Sunday 30 September 2012

bagi ingat jer..^_^




Kawan-kawan..

Teman-teman..

Sahabat-sahabat..

kenalan-kenalan..

En.sayur.

En.RYAN4.

Bonda tegur kerana bonda sayang.

Bonda bertanya kerana bonda prihatin.

Bonda ambil berat kerana bonda rasa bertanggungjawab.

Bertanggungjawab pada ikrar itu.

Namun jika itu menjadi soal.

Bonda terima.

Dengan hati yang terbuka.

kerna kadangkala niat kita seringkali di salah ertikan.

Prinsip kita berbeza.

Manusia hatinya tidak sama.

Belajar menerima teguran itulah sebaik2 ingatan.

Barulah kita sedar bumi yang di pijak.

Langit yang kita junjung.

Berdosa atau ber'pahala bukan kita yang menguruskannya

TAPI

Melakukan dosa serta mencari pahala itu urusan kita.

xoxo :P









Bonda suka ini..:)



Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
 Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Seramnya.. *_*




Malang memang tidak berbau.

Kalau berbau lah malang tuh..pasti hospital kurang pesakit..
serta doktor juga terlepas dari duty 'on call' mereka.

Tapi tu lah kan..

Hidup nih mesti ada kesakitan..kedukaan..kegembiraan.

Kita manusia.

Apa yang boleh kita buat...senyum dan ucapkan ALHAMDULILLAH.

Syukur atas semua yang terjadi.

- Cerita -

Semalam termos air panas bonda MELETUP.

Sila percaya dan takut.

Sangat seram bila bayangkan.

Kesan nya?

Bonda mengalami sedikit lecuran di perut dan peha.

Alhamdulillah tidak serius.

Tapi cukup untuk bersenang lenang
dengan MC yang dberi..kih3!!.

Nasib baik sangat bila mana RYAN4 tiada berhampiran
sewaktu termos tuh meletup...macam bom ooo, seriau!!.

Sebaik jer air panas yang notty tuh jejak kat badan bonda..
keluarlah 'vokal bukan sekadar rupa'.

Gayanya?

Owwhh!! cukup untuk buat jiran sebelah datang
berlari2 ke rumah kami.

- malu -

Sebenarnya kan....

Sakit melecur tuh terus hilang bila en.sayur serta RYAN4
datang pada bonda dan beri pelukan untuk menenangkan bonda

Bonda gelabah nak oooiii..

Sangat terkejut sebab sakit.

Alhamdulillah sangat2!! RYAN4 dan en.sayur tidak terlibat.

Kalau tak mesti lagi teruk.

Takpe bonda yang sakit..

Takpe bonda yang kena..

Bonda percaya sayang....
kesakitan tuh penghapus dosa2 kecil bonda.

Allah swt tidak kejam.

Alhamdulillah untuk sekian kali.

Hari nih nak melawat pusara ibu.

Rindu sudah..

^___^

*Al fatihah buat ibu yang di rindui.






Mari bertunang..yeay!!




Alhamdulillah ke hadrat Illahi.

Selesai sudah majlis pertunangan adik bonda.

Sebulan kami berdebar2.
(kami dari pihak lelaki yang hover..sekian, mwahaha)

Menantikan detik terindah mereka.

Yer lah kakak2 n mokcik2 semua..

Bonda kan hanya punya seorang adik.

Makanya haruslah aii pun tumpang sekaki
debaran adik aii kan :P

29 September 2012
bersamaan 14 Zulkaedah 1433 hijrah.

Termetri lah satu perjanjian yang terikat setahun.

Semoga berpanjangan lah jodoh hingga ke
hujung garisan.

Mencapai matlamat yang kita rundingkan.

Alam ini penuh ujian dan dugaan.

Bertabah dan bersabar lah dalam menempuhi
jalan yang di hadapan.

Onak dan ranjau menanti kalian.

Selamat bertunang adik ku...

MOHD HAFIZUL & NADIA EZZATI

Oooohh..gambar eeh?

Setepek dulu boleh?

Intro nya dulu yer korang.

Nanti2 bonda akan susuli selori okeh.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Jangan jadik juri kritik picca nih yer.

Bonda tau buruk :(

7 tahun dah dik non ooiii tinggalkan bidang grafik.

So, dis is my humble tester.

Peace!!!

*Al fatihah buat ibu yang tersayang..56 hari.


Wednesday 26 September 2012

Pojaan hatiku!! :P



Dalam kereta di lampu isyarat.

" Eeeehh gemok macam ayah lah orang tuh "
(menuding penunggang motor di sebelah)

" Itu bukan gemok ikish..itu buncit "

Mukhlis melopong.

" Tak sama ker buncit dengan gemok?
samalah ikish kata "

Miqail terdiam dan mencari alasan...sigh!

" Gemok tuh abang pada buncit...buncit tuh adik,
adik beradik macam kita nih lah..tau tak ikish "


Bonda diam dan senyum sinis.

Lantak kome ler nak argue bagai pun kan.

Yang penting buncit dan gemok itu lah
yang menjadi " pojaan hati ku ".

Pujaan kita semua.

Time baik lah kan..

Time " Pojaan " itu menyinga?

Sendiri mau ingat lah yer..mwahaha!!.





Kita bukan tuhan..




Sesiapa pun boleh buat salah kan?.

Ke ada yang tak pernah buat salah?.

Meh bonda nak luku kepala dia..hew3!!.

Selagi nama manusia..

Selagi itulah kita buat salah.

Tak kira lah dari sudut mana pun..

Ada yang salah cakap.

Salah perbuatan.

Salah tulis.

Salah mentafsir.

Haish!! macam2 salah lah kan.

Tapi kita manusia nih di beri otak untuk berfikir..

Di beri akal untuk menilai.

Janganlah sesuatu yang salah tuh kita tetap buat
hanya untuk kepuasaan sendiri.

Pastu dengan mudah kata..

" Owwwwhh!! saya tersilap..maafkan saya "

Kalau lah meminta maaf itu semudah makan ABC.

Tutup lah semua penjara dik oooiii!!

Maafkan jer semua pun. 

Tapi kemaafan tuh sebenarnya menuntut
keinsafan dan kesedaran.

Kalau masih tak insaf..tak sedar,
macam mana nak mintak maaf kan?

Kesan kepada si penerima maaf tuh macam mana?

-Emosi-

Ok..ini bukan entry nak menilai orang.

Tapi ini entry nak menyedarkan diri sendiri,
follower dan kaki skodeng.

Ter'emosi sikit bila membaca artikel
berkaitan kes penganiyaan kepada kanak2.

Apalah dosa mereka.

Apalah salah mereka.

Mereka naif..tak berdosa dan tak bermaya.

Apa yang mereka tau cuma kesakitan yang
di tanggung dan derita trauma yang berpanjangan.

Bak kata kakak sekampus bonda.

Beristigfarlah dari mengeji sesama manusia...
kita tak layak pun untuk menghukum.

Berilah mereka yang terlanjur melakukan
kesilapan itu bertaubat.

Walupun perit untuk kita terima

Berhenti menghukum dengan kata2
serta doa yang membinasakan.

Hanya Allah swt yang maha mengetahui
tentang sesuatu yang tidak kita ketahui.


*Al Fatihah buat ibu tercinta.


Jadilah dari takde..





Hari nih hari Wordless Wednesday.

Bonda praktik kan dengan jayanya

Tapi setakat 6.00 petang sahaja.

Selepas itu mulut nih tak kan mampu diam lagi.

Pasal dah balik ke rumah bertemu RYAN4

Sekian.

*Al Fatihah buat ibu tersayang..50hari sudah berlalu.

Tuesday 25 September 2012

Bahagia itu milik siapa?



Kadangkala hidup nih aneh kan? aneh bila kita cuba menggapai dan meraih kebahagiaan yang tentu2 sudah tersedia di depan mata kita. Mengapa kita perlu menggapai? mengapa? kerna kita sering lupa kewujudan kebahagiaan tersebut. Kita sering kali lalai dalam menjaga kebahagiaan tersebut.

Bila hati sudah mula teringin mahu bahagia...
macam cara2 cuba kita lakukan. Asalkan bahagia itu milik kita.

Kita mencari..
Kita berdoa..
Kita berharap..

Dan paling sakit bila mana kita terpaksa memaksa.

Memaksa untuk bahagia?

Sinis bunyinya kan?

Tapi itulah realiti kawan...
realiti kehidupan yang kita lalui sejari-hari. Bila ianya di depan mata..kita tak pandai untuk menilai keindahan tersebut. Namun bila ianya hilang sirna nya..kita tergapai2 untuk mencarinya semula.  Niat kita seringkali kita halalkan perbuatan kita. Salah kawan..salah.

Bahagia itu milik Allah swt..
Kita hanya watak yang meminjam RASA itu.
Berjalan lah di jalan yang betul..
Bermainlah dengan watak yang di tuntut..

“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada Tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa.
(surah Toha : ayat 131-132)

“ berdoalah kepada-Ku, niscaya akan kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri  dari menyembah-Ku (berdoa kepada Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.”
 (Surah al-Ghafir, ayat 60



* Al Fatihah buat ibu tersayang :(

Monday 24 September 2012

Berkat doamu ibu...:(




Bonda tidak pernah verangan mahukan
seorang suami seperti ini..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
en.gugel..tq.

Tapi..

Alhamdulillah Ya Allah..

Kerna beri dia pada bonda.

Walau masih serba kekurangan..namun dia ikhlas.

Cintakan bonda.

Kasihkan buah cinta kami RYAN4.

Seperti ini..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Alhamdulillah.

Di atas semua kebahagiaan kami.



*Berkat doa bidadari itu satu ketika..Al Fatihah buat ibu :(


Kita bukan sesiapa untuk menilai..




Mudahnya untuk kita menghukum seseorang kan?

Semudah makan kacang eeh?

Sedap dan terus kenyang?

Tetapi sedarkah kita bahawa apa yang kita nampak
dan dengar itu tidak semestinya benar.

Kenal kah kita dengan empunya badan sedalam2nya?

Jangan lah kita membuat penilaian terhadap seseorang
itu jika pertanyaan di atas jawapan nya TIDAK.

Apa yang penting kita cuba baiki diri kita dahulu sebelum
menghakimi orang lain di atas ketidakpuasaan kita tuh.

Ini ingatan untuk diri sendiri sebenarnya.

Bonda selalu lalai perbuatan.

Tersasul dalam bicara.

Diri sendiri pun terdapat banyak kekurangan.

" Pelihara aib orang maka Allah swt nescaya
akan pelihara aib kita "

Alhamdulillah...ingatan seorang hamba ini kekal utuh
ketika bonda di timpa ujian satu ketika dulu.
.
.
.
.

- Sekian -



Awang hitam lagik!! benci..:(




Assalammualaikum wrt..

Mendidih2 lah pulak hati bonda nih.

Menggelegak2 macam dodol dalam kawah.

Kalau betul dodol..sedap gak bonda nak
sumbat dalam mulut kan?

Nih bukan dodol..

Tapi makhluk tuhan yang gelap macam dodol :/

Haish!! semua makhluk Allah swt tuh indah tau.

Yang tak indah kelaku depa jer.

Bukak mukabuku ada sahabat beri ini,



Ya Allah swt!! sakitnya hati bonda korang.

Rasa nak carutkan jer.!!

Eeehhh...namoh3!! tak baik mencarut.

Moh kita doakan jer..

Semoga golongan2 yang buta mata hati nih di beri hidayah.

Balik ke pangkal jalan dengan taubat yang sungguh2.

Sesungguhnya Allah swt itu maha pengasih.

Apa yang di pandang pada mereka?

Entahlah...

Hanya mereka yang tahu..sigh!

* Al Fatihah buat ibu tersayang.

Gangnam ler sangat kan....*_*



Haper?

Gangnam Style?

Oooohh...video nih bonda pernah tonton
1 waktu dulu.

Memang comel kan?

Tapi serius..

BONDA SERABUT.

Soul takde kat tarian mahupun lagunya.

Fenin hakak dik oooii!!

Bertambah pulak gawatnya bila tiap negeri
sibuk nak ber'gangnam style jugak.

Tapi mengikut versi loghat mereka lah kan.

- Sigh -

Benda yang bukan2 memang senang kita ikutkan?

Haper punya kelaku pun tak taulah..
( ingatan untuk diri sendiri jugak nih..ayo!)

Ini bonda kongsikan sedikit pengetahuan buat
kita jadikan sempadan.

Lepas gangnam style nih..
gangseven pulak kot.

Ngeh3!! ^_^
.
.
.
.
.


Semoga kita dan keluaga terpelihara selalu.

AMIN.

Naga VS Rimau = Jahanam *_*




Keluar mulut Naga..masuk mulut Rimau.

AAUUUMMM!!!

Tak memasal jer yang korang nak masuk mulut
naga pehal kan?

Tapi nih permulaan pada pembebelan bonda arinih.

Sila pasroh *_*

Eeeehh..jangan klik pangkah tuh eh!!

Moh ler kita kongsi cerita dan pendapat.

Ok. Direct to the point.

As usual lah kan..tiap pagi "Dilema wanita'
jadik sarapan pagi bonda.

Pagi2 bonda memang suka berfikir dan merenung.

Sebab pagi lah bonda keseorangan di temani
kokok ayam dan desir angin.
(dramatik tau pagi aii..mwahaha!!)

Tanpa stress

Tanpa En.sayur.

Dan yang paling telinga bonda shuker sgt2!!

Tanpa RYAN4.

Ekekeke!!

Kalau ade 4 ketol si kecik tuh memanglah telinga
bonda tak aman..apetah lagik mulut kan?

Nasib jer baik pasal tak pernah ter'gigit lidah lagi..
syukur, hihi :p

Pagi tadi kan..bonda di sajikan dengan satu lagi episod dari 'Dilema Wanita'. Tajuknya pun dah macam scary kan?kan?..Ghimau dan naga..adeh!. Tapi kalau korang berpeluang tengok episod tersebut, tercarik2 hati wanita kita tau..hati lelaki bonda tak tau pasal en.sayur takde bonda nak interview. Setakat kucing jantan comot jer kat sebelah, tuh pun dia tau melingkau jer tido..keh3!.

Cerita bermula bila seorang wanita yang bernama maya berkahwin TANPA RESTU dari orang tuanya dengan Azlan. Seorang lelaki yang kaki botol, kaki betina dan pemalas. Dah lah pemalas..pemeras ugut bini dan kaki pukul pulak tuh. Cer bayangkan kalau kita di tempat maya....SHADIS!. Sampai patah riuk di pukul dengan suami yang macam naga nih. Di sebalik semua kemelut tuh..maya telah di usha oleh bos tempat dia bekerja ler pulak. Seorang wanita, memerlukan perlindungan kan?. Sampai lah satu tahap di mana si bos maya nih menyelamatkan maya dari kemelut rumahtangganya. Bonda pun tarik lah nafas lega banyak2..suka tengok maya bahagia setelah derita sepanjang bergelar isteri pada Azlan. Tup3!! hujung cerita, si suami barunya iaitu si bosnya tuh minta semua perbelanjaan yang di belanjakan pada maya sepanjang kes maya dan suaminya dulu. Maksudnya segala upah lawyer dan kos2 lain.

Haaa!!! korang...(sedih)
Kejam kan? sian maya, terpandangkan pelangi yang indah menanti..tapi rupanya matahari lebih hebat memancarkan cahayanya. Inilah yang di katakan " keluar mulut naga..masuk ke mulut harimau ".
Suka untuk bonda kongsikan sekali kata2 dari peng'komen (bahasa teruk, bonda mmg sesuka kak limah jer..hihi).

" Semua lelaki punya 2 watak..ketika bercinta lain, dah kawen lain. Jadi sebagai seorang isteri..kita memikul tugas yang besar untuk MENYATU kan watak tersebut. Menyatukan dengan menggunakan semua kelebihan yang Allah swt beri pada kita. Wanita itu sifatnya indah...mereka di ciptakan dari tulang rusuk si adam yang berhampiran dengan hatinya. Hati itu lembut..wajar di kasihi, di dakap dan di belai. Seorang suami yang mengasari isterinya dan dayus sikap nya..tidak cium bau syurga golongan tersebut. Perkahwinan merupakan penggabungan dua orang tidak sempurna dalam mencari kesempurnaan. RESTU dari kedua orang tua amatlah di perlukan. 80% perkahwinan tanpa restu akan gagal. SubhanaAllah. Suami yang sering memaki hamun isterinya yang taat dan setia dgn perkataan 'bongok' contohnya..sebenarnya dia 1000x lebih 'bongok'..keh3!!. Siapa suruh ko pilih isteri yang bongok kan?...sapa lagik bongok? " kata,
DATO DR FADZILLAH KAMSAH.

Bonda setuju dengan semua kata2 tersebut.
(sambil lap2 hingus yang meleleh2 kuar tgk episod nih..sob3!!)

Bonda nih memang cepat tersentap dan tersentuh bila ianya membabitkan penganiayaan terhadap wanita dan kanak2. Hati kapas lah sungguh!! hew3. Eeehh korang...lirik lagu 'dilema wanita' nih pun best tau, cer baca kat bawah nih..

Duka derita duka laraku didunia
Tidaklah aku sesali juga tak akan aku tangisi
Sesal kita apa pun yang kurasakan dalam hidupku
Semoga tak membuatku kehilangan jernih jiwaku

Andaikan dunia mengusir aku dari buminya
Tak akan aku merintih juga tak akan aku mengemis
Ketidak adilan yang ditimpakan oleh manusia
Bukanlah alasan bagiku untuk membalasnya

Asalkan kerna itu
Tuhan menjadi sayang padaku
Segala kehendak-Nya
Menjadi syurga bagi cintaku

Bukanlah apa kata manusia yang ku ikuti
Tetapi pandangan Allah tuhanku yang kutakuti
Ada tiadaku semata-mata milik-Nya jua..



*Al Fatihah buat ibu yang akak rindui..49 hari penuh rasa :(



Sunday 23 September 2012

15 Tahun yang lalu..




Pernah satu waktu bonda bertanya pada cinta.

" Sebanyak mana awak cintakan saya b "


Jawapan nya bersahaja..


" Biarlah saya jer yang tahu ".

Masih rasa kekurangan.


" Awak janji tak kan tinggalkan saya kan b? "

Bertanya lagi.


" Bukan saya yang menulis jodoh dan pertemuan itu sayang "


Dan pada ketika itu bonda hampa.

Kenapa dia tidak seperti lelaki lain?

Pandai bermain kata dan menyulam janji.

Namun setelah 6 tahun bonda mula sedar..


Walau dia tak pernah :

Bermain kata2 cinta...
- Namun kerna sifat itulah bonda menjadi miliknya -

Tidak memanjakan bonda dengan duniawi..
- Kerna itulah erti kebahagiaan sebenarnya -

Berjanji sehidup semati dengan bonda..
- Namun dia tak pernah tinggalkan bonda walau dalam keadaan bonda sgt2 tertekan dan bersedih -

Bersumpah sayang..
- Tapi lihat sahaja buah cinta kami iaitu RYAN4 tersayang -

MOHD FAUZI BIN ISHAK.

Di kedekatan ini,
(tak leh cakap kejauhan pasal dia depan mata...hew3!!)

Bonda sayang kamu seperti bonda sayangkan RYAN4 kita.

Bonda cinta kan kamu di setiap nafas yang bonda hela.

Semoga kita tetap bersama dan berkasih sayang.

Dalam membesarkan buah cinta kita RYAN4.

Selamat ulangtahun perkenalan kita yang ke15 tahun.

Rasa macam baru semalam jer saya jadik
'adik angkat' awok kan en.sayur kan?
(mata kelip2..haha!!)

Selamat ulangtahun perkenalan!!!


*Nota kaki kanan..
Seorang hawa akan menggingati tiap detik dan tarikh yang berkaitan dengan orang yang tersayang kerana bagi mereka itu tanda penghargaan kepada perasaan mereka sendiri. Walau fitrah itu tidak sama dengan seorang adam...sila pasrah *_*




Monday bluess sangat lah kan...-muntah-




Assalammualaikum wrt..

Hari nih 'monday blues' katanya.

Perut senak.

Dada rasa terhimpit.

Semua gara-gara corset..adeh!!

Ini kalau tak kempis apa yang di hajatkan kempis nih..
memang bonda makan hati, Sob3!!

Dah berapa ribu kali dah azam nak kurus
nih punah di tengah jalan.

- Sedih -

Suma gara2 'musuh dalam selimut'.

Sentiasa menggoda dengan tawaran2 yang tak
mampu nafsu serakah bonda tolak.

Marah jugak kat 'nafsu' tuh :/

RYAN4 pun sama..

Always kata nak bonda gemok.

Alasan :

" Bonda gemok pandai masak..bonda kurus asyik
nak pakai liptik jer "

Mwahahaha!!

Sapa lah gamaknya yang sebarkan
fahaman nih agaknya.

Bonda rasa bonda tau sapa punya angkara :p

Tapi anak2 ku sekalian..

Kalau pinggang bonda pun dah cecah 31cm
lilitan nya ape kes pulak nak ooii..

~ DIET ~

Sekian 'monday blues' untuk hari ini.

*__________________*

*Al fatihah buat ibu tersayang, 48 hari yang resah :(


Hero tersangkut pagar..ekeke!!




Cuti minggu nih cuti 'main'kat laman' jer.

Pasal apa cuti minggu nih
cuti main kat laman?

Oooohhh..banyak kejadian di
laman minggu ini :)

Tengah bulan kot..

Nak merayap ke pasaraya2 amatlah
tidak berbaloi.

Kerna hanya mampu telan air liur dan nangis.

Owwhh!! sangat psyco nnt.

Makanya..mari kita bercuti dan
berjimba di rumah sahaja yer RYAN4.

Petang semalam bonda berbesar hati
lepaskan RYAN4 kat laman.
( tepuk tangan reramai..yeay! )

Hurm..selalunya bonda tak akan lepaskan
mereka main kat laman pun.

Gate sentiasa bersolex tanda perintah berkurung..hew3!!

Takut jatuh longkang. Kalau dah berbenjol karang..
bonda jugak yang nangis berjemaah..naya kan?.

Bila ada kesempatan yang bukan selalu datang,
haruslah di gunakan untuk 'ber'eksperimen' kan.

Terlebih pandai 'ber'eksperimen' ini jadi nya..
.
.
.
.
.
.

Panjat sangatlah power..

Nak turun?

Haa!! jom kita meraung dulu..
kata emin..sigh!.

Maka penyelamat2 pun berusahalah
untuk membantu.

Tak tau lah bonda nak kata 'penyelamat' ker
atau 'pom2 boy'..

Pasal lebih banyak gelak dari
kata2 semangat..haha!!

Ini 'penyelamat' nya..
.
.
.
.
.
.
Interview dulu..Macam mana boleh terlepas ke atas..kah3!!.

Kami bantu gelak jer boleh? kata abang long..hik3!!

Gigih tau 'penyelamat2' tersebut..

Berpampers pun takpe..
janji mangsa dapat diselamatkan dengan cepat.

Kononnya!!

Last2 'superbonda' jugak lah yang boleh di harap..
( gambar tak boleh di xposed..pasal nnt jadik buruan..namoh3!! haha!! )

keh3!!..apa punya 'penyelamat' lah korang nih.

Harapkan pagar..pagar bolos rupanya.

Nih lah di katakan sokong membawa rebah..ayo!

Inilah rentetan 22hb September 2012 kalian.

Lepas penat di buli..meraung dan segala aktiviti
vokal bukan sekadar rupa korang,

ini penutupnya..
.
.
.
.
aksi 'ultraman' tetap di teruskan di dalam rumah..sigh!

senyum paling manis setelah penat meraung atas pagar..kah3!!

pakai topi di malam hari..masyal mmg kaki memunggah..adoi!

- SEKIAN -


*Al Fatihah buat nenda kalian..:(