berdosa pulak kan..hiii).

Dah lah nak cepat..sat g ada pulak hamba Allah swt nih
memandu macam orang tengah bercinta.

50km sejam kot rasanya.

Lagi best bila dia sekejap2 tekan brek..
pastu en sayur kata gini..

" Mesti perempuan yang bawak keta nih...slow. Kaki dia rosak
ke keta dia yang rosak nih..jap2 break "

PEREMPUAN.

Ok fine!! memang perempuan selalu gitu. bonda pun memang
hobi tekan brek sannngaaatttt..

- Mata ke atas -

Mentaliti kaum lelaki nih memang dah tak leh ubah dah rasanya. Semua kelembapan kereta kat jalan raya salah org perempuan. Punca banyak berlaku kemalangan pun katanya banyak salah perempuan. Serba serbi bab kereta nih perempuan failed katanya. Lelaki tak macam perempuan..hebat memandu, pandai bertimbang rasa kat jalan raya dan bla..bla..bla.

Kalau di tanya kenapa kami memandu slow..jawapan nya,

' Kami memandu perlahan supaya kami masih mematuhi had laju dan keselamatan penumpang terjamin '

Mengapa kami selalu tekan brek sewaktu memandu?..ini jawabnya,

' Kami selalu tekan brek kerana kami berhati2..takut2 ada kecuaian dari pihak hadapan kereta atau pun kecacatan pada jalan raya '

Hiiiiiii....logik tak jawapan bonda?

Ke korang ada jawapan lain?

*Al Fatihah buat ibu tersayang...83hari.

Pemberitahuan tentang jodoh :)




Assalammualaikum wrt semua...^_^

Ramai pulak yang bertanya kat bonda
di muka buku tentang entry

INI.

Untuk makluman semua..bonda masih
bertemankan kekasih lama.

Takde vios..

Takde Rush..

Juga takde segala tok nenek encik toyo lagi.

Baru memendam cinta dan hantar rombongan merisik jer.

Tak tau sama ada di terima atau tak oleh Haji.Am tuh.

Kalau ada rezeki RYAN4 adalah.

Kalau takde, takpe.Tapi kena masuk hosp lagik lah
Cik Mau bte 6614 tuh.

Malas dah sebenarnya nak simpan 'retis' nih..tuh
yang verangan nak pegi meminang yang lain.

RYAN4 dah semakin membesar...

Sangat tak sesuai MAU 6614 tuh lagik.

Sempit.

Doakan pinangan kami di terima yer...:P



*Al Fatihah buat ibu tersayang...82hari sudah berlalu.


Sunday 21 October 2012

Janji + Rokok = Padan muka



Yehaaaa!!!

Ekekeke!! Assalammualaikum suma2.

Jawablah yer..karang dosa karang :P

Isnin yang happy..

Tu yang sorak2 tuh..klu boleh bonda nak pakai
baju pom2 girl sekalik.

Takde saiz?

Ok Faham.

- Muncung mulut -

Nak tau tak napa bonda happy sesangat hari nih?

Happy pasal berita malam tadi lah, membawak pulak ke siang nih haa.
Tak kira malam tadi tido muka ada sinyummm lagi....:)

" Mulai esok semua harga rokok di bawah syarikat
British American Tobacco Malaysia (BAT MALAYSIA) naik sebanyak 20 sen sekotak "

Hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......

Perjanjian dengan en.sayur bakal termetri mulai hari ini gamaknya.

Tapi takpe..bagi peluang dia habiskan dulu masa
dengan kotak yang terakhir.

Tu lah...kenapa berjanji nak berenti rokok lepas harga rokok naik melebihi 10.00 hengget sekotak. Kenapa tak kata nak tunggu harga rokok naik 120.00 sekotak, lama sikit baru nak berentinya kan?
Ini tidak...berjanji siap rangkai2 jari kelinking lagi..hahahaha!!

Ok En.sayur...time to change now!!

Dah3!! jangan nak berdolak dalik nak tukar ke winston pulak
dengan alasan winston baru 8 hengget lebih.

Lelaki.

- Sigh -

*Al Fatihah buat ibu..82 hari.

Malas dan Noni..:P




Hari nih hari malas bonda.

Jangan tanya kenapa malas..

Malas bonda bersifat subjektif.

Dengan atau tanpa sesuatu sebab pun bonda boleh jadi malas,

Macam hari ini...

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...............


Tido lebih baik memandangkan cuaca pun turut menyokong
kuat aktiviti itu untuk hari ini.

Daaa!!!!

Eeeehh jap, tadik si tengah bonda, Ryan Mukhlis minta bonda masak kan 'NONI GORENG' malam ini, harapnya cik malas nih nyah dari bonda malam nih...ekeke!!

Haaa!! apa 'noni' tuh?, 'Noni' tuh kata ganti untuk macaroni yer cik2, abang2 dan auntie2 suma. Biasalah umur budak2 main kotak nih..cakap pun masih berbelit2 lagi.

*Psssttt...tapi bonda suka dgr kot, comel jer..keh3!!

Saturday 20 October 2012

Kongsi2 jom!!





Belajar dan terus belajar dari hari ke hari..

Berkongsi sesuatu yang bermanfaat.

Sila klik pautan INI.

Semoga kehidupan kita lebih baik dari hari ke hari dan kasih sayang antara kita terus mekar dan indah..seindah wajah RYAN4 kita

Amin.

ingatan buat RYAN4 ^_^





' Dan janganlah kamu mengintip atau mencari2 kesalahan dan keaiban orang lain dan jangan lah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?? '

- Al-hujuraat ayat 12 -

Biarlah bagaimana orang mahu memperlakukan kita, yang penting kita tetap kita...unggul dan anggun serta tidak pernah tunggul. Maka itu, bijak-bijak lah dalam bertindak..bak kata pepatah,

" Berfikirlah seperti orang yang akan bertindak dan bertindak lah seperti orang yang berfikir "

Al Fatihah buat ibu tersayang.

Friday 19 October 2012

Baca, Buku dan kenangan



Bonda suka membaca..

Kalau zaman anak dara dulu haruslah membaca segala cerpen dan novel nukilan penulis2 muda tanah air dan lagenda kan. Tapi bila dah berusia dan jadik 'mak2' nih pilihan bahan bacaan pun beralih arah.

Dah3!! 'mak2' okeh..bukan 'makcik2'. Yerlah kan...bonda belum masuk fasa 'makcik2' sebab masih 20 an gitu..klu dah 30an tuh macam dah nak ke jalan ituuuuuuu....tak moh cakap banyak2 pasal nanti ada yang sentap. Bab2 umur nih kan sensitip kiah..hek3!!.

Dah 80 hari bidadari bonda tinggalkan bonda dan RYAN4. Namun buku terakhir dari bidadari itu masih belum bonda selesaikan membacanya. Buku ini di beli dengan menggunakan duit bidadari bonda, namun ketika bonda ingin membayar nya semula..beliau berkeras tidak mahu mengambilnya. katanya...

" kak ija bacalah..duduk jer jaga ibu pun bosan, kalau dekat rumah budak2 bising. kat sini kak ija boleh tido baring membaca. Lama dah ibu tak tgk kak ija baca buku "

- Sebak -

Buku2 ini di beli sehari sebelum beliau menyahut seruan Illahi.



Sebelah tangan pegang buku..

Sebelah tangan pegang ibu..

Sumpah rindu saat tuh!!!



Al Fatihah buat ibu tercinta.

* Buku 'belai lah kalbu' nukilan Dr.Tuah itu sangat2 awesome..:)

Kongsi cerita kongsi ilmu.



Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.

"Bagaimana keadaannya doktor?"
tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri! "
jawab doktor itu.

"Jadi bagaimana doktor ..?"

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!"

Lelaki tersebut kebingungan,
dan tak dapat berkata-kata. ......

"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor.Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.

------------ --------- --------- --------- --------- -

Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting.

Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu.

Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.

Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat.

Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?

Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal".Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope).

Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak,agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh.

Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.

Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita. Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim.

Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.

1. Meneruskan tidur, atau bangun solat subuh?

2. Untuk lunch dulu, atau solat zohor dahulu

3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dulu?

4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?

5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?

6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?

7. Dan banyak lagi.....


Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.

Kesimpulannya perbanyakkanlah muhasabah diri dan tambahkan ilmu dengan majlis-majlis ILMU. Mudah-mudahan selamat kita semua di dunia & di akhirat...

Amiin.

*Al Fatihah buat ibu..80 hari yang rindu.

Cinta beralih arah :P





Berjodohan kah kami?

InsyaAllah jika Allah swt mengizinkan.

Penat dah melayankan MAU bte 6614.

Maka cinta bonda dan en.sayur pun beralih arah.

Sekian untuk hari ini.

Warkah buat adik gemok ^_____6




Assalammualaikum wrt..

Pagi ahad yang indah..

Anak2 masih ada di depan mata dengan
senyum yang mendamaikan.

Encik sayur kesayangan masih mengucup
dahi bonda tiap pagi.

Alhamdulillah masih di beri kebahagiaan
yang tiada nilainya.

Kehidupan berumahtangga bukan lah seperti yang selalu kita angankan sewaktu remaja. Fasa ini sangat2 lah menguji minda dan hati kita. Bagaimana kita bertindak..bagaimana kita berfikir dan bagaimana kita menangani nya. Bukan usia yang menjadi tali pengukur pada sesebuah kebahagiaan berumahtangga itu, tapi kematangan. Ada orang telah lanjut usianya baru merasai nikmatnya berumahtangga..ada pula yang masih mentah dan setahun jagung dalam berdiri di atas kaki dan terus membuat keputusan untuk masuk ke alam tersebut. Segalanya adalah perjudian. Menang atau kalah semuanya terletak pada kita dan takdir Allah swt yang menggerak kan semua kejadian.

Bonda sebenarnya seriau bila mengenangkan adik bonda yang akan melangkah ke alam ini. Dia satu2 nya adik bonda. Sewaktu bidadari bonda sedang menikmati waktu2 terakhir hidupnya..berulang kali beliau mengingatkan bonda tanggungjawab bonda pada ayah dan adik bonda. Bonda satu2 nya anak perempuan beliau dan pada bonda lah segalanya terluah. Kami pernah menangis bersama tatkala berita tentang sakit yang menyerangnya itu di khabarkan oleh doktor. Acap kali juga kami baring bersama dan menangis tanpa suara bila bercerita tentang keluaga..kehidupannya dan apa akan terjadi selepas pemergiannya. Segala2 nya umpama telenovela sekarang. Satu persatu tekaan Allahyarhamah mejadi nyata. Seperti telenovela yang mudah untuk kita ketahui penghujung jalannya. Dan kerana itu..bonda masih tersenyum hingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Buat adik bonda tersayang..Mohd Hafizul @ gemok, ekeke!!
sila baca ini...

Adik...
Sejauh mana pun kamu bakal melangkah..setinggi mana pun kamu bakal berdiri, ingatlah satu perkara yang tak pernah usang antara kita..KASIH SAYANG. Dari kamu kecil hinggalah kamu dewasa...tangan kita selalu berpaut antara satu sama lain tatkala kita mahu rebah. Atas dasar itu, kerisauan akak pada kamu sangat2 meresahkan. Kamu mungkin telah dewasa dari segi luaran dan pertambahan usia..tapi kamu tetap adik manja yang masih memerlukan tangan untuk berpaut. Selepas ini kamu bakal menempuh satu alam baru yang sangat2 penuh ujian dan cabaran. Pesan akak...selalu lah kamu meletak kan diri kamu serendah2 lalang menyembah ke bumi. Hidup berumahtangga ini tidak lah semudah yang kamu sangka..banyak yang perlu kita korbankan dan fahamkan. Jaga maruah isteri kamu seperti kamu menjaga maruah kamu. Wanita sudah lumrahnya perlu di pimpin. Pimpin dan tegur lah bakal isteri kamu nanti dengan selembut2 perkataan. Jangan kamu mengasarinya walau dengan hanya tamparan manja. Apatah lagi jerkahan kasar dan kudrat lelaki kamu itu. Kita semua masih belum sempurna saat kita bersatu nanti. Maka carik lah kesempurnaan itu dengan sefahaman dan penuh kasih sayang. Hingga ke saat ini akak juga masih belum sempurna..masih dengan kepala angin yang sangat2 memeningkan. Tetapi seperti kamu sedia maklum..abg ngah sesabar- sabar manusia melayan karenah kakak kamu nih :P. Semoga dengan sedikit nasihat ini kita sama2 belajar untuk menjadi dewasa yang sebenar2 nya dewasa...bukan nya dewasa pada umur tapi sifat dan kelakuan amatlah menyedihkan. Tiada ibu bukan bermakna kita tiada ayah..tiada harta bukan bermakna kita papa budi bahasa dan Tiada wang ringgit bukan bermakna kita tiada maruah. Ikutlah resmi padi...semakin berisi semakin menunduk ke bumi. InsyaAllah selamat hidup kita dunia dan akhirat.Allahualam.


Wednesday 17 October 2012

Tambat hati suami..Erat kan kasih anak.





Alhamdulillah atas semua kesenangan dan kebahagiaan.

Hari nih rasa cam nak kongsi satu rahsia.

Rahsia lauk feberet RYAN4 dan encik sayur bonda.

Anak beranak nih memang tak dapat di pisahkan dgn sambal.

Sambal udang..

Sambal daging..

Sambal ayam..

Semuanya akan di sental hingga licin klu bonda masak kan.

Sambal2 nih kira ranking lah dalam menu bonda hari2. Kira macam king of the menu lah kan. Cuma idok ler bonda layankan hari2 korang..bukan tak koser, tapi menjaga usus2 mereka dari memberontak..hew3!!. Yerlah kan..cer bayangkan klu dah hari2 dok ngadap sambal..idak ke pedih tali perut memasing. Nak2 si RYAN4 bonda. Perut kan nipis dan manja lagik.

Selalu bonda ingat pesan Allahyarhamah bidadari bonda..

Anak dan suami akan kasihkan kita bila mereka selalu rasa belaian dan air tangan kita, selalu2 lah buat 2 perkara nih..

Mandikan mereka.
( ops!! ini utk anak2 jer tau..laki korang tu sila mandi sendiri..haha!! )

Masak kan hidangan buat mereka.

Air tangan kita tuh akan buat kasih sayang kita antara suami dan anak2 bertambah erat dan sukar di uji. Bukan lah tak mandikan or memasak tuh hubungan tak baik..cuma kasih sayang itu tak tegap jika nak di bandingkan dengan amalan nih.

Alhamdulillah..mungkin kerana amalan dan pesanan Allahyarhamah ibu nih bonda praktik kan..rumahtangga kami boleh di katakan aman dan tenteram. Tidak pernah en.sayur memaki hamun bonda atau memanggil bonda dengan perkataan yang melukakan hati. Apa lagi membuat onar di belakang bonda. Bonda bersyukur sangat2..semoga hubungan kami akan terus di berkati dan d rahmati di masa akan datang. 

RYAN4 walaupun sering berkelahi..tapi mereka tetap adik beradik. Gaduh mereka tak lama..tangis mereka tak berpanjangan. Nama pun anak2..tambahan pula mereka rapat antara satu sama lain. Bonda percaya....perkelahian tuh yang merapatkan mereka..saling kenal mengenali. Bila sudah dewasa nanti mereka akan akrab seperti isi dan kuku. Bonda kata macam tuh sebab dah banyak contoh ada depan mata bonda.

Banyak kan bonda membebel..penat kan baca entry nih...hak3!!. Bonda sekadar berkongsi rahsia dan melontarkan pendapat bonda berkaitan isu masak memasak nih. Nak kata bonda pakar memasak tuh..jauh lah api dari panggang kan. Masih ada yang tidak sempurna. Namun memadai lah untuk mengikat kasih sayang kami sekeluaga...ALHAMDULILLAH.

Korang...bonda bagi santapan mata sebagai hadiah yer, hadiah sebab baca entry nih dgn mulut yang muncung2 :P...
terima kasih kawan!!
.
.
.
.
sambal ayam petai malam tadi ^_^

kata orang..










- Senyum -

*Al Fatihah buat ibu tersayang.

Tuesday 16 October 2012

Bersabarlah kawan..:(




- Sebak -

11 bulan lalu bonda pernah mengalaminya.

Pernah berhadapan dengan nya.

Sendirian.

Kelu.

Sumpah!! tiada yang lebih menguji selama
28 tahun hayat ini.

Perkhabaran itu.

Hari ini...bonda terbaca sebuah entry di
sebuah blog kesukaan bonda.

Sedang bergelut dengan ujian yang sama.

Allahuakhbar!!

Allah swt menguji pada mereka yang di sayangi.

Semoga kekuatan itu mereka cari.

Ketabahan itu mereka perolehi.

Walau terasa berat langkah kaki kalian.

Tolong teruskan!!!

Jangan berhenti berdoa..berharap dan berusaha.

Sampai satu ketika kita akan mula sedar bahawa semua yang terjadi ini adalah yang terbaik buatnya. Terlalu sedikit yang telah kita berikan. Biarkan lah...relakan walaupun serasa menelan duri.
Sakit.. tapi itu adalah sebaik2 perancangan.

- Nangis -

Surat cinta di pagi rabu ^_^




Assalammualaikum wrt..

Alhamdulillah masih tersenyum..walaupun,

Ini Rabu yang menjengkil kan.

Ini Rabu yang exhausted.

Ini Rabu yang annoying.

Eeehh..semuanya lah :(

MAU 6614 buat mogok depan trafic light.

- nanges -

Tengah2 duk buat muka sedih dalam kereta yang
tak bergerak..dapat ini,
.
.
.
.
.


Rakan setugas bonda mengirim sms.

Kami senasib pagi ini.

Hari ini hari ' kereta rosak ' kot.

Rosak yang sebetulnya rosak tau...bukan 'rosak'
di taman2 bunga atau pun pinggir2 jalan.

Rosak itu jawapannya ada di pejabat agama.

Rosak kami jawapan nya haruslah di bengkel
beralaskan not berkaler.

- Meraung -


Buat MAU bte 6614...

Bonda sayangkan kamu sangat2. Setiap kali ayahanda kamu ingin melepaskan kamu, maka tiap kali itu lah bonda pertahankan kamu. Bonda bela kamu...bonda tau, kamu tahu itu. Atas sebab itu kamu sentiasa baik dan tidak pernah menyusahkan bonda. Tetapi mengapa? mengapa pagi ini? kenapa pagi ini kamu protes pada bonda? tidak cukup kah minyak hitam sebagai sarapan? fuel tank sebagai hadiah?..apa lagi MAU?. Selama ini kamu kerap membuat onar pada ayahanda, kamu merajuk..kamu tunjuk perasaan. Bonda bersabar kerna bonda tau kamu tidak sekuat dulu. Bonda sabarkan hati ayahanda kamu. Namun pagi ini kesabaran kami telah kamu uji dengan ragam kamu yang tak pernah usai. Satu demi satu hal kamu lakukan. Beribu wang telah kami belanjakan hanya untuk menjaga hati kamu. Balasan nya? kamu tetap seperti selalu. Maafkan bonda kerna terpaksa merelakan tindakan ayahanda kamu pada kamu dalam masa terdekat ini. Sungguh!! bonda dah tak berdaya untuk terus bersabar dek amarah ayahanda kamu. Terima kasih kerna bakti kamu selama ini. Semoga kamu tenang di sisi ayahanda dan ibunda yang baru kelak.

Salam Sayang dari,

Bonda yang menyayangi kamu.



Bangkit!!




Saat kita tidak berdaya melangkah....
Akan kita capai segala dahan yang mampu berpaut...
Tanpa memikirkan ianya kukuh atau reput...
Berhati-hati bukan lagi nilai, tidak di peduli


Keterdesakan..... 


Cari kekuatan, pilihlah dahan yang paling rapuh.. 
Jatuh terhempas ke bumi..
Sakit!!

Bangun dan teruslah berlari..
Jangan kau toleh ke belakang lagi..
Kita sememangnya sudah kuat dari azali..

Bangkit!!!

Tahlil arwah..



Assalammualaikum wrt..

Pagi nih bonda jiwa kacau sikit.

Penat kenduri tahlil bidadari itu masih tersisa.

Kuala Pilah - Rembau - Bukit jalil - Rembau - Bahau.

Sendirian.

RYAN4?

Tak dapat di angkut bersama kerana masalah2 teknikal.

Haruslah en.sayur bertukar menjadi Mr.Mama nya.

Hew3!!.

Tahlil arwah nenda mereka berjalan lancar.

Alhamdulillah...tetamu yang hadir melebihi jangkaan.

Ampun dan maaf kami sekeluaga minta di atas
' ketidak cukupan ' lauk tersebut.


Murah rezeki arwah bidadari bonda dari saat beliau
jatuh sakit hingga ke hari ini.

Tiap2 sesuatu kesedihan yang Allah swt beritakan..pasti terselit sejuta rahsia yang penuh berkat di hujung jalan cerita nya.

InsyaAllah tahlil ini pasti menjadi acara wajib tiap kali ulangtahun kelahiran bidadari bonda nih.

Hanya ini yang mampu kami sumbangkan selain
kiriman doa yang tak pernah putus.

Ada seketol dua picca jer..:(

Gigam woman terperangkap di antara kesesakan orang ramai.

- Sigh -

Picca merepek jer yang hader..

Sob3!!

Tapi korang layan jer lah eehhh..,
.
.
.
.
.
.
.

Ini makcik, dia tahlil dulu..

Tahlil potong bawang katanya,

Hover sgt nih!

Hak3!!.




Ahli2 mesyuarat tingkap merangkap bff arwah
bidadari bonda. kiranya orang pentinglah tiap kali ada
kenduri atau tahlil dari keluaga bonda.
Tq cik mah dan cik ema :)




Haaa!!

Yang hitam dan manis2 kelat ini namanya ' Jianger '.

Asal : Bangladesh 
Hubungan : Pekerja ayah bonda.
Status : Masih bujang dan available.
Skill : Super beriani man.

Sesiapa yang berminat boleh hubungi bonda di muka buku untuk tempahan temujanji yer. Untung korang klu dapat berlaki kan dia nih tau, ari2 makan nasik beriani dia yang menjilat buku lali tuh.
Ini tak propa tau..betul2 nih!! ekeke!!.




Keadaan rumah merpati kami sebelum
di serbu tanpa belas kasihan.




Tengok2!!..sampai kat bilik stor kecik ada yang duduk
menjamu selera, punyalah hebat penangan nasik
beriani mamat bangla tuh..haha!!




Tak percaya? korang tgk lah diorg duk serbu meja makan.
Ni dalam keadaan dah terkawal sikit pasal sebahagian tetamu dah duduk kat luar menjamu selera..^_^




Kenyang pewut suka hati lah kan. Berlonggok
bercerita ceriti sebelum balik. Korang tau dah
pukul berapa waktu nih? 11.30 malam.


- menguap -




Ini pekerja baru ayah bonda..

Asal : Nepal.
Umur : tengah masak2 ranum gitu.
Skill : Tido macam org mati.

Kah3!!

Eeeehh..bukan lah korang, nih adik bonda :P

Dia nih memegang jawatan cleaner tiap
kali selesai sesuatu majlis.

Bergaya kan?.

Ada soklan?

Oohh, nak tanya pasal bangla masak..:)

lalu ker nak makan?

Tau dah persoalan2 maut dari korang yang baca entry nih..hik3!!. bonda kan super saiya..( tetiba ). Sebelum soklan tuh terlintas kat fikiran semua, bonda awal2 dah buat perancangan untuk pastikan si abg 'hitam kelat' tuh masak dalam keadaan yang bersih dan tak di ragui tau. 

Sekejap2 bonda terpaksa angkat muntot gedang dan berat bonda nih g buat spotcheck kat dapur. bukan tuh jer..bonda remind kat diorg banyak kali supaya bersih2 kendalikan dapur n masakan. Walaupun percakapan kami umpama 'itik dan ayam', takpe...janji tertelan makanan tuh nnt :P. Dengan bantuan bff bidadari bonda..alhamdulillah, semuanya kelihatan bersih dan sempurna di mata kami.

Aroma nasi beriani bangladesh nih..ssh bonda nak kata, wanginya..satu level datang jenguk rumah tau..mwahaha!!. Segala benda nak datang dari bangla, berasnya..cilinya..rempahnya. Siapa lagi yang kena turun pangkat kan...haruslah ayah bonda. Dari bos2 terus jadik driver..ekeke!!.

Ok lah korang...kita jumpa di entry yang akan datang yer..
Luv korang banyak2!!
Adios!

*Al Fatihah buat ibu..72hari kita terpisah jasad.