Saturday 30 June 2012

^_^



Kadangkala..hidup nih aneh.

Aneh bila mana ade rasa tak puas.

Yang senyap haruslah tertindas.

Bila mana wang mengaburi mata.

Tak perlu pandang hujung lautan.

Jawapan nya ada di depan mata.

Tatkala wang yang beraja di hati

Mana budi mana bakti semuanya hilang.

Yang ada hanya sinisnya senyum.

Rasisnya pemikiran.

Sedih bercampur baur.


Sangat2 tipikal


Dalam menilai seorang anak.


^_^








*Tiada kena mengena antara hidup dan mati yer..sekadar luahan rasa dan dan gambaran jiwa bonda ketika ini..Alhamdulillah atas segala kurniaan rasa ini semoga ianya menjadikan bonda lebih tabah dan kuat.AMIN.



~ Impian dan Harapan ~






IMPIAN..

HARAPAN..

Beda.

Bonda hanya punya harapan dan bukan impian.

Rumah agam yang gah di mata..

Kereta import bersusun di garaj..

Wang ringgit mencecah 7 angka..

Perhiasan sebesar sauh kapal..

Semua itu IMPIAN.

Bonda tak punya.

Bonda cuma punya HARAPAN..

Banyak!! terlalu banyak.

Mengharapkan agar bonda berada di sisi RYAN4 sehingga mereka dewasa..

Mengharapkan agar RYAN4 memakai jubah konvo dan bonda memakaikan topinya..

Mengharapkan agar RYAN4 membesar sebagai anak yang soleh dan taat pada agama..

Mengharapkan RYAN4 menjadi manusia yang berjaya di dalam hidup..

Dan harapan yang terlalu BESAR ketika ini ialah,

Mengharapkan agar ibu bonda sembuh sepenuhnya dari segala kesakitan.

AMIN.

Peluk dan cium ibu banyak3!!!

Rindu ibu :(





Adehh!! kan bonda dah kata..:/



Pinjam sat pic en.goggle, almari sebenar under quarantin pasal sakit,huhu

Nampak almari kat atas nih??

pasal ape pulak bonda letak segabak almari??

Meh nak citer..

Panjang tapi tak lebar.

RYAN4 Punya kelaku yang bisa buat bonda 'heart attack'.

Hujung minggu seperti biasa hanya ada bonda dan 4ketol RYAN4.

Dah beri ingatan berjuta kali.

Amaran keras jugak sudah di keluarkan.

Tetapi sifat ingin tahu lebih berkuasa.

Amaran keras di anggap sepi.

Akhirnya bencana pun berlaku..

Mukhlis dan Miqail telah alami mimpi ngeri.

Harapnya menjadi ingatan di masa akan datang.

Mereka di himpap almari dua pintu di atas..

Jeritan berjemaah di ikuti tangisan berkumandang.

Bonda menggigil seakan dunia berhenti berputar.

Ya Allah!!..gigih bonda alihkan almari,
(Dramatic situation pasal bonda turut meraung nanes sama..huk!!)

Hadoi aii!!! bengkak sudah kaki dan tangan.

Muhammad Ryan Miqail..Muhammad Ryan Mukhlis,

Marah bonda bersebab..tegah bonda kerana sayang.

Saat ini bonda jadik takut...

Takut memandang almari.

Haih!! kalian benar2 menambah fobia bonda.

Maafkan bonda klu baju n seluar suma di lantai.

Maafkan bonda juga kerana cuai minggu ini.

Maafkan bonda :(





Wednesday 27 June 2012

Kenangan Kalian :)




Mereka..

Setiap hari tanpa jemu..

Tanpa lelah..

Tanpa dendam.
(dendam pasal kejap gaduh kejap baik..huhu)

Tanpa was2..
(haha!! yg nih bonda sesuka nak tulis)

Tetap bermain..

Tetap bersama..

Ibarat laut dan pantai..

Tiada apa yang mampu menduga.

Tak caya??

Sila tgk bukti di bawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aktiviti wooojiibbb di rumah atok..main bantal, sigh!!

*Bonda doakan agar RYAN4 tetap bersatu..tetap sayang dan menyayangi walau apa pun yang terjadi. Kalian merupakan anugerah yang tidak ternilai dalam hidup bonda dan ayah. Marah kami tanda sayang..Rajuk kami tanda kami mahu di hormati. Sayang bonda dan ayah tiada ukuran kerna tiada apa yang mampu menjadi pengukurnya.



Again??? :/







Permulaan hari yang tak berapa nak best..


Sebab?


Sebab bonda dan En.Sayur dah buat silap awal2 pagi.


Kesian pada abang miqail.


Sungguh kesian.. :(


Masuk tadika berlenggang kangkung..


Muka masam mencuka..


Semua gara2 kami terlupa bawak beg skolah beliau.


Bonda harap ayah..ayah harap bonda.


Tak bertulislah buku2 yang menghuni beg tersebut.


Maka berganda lah tenaga abang malam nih.


Maafkan bonda dan ayah yer..


Walau dah kedua kali kesilapan berulang.


Belum masuk 5 kali..


Lebih 5 kali sila adukan pihak yg berwajib.






Yang ikhlas,


Bonda abang yang cantik menawan.
(feeling cantik sesekali hukumnya makruh..hihi) 







Tuesday 26 June 2012

Jadual waktu bonda..ade? bonda ade!!!





Hai3!!! Halu! Sawadikap!!
(melambai ala2 miss kebarung..kisah? ekeke)

Hari nih bonda nak suh korang baca timetable..

Nak tak?

Nak?

Ok jom!!!

kabur sebab dia nak kabur..udah bonda nak buat guane bedah?? kih3!!


Gini lah jadual bonda tiap hari kecuali hari cuti skolah.


Klu cuti skolah double lah time table nih yer..pasal suma RYAN4 ade.


Fennattt?? Korang rasa?


Bagi bonda ade kontra dan tak kontra.


Kadang2 rasa best..kadang rasa down.
(bila RYAN4 berjemaah menunjuk perasaan)


Tapi bonda berpegang pada satu kata2..


"Masa anak2 kita masih kecil inilah mereka akan minta apa yang xmampu mereka laksanakan sendiri. Kelak mereka akan dewasa dan pada saat itu pasti kita rindukan permintaan mereka yang bermacam ragam"


Oooohhh...terharu di situ.


Tiba saat itu nnt..pasti bonda rindu nak dengar RYAN4 mintak,


1.Nak makan nasik.
2.Nak air milo/ribena/susu letak dalam botol.
3. Nak tgk DVD Ultraman.
4. Bacakan buku n doa sebelum tido.
5. Nak mandi dengan bonda.
6. Nak mandi pool.
7. Nak tido celah bonda.
8. Bonda buatkan kek.
(owwhh!! ini yg paling bonda rindukan nnt..sob3!!)
9. Ajarkan main game.
10. Bawak pegi jalan2.






Isk!! banyak pulak dah nak rindunya.. :P


Memang banyak pun..lebih dari ini.


Yang lain biar bonda simpan dalam hati kapas jer lah eh?


Karang muntah ijau pulak korang layan rindu bonda nnt..hihi.


Ape??


Dah habis lah bedah..


Cepat g masak n buat yg terbaik utk anak tuh.


Karang susah pulak bonda nak layan korang punya rindu pulak,


Hish!! ^_^


Monday 25 June 2012

Haper kejadahnya hubungan itu (entry sentap2..hihi)



Assalammaulaikum pada semua pembaca blog nih secara terang2 atau pun senyap. Terima kasih lah pada yang mengikuti blog nih secara formal (jadik follower bonda) pada yang belum secara formal..ape kata korang jadik formal pada blog syok sendiri nih. Namo?? takpe bonda faham.
(sambil sapu ayaq mata dgn baju..sob3!!)

Pasal ape bonda kata syok sendiri?? pasal blog nih suka bercerita segala2 nya pasal anak bonda, peristiwa serta pandangan bonda. Bonda menulis kerana jiwa dan melontarkan segalanya sebagai perkongsian. Maafkan bonda klu ade yang terkasar atau tersalah bahasa..al maklum lah, sejak dah jadik 'mak2' nih, banyak lah bebelan nya

TAPI!!!!

Untuk pengetahuan uolss yang kat luar sana, tiap kata2 or bebelan 'mak2' nih majoritinya betol. Come on lah...semua pernah jadik budak dan remaja kan sebelom jadik tua2  dewasa nih. Makanya semua pun pernah melalui fasa tak matang atau dalam bahasa omputihnya tak 'matured'. Segala laku yang tak senonoh dulu semuanya jadik sempadan pada kita apabila menginjak tua dewasa nih kan. Apabila bergelar 'mak2' lagik lah kita kalut nak buat yg terbaik dan beri yang terbaik buat anak2 kita kan?kan?. Klu ade yang ala kadar jer buat utk anak, meh kasik bonda cium pp tuh guna sendok..(ops!! maap emosi terganggu..hihi)

Ok3!! namo meroyan lagik...buhsan!! tepuk dahi.
Bonda sebenarnya terkesan dan sgt2 rasa frust bila bukak jer mukabuku, bersepah pasangan 'penk' kat sini. Persoalannya sekarang ialah kenapa semakin ramai perempuan or gadis yang suka melayan perasaan sesama jenis??. Haper ko dapat dik oooiii??..gunalah akal yg satu tuh utk kebaikan bukan kerosakan. Alasan mereka fed up dgn kaum adam kerna banyak menyakiti. Lupa ker tugas kita kat dunia nih? lupa ker pada pegangan agama serta rukun islam dan iman? LUPA KER??. Ke nak tnggu tersungkur baru nak pandang ke langit?. Tugas kita kat dunia nih sebagai khalifah..atau dalam bahasa kasar nya HAMBA. Mencari keredhaan dan keberkatan hidup berpandukan agama sebagai pegangan serta mengejar pahala ALLAH swt itu yg utama. Bukan hanya untuk melayan perasaan kecewa yg takde kesudahan dan terus hanyut di buai nafsu yg tak bertepi.

Bonda pernah tersilap menilai seseorang dan kesilapan itu yang buat bonda semakin memandang hina pada golongan ini. Si polan ini telah di ceraikan dengan talak 3 atas kesilapan menjalin hubungan dengan golongan ini. Bonda bermatian membela nasibnya..membantu apa yang mampu. Simpati dia di ceraikan dengan anak2 yang masih kecil. Berbuih mulut memberikan kata2 semangat. Tapi semua itu tidak berkesan pada seorang wanita yang mata ditutup dgn hawa nafsu dan akal yang tak berapa nak panjang. (tu lah dulu mak suh skolah ko ponteng..kan dah bodoh)
Penyebab penceraian yang nya ialah 'PENK' dan paling kesal sekali c polan masih terus mengejar CINTA SEJENIS dan membiarkan anak2 terbiar ketandusan kasih sayang seorang ibu dan ayah. Senang citer..anak di asuh oleh atok dan nenek.

Lelah!! serius lelah dan sakit hati..urut dada banyak kali pun tak kan lega kecuali klu en sayur urutkan..hak3, ops!!. namo pikir lain2..tutup mulot yg melopong tuh eehh??. Kesimpulan pada entry nih??..takde kesimpulan pasal sapa makan cili dia yg rasa pedas..sapa yang pijak taik kucin kaki dia yg busuk. Dah3!! g simpan cili n basuh taik kucin tuh...haih!! awat lah pengotor sangat..:D

PEACE!!

Catatan Bonda (tajuk kn kerek, tak kan nak tulis en.sayur cinta hati ku pulak kan?? lagik kerek..huhu)




Ini entry syok sendiri..

Entry budget hot dan vavava!!

Ekeke!!

Saja nak berkongsi maklumat sulit.

Dah3!! jangan nak teruja sgt bila baca 'sulit' tuh yer..:P

Bonda cuma mahu catitkan sedikit ingatan

Sebagai kenangan pada RYAN4

Segala perihal bonda yg mungkin 1 hari nnt luput di telan waktu.

Bonda hanya punya ketinggian 146cm..

Berat??

Biarlah rahsia..ekeke!!

Bonda punya diploma dalam art di Uitm..

Bonda seorang yang simple.

Punya Jiwa dan hati kapas.

Terselindung di sebalik rupa yang macam harimau.
(ini statement RYAN4 tiap kali lepas kn marah..huhu)

Hagak sombong pada sesetengah orang.
(pada yang tak kenal)

Suara macam halilintar

Dan yang paling RYAN4 pasti tak lupa..

Bonda suka memasak.

Masak apa2 sahaja terutama bab2 kek dan seanteronya..kih3!!

Dan pastikan sedap.

Klu tak musuh2 mula bergosip..

Nama paling atas yg gelak 20 harkat tentu2 dah musuh
dalam selimut,


Bukan orang lain...En Sayur.


Lagi nak pikir musuh tradisi, musuh dalam lipatan

musuh dalam perahu buat2 tak tahu

Shadis!!

Eeeehhh jap!!

Bonda juga kuat verangan..yang besh2 jer,

Mana yang tak besh anggap jer mimpi ngeri..hihi.

Haper lagik eehh??
(ciss!!! ilang terus ingatan bila en sayur ade kat sebelah..sigh)

Ok..takat nih jer, next entry bonda tulis lagik yer..

Tak moh tahu??

Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

*_*























Sunday 24 June 2012

Cuti hujung minggu :)





Hujung minggu pasti RYAN4 dok berderet berjemaah.

Menanti ayahanda yang pulang dari mencari rezeki..

Dengan omelan yg tak putus2..

"Bila ayah nak sampai nih"..pertanyaan tanpa henti,

Bukan terlalu rindu..bukan juga ternanti2kan sesuatu.

TAPI..

Hujung minggu adalah hari pelepasan umum..

Diberi kebebasan utk memilih ke mana arah tuju bagi melapangkan fikiran.

Dan juga dari aktiviti 'main kawen2' mereka..sigh!
(yang terlepas entry nih boleh rujuk semula..huhu)

Memandangkan hujung minggu sudah adalah masa melawat bidadari bonda..

Maka pilihan mereka minggu ini ialah 'Dinosaur'.

Jom layan picca yg bonda dah combinekan nih,

Nak letak satu-satu??

Muntah.

Eeeehhhh...sila2!!!

baris sedia!!!

belajar dan berkongsi..ouch!! terharu jap..hihi.

merata meriti..

Terowong ikan

antara dino yg mnjadik perhatian mereka

Masyal yang sgt2 penakut..kui3!!

mereka yg saya sayang

Muhammad ryan mukhlis

malaikat2 kecil bonda

Saturday 23 June 2012

Cepu emas ker nak kena cepuk??



Sehari di rumah bidadari..

RYAN4 telah di temuramah..
(glamer tau anak bonda..hak!)

Walau hanya di temuramah oleh pokcu sendiri..

RYAN4 totap mantain jawapan ala2 dramatis..

SOALAN PER1 : Abang ade awek tak?? (soalan tak skolah acu..hallo!! anak aii baru umur 5thn okeh..haih!)

JAWAPAN MIQAIL : Ade!! (erk! kompem bonda menantu awal..huhu), Tapi abang tak boleh kasik tau nama dia pasal kitaorg dah putus..
( haaa!!! tau ker putus sambung nak ooiii?? bonda hagak dia rasa garisan putus2 lah awek tuh..hahaha!!) 

SOALAN KE2 : Ikish ade tak? (acu yg masih tak berpuas hati..huh!!)

JAWAPAN MUKHLIS : Dulu jer ade..skang dah takde pasal dia dah meninggal..(sore ala2 sedih gitew)

Satu rumah gamat dengan jawapan drama ulam pegaga tengah bonda..aduhai!!!

Kesimpulan : AWAS!! Sila jangan tanya soalan kedewasaan pada anak2 bonda..kerna kelak jawapan mereka akan memutuskan urat perut. Jangan kata bonda tak bg amaran yer...segala kesakitan dan kemalangan takde insuran cover..HARAP MAKLUM.

Lewat dan bertambah gawat..adoi lah!!




Pagi nih bonda kena jaga exam..

Terlewat bangun gara2 tido jam 4.30 pagi.

Kenapa tido lambat??..nnt kita cerita ceriti :P

Tetiba c bongsu bonda buat ragam..

Tak moh masuk kereta pasal nak naik,

Ini ke rumah pengasuh,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
mana dia punggah menatang nih tak tahu lah..sigh!!

Muka menagih simpati :/



Masyal ooohhh masyal...

Tahun depan dan tahun2 akan datang pun kita belum tentu sampai.

Celah lubuk mana kita nak darat kan tiub awok nih??

Sila maafkan bonda awok nih..

Yang dah terlewat dan ter'tukar hijau

*_*





Friday 22 June 2012

Awang hitam..adehh!!





Lelaki kulit hitam??

Tak selera!!

Bukan memilih atau rasa hebat..

Tapi bonda rasa cukup hebat hingga tak sepadan dengan mereka..

Iya!! suma ciptaan ALLAH swt..

Tak ade ciptaan NYA yang tak cantik..tak sempurna.

TAPI..

Bonda bersuara dari sudut seorang ibu..

Sangat-sangat risau dgn kebanjiran mereka ke negara ini sejak 2 menjak nih..

Banyak buruk dari baik.

Mudah-mudahan seluruh ahli keluaga..rakan taulan dan kenalan bonda baik2 saja.



*Kesan entry ini..sigh!!


Thursday 21 June 2012

~ Amarah ~




Menulis itu jiwa..

Kadangkala ia satu kemestian..

Makanan hati yang sedang amarah..
(selain daripada berdoa yg terbaik..huhu)

Menulis lah jalan yang terbaik.

Itu lah bonda..

Bonda RYAN4 kalian.

Segalanya tercurah di sini..terlakar di balik catitan.

Rasanya mood bunga2 pagi tadik dah leburlah..

Gara-gara racun rumpai yang lama dah mengalir,

Nak kena panggil jabatan alam sekitar ke tak ehhh??

Nak panggil tak??

Tak payah lah kot..

Bonda kan bonda hati kapas yang waja

Bertabah lah..chaiyok!!

*Kemarahan sebenarnya kadangkala bersifat subjektif, xde sebab yang kukuh pun boleh jadik amarah. Urut2 dada dan teruslah tersenyum, walaupun rasa pahit macam kopi kapal api :P








Ternakan Lelemak :P

Alhamdulillah..

Idaman tekak dah berjaya di realisaikan dengan jayanya.

Sekian lama memendam cinta..

AKHIRNYA...

Jeng3!!

pavlova pertama bonda :)


Oooohhh sungguh shahdu bila masuk ke mulut.

Pavlova punya penangan..:P

Entry terlewat Bufday abang..sob3!!




Ini adalah entry yang terperam dan terperuk.

Klu boleh di lihat..pasti dah kelihatan alga dan kulatnya..shadis!!

Bukan bonda malas.

Tapi entry nih dah di tulis berulang kali dan hilang.

Macam mana boleh ilang??

Yer..tangan bonda yang sgt tak berdisplin dan suka delete nih punya kerja.

Bila dah terhilang dan tidak d simpan, maka karangan ketiga kali adalah satu kemalasan.

Tapi mengenangkan tiap penulisan punya kenangan, bonda gagahkan kembali jari runcing.

Stop alasan.

Ini entry "hari ulang tahun kelahiran ulam pegaga sulong bonda, MUHAMMAD RYAN MIQAIL"

Janji namo bersuka ria setiap kali birthday terlerai.
(ampunkan saya penunggu gua aka en.sayur..keh3!!)

Kek kereta polis jadik idaman ulam pegaga sulong.

Takpelah..mungkin ini tahun terakhir..sob3!!
(rela dalam paksa..huhu)

Ok layan picca yer..

nampak tuh keta 3 ketol..bg sama rata.c kecik tak pandai main lagik..selamat!!

choc indulgence

Debor  dgr kawan2 nyanyi, darah gemuruh ayah.
(harus yg buruk ayah, bonda baik2 saja..hak!)

Geram pada kereta ker abang??

Hover gaya tuh yer anak

Sebahagian dari kawan2..comel!

Tumpang sekaki..al maklum lah taska sebelah tadika..hihi.

C comel saya..emin.

Goodies bag dari bonda.


Eeeeehh jap, bonda nak bagi ucapan istimewa ckit khas untuk anak kesayangan bonda..


"Abang..selamat ulangtahun kelahiran yang ke5 sayang. Seperti hembusan tiap hela nafas bonda masa berlalu, tak bonda sedari dah 5 tahun usia abang.Bagai baru semalam bonda membawa abang di dalam rahim bonda..mendengar denyutan jantung abang menerusi scan pada 5 minggu pertama kewujudan abang. Sangat bahagia detik itu. Abang seorang anak yang tak punya banyak karenah dari dalam rahim hingga ke hari ini. Abang seorang anak yang boleh di harapkan..proktektif terhadap adik2 dan yang paling penting punya sifat memahami yang tinggi dan matang dari usia abang. Bonda doakan abang membesar menjadi seorang anak yang soleh dan taat pada agama..cemerlang dalam pelajaran dan bijak mengatur langkah. Semoga abang panjang umur dan murah rezeki selalu. Kasih bonda pada abang tak ternilai dengan apa2 pun yg ada di langit dan bumi. Segalanya untuk abang dan adik2..walau nyawa bonda gadaikan. Selamat ulang tahun sekali lagi sayang..bonda sayang abang sgt2!! "

Ikhlas dari dekat, Bonda..


Wednesday 20 June 2012

Jom raya!!! (entry terlampau seorang ibu)





Raya oooo raya..

"Jangan nak ngada kasik feeling raya kat blog eehh bonda"
(kata hati suci lagik bersih)

"Biarlah hakak nak citer pasal raya pun..blog hakak..kisah pulak ko"
(bisik kata hati itam legam)

Dah3!!! stop kan permainan hati nih, xde sapa nak tau hal korang berdua jah..nih bonda nak citer pulak.
(pergaduhan hati mmg biasa berlaku dalam dri bonda..toksah heran..hak3!!)

Nih bonda nak citer nih..

Dengarlah..

Bonda kan..

Bonda kan..

Bonda kan...segan nak tulis..
(hik3!!..sambil senyum2 kamben depan pc sesorang)

Tapi nak bgtau uuooollllsss nih..

Bonda dah beli baju raya untuk RYAN4 dan ulam pegaga besor aka en sayur segar bonda.

Haaaaa!!! kan dah kata, korang mesti kata hover punya...: /

Tapi bonda ade sebab tau jah,

Sebab bonda anak ramai..suma persiapan kena mula awal..huk3!!

Namo jadik macam tahun yang sudah, last minit shopping terdesak tau.

Semuanya tak ikut tema dan kehendak, main taram jer.

Pasal suma saiz baju melayu dah xde yg ikut turutan korang sapu..

kejam.

Tahun nih sebelom pose bonda dah serbu kedai..sambar 5 pasang terus.

Hish! tak sabar pulak nak tgk c bongsu (masyal) terkedek2 berbaju melayu..

Ya Allah swt..kuatkan iman hamba mu yang hover n lemah daya tahan kawal napsu nih..

Nak kena sorok bawah lemari lauk nih....pheewwww!!!
(sambil kesat peluh kat dahi bayangkan masyal dan baju melayu...hahaha!!)


Tuesday 19 June 2012

~ Tengahari 20 JUN 2012 ~




Mak mertua bonda takde..

Rasa patah sebelah tangan..

Selalu balik lunch kami masak sama-sama..

Tak pun mak mertua masak bonda rasa
(bukan pemalas yer..my MIL yg xberi masak, sila percaya *_^)

Tapi MIL takde..berziarah dan menjaga ahli baru keluaga kami.

Bonda keseorangan masak sambil melayan karenah RYAN4.

Dengan masa rehat yang hanya sejam,

Oooohhh kesian.

Berhempas pulas pulak mengejar 3ketol RYAN untuk menyuap sesuap nasik
(seketol lagik kat umah babysitter..selamat)

Lelah..

Semput..

Paling terkilan, terlepas satu aktiviti,

Nak tahu?..betol nak tahu?

Ok..

"Aktiviti memejam mata sambil berfikir".
(bukan tido tau..pejam mata jer ^_^)

Nangis..
(jiwa jer..fizikal tetap mantain sasa..hak3!!)

Before bonda menutup pintu kereta untuk kembali berjuang di opis..

Mereka melambai sambil jerit,

"babai bonda puteri..bonda cantik macam puteri"


huk3!! tetiba rasa nak masak lagi malam nih..ekeke!!
(yer bonda nih ati kapas..cepat tergoda dengan pujian, en sayur sila jgn amik kesempatan..AWAS)

Teringin..haih!





Teringin.


Bonda sangat2 teringinkan sesuatu.


Sesuatu yang ramai kawan bonda ade..tapi bonda takde :(


Sesuatu yang bonda rasa amat susah utk bonda dapat,


Betol!!! dah cuba banyak kali pun, tetap tak dapat.


Tapi bonda tak lelah..tetap nak jugak 'sesuatu' tuh..


Kadangkala rasa sedih bila keinginan tuh memuncak.


Bonda mahu peneman tatkala bonda kupas bawang..


Sahabat tatkala en sayur keluar tinggalkan bonda utk 'ngeteh' di hujung usia nnt..


Penghias bonda sewaktu bonda terlantar tak terdaya utk berhias..


Argh!!! keinginan ini selalu membunuh jiwa bonda.



Tapi..



Bonda sudah punya RYAN4.

Mereka juga boleh jadik seperti semua yang bonda dambakan..



Tapi..



Tak sama..mereka malaikat kecil yang menghantar bonda ke 'sana' nanti..


Bonda inginkan seorang bidadari kecil.


Yang bisa memandikan bonda sewaktu bonda bersiap untuk ke 'sana'..


Sungguh!! rasa seperti gula-gula kapas berada di mulut andai hajat kesampaian.


Manis...

EMBUN NAJLA nama nya..indah kan?











Ok stop verangan, back to reality *_*


Ya Allah swt..hanya kau yang maha mengetahui dan memberi


Aduhai anak.. :(





Sedih!!
(taip dgn air mata bergenang2..serius!)

Kenapa lah jadi begini wahai anak..


Tergamak nya..


Mencederakan syurga mu.


Bidadari yang telah bersusah payah menjaga dan mengasihi mu.. 


Kelak kalian akan rasa menjadi ibu dan ayah,


Semoga nasib buruk ini tidak kembali ke atas mu..


Doa ikhlas dari bonda buat kalian yang berdosa..




*Hanya nukilan ini mampu bonda titipkan lantaran hati kapas telah basah dek air mata membaca cerita seorang anak yang mencederakan ibu kandung sendiri. Cakap banyak pun tak guna..klu hati dah gelap, cahaya terang pun tetap gelap. Semoga RYAN4 sayangkan bonda dan ayahanda sampai hujung nafas bonda dan en sayur. Nak link??..tak nak? nak? aish!!! amik jer lah kat bawah nih,