Saturday 27 April 2013

Intro selepas di 'private setting' kan ^_^




Assalammualaikum wrt.

Dah seminggu bonda private settingkan blog kita nih. Tujuan asal blog nih macam dah nak tersasar dah. bonda buat blog nih untuk anak2 bonda, abang miqail..ikish..imin dan baby acai. Bonda nih suka tulis2, banyak benda bonda nak tulis. Kalau nak tau, bonda kecik2 dulu cita2 nak jadik wartawan..kih3!!. Bila ingat2 balik, arwah wan dulu selalu kata yg memang sesuai sgt lah kerjaya tuh dgn bonda ni. Alah...tapi tu waktu kecik2 lah kan, dah besar bonda berazam nak jadik orang yg berguna jer sudah...itu dah memadai.

Anak-anak bonda semua..
Dengar bonda nak pesan nih. Kadang kala apa yang kita impikan masa kecik dulu tak sama jadinya bila kita meningkat dewasa. Banyak yang akan berubah..banyak yang akan merubah kita. Apa yang penting, walau apa pun kita buat dan jadi bila dah besar nnt..jgn sesekali lupakan Allah swt. Sentiasa ingat hukum larang yg jelas tertulis dalam kitab suci kita, Al Quran. Hidup lah berpandukan Al Quran. In Syaa ALLAH selamat korang dunia dan akhirat. Takpe gaji kecik, yang penting bersyukur. Orang yang selalu bersyukur nih Allah swt jaga rezeki dia. Tak kan terasa susah hidup jika kita bersyukur.

Abang..ikish..emin dan acai sayang,
Bonda bukan lah seorang isteri, ibu dan hamba yang baik. Banyak kerosakan yang telah bonda buat dalam meniti perjalanan hidup sebagai seorang khalifah di bumi sementara nih. Banyak sayang. Sebab tuh bonda selalu bebel2, selalu leter2, selalu nasihat2 dan paling banyak selalu merajuk dgn anak2 bonda nih. Bonda tak moh korang buat kesilapan yang sama macam bonda. Jadi matang sebelum usia, takpe! andai itu boleh lindungi kita dari melakukan dosa2 besar. Bonda nak korang semua tau yang hidup nih bukan nak suka2 atau nak bahagia jer. Hidup akan beri kita duka jugak, akan bagi kita susah jugak dan paling selalu akan datang ujian dalam hidup. Semuanya terpulang pada kita sayang, sama ada nak ambil itu semua sebagai hikmah kasih sayang dari Allah swt atau pun nak kata itu bencana. Tapi anak2..jangan lupa ucap kalimah LailahaillAllah. Percaya kata2 bonda ni..

" Allah swt berikan ujian tanda DIA sayang kat kita. Kita kena kembali kepada fitrah kejadian kita semula, berserah sepenuhnya pada Allah swt. Mohon ampun dan berdoa banyak2 agar ujian yg datang cepat berakhir. Kita lalai, itu yg DIA beri sikit peringatan. "

Anak2 bonda yang paling bonda sayang...
Banyak yang bonda nak sampaikan, tapi bonda tak tau nak cakap macam mana. Banyak sangat sampaikan bonda senak perut..hihi. Nanti2 bonda tulis lagi yer sayang. Babai kucuk2!! bonda sayang anak bonda...Assalammualaikum wrt.

#Al fatihah buat wan kesayangan kita, 'wan tok cai' :(



Tuesday 16 April 2013

Tahniah..tahniah...tahniah!!




Assalammualaikum wrt.


Tengahari buta buat entry lepas baca satu post di FB.

Post dari teman blogger jugak.

-sebak-

Blog ini bonda rajin jenguk.

Suka dengan celoteh sis nih, suka dgn bahasa nya.

Alhamdulillah.

Berkat kesabaran setelah di uji dengan pelbagai ujian, Allah swt berikan rezeki yang tak terperi.

Beliau di sahkan membawa 2 malaikat kecil di dalam rahimnya.

Bukan satu, tapi dua..Allahuakhbar.

Bonda turut teruja membacanya ;P

Semoga kak nadia sihat2 sahaja bersama malaikat2 kecilnya itu.

Permudahkan semua urusannya Ya Allah.

Ehhh3!! tetiba rasa nak preggy pulak!

sudahhhhhhh........

*__________*

layak ker ber'adik kecik diorg nih? isk3!! seriau jer..haha!!

Muka miang!


Assalammualaikum wrt.

Jom layan chicky face RYAN4.

Tengok lama2 rasa nak penyek2 kan jer!!

^_^






Ini lah cinta.

Ini lah nyawa.

Ini lah jiwa.

Alhamdulillah.



Dengar nih RYAN4 4ketol...^_^



Special dedicated to Anak2 kesayangan bonda dunia dan akhirat,

*Muhammad Ryan Miqail
*Muhammad Ryan Mukhlis
*Muhammad Ryan Muhaimin
*Muhammad Ryan Masyal



Kau mau aku apa, pasti kan ku beri.

Kau minta apa, akan ku turuti.

Walau harus aku terlelap dan letih.

Ini demi kamu sayang.

Aku tak akan berhenti.

Menemani dan menyayangimu.

Hingga matahari tak terbit lagi.

Bahkan bila aku mati,

Ku kan berdoa pada Ilahi..

Tuk satukan kami di surga nanti.

Tahukah kamu apa yang ku pinta,

Di setiap doa sepanjang hariku.

Tuhan tolong aku, tolong jaga dia.

Tuhan aku sayang dia.

Tuhan tolong aku, jaga jaga dia,

Tuhan ku pun sayang dia.

-Doa untukmu sayang, wali-


Monday 15 April 2013

Kawan...






Tetiba nak kata..



Aku tak hadap kawan bermuka dua.

Aku tak harap sahabat yang bermulut durja.

Aku senang begini.

Menjadi AKU tanpa rasa kecewa.

Menjadi AKU yang sentiasa bersyukur apa adanya.

Sekian.

Sunday 14 April 2013

Holaaa!!! dari kami jejaka pojaan malaya...^_^



Assalammualaikum wrt.


Hish! banyak pulak nak cerita hari nih kan? tapi entry nih nak kongsi picca RYAN4 pada 13april 2013 jer. Ok, mula2, nak kasik tau kat korang yg sedang baca nih. Kalau kat rumah..RYAN4 nih mmg jarang berbaju, saja bonda suh seksi meksi. Tapi kan..kalau kat umah atok, sila pakai baju atau bonda akan kena sound manja dari pak mertua..ekeke!!. Yer lah..lain org kan lain pk nya. kita org muda apa kisah, budak2 lagi. Tapi org tua nih dari budak lah kita kena ajar dia menutup aurat, kang dah besar selamat lah dari posed kat tepi kolam renang kan? mwahaha!!. 

Jadi aksi berseluar pendek berbunga ini..


Hanya bersesuaian dan mampu di laksanakan tanpa mata pandang kiri kanan di rumah sendiri sahaja, agaga!!. Kat umah atok sila cargas carik baju yer anak2..:P. Apa yang korang pk bila tengok jer gambar nih? cer citer sikit. Bonda tengok jer gambar nih terus teringat aksi sebelum gambar ini di abadikan di dalam kamera genggam..hik3!. Ingat keja senang nak kumpulkan 4 'ulat beluncas' nih?. nah tengok video nih pulak..



Kadang bonda heran betol dgn 4 ketol nih, pasal hal kecik pun diorg boleh gaduh masam2 muka. paling tak boleh blah, bila ada yang jadik batu api..haha!!. Tapi anak2 kan? gaduh 5minit jer, pastu pasti berbaik sambil pegang bahu balik ^_^. RYAN4 gaduh mereka tak pernah berpanjangan, pasti ada yang mengalah tanda semakin dewasa..alhamdulillah.

Eh! dah nak pukul 6 lahhh...nak kemas meja n balik jumpa hero2 pujaan hati nih. Esok2 kita cerita2 lagi yer, bye semua.

^___________^




Bidadari itu datang...^_^



Assalammualaikum wrt.

Tak tau mana nak mula. Macam mana nak cerita. Tapi bonda nak kongsikan jugak kat blog nih pasal bukan mudah perkara ini terjadi, bukan senang jugak bonda nak alami perkara yang indah begini setelah pemergian Allahyarhamah bidadari itu.

Tiap2 malam sebelum tido bonda harap dapat jumpa ibu. Tiap2 hari tanpa jemu selama 8bulan ini Al fatihah yang bonda kirim beserta harapan agar ibu hadir dalam mimpi2 bonda.

Alhamdulillah.

Jumaat yang lepas, bonda di beri izin untuk jumpa ibu sekali lagi. Terima kasih Allah, terima kasih kerana hadirkan ibu di dalam kematian sementara bonda. Tak lama. Tapi cukup untuk melepas rindu. Terima kasih.

Ibu datang ke rumah bonda, duduk di sofa bonda sambil memandang bonda. Pakai sweater terakhir sebelum ibu tinggalkan kami, sweater bonda. Bonda peluk ibu. Nangis2 kata rindu, pegang tangan ibu kata syukur ibu ada balik.

-nangis-

Pegang kaki ibu, sejuk!. Bonda kata kat ibu kenapa takde sock? mana sock ibu. dalam bising2 tuh bonda bangun untuk ambik kan sock ibu, bonda terjaga. Indahnya mimpi tuh. Seronoknya dapat peluk ibu. Syukur dapat jumpa ibu walaupun sekejap. Ada yang berkata itu mainan tidur, mungkin. Ada jugak yang menyindir kata itu syaitan yang menyesatkan, mungkin. Tapi apa pun andaian nya, cukup buat bonda bersemangat bila tersedar.

Ok tu aje nak cerita untuk entry nih, kang cerita banyak2 kang kata bonda malas taip entry kan? hik3!. satu tajuk berduyun cerita dalamnya, haa! nak jawab apa? nak kata kena sawan rajin? tengok gaya tulisan pun tau malas dek non..dah3!! jangan nak propa, jumpa next entry yer...bubai.

Al fatihah buat bidadariku sayang..

#sengih sampai telinga ^____^

Saturday 13 April 2013

Bosan bermaharajalela!!



Assalammualaikum wrt.

Salam pagi ahad.

Bonda kerja hari ini seperti selalu.

Alhamdulillah.

Entah lah yer...sejak akhir2 ini bonda rasa bosan.

Bosan dengan semua.

Bosan dengan orang sekeliling!

Nasib ada RYAN4.

Bosan tu berjaya di nyahkan seketika.

Eh!! tapi tetap nak kata bosan!

Penat dengar cerita dusta!

Lelah dengar amukan puaka tanpa usul periksa!

Jerih jaga perasaan orang!

Weiihhh!! aku bukan manusia tanpa rasa.

Aku manusia yang pernah berdosa dan cuba bangkit penuh seksa.

Seksa bila di kelilingi oleh orang2 yang penuh pura.

Jangan kau pandang aku lemah tanpa kuasa.

Kerana di mata DIA mungkin aku hamba yang derita.

Doaku di angkat tanpa di seka.

Siapa kamu untuk mengatakan itu dusta?

Allah swt itu kan MAHA BERKUASA.

Tunggu dan lihat saja pengakhiran sketsa yang kalian cipta.

Syukur atas semua cerita.

Yang buat aku semakin dewasa.


-14april2013, Felda Kepis-




Sunday 7 April 2013

Ini kata aku...



Assalammualaiku wrt..


Semalam aku berlari-lari membawa cerita.

Ku khabar kan pada dia, aku gembira meniti usia ku.

Aku punya semua..

Aku punya ayah.

Aku punya Ibu.

Aku punya abang.

Aku punya adik.

Aku punya semua!


Tapi kini....

Aku mengensot lemah.

Aku ceritakan duka.

Ceritakan lara jiwa.

Aku punya kata, tapi aku tak mampu bicara.

Aku punya rasa tapi aku rasa diseksa.


Hari ini...

Aku kata pada diri.

Aku tak perlukan sesiapa lagi.

Kerana aku telah mandiri.

Kaki aku yang kau ajar pijak ke dunia sudah penat berlari.

Mengejar mimpi yang semuanya hanya illusi.

Aku adalah aku kini.

Seorang ibunda dan isteri pada seorang lelaki.

Akan tiba masanya nanti..
Saat kau dan aku tidak lagi sehati.
Kerana kami tidak lagi membawa erti.


- Bonda Ryan 08APRIL 2013 -


Entry keretapi takde station :P



 Assalammualaikum wrt.

Ini cerita basi.

Cerita kusam.

Kisah lapuk.

Tapi di sebabkan terperap terlalu lama di draft,
ianya bonda keluarkan.

Bukan untuk klik yang berjuta2.

Tapi sekadar melepaskan gian berceloteh.

Ekeke!!

Memang itu lumrah bagi empunya diri,

NORHASLIZA BINTI RUSLAN.

Motif tulis nama besar2?

-senyum-

Pasan tak yg bonda nih suka upload picca makan je kan? bosan?  bonda paham tuh. Sian kat korang, jom lah layan picca RYAN4 pulak!. Tak banyak, tapi cukup lah korang tengok pembesaran diorg yg bagai johan tuh :)

Comel tak kak ton? eh3!! RYAN4 lahhh..hek3!!

Aktiviti tiap malam diorg ^_^

Alhamdulillah buku dan RYAN4 tak bermusuh.


Bonda dan en.sayur dah menguatkuasakan undang2 baru kat diorg. Tiap2 malam mesti ada hubungan dengan buku. Tak kira lah melukis, mewarna, latihan menulis atau pun membaca. Niat bonda hanya satu..semoga RYAN4 menjadi sahabat pada buku kerana di situlah mereka akan belajar tentang semua perkara. Untuk hidup bukan pengalaman sahaja yang jadik penyumbang, tapi ilmu juga. Mungkin selalu melihat bonda membaca, jadi arahan itu tidak menjadi masalah pada mereka. Alhamdulillah.

Tetiba...

Eeehhh2!! rainbow cake sebagai reward, 4 tingkat pasal 4 ketol..kih3!!

Dan lagi....ekeke!!
Relaks2...ini terapi perut kami semua, harus di kongsi yer.

Sup ikan merah dan cendawan.


Ini antara yang tersenarai peberet untuk tahun ini. dan ianya telah di ulang tayang banyak kali di sudut dapur kecil bonda. Tapi bagi seketol RYAN, menu ini amatlah menyentapkan hati. Siap tarik muka dan juih bibir yer. Muhammad Ryan Miqail anti sup..hihi.

Eeeehh2!! Nak tengok kotak buku diorg tak? 


Sometimes, kotak buku nih jugak jadik kereta pada si bongsu bonda tuh. Apa de hal! anak bongsu..sayang lebih katanya. Padahal kecik besor jer bonda pandang..fuuhh!! ^_^


Kotak pensel stok 6bulan, lepas 6bulan mesti kena top up balik. Al maklum lah, diorg berempat kan? sorang guna jer dah berbelas batang. Itu termasuk yang di sedekahkan secara murah hati kat kawan2 sekolah..ngeh3!!. Sapa nak jadik kawan sekolah RYAN4 angkat tangan cepat!!.

Apa lagi nak cerita? Haa!! sekali dapat update, beribu riban ko nak cakap yer bonda yer.dasar! :P

Oklah korang, nnt kita cerita ceriti lagi yer. Bonda sayang semua..semua yang mengenali dan membaca blog picisan ini.

Luv uoollss!!!
Muackss3!!

^_______^










Semuanya pun di bawah rahmat Allah..Alhamdulillah!




Assalammualaikum wrt.

Salam ahad semua.

Salam rindu.

Salam cinta.

Lamakan tak update? lately nih banyak sangat aktiviti bonda yang terisi. Penuh jadual tiap2 minggu dengan agenda. Bukan suka2 tak moh bercerita ceriti di sini, tapi banyak urusan yang menuntut bonda berfikir dari menulis. Kalau tak caya cer tengok FB Status bonda, kan banyak meroyan tuh? hahaha!!.

Ok fullstop.

Minggu nih macam biasa.

Hectic.

Tapi masih penuh cinta dan kasih sayang
bersama RYAN4, alhamdulillah Allah swt.

Kesyukuran yang tidak bertepi kerna en.sayur
yang sentiasa ada di kala suka dan duka.

Seperti selalu, hujung minggu adalah masa untuk
beriadah dan menerima tempahan kek sebiji dua.Rezeki jangan di tolak dan musuh jangan di carik kan?..hihi.alhamdulillah again.

Ok jom layan picca jom!

Eh2!..encik2 RYAN4 macam biasa, semakin bijak dan segak. Segak warisan En.sayur dan bijak itu haruslah dari bonda kan? Fewww!!
Bagi can up sekali sekala ok? hik3!!

Luv3!!

choc moist 

rainbow cake


Dan rutin ziarah ibu tak pernah usai.

Alhamdulillah, semoga Allah swt berikan bonda kesihatan yang baik untuk terus menziarahi ibu saban minggu..insyaAllah.

Cantik dah rumput kapet di pusara ibu, mungkin
kerana hujan yang membawa rahmat.

Al fatihah buat ibu tersayang.



Catitan aku seorang wanita...



Aku seorang isteri...isteri yang sentiasa berada di sisi nya tidak kira susah mahu pun senang. Meminjamkan riba di kala dia kesedihan sambil tangan ini tidak berenti mengusap semangat di ubun2 nya. Membuka telinga seluas-luas nya mendengarkan setiap keluhan dan rintihan masalah nya,dengan penuh penghayatan. Bersuara dengan penuh hikmah tatkala menenangkan jiwa kacau nya..selayak nya sebagai seorang penumpang di bahtera di mana dia yang menjadi nakhoda. Sesungguh nya aku adalah ciptaan Allah swt yang amat unik kerana di kurniakan dengan 1001 kelembutan dan kehalusan.

Aku seorang kawan...kawan yang sentiasa memerhati pergerakan nya..menegur bila dia sedikit alpa. Mengingatkan kembali tugas nya sebagai pemimpin. Di saat-saat dia tersungkur..ku hulur tangan ini memapah kembali dia untuk terus berjalan kerana DIA adalah pemimpin ku serta RYAN4 malaikat2 kecil ku. Menjaga dan berkorban dengan segenap ruang yang ada..walaupun ku tahu aku bukanlah teman terbaik nya.

Aku seorang musuh...musuh tatkala harapan ku dipermain..kesabaran ku kau amarahkan...kesetiaan ku di cabar dan kesedihan ku di anggap illusi. Aku hanyalah seorang wanita..yang penuh dengan kehalusan yang sering terlindung di balik keegoan mu wahai lelaki. Aku bisa menjadi musuh mu yang nyata dengan segala kemarahan d hamburkan..dan pada waktu itu kau akan menyesal mengenali ku. Sesalan itu akan membuatkan mu sedikit demi sedikit membenci ku..maka,jadilah aku ISTERI YANG DERHAKA dibawah pimpinan seorang lelaki yang bergelar SUAMI.


Betapa aku hanyalah seorang wanita...

Di tangan kananku, ku genggam syurga yang indah menanti.

Di tangan kiriku, ku genggam neraka yang panas membakar.

Kerna aku adalah selimut dunia.

Nyaman terasa jika iman benang kaitku.

Panas terbakar jika nafsu yang menyulam ku.



-Bonda Ryan 7april 2013-