Thursday 30 August 2012

Menulis lebih baik




Bila hati tak tenang.

Jiwa tak tenteram.

Rindu membuak2.

Menaip entry meredakan sedikit ketegangan.

Meluahkan segala yang terbuku menjadi pengubat sementara

Namun tiap penulisan bonda masih menjaga hati.

Masih menjaga maruah.

Kerna bonda tau bagaimana rasanya
sakitnya maruah tercalar.

Bagaimana peritnya maruah tercabar.

Siapa yang tahu apa yang berlaku pasti tahu.

Siapa yang mengenali bonda sedalamnya
pasti tahu jalan cerita.

Namun kali ini lah biar lah bonda mengikut kata hati.

Biarlah bonda menurut perasaan yang lama sudah terluka.

Biarkan bonda terus hanyut dengan rasa terkilan ini.

Lama sudah bersabar.

Lama sudah bonda pekakkan telinga.

Lama sudah bonda berduka.

Semua kerna bidadari itu.

"SABAR"

5 patah perkataan yang tak pernah lekang tiap kali pipi ini di kucup.

Namun segala-galanya telah usai.

Bidadari itu telah kembali..

Menjadi bidadari di jannah.

Biarlah bonda menjadi diri bonda.

Bonda yang miskin

 ~ Tidak semewah kalian ~

Bonda yang punya anak yang ramai

~ Yang memeningkan semua orang ~

Bonda yang punya rasa terhina dan terluka.

Bonda yang kalian kata kurang ajar.

Bonda yang kalian kata plastik.

KATA LAH..

TUDUH LAH..

FITNAH LAH..

Bonda dah tak mahu ada kaitan dengan
dunia kalian yang jauh beda dengan dunia bonda.

Bonda hidup kerna kasih sayang pada keluaga.

Pada ayah.

Pada adik.

Pada suami.

Pada RYAN4.


BUKAN PADA


Harta benda yang di kejar

Kasih sayang yang terpaksa dan memaksa

Nama dan sanjungan

Kerna semua itu hanyalah pinjaman

Sepertimana ALLAH swt pinjamkan bidadari itu pada kita

Bersifat sementara.

Al Fatihah buat ibu tersayang







Wednesday 29 August 2012

Ini punca!!! ini sebabnya hati ini masih rawan :/




Assalammualaikum suma..

Semoga bulan baik dan hari yang baik memberikan kita seribu rahmat dan hidayah...Amin.

Masih di dalam rasa kehilangan dan rindu yang tak surut walau berjuta kata semangat singgah di telinga bonda. Walau berpuluh ribu ketabahan mereka sisipkan...kerinduan ini memang menyeksakan..terlalu sukar untuk bonda harungi. Di dalam sujud yang tak pernah usai memohon agar ketabahan bonda berlipat kali ganda dari hari ke hari.

Bila di kenangkan semua yang berlaku di sebalik kehilangan ini bonda terasa seperti ada sesuatu yang buat bonda terus begini. Ajal maut dan jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah swt...bonda percaya, sepenuhnya tanpa keraguan. Namun bila bonda fikirkan semula kronologinya, ada terselit rasa bersalah...rasa tak kena.

Sejak di sahkan menghidap kanser pada DISEMBER 2011, bidadari itu bonda lihat seperti tidak mampu menerima hakikat. Namun berkat kata2 semangat dari semua...akhirnya bidadari itu redha. Redha pada setiap ketentuan Allah swt...redha kerna itu adalah ujian buatnya...redha sebenar2 redha. Berulang kali beliau meminta bonda turut sama membuat ujian..takut katanya. Takut andai bonda turut mengalami nasib yang sama berikutan hasil ujian yang di jalankan menunjukan kami mempunyai jenis darah yang sama. Risau di hatinya lantaran dua orang saudaranya turut menghidapi penyakit ini yang akhirnya menjadi sebab kepada pemergian mereka. Namun alhamdulillah...semua ujian yang bonda jalani menunjukkan bonda MASIH bebas dari sel2 yang membunuh ini. Penyakit ini seolah-olah sudah menjadi warisan pada kami..secara logikalnya ianya berpunca dari genetik kami.

Terus terang..bukan itu yang bonda cuba pertikaikan dalam entry ini..setiap nasib manusia beda. Hanya DIA yang maha mengetahui tentang sesuatu perkara..setiap percaturannya adalah sebaik2 aturan. Apa yang masih bonda terkilan hingga kini adalah kerana terlalu mengikut kata dan nasihat yang akhirnya membawa bidadari itu pergi jauh dari bonda. 

TAK BERSYUKUR!! MENYALAHKAN ORANG LAIN!!

Tak!! bukan itu maksud bonda. Bonda cukup terkilan dengan diri bonda sendiri. Sebagai seorang anak..sepatutnya bonda memberikan yang terbaik...bonda beri nasihat dan panduan yang berguna..ini tidak! bonda turut terpengaruh dengan kata2 orang. Sedangkan semua pengalaman telah ada..semua pengajaran telah Allah swt tunjuk kan pada bonda sebelum ini. Tapi kenapa?? kenapa bonda tak sedar? kenapa bonda abaikan sakit ibu? kenapa?. Persoalan ini yang buat bonda terus terbelenggu dengan perasaan yang sangat2 tertekan. Bonda bersedih....bonda rasa berdosa, Ya Allah..maafkan bonda, bonda gagal dalam menempuhi ujian kali ini dengan baik.

Sepatutnya selepas sahaja di sahkan kanser..bidadari itu harus membuat kimoterapi dengan segera. Kerna tahap akhir penyakitnya membabitkan sel2 yang aktif..Adenocarcinoma hanya boleh di rawat dengan kaedah kimoterapi. Tapi apa yang bonda buat?? bonda turut sama takut dengan kimoterapi. Berusaha mengubati bidadari itu dengan kaedah tradisional..rawatan islam. Semua info perubatan tradisional dan rawatan islam bonda goggle...semuanya kami pergi. Apa sahaja nasihat...panduan kami ikuti. Mengabaikan nasihat doktor...itu sungguh memalukan!!. Ya Allah...ampunkan bonda, bonda khilaf.

Akhirnya setelah beribu wang di habiskan, akhirnya kami hilang punca. Kami tak tau apa yang sepatutnya lagi..kami buntu. Sedangkan keadaan bidadari itu on off...adakalanya dia kelihatan sangat sihat dan adakalanya dia kelihatan amat2 drop. Akhirnya kekuatan itu kami temui bersama...terima kasih adik, terima kasih kerna kamu mempunyai rasa dan gerak hati yang sama dengan akak. Mungkin ini yang menjadi asbab kepada pemergian ibu..tapi percaya lah ibu, kami hanya menjalankan permintaan terakhir ibu. Masih terngiang2 di telinga kami kata2 ibu..

"Bagi ibu rasa sekali pun jadilah kimo tuh, mana tau ibu boleh sihat...tak sabar dah ibu nak baik"

Ibu...
Ibu...
Ibu...

Akak rasa sgt2 bersalah. Kalau dari dulu akak bg kata2 semangat yang tak putus pasti ibu ada bersama kakak sekarang. Pasti kita masih menjadi BFF forever. Pasti kita sedang sibuk uruskan pertunangan adik. 

Tapi kepastian kita tu tiada..
Tiada kerana segalanya telah tertulis..tersurat begini.
Tiada kerna masamu telah sampai..
Tiada kerna ini adalah qada dan qadar..
Tiada terlewat sesaat dan terawal sedetik..

Tapi ibu..

Akak terseksa..
Akak rasa sangat bersalah..
Akak rasa nak putar balik masa..
Akak rasa tak kena..
Akak rasa nak gila..

Ya Allah...melalui sujud bonda yang masih tidak sempurna...tolong lah terus titipkan ketabahan.
Terus berikan bonda petunjuk.
Terus kuatkan hati bonda dari hari ke hari.
Semoga semua ini menjadi lebih baik dari hari ke hari.
InsyaAllah semua..
InsyaAllah RYAN4..
InsyaAllah en.sayur ku..

20 hari sebelum Allahyarhamah tinggalkan kami


*Tiada niat meminta simpati..ini hanya kata hati.

~ Al Fatihah buat ibu tersayang ~

Tuesday 28 August 2012

~ Sepi ~




Langit bumi jadi saksi setiap detik yang berlalu
Hitam putih gelap terang di alam dunia
Semua wajah kan diuji dengan sesuatu yang dicintai
Harta benda dan segalanya semua kan binasa

Tinggallah namamu tinggalkan cintamu
Tinggalkan segala yang dipunya di atas dunia
Hanyalah dirimu hanyalah amalmu
Hanyalah sepimu menemani kesunyian di alam kuburmu

Tiada bisa manusia mengulur sang waktu
Bila tiba masa datang maut menjemputmu
Semua yang di mata semua yang cinta
Semua yang dibangga akan hilang akan sirna


Tinggallah namamu tinggalkan cintamu
Tinggalkan segala yang di punya di atas dunia
Hanyalah dirimu hanyalah amalmu
Hanyalah sepimu menemani kesunyian …




~ kita semua akan ke SANA...ke sisi yang HAK suatu hari nanti ~

Al Fatihah buat ibu tersayang.

InsyaAllah sayang...




Kita milik ALLAH swt dan kita
semua akan kembali kepadaNYA.





Buat pedoman RYAN4

Satu hari nanti.

Bila tiba ketikanya nanti.

Kita tetap bersama sayang..

Andai Al QURAN yang menjadi titian hidup kalian.

Al fatihah buat ibu bonda yang tersayang.

5 Hengget punya kes 29/8/2012 ^_^




' b...nak duit belanja tau arinih'
( dialog harian yang sengaja buli en sayur :P)

'Berapa?'

Tak yah nak sengeh2 sangat eh en.sayur bila tanya berapa tuh, hek3!!

'5 ringgit jer'

Baik kan bonda?

Ececeh!!

Isteri yang pandai menjaga hati memang gitu.

^__________^

'Nah..'

Note 5 hengget bertukar tangan dan
di hulur dengan muka yang sgt2 tak bersalah.

'Ok b...terima kasih sbb lurus seperti selalu'
(arrrghhh!!! dalam hati dah gelak dekah2, padan muka aku...sigh!)

Maka beliau yang bernama en.sayur pun start enjin kereta
dan terus blah dengan muka yang memang santun habis.

Nampak tak permainan kami?

Sorang mengharapkan yang seketol lagi memahami dengan memberikan lebih dari permintaan.

Tapi malangnya yang seketol tuh masih seperti 6 tahun yang dulu,

Lurus.

Takde perasaan.

Takde bunga hati.
(nak laki dalam hati ade bunga lertuh..mimpi lah bonda oooiii..adeh)

Seret kaki sambil tunduk pandang tanah.

Sedih dan hiba mengenggam erat 5 hengget

Sekian drama untuk pagi ini.

*______________________*


PESANAN RINGKAS KHIDMAT BONDA HATI KAPAS

*Walaupun awok keras dan straight jer dengan saya...tapi saya tetap cintakan awak sepenuh hati dan sayangkan awok macam 1st time kita jumpa dulu. Kerana sifat awok ni lah yang selalu buat saya sengeh2 tanpa sebab dan saya akan pastikan yang RYAN4 kita turut memahami perangai awok yang satu nih,kekurangan awok menjadi pelengkap pada kesempurnaan saya.

Luv awok en.sayur :P

Monday 27 August 2012

21 hari yang penuh rahsia




Genap 21 hari..

21 hari yang penuh rindu..

21 hari yang penuh duka..

21 hari yang banyak mengajar tentang rasa..

21 hari yang membezakan 2 dunia..

21 hari yang buat bonda kenal siapa saudara dan siapa bukan..

21 hari yang membuka mata siapa kawan dan siapa lawan..

Ya Allah swt...semoga jiwa kami terus kuat,

Hati kami terus terpelihara dengan iman.

Dan ampuni setiap dosa bidadari itu.

Cucuri rahmat dan belas kepadanya.

Tempatkan dia bersama orang2 yang beriman, 

AMIN.

Sebelum g kerja singgah sebentar kat rumah ibu,
kali ke3 bonda menanam pokok nih sbg tanda ingatan..
mintak2
'cik bek2' tuh tak moh makan dah pokok nih.
Al Fatihah buat ibu tersayang.

Catatan terakhir bidadari itu :(




Masih tersisa dengan ingatan yang tiada kesudahan.

Serasa tiap saat nak bercerita.

Tiap detik nak berkongsi.

Lain orang lain cara penerimaannya.

Dengan cara ini saja bonda melepaskan rindu pada bidadari itu.

Selain Al Fatihah dan alunan yassin sebagai penghubung kami.

Usai segala urusan,

Bonda memegang amanah ayah utk menguruskan
segala barang2 tinggalan Allahyarhamah.

Bertemankan sendu bonda kuatkan hati mengemas
baju2 Allahyarhamah.

Terjumpa secebis nota tulisan terakhir bidadari bonda.

Sedang berjuang melawan kesakitan yang tiada tandingan pun
bidadari itu masih ingat tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri
yang telah di pikulnya selama 30 tahun.

Nota ini lah yang bonda genggam erat tiap kali rindu menyapa.

Walau hanya sekadar nota yang tiada makna.

Namun bagi bonda dan yang mengenali bidadari itu,

Nota ini memberi sejuta rasa.

Rasa kagum dengan sifat bersedia dan tanggunjawab bidadari itu.

Dalam keadaan berwayar2 dan terlantar,

Bidadari bonda tetap tak mahu menyusahkan ayahanda bonda

Segala keperluan rumah tetap di jaga

IBU...

Semua yang ibu tinggalkan buat kami

Segala-galanya indah.

Segala-galanya ibu..

Al Fatihah buat ibu kesayangan kakak dunia akhirat

Tulisan yang tangan Allahyarhamah yang akan
bonda simpan selagi hayat di kandung badan

Sunday 26 August 2012

RYAN4 setelah kehilangan :/




Raya pertama tanpa bidadari itu

Rasa sebu perasaan tatkala syawal menyapa

Rasa kosong bila semua tersenyum ceria

Ya!! hari baik dan bulan baik bonda tak harus berduka

Itu adalah sesuatu yang tidak di tuntut

Namun hanya yang memahami akan menemui jawapan

Ia bukan lakonan

Konflik identiti

Ataupun meminta simpati.

Tapi ianya kenyataan yang harus di telan bagi kami yang kehilangan.

Melangkah masuk ke rumah ibu setelah pemergiannya

Terbau2 ibu

Terpandang2 ibu

Terasa2 ibu

Paling bonda tak mungkin lupakan bila mana RYAN4 turut bersedih

Terjelepok memegang gate rumah ibu

Merintih merindui wan yang teramat dekat di hati.

Sekuat mana pun hati bonda menahan sebak

Terhambur jua bersama RYAN4

Ya Allah swt...kuatkan hati2 kami

Kuatkan hati2 RYAN4 ku

Kirimkan mereka kasih sayang yang tak pernah putus

Beserta ingatan buat Allahyarhamah bidadari itu

Jauhkan segera segala demam rindu itu

Amin.


Al Fatihah buat ibu

Watak sumbang *_*



Bila ada watak ketiga

Maka satu lakonan akan jadi tidak seiring

Tiga watak berlawanan rentak

Musibah lah menimpa

Dalam kehidupan yang tak ubah seperti pentas

Harus di buang riak dan takbur

Lakonan kita semua telah di atur teliti.

Siapa hebat siapa tertindas dan siapa menang

Hanya DIA yang mengetahui

Semoga kita buka mata.

Buka minda

Buka hati

Untuk terus mendalami watak sendiri

Buang ego

Buang cinta

Buang percaya

Kerna di SANA nanti..kita di adili seorang diri

Al Fatihah buat ibu yang bonda sayang.

Saturday 25 August 2012

19 hari yang penuh rindu :(





Masuk opis bukak pc nampak ibu senyum.

On handfhone nampak ibu pandang akak.

Pandang jari nampak cincin peninggalan ibu
tersarung kemas kat jari akak

Bukak bag terpandang yassin pemberian ibu

Pegang leher terasa kalung ibu terletak penuh k.sayang

Usap dada terasa sungguh beban rindu ini ibu..

Sumpah akak terseksa!!

Terseksa dengan beban rindu yang tiada kesudahan.
Harus bagaimana ibu..

Bagaimana nak merungkai semua rasa ini?

Tiap kali rindu ini menyeksa..akak pohonkan pada yang ESA

Temukan akak dengan ibu..

Walau dalam mimpi yang singkat.

Walau dalam saat yang cepat.

Sekali pun jadi lah..

Sebagai pengubat jiwa yang melara

Sebagai penyembuh sementara.

Ya Allah swt ampuni dosa2 ibu ku.

Tempatkan dia di kalangan bidadari2 syurga.

Cucuri lah rahmat dan belas kepadanya.

Temukan lah kami walau hanya seketika.

Pinta ku sekali ini

Pinta ku sekelian kali.

*Al fatihah dan selautan rindu buat bidadari bonda yang tersayang..19 hari yang penuh rindu :(


Thursday 23 August 2012

Mintak maaf selepas raya..:)





Assalammmualaikum wrt..

Terlambat ke tak eh nak taip entry raya?

Tak kot..pasal pose sebulan so raya pun sebulan.

Ini pandangan telus dari bonda berhati kapas..hew3!!.

Ok! bonda nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin tau.

Pada semua kenalan..mak2 sedara..pak2 sedara..sepupu sepapat

Rakan2 blogger..si penghendap blog picisan nih
dan pada semua yang mengenali bonda secara dekat dan jauh.

Andai ade tersalah bicara..tersalah taip atau tersalah mentafsir
sila lah kita bermaafan yer.

Segala yang baik tuh datang dari Allah swt dan yang tak baik tuh dari bonda sendiri.

Eeeehh!!! dah ade eh entry raya? entry mintak maaf?

Ok fine!

Angap jer nih entry mintak maaf seminggu sesudah beraya sakan.

Peace!

Al Fatihah untuk ibu
*akak dah tanam pokok puding kat ibu tau, mintak2 hidup yer bu.  :(


Wednesday 15 August 2012

Bidadari itu bidadari syurga..insyaAllah.



Mungkin kalian sudah jelak..

Sudah jemu..

Bonda yang tak sudah-sudah bermain emosi.

Ini bukan catatan suka-suka.

Semuanya luahan hati nukilan jiwa.

Yang sedang terluka...yang sedang parah menanggung rindu,

Yang pasti tiada penghujung.

Selagi jari mampu menulis..

Selagi jiwa sarat dengan rindu..

Selagi tiap hela nafas terbau DIA.

Maka tiap kali itu lah bayangannya sering menjadi inspirasi buat blog picisan ini.


" IBU BIDADARIKU DUNIA HINGGA AKHIRAT.."

Seorang ibu yang bertubuh kecil molek..putih gebu dan sgt comel di mata kami.

Berhati waja..tabah dalam segala hal.

Paling penting sentiasa positif.

Pernah satu ketika..bonda di hukum oleh bos besar kerna kedegilan yang tiada penghujung, di arahkan bidadari itu ke sekolah dan membawa balik bonda (ketika itu bonda sekolah di ber'asrama). Sebagai hukuman..bonda tidak di benarkan ke sekolah lagi (tindakan ketika emosi ayah bonda..bonda rasa wajar kerna kesalahan bonda mmg besar dan amat memalukan). Bonda memang anak yang agak nakal dan sering menguji kesabaran ayah serta bidadari itu...namun di sebalik ketegasan ayah, bonda di selamatkan oleh kelembutan bidadari itu. Beliau hanya menukarkan bonda sekolah bukan memberhentikan bonda. Kerna kasih sayang yang tak bertepi pada bonda..bidadari itu sanggup menahan segala amarah dari ayah..semua kerna bonda.

" kak ija kn belajar dari kesilapan..jangan buat salah 2 kali, kali pertama mungkin tidak sengaja..khilaf. Tapi klu masih mengulangi buat kali 2 itu bukan khilaf tapi nahas "

Kata-kata itu buat bonda ber'ingat dan akhirnya kaki ini melangkah ke IPTA juga. Terima Kasih ibu...tindakan positif ibu memberikan kakak kehidupan yang baik kini..Alhamdulillah.

Jika mahu di rungkai satu persatu..banyak! terlalu banyak..jasa bidadari itu. Kerna beliau merupakan seorang ibu yang understanding dan selalu memaafkan. Menjadi pendengar yang baik pada semua yang memerlukan..tak kira siapa. Sentiasa menghulurkan pertolongan selagi terdaya..tidak pernah lokek jika itu ke arah kebaikan. Jika di tanya pada bonda apa yang paling istimewa yang ada pada beliau tidak dapat bonda specified kan..kerna semuanya terlalu indah. 

Jika ada yang pahit pun biarlah itu menjadi rahsia di lubuk hati bonda yang paling dalam. Cukuplah sebagai seorang ibu..beliau telah menjalankan tanggungjawab beliau dengan penuh keikhlasan.

Beliau pergi pada usia 53 tahun...selama hayat itu banyak telah beliau tinggalkan buat kami sebagai anak..buat mereka sebagai saudara dan buat kenangan kepada jiran tetangga. Segala-galanya manis untuk kami jadikan ingatan. Pada sesiapa yang mengenali secara rapat pasti tahu tiap perilaku molek beliau.

Tiada rasa ralat di jiwa ini saat beliau pergi meninggalkan bonda kerna bonda telah beri sehabis baik sebagai seorang anak. Telah bonda korbankan segalanya. Namun apa lah sangat pengorbanan bonda jika hendak di bandingkan dgn pengorbanan beliau semasa hayatnya. Suka untuk bonda mengingati kata-kata terakhir beliau sebelum pergi,

" Kasih sayang pada ibu, ayah dan adik beradik bukan terletak pada wang ringgit semata-mata..tapi terletak pada tanggungjawab dan keikhlasan kita memberikan kasih sayang tuh "

Sangat simple...tapi bermakna. Berulang kali beliau mengulang kata-kata tersebut sebagai pedoman dan azimat buat kami yang tertinggal. Alhamdulillah..walau tidak sempat menghadap saat-saat akhir beliau, bonda percaya itu tanda kasih sayang beliau pada bonda. Bonda sentiasa ada di saat-saat akhir beliau. Untuk sekian kali...

Al Fatihah
Buat ibu yang paling kakak sayang dunia hingga akhirat.

Tahlil tanpa kakak..



Hari nih tahlil ibu yang ke tujuh.

Kakak terikat dengan kerja yang tertangguh

Tak mampu pulang bersama ayah.

Bersama adik.

Esok mungkin kita bersua.

Jalankan lah apa yang patut.

Uruskan lah walau tanpa kehadiran kakak.

Kerna ibu menanti.

Menunggu di SANA.

Tiap titipan doa dari semua

Tanda kita mengasihinya sepenuh jiwa.

Rasa meronta2 jiwa ini.

Mahu bersama kalian buat sekelian kali.

Namun kakak punya tanggunjawab

Maafkan kakak yer.

Rindu ibu.

Rindu ayah.

Rindu adik.


*Al Fatihah buat ibu tersayang








~ Salam Kemaafan ~



Syawal bakal menjelma

Ramadhan bakal melabuhkan tirai.

Buat kami yang baru kehilangan,

Segalanya kelam.

Tiada semangat.

Tiada serakah.

Tiada cahaya.

Yang tersisa hanya kenangan.

Yang tertinggal hanya air mata.

Yang terlafaz hanya doa.

Hanya ini mampu kami titipkan buat penyambut syawal.

Buat anak-anak kesayangan bonda RYAN4,

Kita pulang ke rumah baru wan yer.

Mendoakan agar wan tenang dan di cucuri rahmat.

Tahun nih kita stop dulu berjimba jimbut.

Kita stop dulu perang bunga api n mercun.

Harap kalian memahami.

Sudah pasti memahami kan?

Kalian anak yang baik.

Anugerah terindah dalam kehidupan bonda dan ayah

Ampun dan maaf bonda pohon buat saudara
yang jauh dan dekat

Teman-teman seperjuangan.

Rakan- rakan blog.

Segala yang baik datang dari Allah swt

Semua yang buruk datang dari bonda
yang hanya bergelar hamba.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA


Al Fatihah buat ibu tersayang.

Tuesday 14 August 2012

Seminggu sudah ibu..



Genap seminggu.

Seminggu sudah.

Al Fatihah bidadariku sayang.

Semoga roh mu di cucuri rahmat

Di kasihani Allah swt.

Doa kami anak-anak mu tak pernah putus.

Sebagai penghubung dunia kita yang beda.

Peluk ibu kuat-kuat.




Monday 13 August 2012

Nak kata gila ke psyco ker kata lah..



Biarlah orang nak kata bonda tak redha pun.

Biarlah orang nak kata bonda macam orang tak siuman pun.

Bonda hanya menzahirkan apa yang bonda rasa.

Semoga kesedihan ini tidak berpanjangan

Lain orang lain cara menerima.

Walau kadang-kadang agak ekstrem cara penyampaian itu.

Bonda cium baju terakhir ibu.

Bonda cium kain mandi akhir ibu

Bonda cium baki air wangi terakhir ibu

Bonda peluk barang2 peninggalan ibu.

Bonda bercakap dgn gambar ibu.

Bonda beritahu ke mana hala bonda..apa yang bonda lakukan.

Dan bila bonda ke rumah baru ibu..

Bonda cakap dgn ibu.

Bonda peluk nisan ibu.

Bonda cium nisan ibu.

Bonda sampaikan salam sayang ayah, adik.

Bonda rasa ibu masih ada.

Memerhatikan kami dengan tatapan mata yang cerah.

Bonda hilang arah

Bonda terawang-awang.

Semoga doa2 kami anak2 ibu sampai pada ibu.

Ibu rehat lah yer.

Tiada keletihan lagi

Tiada kesakitan.


~ AL FATIHAH BUAT IBU ~






Terima kasih Suamiku..terima kasih RYAN4



" Bonda..abg rindu wan lah "

" Abg bacalah Al Fatihah utk wan tau..nnt wan senyum jer dengar abg mengaji "

" Bonda..abg rasa wan dah jadi bidadari lah kat syurga..waktu abg cium wan aritu kan, dahi wan sejuk jer..dah takde peluh2 macam kita nih. "

" Yer abang..wan dah tak sakit2 lagik dah, tak pakai oksigen lagi..wan dah sihat dah "

" Kesian kat wan kan bonda....dah jauh dari kita, tapi takpelah...wan tgh berehat "
(riak muka yang sgt memahami..terima kasih sayang,
terima kasih kerna berkongsi kesedihan bonda nih)

Perbualan kami anak beranak malam tadi.

   Sungguh berat bahu ini memikul kesedihan yang sarat..namun dgn kehadiran RYAN4 yang tak pernah putus cuba utk memahami membuatkan kesedihan itu terubat seketika. Anak-anak ku sayang...maafkan bonda kerna abaikan kalian seminggu ini, banyak mendiamkan diri dari berbicara dgn kalian..tak mampu untuk menemani kalian melakukan homework dan lebih banyak bermuram dari tersenyum. Pasti kalian akan memahaminya satu hari nanti. Sungguh bonda terharu bila mana kalian berhenti bermain tatkala melihat air mata meluncur dari mata bonda..betapa kalian menghormati rasa kehilangan ini. Percaya lah nak...bonda akan pulih seperti biasa, hanya masa yang akan jadik penentunya. Semoga kita tetap bersama mengharungi ujian di bulan yang penuh barakah ini.

   Buat En Sayur kesayangan...walau kamu menangis tiap kali saya menangis, saya tau kamu juga sedang bergelut dgn perasaan yang sama seperti saya. Walau kamu tidak mampu untuk meredakan kesedihan yang sarat ini..namun terima kasih kerna sama2 menangis bersama saya, mendengar tiap keluh kesah saya dan yang paling penting amat2 memahami keadaan saya dan keluaga. InsyaAllah sayang...semua ini akan berakhir, biarkan sy terus di buai rasa rindu ini kerna kamu tahu rindu saya rindu yang abadi. Namun andai saya tersasar dari jalan yang sepatutnya..bimbinglah saya, tunjuk kan saya jalan yang benar. Kepada yang ESA kita panjatkan tiap rasa..semoga kita lebih tabah dari hari ke hari.AMIN.

Al Fatihah buat ibu tersayang. 

Bonda percaya Ibu..


~ ibu bonda yang cantik ~

Bonda bukan anak yang baik.

Bukan kakak yang baik.

Bukan juga adik yang baik.

Kata mereka.

KATA BONDA

Tapi tiap kebenaran.

Tiap rasa bonda telan jauh-jauh.

Soal HATI?

Lama sudah ianya terluka.

Berdarah.

Percayalah pada cerita yang kalian dengar

Sumpah lah jika itu kalian rasa benar.

Siapa yang mengenali rapat pasti ada jawapan.

Bonda tidak perlu menegakkan benang yang basah.

Kerna benang itu basah akibat rasa megah.

Riak.

Takbur.

Dan bukan kah itu bukan sifat kita orang islam?

Hanya jauhari mengenal manikam.

Hanya saudara mengenal saudara sendiri.

Teruskan berkata.

Teruskan berprasangka.

Hati ini sudah kebal.

Cekal.

Hasil dari ingatan bidadari itu.

Terima kasih ibu.

Terima kasih.


* Al Fatihah buat ibu tersayang, peluk ibu kuat2.