Tuesday 26 March 2013

Tak bertajuk..



Assalammualaikum wrt.


Hidup ini penuh ujian.

Selagi nafas di hela..

Selagi itu kita terus lelah untuk hidup.

Bukan cerita dongeng bila keluarga
tak lagi bersatu.

Bukan cerita dongeng jugak untuk kita
berkhayal sebagai seorang puteri.

Ini hidup.

Ini realiti.

Hadap suka atau tak.

Walau kadangkala rasa nak lari sejauh mungkin.

Persetan kan semua!

Lari jauh2 bawa semua kasih sayang.

Bawa semua kenangan terindah.

Berkelana di daerah sunyi.

Bersendiri.

Bersemadi hanya di kelilingi yang menghargai.

RYAN4.

Suami duniawi.

Kerna itu yang hakiki dalam menempuhi
kehidupan yang makin menjauhi.

Sumpah aku benci!

Benci dengan semua yang terjadi.

Tapi itu lah takdir Illahi.

Yang menguji sekuat mana aku
 tempuhi jalan yang berduri.

Aku pasrah bukan menyerah.

Aku pasti suatu hari nanti

Akan menanti aku cahaya di hujung cerita.

Aku lilin yang menerangi.

Semua yang aku sayangi.


#Al fatihah buat ibu tersayang, kami rindu ibu.

Sunday 24 March 2013

Aku dera dia orang!!




Assalammualaikum wrt.

Jemaat itu ari kan bonda cuti kan?.

Jadik banyak lah agenda yg dirancang untuk RYAN4.

Tapi bila bonda merancang, mesti ada yang nak gagalkan.

Siapa lagik kalau bukan RYAN4 yang bersetongkol itu.

Berjemaah tak moh tido siang.

Padahal dah sorang sebotol susu masuk perut.

Paling tak boleh blah bila diorg buat stuntman atas kepala bonda.

Iya!

Terjun tiruk dari sofa..

Lompat kijang kapet ke kapet.

Aksi ultraman lawan resakse jangan cakaplah.

-marah-

Yerlah! pasal perancangan akan menjadi satu malapetaka
bila diorg tak cukup tido.

Maka dengan itu..

Babai kolam.

Babai tesco

dan..

Babai kegembiraan.

-Kerut dahi, angkat kening sebelah-

Ini makan nya..



Kena denda pasal tak tido siang.

Kalau TV tuh boleh jerit, lama dah dia mintak rehat.

Yang si abg ngah tuh dah macam tahanan penjara guatenamo kan?

Kah3!!

Heep3!! bukan aku yang paksa beliau pakai underwear je,
itu dah mmg seragam beliau bila balik sekolah. Kang berleluasa pulak gambar nih kat internet dengan tag 'IBU DERA ANAK'. No3!! bonda masih ibu yg waras.



Muka mencari2 salah..

Terpinga2 bila di suruh berdiri sebelum khutbah
jemaat bonda mulakan..

Ekekeke!!.



Ini pulak lepas khutbah bonda selesai.

Haa!! hamik setengah jam berdiri, kaki dah sakit katanya.

Gitu lah anak2.

Suruh tido pun tak moh.

Tetiba teringat kata2 bidadari bonda suatu
ketika dulu pada bonda adik beradik

' ibu suh tido pun tak nak, ibu nih..kalau ada org suh tido..
berlari ibu panjat katil tu haa!! '.

Itu benar.

Skang ni sapa nak suruh aku tido?

Dengan pantas aku buat!

hihi.


Saturday 23 March 2013

Aku rindu!!!



Assalammualaikum wrt.

Serba tak kena bila lama bercuti dan kembali bekerja.

Seminggu kot.

Lama sungguh rasanya bila cuti tanpa agenda.

Kalau dulu...amik cuti je mesti sebab menjaga bidadari di hospital.

Urut2 tangan halus ibu.

Usap2 belakang ibu dengan minyak angin panas.

Borak2 dengan ibu pasal hidup.

Lap kan badan ibu.

Bedak kan badan ibu.

Sumpahhh!!! aku sedang terseksa.

Masih terluka dengan pemergian ibu.

Dua hari nih bangun pagi nangis ingat ibu.

Rasa tak cukup doa yang aku kirimkan.

Rindu ibu.....

Sangat2!!!!

Al fatihah buat ibu....

#Hargai ibu anda bila masih berdiri dan tersenyum depan mata..hug!


Sunday 17 March 2013

Tolong pikirkan tajuk..^_^



Assalammualaikum wrt.

Macam yang bonda cakap arituh kan, minggu nih nak ziarah pusara bidadari bonda. Pejam celik, pejam celik dah lapan bulan Allahyarhamah tinggalkan kami. 8bulan ibu sakit, bonda terasa seperti bertahun2. Tapi bila ibu dah tinggalkan bonda, rasa macam sekejap jer masa tuh berlalu.

Al Fatihah.

Bonda pernah kot tulis kat sini pasal penanaman pokok yang bonda usahakan di 'rumah baru' ibu kerap kali menemui kegagalan. Siapa lagi peyumbang kegagalan kalau bukan 'Encik Embek' tuh. Pelahap betol lah mereka2 itu. Pokok apa pun pasti di ratah dengan kejam. Diorg mmg takde akal untuk pikir sentimental value yg ada kat pokok yang kami tanam tuh.

#terima dengan muncung mulut.

Kali ini dengan penuh rasa geram dan tawakal, ayah bonda gigih pegi tanam pokok yang baru. Tapi bukan setakat tanam jer...beliau gagah pagarkan sekali..hahaha!!. Inilah yang di katakan saat2 membalas dendam kesumat. Bonda pasti dan yakin!! air liur 'Encik Embek' tersebut pasti meleleh je lah gamaknya, nak di ragut? mampu ker??

#gelak jahat sikit...whoahaha!!.



Kan?
Dapat bayangkan tak 'kelelehan' 'keliuran' mereka? .Tinggi kot pagar tuh, paras dada bonda. Ok..bagi korang tak tinggilah kot, tapi orang yang petite 146cm seperti bonda kerasaan ketinggian itu wajar kot :P. Mudah2an pokok itu membesar dengan sihat dan kuat tanpa gangguan lagi. Harap sangat.

- Cerita pagar pokok tutup -

Sekarang nak citer pasal penambah baikan (ada ayat gini tak? kira ada lah yer..huhu) rumah kami pulak. Start si RYAN4 dah pandai bercakap nih, bonda dan ayah selalu di tinju dengan ayat2 smash dari diorg. 

Contoh 1
" Ayah kata tak baik gaduh adik beradik,
tapi ayah gaduh dengan isteri boleh pulak?? "

Contoh 2
" Bonda kata, ibu bapa sayangkan anak2..tapi kenapa bila anak2 nak tengok cartoon network, ibu bapa marah..tak sayang lah tuh "

Ok tak moh bagi contoh banyak2, kang korang kata bonda beranak kan 'orang tua' yang berselindung di balik tubuh badan kanak2 pulak kan?..huhu. Memandangkan cuaca sekarang dah masuk musim panas dan bukan lagi musim hujan yang sejuk2 tuh kan, makanya RYAN4 selalu complain badan demam. Padahal bukan demam pun korang, cuaca panas..badan pun panas lah kan. Saja jer diorg bagi alasan tak moh g kinder.


Gambar di atas nih penyelesaian yang encik.sayur ambil bagi menangani operasi mogok beramai2 encik2 RYAN4 tersebut.  Harapkan bonda cari penyelesaian? mimpi jer lah yer anak2. Bonda ni rajin masak dan jaga rumah jer, nak layan mogok korang harap maap..takde perasaan..huhu ^_^. Lepas apek nih buat kerja, bonda rasa napas bonda turun naik banyak kali tau tak. Habuk batu serata rumah, termasuk kat muka2 mereka yang sering lancarkan mogok. haaa!! padan muka, suh duk bilik tak moh, sibuk gak berbaris  menyeringai tengok apek tuh. Setelah penat berhabuk2 muka, Hasilnya terlekat lah menatang nih kat ruang tamu.


Terima kasih pada penaja benda alah nih, pasni kalau ada lagi mogok tak moh g kinder, ai rela dengar u ber'khutbah kat RYAN4 encik sayur yer. Macam gini barulah boleh di gelar ayah mithali, tapi kalau u nak naik taraf jadik suami mithali..kenalah beli satu lagi letak dalam bilik kita pulak..ekeke!!.

Rasanya dah habis dah citer untuk minggu nih korang, minggu depan bonda cuti lama..selasa - sabtu, 5 hari lah gamaknya terlentang tertonggeng jadik driver RYAN4. Nanti bonda hupdate lagi yer...bubai sayang2 bonda semua!!

^________________^

Wednesday 13 March 2013

Hanya kerana mata..aku resah!



Assalammualaikum wrt.

Pagi nih bonda tersayu sikit. Rindu pada bidadari mungkin. Dah hampir 2minggu tak ke rumah ibu, cuti minggu yang sudah balik tengok ayah..jadi jadual ke 'rumah baru' ibu tertunda :(. Mungkin jumaat baru berkesempatan.in sya Allah..semoga Allah swt memberikan ruang dan masa itu

Tapi arini ada nak kongsi cerita sikit. Korang tau kan kita nih bukan lah manusia yang baik2 macam Nabi atau isteri2 Nabi kan. Macam tu jugak lah aku nih. Aku bukannya isteri solehah sangat pun. jauh sangaaattttt nak jadi ibu mithali. Tapi hari2 aku bangun tido, aku kata kat diri sendiri..

' Aku nak jadik isteri paling menyejuk kan hati suami dan ibu yang paling disayangi anak2 '.

Tapi yer lah kan...aku ni manusia biasa yang memang suka syaitonnn tuh kacau. Pagi tadi aku marah pasal apa tak tau lah. Owwhh!! pasal aku kena duduk seat belakang. Pastu seat tuh penuh dengan bantal dan mainan RYAN4 aku yang bertuah tu lah. 

Aku marah.

Tapi aku tak membebel atau menghempas, aku jeling kat laki aku. Jeling tajam punya. Sian en.sayur. Terkebil2 jer tahan jeling mata aku nih. Serius weih! aku tak pernah jeling dia. Aku kalau marah...macam machingan mulut aku biasanya. Alah...pompuan kan? bebel tuh kan accessori kita..ekeke. Tapi macam biasalah...bila dah buat dosa hati pun tak tenanglah. Waktu aku tgh taip entry nih aku masih rasa bersalah sangat kat en.sayur. Camner nak pujuk? ker aku buat tak tau jer..ke macam mana?

Adoiyai!!


Tuesday 12 March 2013

Sayur 30 tahun ^_^




Assalammualaikum wrt.

Kembali bersiaran dengan mood yang ke laut..kih3!!. Tapi di sebabkan tengah buhsan dan entry kali ini telah lama terkohop, maka ku gagahkan jua jari gemok kontot ini untuk berkarya. cehh! berkarya lah sangat kan..setakat tulis benda merapu meraban, sapa pun boleh kan?. Ish3!! silap tu kawan2 yer..serius silap bila korang pikior gitu. Nak tulis pun kena ada rasa tau, kena ada mood..walaupun setakat merepek2 penulisannya. Ok tutup mukadimah yang macam nobel nih..ekeke.

Ini entry nak citer pasal apaknya si RYAN4, sapa lagi kalau bukan tokey sayur tuh kan :P. 18 Februari 2013 tempohari, genap lah usia beliau 30 tahun. Sweet ke tidak beliau pada usia 30 tahun itu adalah rahsia..agaga!!. Berjuta kesyukuran bonda panjatkan pada Ilahi kerana pada usia en.sayur 30tahun ini beliau masih bersama bonda dan RYAN4. Masih tersenyum melayan karenah bonda, masih gagah mencari bersuap2 nasi buat RYAN4.Alhamdulillah..syukur.

Seperti tahun2 yang berlalu, tiada keramaian besar2 kami lakukan. Cukup menadah tangan berdoa semoga khalifah kami ini panjang umur dan murah rezeki. Untuk tidak menghampakan RYAN4 yang sangat obses untuk tiup lilin, beli lah jugak kek kocik pengubat jiwa mereka..ngeh3!. Nyanyi ramai2 pastu makan kek sejemput, itu dah cukup buat RYAN4 kami suka hati sepanjang minggu. Jom kongsi gambar dengan kitaorg..

nampak tak kek tertobek? haha!! rakyat jelata over excited :P

Tokey sayur kesayangan saya..wewit3!! ^_^

Anak2 yang teruja ^_^

Ayah yang setia melayan..thumbs up to ayah!

Macam2 hal..sigh :P

~ mereka kesayangan saya ~

~ cinta hati bonda ~

Abg long dberi penghormatan memotong kek ayah..riak pulak! ngeh3!!
yang tak seberapa dari bonda.


Tuesday 5 March 2013

Pernah tengok tak??




Assalammualaikum wrt.

Takde story morry pun, tgh sugul dengan kejadian di LD.

Semoga mereka semua selamat pergi dan pulang.

Semoga mereka dilindungi dalam menjaga kedaulatan negara.

Semoga keluaga mereka tabah.

Semoga yang baik2 saja pengakhiran peristiwa berdarah nih.

Ok jap..

Godek2 kamera genggam jumpa picca nih.

Dah nak berkulat dah..tapi tetap nak kongsi kat korang
pasal bonda jakun dengan stesen minyak nih.

1st time tengok...

Pastu gigih,

kechek...kechek..kechek...kechek 

Bunyi kamera lah!

^_______^



Jauh perjalanan luas pandangan kan..

Psssttt....en.sayur sila amik perhatian ayat di atas.

Toink...toink...toink!! :P

Bye.

Monday 4 March 2013

Hujung minggu yang dah 2 kali terhujung..hoho!




Assalammualaikum wrt..

Entry nih nak bagi korang semua tengok aktiviti bonda dan RYAN4 2minggu lepas. Eeeehh...jawab salam dulu tau :P. Lately nih bonda macam malas jer nak keluar bila tiba cuti bonda. Rasa macam kerja kat rumah nih tak pernah selesai. Baru rasa kebenaran kata2 bidadari bonda dulu..

"perempuan nih kalau dah kawen...baju tak dan kering, ada jer kerja rumah yang tak selesai. dapur tuh dah mmg jadik opis dah "

Hehehe..
Baru sekarang agreed. Kalau tak dulu..melompat2 bangkang! ish3. Nak tunggu terhantuk baru nak terngadah kan? mmg macam tu lah sikap manusia..same with me :P. Ok namoh membebel macam burung tercabut ekor, jom layan picca RYAN4 bonda yang hagak seksi nih. Takpe..seksi budak, comel jer..kalau si tua yang seksi..muntah darah korang nnt..ekeke.
Sand castle by masyal..tapi tak nampak castle pomm..huhu :P

Ayah yang penyayang, sejuk perut MIL :)
Abg long bonda..

Mesyuarat kenapa abg ngah suka di tanam..sigh!

" Tak yah amik gambar ikish bonda, malu! " katanya..hihi.

Seisi memujuk adik keluar..gagal! haha!!

Hati dah panas kan? hah! tanam banyak2 lagi..nak sangat!

Bonda kata praktis pose mangga..retis kita nnt tau! <selisih>

Sand castle by me..masyal.

Sand castle by emin..

Ayah nih...tak tau dia buat haper, agak2 korang lah..cer teka??

Sand castle emin..creative kan?

Gigih nak lawan sand castle emin..^_^

Yang nih dia tau tanam badan dan kaki jer,
sand castle tak tau..huk3!!



Hahaha!! dah macam ABC kat ice room jer bonda tgk abg long ooiii..

Jom tunggang ayah!!
dah tenggelam dah..cian :P


Ok..dah puas dah tgk RYAN4 versi seksa nih?

ok bye ^_^.


Sunday 3 March 2013

Mati itu pasti...



Assalammualaikum wrt.

1st of all, Al Fatihah buat semua perwira2 negara yang terkorban di LD serta di Samporna. Semoga roh mereka dicucuri rahmat serta belas dari Allah swt. Tempatkan mereka di kalangan orang yang beriman, ampuni mereka seperti 'Shahidin2' yang lain. Lapangkan kubur mereka, hindarkan mereka dari azab kubur serta terangi lah kubur mereka seperti taman2 syurga.

AMIN.

Shahid mereka kerana mempertahankan bumi Malaysia, tanah tumpah darah mereka. Sungguh mulia cara mereka kembali kepadaMU. Jika di berikan peluang dan ruang, bonda juga berani memikul senjata mempertahankan Malaysia. Bonda sayangkan Malaysia dan keharmoniannya. Lindungi dan akhirilah semua ujian ini, bonda mohon.

- Sebak -

Macam yg bonda tulis pada entry sebelum ni. dah seminggu bonda tak ziarah bidadari bonda di rumah baru ibu. Jadinya minggu nih bonda luangkan masa yang tidak seberapa berteluku di pusara dan membersihkan pusara ibu. Semuanya masih sama. Ibu tetap dah tiada walaupun berjuta kali air mata telah bonda tumpahkan. Berguni cerita bonda khabarkan. Pusara itu tetap sepi..

Kaku..
Sunyi..
Aman..

Di temani kicauan burung dan desir angin. Sumpah! bonda terlalu rindukan ibu. Jika di lihat orang pasti bonda di cop sebagai orang yang tak waras. Tapi cukup bonda katakan, menziarahi ibu adalah terapi yang mengawal perasaan sedih ini. Minggu ini bonda di temani adik, ayah dan makcik yang tak pernah jemu bersama2 bonda mengharungi kehidupan selepas ketiadaan ibu. Ayah bonda, sebulan sekali pasti hadir di pusara sepi ini melepas rindu. Kami rindu ibu..

Rumah baru ibu..

 Bonda datang minggu ini bersama Ryan Mukhlis dan Ryan Masyal jer. 2ketol RYAN4 lagik tak mahu turut serta. Dah besar kononnya. Anak2...begitulah, kesedihan mereka tidak seperti kita orang dewasa. Apa yang berlaku hari ini lambat laun akan lenyap di fikiran mereka seperti angin yang membawa debu. Mudahkan jadi anak2...apa pun yang terjadi di tinggalkan sebagai kenangan. Tapi kita? sesuatu yang singgah di perjalanan kedewasaan pasti kekal di ingatan. Buruk atau baik sesuatu itu jika kita melaluinya pasti kita terkesan.

Tengok Ryan Masyal, berdoa dan makan
di perkuburan amatlah menyenangkan beliau.anak oohh anak..

Sedangkan kami? bertafakur dan mengirim yassin di temani air mata yang tidak usai berhenti. Kami redha..kami pasrah masa ibu sudah tiba. Tapi kesedihan itu...




#Al fatihah buat ibu ku tersayang..:'(