Thursday 28 November 2013

Bahagiakah aku?



Aku rindu masa aku tertawa tanpa duka.

Aku rindu masa aku tersenyum penuh makna.

Aku rindu lewati hari dengan leteran ibu sendiri.

Aku rindu hadapi hari-hari kecilku.

Aku rindu aku yang dulu.

Aku yang berlari-lari mengejar loceng sekolah.

Aku yang tak pernah kalut dengan perasaan.

Aku rindu.


Tapi.....

Aku bukan aku yang dulu.

Aku sekarang ibarat karang di lautan yang luas.

Kadangkala aku lemas dek pasangnya laut.

Ada masanya aku gagah di kelilingi tenangnya laut.


Ada satu yang pasti..

Aku masih aku yang dulu, punya hati selembut kapas.

Walau seteguh karang aku berdiri.

Mungkin hingga hujung nafas.


Bahagia kah aku???

Wednesday 27 November 2013

Selamat Ulang tahun perkahwinan en.sayur...


Assalammualaikum wrt..

Tadik ada draft entry pasal sabah tu tau, tapi tak leh nak published pasal gambar yg di janjikan dalam entry tu takdak..haha!!. Kemain diva bonda buat entry..last2 gambar takde kan, padan muka bonda!. Usb yang simpan semua gambar tu kat rumah dan sedang bersenang lenang di slot DVD player. Pasai malam tadik tengok citer yg ada kat dalam tuh..huhu :P

So?? Berubah lah entry arini setelah lama senyap kan? Nak citer pasal Aniversary bonda dengan ayah si RYAN4 tu itu hari pada 22/11/2013 yg lepas. Macam biasa lah kan..tiap kali anibeseri, bonda yg over excited, si en.sayur tu buat nohong jer..kah3!!. Nasib dah kawen dan beranak pinak, kot baru bercinta..mau masuk list EXbf en.sayur ni tau..haha!. Tapi alah bisa tegal biasa kata orang, dulu-dulu yer..punya lah sentap kemain bila mamat tuh tak bagi present atau pun bawak pi makan-makan kat mana-mana ke. Tapi la ni...eh! tak kisah dahhhhhhhhhh cik kiah ni oooiii. TAPI! dalam pada tak kisah ni, bonda bagi jugak lah hint2 tu kan..mwahaha!!. Jadik orang pompuan ni bukan boleh hati kapas 100% walaupun sebenarnya dalam hati ko tuh macam ribut hainan. Kita kena cool kekdahnya, alah! tarikh jer pun. Apa yang penting kasih sayang korang laki bini makin hari makin menebal gitu..kannnnnn?.

Panjang pulak dah bonda membebel kat sini, nak letak gambar sambutan memang takde lah sambutan apa pun. Just ucap sambil cium dahi jer, alhamdulillah. Masih mampu kami bersama walaupun 1001 halangan dan ujian yang tiba. Pada bonda, en.sayur ni memang nampak keras luaran..namun kat hati dia bonda tau ada ladang bunga, bukan kebun bunga lagi dah!..hihi. Sejak kami bersatu, kami tak pernah lagi menyusahkan orang tua kami dengan permasalahan rumahtangga kami, membebankan orang tua kami dengan masalah kewangan kami dan paling penting! kami hidup apa adanya. Apa yang ada kami kongsikan bersama malaikat2 kecil kami. Jika ada kekurangan...kami seperti pasangan lain juga, sesekali ada pertengkaran. Namun itu bukan lah penyebab kepada kekurangan kasih sayang kami suami isteri. Bila dah makin menghampiri angka 3series ni kami banyak mengalah bila berlaku perselisihan faham. Kalau dulu...bukan main macam ninja lagi sekor2..sendu! haha!. 

Tak moh citer panjang...kang bosan korang baca, so bonda nak wish sepatah berpatah2 kata untuk en.sayur kesayangan bonda dan RYAN4 ni.

En.Fauzi kesayangan hamba...^_^
Selamat ulang tahun perkahwinan sayang. Bonda doakan agar perhubungan yang di bina atas dasar kasih sayang dan kerana Allah swt ini brpanjangan hingga ke syurga Allah swt. Bonda sayangkan ayah melebihi kasih sayang ayah pada bonda (macam selalu..hik3!!). Sayangi dan cintailah bonda serta malaikat-malaikat kecil kita dengan penuh keikhlasan. Bonda hanya punya ayah dan RYAN4 kita jer sebagai penguat kekuatan kehidupan yang masih panjang ini. Semoga kehidupa kita sekeluarga di berkati, di rahmati serta di lindungi Allah swt.AMIN.


Bersama Ayah & Allahyarhamah ibu bonda, al fatihah buat ibu :(
#luas sungguh lah dahi bonda tu kan..haih!




Thursday 14 November 2013

Warming up ^_^



Assalammualaikum wrt..

Hola3!!..kembali bersiaran dengan mood yg tak berapa ke laut..hihi. Susah betol nak update blog sekarang kan? Isshhh..banyak benar alasan yg datang tiap kali bonda teringat blog. Nak kata dah tak suka tulis..tak! banyak benda nak tulis..
Nak cerita..
Nak di luahkan.

Tapi entah lah..mungkin sejak dua menjak ni bonda lebih suka diam dari meluahkan. Kehidupan 2,3 bulan ni hectic korang. Kerja yang makin banyak, adik yg nak kawen, anak yang makin melasak, kursus ke luar semenanjung..ades!. Bonda ingat kehilangan bonda tak mencuri tumpuan..maklum lah, blogger syok sendirik kan? haha!. Tapi bila ada yg pm kat FB bertanya..rasa macam eh! ada yg setia tunggu entry dan khabar rupanya..alhamdulillah.

Untuk entry yg pertama setelah sekian lama ni, tak moh citer banyak lah yer..walaupun citer memang banyak sangat. Bonda kongsikan gambar je seketoi tau..citer, nanti kita citer..nak kumpul semangat dulu..Tungguuuuu... ^_^

Bonda dengan adik bonda yg lain ayah lain mak :)

Sunday 27 October 2013

Rojak pasembur (baik baca pasal xde kaitan rojak pun, haha)



Assalammualaikum wrt.

Ni entry pendek..
pasal nak balik kemas barang.
Esok pagi-pagi buta aku nak ke Kota Kinabalu, Sabah.
Jauhkan?
Urusan kerja.

Tapi nak share kat korang gambar pagi tadi..


Masyal lah tuh..
Si bongsu.

-muncung mulut-

Merajuk dengan wan.
Lately ni semua pun nak buat sendiri.
Haish!.

Minggu lepas punya cerita pulak aku sibuk buat nih..


Dah siap punnnnnnn..^_^
Sorang jer aku jadik tikus dalam bilik nih.
Tinggal tunggu hari bersejarahnya jer.


Tak lama dah kan?
Adik bonda dah nak jadik laki orang.
Rasa macam baru semalam kumpul duit belanja sekolah nak belikan dia seluar pendek doraemon..kih3!!.

Mahal ooo masa tuh bagi aku.
5.00 Hengget selai.
Gigih sungguh aku waktu tuh.
Walau baru darjah 2.

Semua kerana sayang.
Time fly was very fast.

Kalau lah ibu ada...
Masa nih, Mesti lagi meriah.
kami sama-sama buat semuanya.
Al fatihah buat ibu tersayang.
Setahun 3bulan sudah ibu.
Rindu ibu.
-____-



Thursday 17 October 2013

aku lupa lahhhhhhh...adoi!



Assalammualaikum wrt.

Takde citer apa pun.

Cuma nak bagitau,


Mungkin aku dah nyanyuk.
Mungkin aku dah tua sikit (sikit jer..)
Mungkin aku dah banyak putus urat ingatan.


Tengahari tadik kukus kek masa lunch.
Dah jam 4.23 petang aku baru perasan kek masih di kukus dengan air yg dah kering.

Mujur tak terbakar periuk.
Mujur ada mak mertua tolong tutupkan api.
Pasal aku kat opis tengah main mukabuku.

Ishhh! tercalar reputasi kemenantuan aku.... -_-


Sunday 13 October 2013

Mak jarah vs kak nam..



Assalammualaikum wrt.

Aidilfitri 2013 - genap bidadari bonda setahun pergi tinggalkan kami.

Aidiladha 2013 - genap 54 tahun usia bidadari bonda jika Allahyarhamah masih ada dan bernafas.


Cantik aturan perjalanan yg Allah swt aturkan ni kan?

Alhamdulillah.
Walau masih ada luka, namun perjalanan bonda setelah setahun 2bulan kehilangan Allahyarhamah masih mampu bonda teruskan. Kami masih bahagia bersama. Kami masih mampu merancang perjalanan hidup kami dengan baik. Kami masih di limpahi dengan kasih sayang yang tak terucapkan.

Syukran Ya Allah.
Syukran.

Banyak benda nak cerita...
Kisah RYAN4 ke sungai petani yang sangat adventure..nantikan! :P
Kisah persiapan perkahwinan adik gemok bonda yg seketol.
Kisah tentang kesakitan yg sementara.

Tapi nanti lah..
Meh bonda kasi tengok satu kelaku tak anggun Ryan bongsu bonda, masyal.


Nampak tak muka en.sayur dan anak bongsu beliau itu?
Sangat kepochi kan?

Kat bawah ni bertambah bukti bahawasanya
mereka memang satu kapal bab 'menjarah'.
Sekian.


#
Al fatihah buat ibu tersayang..Eshah binti Pendek.


Saya anak dara? ishhhhhh....


Assalammualaikum wrt.

Al fatihah buat Allahyarhamah mak lang yang dah pergi mendahalui kami selama 100 hari.

Hari ni tahlil Allahyarhamah.

Bonda sejak semalam berada di kampung,
membantu apa yang patut.

Memang terasa kehilangan Arwah.

Dulu...bangun pagi jer dah terbau-bau nasik goreng,
bee hon goreng dan lain2 sarapan pagi.

Kali ni..

Bangun pagi jer kami terkial-kial ke dapur
termenung apa yg nak di sarap kan.

Padan muka kami.

Seperti selalu, bila ada kenduri kendara di kampung, tukang-tukang masaknya hanyalah wan2 ongah yang sgt galak bercerita sambil mengacau gulai..hihi.
Bertambah perasa ^_^

Namun tiada sekeping pun gambar yg berjaya bonda abadikan.
Semua kerana ke hulu ke hilir melayan wan-wan yg sibuk meminta itu dan ini. The best part bila tetiba rasa anak dara..kah3!!. Mana tak nya..ayat seruan mereka pada bonda seperti..

'ooii dagho, mano garam eh?'
'gho..amik an gulo sosudu'

Haaa!! nampak tak?
Ai dara uuu??

Tetiba malu sendiri...







Wednesday 9 October 2013

Aku anak flat.



Aku anak flat.

Ruang sempit satu bilik besarkan aku.
Simen bata alas kaki aku.
Di atas langit padang permainan aku.

Tak bisa aku bermain longkang.
Tak hadap aku main tanah.
Tak heran aku memanjat pokok.

Bertahun aku di awangan.
Bertahun aku bergentayangan.
Semua kerana aku anak flat.

Tidak pernah ada rungutan.
Walau satu lontaran keluhan.
Itu sahaja kemampuan.
Buat kami golongan pertengahan.

Masih bersyukur walau ruang sempit..asal tidak di bawah jambatan.
Masih bersyukur memijak simen..asal bukan kerikil jalanan.
Masih bersyukur dan tidak kufur.


Alhamdulillah.

- aku budak Flat Sri Sarawak, BLOK C..3-10-E -

#Al fatihah buat bidadariku sayang..setahun 2bulan kita terpisah jasad, rindu ibu :(

Sunday 29 September 2013

Marah!!


Marah...
Marah buat kita semakin parah.

Kan?

Ke aku yg buta hati?
Hilang rasa?
Cacat jiwa?

Marah itu merosak kan.
Marah itu membinasakan.
Marah itu malapetaka.
Itu kata aku.

Dan..
Atas dasar itu aku kawal amarah.
Sehingga aku lupa bagaimana untuk marah.

Mungkin aku akan nampak seperti si penakut.
Nampak seperti orang yang kalah.
Kelihatan seperti orang yang bodoh.

Namun aku tenang...
Tak perlu aku fikirkan amarah yg tak sudah.
Tak usah memikirkan apa pun pnyebabnya
Kerana aku ada ALLAH.

Alhamdulillah.

Geram..sikit marah..makan, macam selalu..



Assalammualaikum wrt.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

” Demi Allah, sesungguhnya orang-orang Yahudi itu telah meyakini bahawa barang siapa yang menukar (kitab Allah) dengan sihir itu, maka tidak akan mendapatkan bagian (keuntungan) di akhirat. ”

(QS Al Baqarah: 102)

Semoga kita2 semua terpelihara dari semua perkara-perkara syirik yang semakin berleluasa. Akhir zaman ini, tiada siapa pun yang suci dari dosa sepenuhnya. Namun sebagai manusia yang di anugerahkan akal fikiran yang waras,

Bertindak lah seperti manusia.
Berperilaku lah seperti manusia.
Berfikir lah juga seperti org yg punya agama.

Jangan kata orang sekeliling..
Jangan kata orang asing..
Jangan kata kawan-kawan..
Bah kan, yg punya pertalian darah juga boleh mengkhianati.

Dari DIA kami datang, maka dari DIA juga kami bakal di kembalikan.
Tiada kuasa mahupun upaya tanpa izin dari DIA.
Kami berserah sepenuhnya tanpa ragu.
Kami berlindung hanya padaNYA.

Bertaubat lah sekiranya masih punya masa..
Beringatlah seandainya masih terleka..
Umur ibarat embun..
Mati itu pasti.

Tetiba..


Malas dah nak cakap..layan citer lain pulak yer ;)
Nampak apa tuh?
Yes..wraps.

Sejak di tayangkan iklan Mcdonalds breakfast wraps tuh kan, hidup bonda tak tenang. Asyik di hantui oleh request2 dari RYAN4 yang suruh bonda belikan wraps tuh. Nak kata bonda nih straight sangat dalam isu boikot barang israel dan punca pndapatan israel tu tak lah. Tapi, sebagai umat islam yg masih punya kesedaran..bonda sahut juga lah apa yg mampu.

Contohnya macam mcd nih..
Di sini tiada cawangan restoran ni, maksud bonda di kawasan kediaman kami. Di bahau tiada, di kuala pilah juga tiada. Maka, urusan untuk memboikot mcd berhasil lah jugak. Tapi budak2 kan, kadangkala depa lupa apa yg kita pesan..same goes to RYAN4. Merengek2 nak kan breakfast wraps mcd tuh. kalau sehari keluar iklan tuh 40kali, 40 kali depa tengok..maka 40 kali jugak lah telinga bonda nih bernanah2 dgr rengekan diorg.

Mintak ampun.

Sebagai solution nya, bonda buat jer sendiri Wraps ni ikut selera RYAN4. Hew3!! nampak tak kesungguhan boikot di situ..hambekk!. Makan lah korang sampai kembung pun, takde sapa yg teraniaya. Jimat pun jimat, dan hasilnya...


Apa bonda kisah kalau wraps bonda hodoh pommm..
Janji RYAN4 makan sambil berpujian tak habis.
Puas hati aku.
hik3!!.
Ok bye.


#Al fatihah buat ibu tersayang..


Sunday 22 September 2013

Senin yg stress!



Assalammualaikum wrt.

Pagi isnin yg tak best.
Kereta bonda buat hal.
Anak-anak memberontak.
Bukan sebab apa pun...

Si abang cuti pasal semalam ada sukan sekolah, marah sebab cuti.
( tu pun nak marah..cuti kan syurga..haha!!, bonda kata lah ^_^)

Si tengah ikish mengamuk pasal beg sekolah tinggal dalam
kereta yg mogok.
( Berotot mak ko dukung ko nak..huk3!!)

Si tengah emin badan tak berapa sihat, merengek.
(sian anak bonda, nnt kita makan ubat lagi ye sayang)

Si bongsu acai, meronta-ronta tak moh duduk dgn babysitter pasal dah 6ari dok bawah ketiak bonda.
(Alahai...sedih tengok awak tadi masyal..sob3!!)

Bonda stress...
Sekian.

Muka-muka paksa rela naik van sayur atok..keh3!!

Jeling pun bonda sayang jerrrrr...hiks!



Assalammualaikum wrt..

Hai semua..
Sihat ker korang semua?
Bonda alhamdulillah.
RYAN4 pun sama.
En.sayur pun sama.
Eh! kami sihatlah semua ^_^

Tapikan..
Hati bonda tak sihat.
Awat?
Meh nak cerita.
Alahai...
nasib ada blog suam2 milo nih.

Macam-macam ceritalah.
Nama pun hidup.
Berakhirnya ujian maka berakhir lah hidup.
Selagi bernafas..
Selagi bernyawa..
Sila pasrah.

-Urut dada sendiri..sob3!-

Bonda ni kan...
Katanya kuat melawan.
Katanya keras hati.
Katanya tak panjang akal.
Katanya..
Katanya.

Wuwuwu..
Sedih mak nak.
Basah hati kapas nih tau.
Walaupun..
Memang semua itu benar :'(

Awak..
Bimbinglah saya.
Jangan pernah lupa beri peringatan.
Jangan pernah lalai beri pengajaran.
Jangan pernah lelah..
Jangan pernah jemu.

Awak..
Saya ni tulang rusuk yg bengkok.
Luruskan lah saya dengan kasih sayang.
Lembutkan lah saya dengan cara islam.
Lenturlah saya dengan sebaik-baik pegangan.

Awak..
Selalu saya katakan..
Kita datang dari dua latar yg berbeza.
Kita bertemu dari dua jalan yg berbeza arah.
Bukan mudah..
Bukan senang untuk kita bersatu.
Maafkan lah saya..
Maafkan saya.
Kerana masih tak bisa menjadi
isteri dan ibu yg awak harapkan.

Ok bye.
Jom sambung jeling-jeling En.sayur.

^____________^

#Pssstt..jeling sampai naik juling pun, saya tetap sayang awak dunia akhirat b, sila sejuk hati cepat2..plisshhhhhh <_>


Tuesday 17 September 2013

Eat..makan..eat..makan..eat ^_^



Assalammualaikum wrt...

Semoga kesempatan yg ada ini kalian di rahmati dan di berkati.
Di berikan kesihatan yang berterusan dari Illahi.

Wordless Wednesday.

Jom tgk gambar cake opismate order semalam

Choclate moist cheese cake

Dan..
Vanilla Cuppies


Alhamdulillah..
Buat tambah2 duit belanja.
hihihi..

Eh! tetiba nampak gambar lauk minggu lepas..
Nak tepek jugak lah.
Apa masalah bonda?
Hish! suka ati kita lah..
Blog kiterrrrrrrr....



Nama dia siakap paprik.
Resepi ikut sedap anak tekak.
Dah habis tayang dah.

Ok bye!.


Thursday 12 September 2013

Tiada kata seindah bahasa..


Assalammualaikum wrt.

Salam pagi jumaat semua kesayangan.
Tiada bicara tanpa rasa.
Untuk bonda lakarkan di pagi jumaat yg penuh berkat ini.
Semoga kita2...
Ya! kita2 semua mendapat lebih keberkatan serta rahmat.
Amin.

Andai ini jumaat terakhir..
Bersediakah kita?
Andai ini catatan terakhir..
Ada ingatan kah buat kita?
Andai ini luahan terakhir..
Akan sampaikan pesanan buat mereka?

Wallahu A'lam..

Semua yang tersurat dan tersirat bukan HAK kita.
Hanya mampu merasa..
Namun tidak mampu meneka.
Semoga kita2 baik2 sahaja.

Al fatihah buat kedua org tua,
Ibu yang selalu di rindui...semoga bertemu di alam yg abadi.
Ayah yg sentiasa di hati...semoga bahagia sepanjang duniawi.

Tolong kasihkan RYAN4 seperti tiada mati.
Tolong cintakan aku sehingga akhir nanti.

Biarlah semuanya kerana Illahi...

Wednesday 11 September 2013

Glory Beach Resort di tengah minggu..hoyehh!


Assalammualaikum wrt..

Hai semua. Jumpa balik kat ruang putih yg serba kekurangan nih. Sihat ker semua? bonda, RYAN4 dan en.sayur tuh buat masa ni alhamdulillah sihat. Semoga Allah swt teruslah melimpahkan rahmat dan keberkatan buat kami sekeluaga hendaknya.Amin.

Hari tuh kan bonda ada janji nak citer pasal percutian singkat kat Glory beach resort kan? Kang kalau mungkir janji kang..sian korang yg gigih klik blog ni hari2 kan. To be honest lah yer, bonda lately ni di serang angin malas tahap dewata raya. Jengah blog pun idak, apa lagik nak berblogwalking macam selalu.,hihi. Bukan takde modal nak bercerita tapi tak tau macam mana nak mula kan. Haa! nampak tak? nampak tak betapa hormon ketua'an dah mula ada.

Alahai...

Nak mengeluh buat apa kan? dah memang tua tuh mengejar kita. Sudah sampai masa kita nak beralih umur, lagik mau serabai..haha!!. Relaks brother..brother relaks! ala macam lagu tuh. Sebenarnya, Bonda idok ler stress bebenor bila umur makin naik nih pasai ramai org keliling bonda ni mata kero. Mata kero pasai apa nak tau? pasai depa kata bonda macam baru habis belajar..haha!!. So?? takde istilah tertekan dengan org sekeliling...huhu. Cuma hormon tuh jer makin pulak cepat tersentap nya. Tapi apa de hal! hati kapas kan? cepat basah cepat kering...hew3!!. Dah lah mengomel..jom tgk gambar2 kami di Glory beach resort arituh.



Pintu utama yang menyambut kami arituh. Kami pegi weekday kan? so memang tak ramai org..itu yang best tuh bila berlaki kan org meniaga nih..hihi. Cuti dia bukan weekend, bonda pulak kerja masa weekend..so kami adalah keluarga yg bercuti masa org bekerja..haha! ok next..

Bilik kedua..

Dapur cinonet ^_^


Haish! kantoi pulak buli en.sayur bancuh susu..hek3!!.

Tambah kapsyen
Ruang tamu yg dah kami ubah suai ikut kesusuaian org beranak ramai. 4ketol ninja yer..mana boleh coffee table tengah2 dunia..hik3!!




View bilik air yg menghubungkan dua bilik. Gambar jamban tak moh yer..tak sesuai di letak. Haa!! gambar master room tak sempat nak snap..pasal bateri camera genggam tiba2 habis pulak..huhu. Time dah ada bateri pulok, bilik dah macam tongkang terbalik..so bonda simpan jer lah hasrat suci murni tuh. InsyaAllah next time kami repeat, bonda letak kan yer..don't worry ^_^. Ok! dah bersedia untuk tgk gambar2 yg tak tutup aurat RYAN4? semuanya seksi2..so sedia! RYAN4 ni tak kira mana tempat pun, menyakat sesama sendiri tuh dah jadik tabiat. Sorang diam sorang akan cuit. Jadinya..bonda pun dah lupa apa erti aman damai pasal hari2 pun haruk pikuk. Tapi bila takde diorg...sunyi rasa hidup..rasa nak nangis jer..hew3!!.




view glory..lengang kolam ko! takde sotong berjemur pun kan? mih3!!

sotong ni mmg tak leh nak buat apa dah..mmg gedik sokmo..;)

berani2 takut diorg nih..hik3!!

keluarga penyu yg RYAN4 dok kalut nak bagi makan.

Si tengah ni suka layan kepala sendiri jer..Ikish kan?

another view.

yes! kami ponteng skol dan bergedik kat sini..huhu.
Ikan besar..sgt hokey! ngeri tgk >:O


Encik2 hencem saya..so seksiiiiiiii!

bacalah kalau rajin..hik3!!

Ikish

Emin

Mereka lah RYAN4 cinta hati kami ^_^

bonda penyu kata emin.

Meh dekat n kenal meh!

Bersuka ria lah korang yer ^_^

Nampak tak kepala tak semenggah ikish..kih3!!

Kami makan di Restoran bawah nih..Restoran Sea view. Memang terbaik masakan diorg dan rasa sgt berbaloi walaupun agak mahal sikit. Takpe...bukan selalu..hihi.


main pasir ler pulok..

Yang nih dah tergaru2 konon gatai pasir laut nih..
kemain demand nak mandi kolam jer! hik3!!

Yang dua org nih 'aiman tak kisah' janji boleh berendam2..

Duck face kata acai..>:O

Sian lah kat laki bonda nih...teringin rupanya. Kalau tau belikan satu untuk dia..hik3!!.


Percutian singkat kami kali nih sgt2 santai. No rushing..no stress n problem. Semuanya happy dan berbaloi. Satu bandar PD kami round malam tuh dan keesokan harinya. Actually, kami selalu ke PD. Dulu masa arwah bidadari bonda ada boleh di katakan hampir setiap bulan. Cuma kami tak check in di Glory. Bonda ada membership kad dekat TM Resort tuh, so harga apartment 50% less. Bila ibu dah takde..kami dah tak jejak dah TM Resort tuh, en.sayur kata tak tergamak nak pergi dah. Rasa ternampak2 ibu ada bersama.

- Nangis -

Hampir setahun lebih juga kami tak check in kat mana2 resort pun kat PD. Pegi dan balik hari jer. Setelah setahun dua bulan baru semangat bercuti di sana datang kembali. Yang telah pergi tetap pergi..hanya kenangan bersama ibu jer terpahat kuat di ingatan kami anak beranak.

AL FATIHAH BUAT IBU KU TERSAYANG.













Friday 6 September 2013

Merdekanya kami..yeay!



Assalammualaikum wrt.

Masuk balik ruang putih yg selalu ada tapi buat macam tak ada nih..hiks!. Bukan tak moh bersidang kat sini macam dedulu, tapi kesibukan mak beranak 4 ni memang tak dapat di sangkal katanya..haha!!. Eh, sihat ke korang? bonda alhamdulillah sihat..RYAN4 pom sama jugak. En.sayur ulam hati tuh lagik sihat, bila di tegur tang muscle yg semakin membesar bagai johan kat perut tuh, sentap!. Umur dah merangkak 30an ni memang cepat terusik emosi katanya..haha!!. Ok lah encik.b, muscle satu pom bonda sayang. Lagik besar lagik sayang..sungguh!

-mata ke atas-

Macam-macam hal jadi tapi cam biasa lah kan, macam-macam alasan malas nak update entry..huhu. 1st citer pasai merdeka day itu hari lah yer. Kami tak ke mana pom that day. Duk umah together2 sambil melayankan RYAN4 main beskal kat rumah. Tak kuar pasal en.sayur niaga pagi merdeka tuh, bonda plak gagah perkasa menguruskan kain baju yg terlonggok seminggu dalam washing machine. Actually, dua hari sebelum tuh kami pi holiday singkat kat Podiksen. Kami cek in kat Glory beach resort. Memang kami selalu g berholiday singkat gini. Nak pergi lama-lama, al maklum saja lah en.sayur, dia akan di serang angin ahmar kalau tak pi pasar tani lama-lama..hiks!.Menggigil abih kepala lutut dia ^_^ Tapi citer glory, dalam entry lain lah yer. dalam entry ni bonda nak kongsikan beberapa pic merdeka nya RYAN4 berbeskal kat luar..kemain! jom tengok..

monyok jer bila di ajak masuk..hiks!.

Abg lang yg ssh nak bad mood..gud boy!

Abg long yg masih beroda 4, alasan? abg baru pre..
sgt kecik untuk beroda dua..haih!

Semua ini aku yg punya! acai tak suka beskal besar, levih selesa
dan bergaya berkayuh guna kaki katanya :P

Pow ayah sekerim..

Cecomot kerinting.

Kami lah ultra bersaudara, dari kiri mebius, zero, nexus n gaia ^_^

Tengok tuh! asyik di tolak2 jer beskal besar dia nih..haha!!.


Ok lah uoollss...

Dah penat dah tgk pic RYAN4 bonda nih?

Nanti kita jumpa kat next entry yer.

Bubai korang.

Eh! minggu ni bonda kojer straight 2weeks pasai
manager bonda off pi kawen.

Pun kena buat entry tuh.

So, bersedialah untuk satu hari satu entry..

Mwahaha!!

budget blogger terkenal pokcik beng ker?




# Al fatihah buat ibu tersayang...setahun dua bulan sudah kita berjauhan, rindu ibu.