Tuesday 31 July 2012

1st Kimoterapi Bidadari itu...Alhamdulillah.



Semalam 31 JULY 2012.

Bonda ke HUKM lagi.

Kali ini membawa harapan setinggi gunung.

Dan..

Debaran seakan luruh jantung.

Kimoterapi pertama bidadari itu.

Bonda hadir sebagai anak..

Sebagai pemberi semangat..

Sebagai 'pom2 girl' :P

Dan..

Alhamdulillah..terima kasih Allah.

Terima kasih di atas semua senyuman yang KAU redhai.

Bidadari itu tabah.

Bidadari itu cekal.

Tersenyum tanda beliau redha.

Ujian ini ujian kita..

Ujian bukan ke atas dirimu seorang ibu.

Ujian juga kepada kami semua..

Yang menyayangimu sepenuh hati.

Setulus jiwa.

Bonda abadikan tiap senyuman mu Ibu.

Rasa tenang jiwa.

Rasa damainya hati.

Semoga ibu kembali tersenyum sekali lagi,

Dan 

Sampai bila-bila.

AMIN.


Adik gemok bonda feeling2 atas wheelchair..haih!

Kakak kesayangan ibu yg mnjaga ibu tanpa keluh kesah..muaks!!,
malu pasal gg pelesu..hik3!!

Ini lah 'pom2 girl' nya..jgn complain..rela jer kata ibu, kan?..hew3!!

Wad yang akan kami tempuhi lagi 11 kali..insyaAllah.

Pintu gerbang yang sgt lah suram..sigh.


*Terima kasih yang tak terhingga kepada ulam pegaga jantung hati bonda, en.sayur yang sgt2 memahami keadaan mertua beliau dan sanggup menjaga 4 ketol RYAN4 berseorangan tiap kali bonda terpaksa bersama bidadari bonda. I luv u sayang..thank you!! (tacing)

6 Tabiat pelik bonda korang



Pagi nih nak senaraikan 6 sikap pelik bonda.

Klu korang nak rasa sama pelik tuh,

Moh layan yer..

1) Bonda nih suka sgt2 masak..tapi klu masak tuh tak pernahnya tak derhaka resepi. dah macam sumpahan pulak gamaknya..mesti nak modified resepi org bagi.. so pada sesapa yang bg resepi kat bonda tuh..sila jgn nak feeling2 yang bonda akan menurut perintah okeh. Haa!! jgn pulak korang buat sumpahan 7 keturunan tau pada sesapa yang derhaka pada resepi tersebut. karang padang jarak padang terkukur habis segala mende bonda..dose!

2) Yang ke dua nih rahsia ckit tau..ckit jer. Bonda suka bau minyak petrol..serius. Klu en.sayur tercinton tuh isi minyak keta..bonda mesti bukak idung luas2 macam tiang gol..ekeke!!. Dulu2 beliau tak perasan tabiat pelik bini tercintonnya nyer nih.. al maklum lah zaman bercinta kan sumanya indah, taik idung pun rasa cekelat kan?..skang dah alah bisa tegal biasa, hik3!!. Eleh!! sesekali nampak buruk ape salahnya kan? tak kan nak feeling bonda hot jer 24 jam 7 hari seminggu..hahaha!!.


3) Bonda jugak ade satu tabiat yang mmg bonda sendiri tak faham napa mesti ia jadik tabiat. Klu tabiat tuh boleh buat bonda kaya raya takpe lah jugak..nih tabiat yang buat bonda jadik makin papa dan kedana. Bonda nih klu d beri tugasan membeli barang2 dapur..mmg tak lah mampu untuk cut cost. Nak buat macam mana bedah..dah tebiat suka derhaka, hang jebat betol!. Budget yg dberi akan bonda gunakan sehingga ke titisan darah yang terakhir..muwahahaha!!. Contoh eh...en.sayur bg RM 250.00 utk bli barang dapur, bonda akan gunakan RM 249.99 gitu. Tapi tuh kadang2 jer..selalunya akan jadik sekali ganda dari nilai yang di beri..sigh! (jgn ikut..amalan syaitan nih, haih!). Balik rumah  je muka  mesti nak bangga dan terus jadik pendiam lepas kn tarbiah dari empunya ongkos...sob3!!.


4) Haish macam banyak pulak tabiat pelik yang nak di ketahui nih kan..sapa yang tag nih mmg tak berhati tapi berperut..hik3!!. Okeh2!! tabiat pelik yang ke4, bonda nih kan anak ramai..tiap2 tahun pulak ade baby, baru 2tahun nih je cuti..hak!. So bila dah selalu ade baby, maka tabiat nih terus lekat hingga ke hari ini..huhu. Sebenarnya kan..bonda suka sangat cium tapak kaki baby dan gigit jari kaki mereka. Bukan setakat anak sendiri jer..anak org lain pun gigih bonda bukak booties diorg dan gigit. Geram tahap dewa lah klu dapat cium dan gigit. Rasa puas....puas macam baru lepas teguk coke ais sebotol..fuhh!!! tak tergambar dgn kata2..ahaks!.
(pada sesapa yang punya anak kecil dan d tinggalkan bersama bonda..sila maafkan tiap perbuatan eh..)


5) Yang ke5 pulak..Bonda nih jenis yang manja2 kucing liar kununnya. Tabiat yang satu nih mmg en.sayur tau dari zaman bercinton sampai lah beranak pinak nih haa..huhu. Bonda akan cium suma baju kepunyaan en.sayur tiap kali pegang baju beliau. Kadang bawak tido pun sodap..hahaha!!. Heppp!!! baju jer tau..seluar kecik dll tak termasuk eh..hilang seri muka bonda 44tahun..ayark!.


6) Ok last..but not least, Bonda ade tabiat yang yang selalu gak buat angin 'kus2' en.sayur dan RYAN4 berputar ligat..huk3!. 'Bonda di alam fantasi'..hew3!!, Ini kira tabiat ke penyakit ke tak tau lah bonda eehh..bonda selalu leka dan mamai bila dgr org mintak or cakap banyak2. Nanti mata bonda tak kelip2..pastu otak menerawang ke mana2..aiseh!! mmg sepatah haram pun tak kan sangkut dan bonda ingat..kah3!!. So secara halusnya..sesiapa yang berdepan dan bercakap dgn bonda mahupun membuat permintaan kepada bonda, sila ringkaskan tiap perkataan. Bonda takut bonda akan tercenggang dan mendatangkan marah pada si pencakap (bahasa tunggang langgang lagik..hihi). Ini bukan sakit okeh..bukan mental, tapi TABIAT.




Fuuuhhhh!!!! lega dah dapat mencapai misi dgn senaraikan 6 perkara pelik ttg bonda..pas nih sila jgn bermain dgn tag2 nih lagik yer, makan hati ulam hempedu bonda nak ooiii....
peace!!


Saturday 28 July 2012

~ Bagai tertusuk duri ~



Kadang kan hidup nih aneh..aneh bila mana kita berdepan dengan sesuatu keadaan di mana kita sendiri keliru. Keliru dengan rasa..dengan jiwa dan keliru juga dengan tindakan. Ikhlaskan hati??...memang macam mudah untuk kita memperkatanya..tapi untuk melakukan nya?..terasa menelan butiran kaca.


Bonda bukan lah ter'lahir (abaikan penggunaan tatabahasa yg salah..hihi) dari sebuah keluaga yang sempurna. Sempurna dalam erti kata dari segi agama..didikan mahupun pelajaran. Namun semua itu bersebab dan bonda dapat memahami nya seiring dgn usia yang semakin meningkat (masih muda akceli..hik3!!).


Pengalaman.......


Iya, mungkin ini yang buat bonda semakin dewasa dan matang berfikir sebelum terlambat. Dari seorang anak yang degil..malas dan banyak alasan bonda move on. NO!! Bukan sekarang bonda perfect..hebat atau pun berlagak baik di hadapan orang..alam maya dan sebagainya, tapi ini lah bonda. Setiap tutur kata datang dari hati dan setiap perbuatan bonda lahir dari jiwa. Alhamdulillah..pertemuan dengan en.sayur telah banyak mengubah diri ini (tacing jap..thanks b). 


Seperti liku-liku yang tajam menusuk kaki..terlalu bisa rasa itu, terlalu perit semua perjalanan bonda yang lalu. Tiada siapa pernah berkongsi duka itu, sakit itu....kerna bonda tahu, segalanya berlaku atas kekhilafan diri sendiri. Belajar mengakui keburukan diri adalah perkara yang terbaik pernah bonda lakukan dalam perjalanan hidup yang masih panjang ini. Terima kasih pada yang masih di sisi dan terima kasih juga pada sesiapa yang sudah menjauhi. Pertemuan dan perkenalan kita telah di rancang dengan baik sekali..dan pasti ada hikmah di sebalik tiap ketentuan.


Bila jiwa gundah dan hati rawan mula berbicara..memang agak sulit untuk di fahami. Namun dgn cara ini sahaja bonda mampu menyampaikan tiap rasa yang menghuni jiwa. Sumpah bonda tewas..tewas bila ianya berhubung kait dgn kasih sayang..persaudaraan dan pengorbanan. Semoga jiwa ini tenang dan tabah dalam mengharungi tiap ujian. Buka kan pintu hati dan mata buat mereka yang masih meraba-raba di dalam terang dan sucikan jiwa bonda dengan keikhlasan yang lahir secara zahir dan batin. Lindungi bonda dan keluaga bonda dari segala hasad serta dengki sesama sendiri kerna hanya kasih dan sayang dan iman sahaja mampu menjadi penawar pada hati2 yang kotor.


Sembuhkan bidadari itu Ya Allah...pinta bonda sekelian kali.


Sayang ibu sangat2..rindu ibu bagaikan seluruh jiwa hilang.


Semoga hari ini langkah kita ke arah kebaikan dan makin baik dari hari ke hari..


AMIN.



I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you

Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Sapa adik dia? sapa? :P



Last friday bonda angkut 3 ketol RYAN4 balik dari taska n bawak balik ke rumah


As usual...mereka bila di dalam kereta tak pernahnya aman.


Apetah lagik berkasih sayang..sigh!


Sentiasa berperang saudara.


Bonda yang berwajah comel tabah mengharungi perjalanan
(sila akui statement ini walau berat hati..hik3!!)


Dari suara2 RYAN4 yang hingar bingar bonda mengenal pasti punca pebalahan.


" Emin dgn asyal tuh adik ikish lah!! "
(jerit miqail..hish!)


" Mana ade..bukan!! bukan ikish kata! "


Erk!..apa kes tak ngaku saudara..nak kena fire nih, bonda pasang telinga lagi.


" Habis tuh adik ikish sapa? kerusi? cermin? "
(c abang nih dalam tempoh membuat rumusan berdasarkan apa yg di lihat..haha!!)


Bonda yang berhati kapas mana tahan dengan perang saudara yg lama2 nih..sentap tau aii!!


Bertanya dengan ikish penuh berhikmah siapa adik dia.


Tau jawapan dia?


" Adik ikish DURIAN dengan RUMPUT "


~ DIAM TERUS ~


*Kadang2 c tengah nih terlampau berimaginasi dan ianya menakutkan bonda..hew3!!, tiba2 rasa ngilu pulak bayangkan ngendong durian dan rumput dalam perut..ngeri bonda nak ooiii!!




Thursday 26 July 2012

Agenda tertunda yang best :)



Assalammualaikum.

Semalam bonda berada di HUKM.

Konon mahu menemani bidadari bonda menerima rawatan kimoterapi.

Memberi sokongan seperti 'pom-pom' girl gitu.

Girlish betol dgn kaler pink seluruh badan.
(en.sayur ttp mata seharian..hahaha!!)

Last2..kimoterapi di tunda pula.

On 31st of JULY 2012.

Sakit hati kita tau.

Penat kita usung c masyal seketol tuh.

Sakit2 badan bonda di lanyak c masyal dalam kereta.
(padan muka bebenornya..malas lagik drive)

Yang menelan 2 jam lebih perjalanan.

Budget nak jadik 'mem besor' sebelah en.sayur sambil pintal2 tudung.

Sekalik turun kereta dah macam bibik terbuang.

Kusut dan masai.

Shahdis.

Sebagai balasan en.sayur harus bertanggunjawab.

Terima kasih lah berbelanja untuk saya dan RYAN4.

Hati kapas terubat bila mana kekecewaan di ganti dgn 'shopping manja' tersebut.

Duit ayah kan duit bonda juga.

Duit bonda tetap lah duit bonda.

Terima kasih daun keladi,
Esok2 belanja lah lagik.



BONDA KAWASAN.






Tuesday 24 July 2012

Bonda vs En.sayur



Malam tadi kan..before tido kami pot pet pot pet laki bini.

Seperti malam-malam sebelumnya.

Memang dah jadik kebiasaan kami..
bertanya tentang hari yang di lalui sepanjang hari.

Berkongsi cerita..ngumpat2 manja..hew2!
(heeppp!!! ngumpat dose tau en.sayur..)

Topik malam tadi ialah

Jual makanan di pasar tani yang komunitinya 99.5% islam
dan melayu pada waktu pagi

Di jual pulak oleh peniaga islam di bulan puasa.

Haa!! panjang tak bedah bonda punya tajuk malam tadi?

Panjang pasal emosi.

Emosi sebab diorg tak hormat bulan ramadhan.

Takde sivik pasal set mentaliti yg very2 bad.

" Ramai peniaga tak berpuasa "

Maka tak salah kami berjualan nasik lemak..
kuih muih dan pelbagai juadah, dapat jugak duit.

Macam nih punya manusia pun hader.

Bonda kesal.

Awal-awal lagik dah warning en.sayur.

" B klu tak puasa..takde budget raya utk jeans b
n tahun nih raya rumah saya "

Hahaha!! gila kentang tak?

Ade macam citer drama "perempuan neraka" tu tak?

Acah mak enon lah!!

Mana ade...bonda nih kan hati kapas.

Warning2 manja jer.

Tapi en.sayur behave..pose tak tinggal lagik.

Bravo en.sayur bravo!!

*Tu jer nak citer..hok aloh!! *_*




Monday 23 July 2012

Hari ke 4 yang menguji



Flu.

Headache.

Alhamdulillah masih mampu
menunaikan kewajipan berpuasa.

Esok hari adalah tarikh permulaan.

Semoga Allah swt kasihani kami.

Kasihani ibu.

Kurangkan derita kesakitan yang d tanggung.

Tabahkan hati ibu.

Hati kami.

Ya Allah hanya padaMU bonda meminta.

Semoga segala urusan kami berjalan lancar.

AMIN.

* Bila hati susah..tubuh badan pun turut terjejas, klu selalu susah hati..harus bonda kurus dan menawan  kekdahnya..hak3!!

Sunday 22 July 2012

Semoga baik-baik saja..




Berdebar-debar

Kencang berdegup.

Tiap detik ..tiap ketika.

Semoga ini jalan yang terbaik.

Semoga ini adalah pilihan yang tepat.

Semoga Allah swt berikan sedikit cahaya.

Bonda mohon.

Bonda harap.

Agar keputusan yang kami ambil di atas permintaan bidadari itu,

Tepat.

Terbaik.

Ya Allah swt..hanya padaMU kami berserah.

Segala usaha telah kami curahkan.

Tiba masa kami bertawakal,

Hanya padaMU.

Kimoterapi pertama on 25 JULAI 2012

Seakan dunia berhenti berputar.

Risau.

Tabahkan hati bonda dan semua.

AMIN.

*Walau apa pun yang terjadi..akak tetap bersama ibu, berdiri di belakang ibu dan sentiasa harap yang terbaik buat ibu. Bertahan lah yer ibu..insyaAllah ibu akn sembuh. Ibu kata nak tgk RYAN4 akak membesar   dan berjaya kan?..ibu jangan tipu tau. Tabahkan hati ibu dan kuatkan semangat tau. Peluk ibu ketat2..cium ibu kuat2!!

Saturday 21 July 2012

Alhamdulillah Ya Allah..



Senang hati.

Lapang dada.

Terasa puas tiap hela nafas.

Tiada tersekat2 seperti sebelum ini.

Terima kasih Allah swt.

Terima kasih kak Herna kerna berkongsi rasa.

Terima kasih pada semua yang mendoakan.

Semoga AMYRA BALQIS kita terus bertahan.

Bertambah baik dan pulih sepenuhnya.

Berkat Ramadhan yang penuh barakah serta doa2 kalian yang tak pernah putus.


Biar kita bukan sedarah.
Biar kita terpisah selautan benua.
Biar kita berbeza rupa.
Biar kita berlainan jasad.

Namun kita punya satu persamaan.
Satu rasa.
Satu jiwa.
Satu pegangan
Iaitu tiada yang mustahil.
Andai kita terus berusaha dan bertawakal.
Hidup mati urusan Allah swt.
Usaha dan terus usaha urusan kita.
Urusan bagi mereka yang di uji.
Semoga MYRA kami tetap kuat dan tabah
Di samping mama erna yang mithali.

~ AMIN ~

Day 1...jeng3!!



Assalammualaikum.

Ramadhan datang lagi.

Penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah swt.

Alhamdulillah.

Berbedanya ramadhan tahun ini ialah kami berpuasa bertiga.

Tahun nih tahun pertama ulam pegaga sulung berpuasa.

Yer..beliau berpuasa.

Walau hanya mampu setengah hari pada hari pertama.

Terkena flu pada hari kedua.
(haruslah di jadikan alasan kukuh utk larik dari perintah berpuasa..ngeh3!!)

Takpe..esok masih ada abg long.

Masih ada.
(sambil sengetkan muka bior nmpak garang..hahaha!!)

Bonda akan pastikan kamu berpuasa esok hari.

Berumpankan sedikit janji-janji manis..ekeke.

Chaiyok abg long!!

Oooohhh yer berbuka puasa pertama haruslah di rumah mertua.

Berhadapan dengan ikan bakar..masak lemak udang,
sotong goreng tepung dan
masak asam pedas ikan pari serta beraneka kuih muih.


 PENGSAN *_*




Wednesday 18 July 2012

Kami pasrah dan redha jer..:)




Isk3!!

Ade ker patot?

RYAN4 memaksa seorang ibu kecil
yang lemah tak berdaya.

Siapa?

Bonda lah.

Tak kecil?

Eeehh ye ker?
(iya kan ajer..hew3!!)

Tau diorg paksa bonda haper?

Pakse bonda tukar nama..serius!.

Jangan nama 'bonda' lagik

Tapi tukar jadik 'mama'

Eh halo!!! encik2!! RYAN4 suma.

~ BONDA ~

Klasik tahu.

En.sayur kita yang bagi gelaran tau.

Harap kalian faham dan belajar memahami erti sebuah
feeling anak raja.

Yang hanya ada pada bapak korang tuh.

Jangan banyak soal..jangan banyak tanya

Pasrah jer dengan nasib kita yer nak.

SEKIAN.






Bonda doakan yang baik2 saja..amin.




Pagi nih buat spot check lagik.

Dah macam penguatkuasa dah.

Nasib korang lah RYAN4 yer.

Spot check arinih di tadika c abang.

Seisi ber 'interview en.sayur take over.

Bonda berlagak bos-bos penguatkuasa jer hari nih.

Dok di pintu sambil kuis2 bunga.

Tak semenggah.

Biarlah..sekali sekala.

Kasik can bonda feeling bos-bos.

Report yang di terima amatlah mendukacitakan.

Banyak mulut.

Banyak main.

Kerja bertangguh.

Sangat susah hati bonda ketika ini.

Memang bos-bos selalu susah hati ker?

Nak berentilah jadik bos.


*Nota buku lima

Muhammad Ryan Miqail..bonda harapkan ini bukan lah permulaan kepada kejayaan kamu satu hari nanti. Permulaan yang tidak baik selalunya agak sukar dan berliku untuk mencapai kejayaan.





Cuci-cuci mata jom!





Santapan mata di petang hari.

Memang layan klu d makan sambil tgk sinetron.

Sila jamah mata yer.

Toksah malu2.

Peace.

peberet RYAN4 :)

Tuesday 17 July 2012

Entry terperap dan terkohop *_*



Dah 2 bulan berlalu.

Dah lusuh pun segala pemberian.

Namun sentimental value itu masih di situ.

Masih hangat mengalir rasa itu di setiap aliran darah.

Rasa cinta dan sayang yang menebal setebal burger bakar

Serius..makanan dan bonda tidak dapat di pisahkan.

Walaupun berkaitan cinta pada suami.

Hahahaa!! ok jom layan picca pemberian en.sayur

Sempena ulang tahun kelahiran bonda yang ke 28.

Jujur, tak tipu umur tau..hik3!!.

Terima kasih ayah.

Di atas segala keprihatinan anda.

Paling tacing ati kapas bila anda buat surprise di malam hari.

Bersama RYAN4 kita.

Sayang korang sangat2!!

Terharu.

hijau..sangat memahami.

kad yg penuh madah cinta..tq3!!

tahun depan sila bg pasu bunga lain yer..hihi.

~ kami ~

Hari nih dan satu hari nanti :)



Petang yang hangat..

Sangat menyilaukan mata comelku ini..hak3!!

Ok! tak puji diri sendiri dah.

Janji.

Petang yang hangat nih nak story mory boleh tak?

Boleh lah yer..baca tau,

Jangan lupa tutup mulut..baca guna hati jer :)

Gini..

Pose dah nak dekatkan?

Semakin hampir.

Korang pernah bayangkan tak bagaimana nak handle 4 budak lelaki yang terlebih gula pegi shopping raya?

Pernah tak? kalau tak pernah meh bonda nak kasik bayangan..hew3!!. Bonda nih hati kapas tau..plus pulak dengan family woman. Serius!!..bonda tak feel bila g mana2 tak angkut 4 ketol  RYAN4 tuh. Kecuali hal2 penting..memang terpaksa rela lah kan. Klu dah kekdahnya begitu..maka tiap kali g shopping raya bonda n en.sayur pasti gigih angkut 4 ketol RYAN4 kami. Ke mana sahaja..ke celah mana pun.

Namun bila mana dah berurusan dengan 4 ketol mamat RYAN4 nih..makanya haruslah ade ketahanan mental dan fizikal. Kenapa kata gitu?? korang boleh bayangkan tak tengah2 dok pilih baju tuh, tetiba salah sorang dari diorg ghaib? tahu tak rasa macam mana? rasa macam lantai yang kita pijak bergelombang..jantung rasa nak terkeluar. Haa!! itu baru salah satunya..banyak lagik la kelaku diorg nih yang bisa buat adrenalin bonda dan ayah naik mencanak..huhu.

Ada juga satu ketika..bonda gigih memilih baju dan tinggalkan RYAN4 2ketol pada ayah, tetiba bonda terdengar tangisan yang sangat kuat bergema di level tersebut (hopely staff sogo dah lupa kejadian nih..hahaha!!). Berlari bonda ke arah suara..instict ibu katanya kan..hihi. Sampai jer kat en.sayur bonda tengok si abg ngah @ mukhlis sedang di tenangkan di dalam pelukan. Orang ramai sedang memerhatikan mereka. Bahkan ade yang memberi saranan kami segera ke klinik. Nak tahu kenapa? abg ngah jatuh terhempas ke lantai dengan bunyi 'meletop' di kepala yang sangat2 menakutkan. Lebih menampak kan 'DRAMA' bila abg ngah terus terkulai tak bermaya di bahu en.sayur. Putih gusi kami keluar dari sogo dan terus pulang utk ke klinik. Takut bonda korang..takut sgt2!!. Lastly doc kata takde apa2 gegaran pun..abg ngah jadik gitu pasal terkejut.Alhamdulillah. Nampak tak 'DRAMA' abg ngah :)

RYAN4 nih jugak ade satu tabiat..kelaku yg bisa buat bonda n ayah merah muka..adeh!!. Bila bershopping kami dah memang train mata kami setajam pisau. Ini semua kerana RYAN4 cukup pandai bershopping..caya tak? kalah mak jemah atau mak eton sebelah rumah. Pandai jer mix n match..sigh!. Sedar2 jer troli dah penuh dengan hasil 'shopping mereka'. Klu mata tak setajam pisau baik g beli batu asah dulu supaya tak malu bila di kaunter..ekeke!!.

Paling adventure bila bawak mereka nih g shopping iyalah 'kecekapan mengelak toys department'. Pada sesuatu situasi, misalnya bila ke pasaraya baharu..bonda akan suruh en.sayur ricki line dulu. Baik punya buat map dalam kepala baru start shopping. AWAS!! Jangan sesekali menghampiri zon tersebut kerana pasti budget raya bonda dan ayah akan larik sampai keluar garisan..sungguh dasyat pengalaman tuh :/

Lagi 4 ari bulan ramadhan yang bonda tunggu akan menjelma. Tak sabar rasanya nak mengalami lagik semua  kenangan2 bershopping raya bersama RYAN4. Senakal mana pun mereka..sebuas mana pun sifat mereka, mereka totap RYAN4 bonda. Mereka tetap malaikat2 kecil comel bonda. Apabila mereka dewasa kelak..pasti bonda rindukan kenangan2 nih. Waktu tuh pasti RYAN4 sudah punya citarasa sendiri..sudah punya kudrat sendiri untuk pergi shopping sendiri. Bahkan semua yang bonda lakukan hari ini mereka akan lakukan sendiri..sedih!!. Klu bonda harap diorg tecik jer sampai bila-bila kejam tak??

Tak kejamkan? tak kan?

Emosi.



Monday 16 July 2012

Meh kecuq2 ayaq liur tengahari nih :)

Gud Afternoon suma2!!

Hari nih hari menternak lemak dan kecuq air liur.

Pasal hari nih bonda nak main bakar2 kek.

Doakan agar pembakaran menjadi makanan.

Atau segmen bakar2 kek jadik seisi tarbiah.

Haruslah dari musuh dalam selimut.

Shadis!!

Tapi sebelum tuh amik mood dulu.

Moh kita preview manisan2 yang selalu jadik santapan RYAN4

Kira peberet forever lah..hihi.

Jom layannnzzzsssss :P

Aneka Cuppies


puding roti syok sendiri

Red Velvet yg tak bapa red

Portugies Egg Tart

Apam Betawi

choc cheese brownies

Roti Jala..peberet bonda sgt nih :)

choc karamel cake

Burritos

Nih lagik satu..choc cheese cake (leleh dah ayaq liur..hihi)

Pavlova

Choc Truffles (paling hot kat RYAN4)

Hihi..nih plain cheese cake with fondant icing

Rainbow cake..ala, cake 7 kaler tuh :)

Orange cuppies


Cheese Tart

Choc Oreo Cuppies

Jeli syok sendiri bonda dgn cream cheese

Ice Cream goreng.

Amacam Geng??

Rasa nak ternak lemak tak?

Jommmmmm!!!


^_^











Setepek picca :)


~ SMILE ~

*Ampun dan maap yer suma..pose RYAN4 hagak tak semenggah..kelaku sapa lah nih, sigh :P

Selasa, 17 JULAI 2012




Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Kasihanilah Bidadari bonda serta si kecil Amyra Balqis.

Kau permudahkan lah segala urusan.

Kau buka kan lah semua pintu keampunan.

Kau tunjukkan lah segala hikmah.

KAU titiplah selautan kesabaran pada mereka,

Pada kami,

Pada keluaga kami.

~ AMIN YARABBALALAMIN ~

Transformasi beg sekolah..ikish!!!


Assalammualaikum wrt suma!!


Ini budak tembam bawak balik bag sekolah
dengan mengheret hari ini.

Motif??

Dalam bag penuh.

Sebelum di geledah..bonda sgt ssh hati,

takut-takut tangan dia sakit dan tidak mampu
menggalas seperti biasa.

Tapi sesudah seisi spot check di lakukan.

Bonda hanya mampu menggeleng.

BAG SEKOLAH DAH JADIK BAKUL RAMBUTAN

Patut berat semacam.

Al maklum lah..anak kampung.


Handsome pulak

(sapa lagik nak puji anak klu bukan omak eh kan..hoho!!)

Maka di tackle lah beliau oleh makcik @ nenek untuk di jadikan menantu.

Walau bermodalkan buah rambutan.

GIGIH

BERKEYAKINAN

Bagus makcik @ nenek yang budiman.

Tapi..

Ade tapi..

Jadi tak best bila anda meninggalkan pesanan berantai.

"klu ikish tak moh makan takut batuk,
ikish boleh jual..dapat duit "
(hasil interview dengan saksi)

Ya!!! anak bonda memang patuh.

Semua orang di larang makan buah rambutan
yang penuh di dalam bag sekolah beliau.

Atas alasan mahu berjualan

Sigh + funny

Ooooohhhh abg ngah!!!!!!

^___________________^


*Tiada picca di atas sebab2 tertentu..:(