Monday 16 February 2015

Perjalanan 2 tahun lalu ( part 2 )


Perkhabaran duka itu seakan menghentikan semua yang sedang bergerak. Pegun. Terasa dunia seakan2 berhenti berputar, hanya detak nafas yg ada. Namun setitik air mata pun tidak bonda hamburkan. Mungkin terkedu..mungkin tidak percaya..mungkin jugak hakikat itu terlalu payah untuk di terima. Usai perbincangan di bilik doktor, bonda segera mendapatkan ibu di wad nya seperti tiada apa2 yg berlaku.

'Kak ija, doktor cakap apa? kenapa diaorg panggil kak ija? '

Bonda diam dan senyum memandang bidadari itu.

'Takde apa lah ibu, macam biasalah..cerita rawatan itu ini, ntah apa2 je diorg merepek2, akk nak g bilik air jap tau bu'

Melarikan diri adalah cara yang paling bernas terlintas di kepala bonda ketika itu. Macam mana nak cakap? macam mana nak khabarkan pada ibu yg hayatnya mengikut perkiraan doktor hanya tinggal 6 bulan? macam mana nak hadap reaksi ibu? eh! macam2 yang bermain di fikiran..kusut! macam klishe drama melayu je lagaknya. Terhambur semua tangis, bonda lampiaskan semua kesedihan di dalam bilik kecil itu tatkala keseorangan. Bonda lari jauh2 dari ibu. Bonda tak mahu ibu kusut memikirkan semua ketentuan Allah swt. Saat ini biarlah ibu istirehat, ibu bertenang.

Semua adik beradik bonda khabarkan berita duka ini. Ayah juga bonda beritakan. Semua terkejut dgn berita yang kami anggap umpama langit runtuh. Namun secara jujurnya bonda sudah mampu menjangka kan berita ini. Sejak mula ibu di masuk kan ke HKL, bonda tidak jemu2 mencari maklumat berkaitan simptom2 penyakit ibu. Beratus website bonda terjah semata2 ingin mengetahui tanda2 penyakit yang baru sahaja ibu deritakan ini. Sebagai anak, bonda semahunya menolak semua kenyataan. Namun sebagai hamba NYA, bonda sudah bersedia dalam semua kemungkinan. Kekuatan hati ni datang sepanjang menemani ibu sakit.

Namun..
Sampai bila kan bonda nak rahsiakan semua kenyataan dari ibu. Sampai satu hari, 2hari selepas kejadian doktor panggil bonda tu rasanya, seramai 2 orang doctor meminta izin pada bonda untuk memberitahu ibu tentang sakit ibu yg sebenarnya pada ibu. Saat ni debar di hati bonda hanya tuhan yg tahu. Permudahkanlah Ya Allah..permudahkan lah, bisik hati ni tanpa jemu. Terlihat kerisauan di hati ibu tatkala doktor menghampiri, satu persatu doktor huraikan. Ibu membisu seribu bahasa. Mengangkat muka pun tidak, menunduk sambil mengenggam erat tangan bonda. Sebelah lagi tangan bonda, bonda rangkulkan di bahu ibu. Getar badan ibu terasa tatkala khabar duka itu di beritahu. Bonda pandang ibu yg wajah nya tepat menghadap doktor. Tiada setitis air mata pun ibu titiskan, hebat!. Ibu memang wanita yang kuat semangat. Namun sekuat mana pun ibu menahan air matanya, getaran badannya dalam pelukan bonda telah menceritakan segalanya. Siapa yang tidak galau bila hayatnya di ramal hanya tinggal 6 bulan? yer 6 bulan. 

Kawan-kawan baru ibu di katil sebelah bangun semuanya memeluk ibu. Sebak. Even baru berkenalan seminggu dua, namun ikatan kasih sayang yang mula terbina turut membuatkan mereka menangis sama. Ibu masih kaku dalam pelukan kami. Wajah ibu tenang walaupun kami semua menangis tanda berduka dgn perkhabaran itu. Ibu minta bonda telefon ayah, telefon uda (kakak ibu) bagitahu tentang khabar ini. Namun di luar pengetahuan ibu, semuanya sudah maklum tentang sakit yg ibu deritai. Persiapan mental berhadapan dengan segala kemungkinan telah kami siapkan dari awal. Selepas detik itu, ibu kelihatan sedikit muram. Macam2 cara kami cuba hiburkan ibu, ibu tetap muram. Ibu selalu kata, 

"Allah swt tak pernah bagi ibu demam yg teruk, sakit yg berhari2 tak bangun. Tapi tiba2 Allah swt bagi ibu sakit yg berat ni terus. Allah swt nak uji ibu ni, nak bantu ibu hapuskan dosa2 kecik ibu masa ibu sihat. Nanti kalau ibu dah 'balik' padaNYA..tak lah berat sangat timbangan dosa ibu "

Allah...Allah...Allah, positifkan ibu? Bonda tau, ibu bersungguh2 lawan rasa sedihnya, rasa resahnya sebab ibu tak nak orang lain susah sebab ibu. Setelah penyakit ibu di ketahui, makan minum ibu semua di jaga. Uda menjaga ibu bagaikan menatang minyak yang penuh. Menjaga makan pakai ibu dengan sebaik2nya. Bonda berulang alik ke rumah ibu 2 hari sekali, 4 hari sekali, seminggu sekali..tidak tentu. Sejak ibu di sahkan dengan kanser, jari bonda tak lelah menaip segala bentuk rawatan dan kawalan penyakit ini di alam maya. Bonda mencari semua maklumat berkaitan kanser paru-paru adenocarcinoma. Bonda bekerja dan punya 4 anak yang masih kecil, menjaga ibu 100% adalah mustahil bagi bonda. Namun setiap kali ibu call minta balik, bonda akan balik. Tak kiralah jam berapa pun panggilan ibu buat. Pukul 2 pagi, 2 pagi lah bonda start kereta meredah hutan, kebun kiri kanan seorang diri.

Bukan ingin mengungkit, jauh sekali takbur. Namun menceritakan realiti di sebalik ujian ini. Bonda tinggalkan ryan4 yg masing2 masih kecil di bawah jagaan ayahnya acap kali. Kadangkala hingga seminggu tak balik ke rumah. Terus terang, sejak ibu sakit dan sakitnya semakin memburuk ibu sering berdamping dengan bonda. Mungkin bonda satu2 nya anak perempuannya. Banyak yang ibu ceritakan, kongsikan. Semua sejarah hidupnya dari kecil, muda hingga berkahwin dengan ayah. Ada duka dan ada suka. Ada yang bonda akan ambil sebagai pengajaran, ada juga di buat sempadan kehidupan. Bermula lah kehidupan ibu sebagai pesakit kanser. Pelbagai rawatan susulan ibu jalani, dan saranan doktor supaya ibu menjalani kimoterapi masih ibu pandang sepi. Ibu sebenarnya keliru dengan sekeliling. Kami sebagai ahli keluarga turut di bayangi dengan bermacam2 andaian buruk kimoterapi. Makanya ibu tidak menjalani kimoterapi secepat mungkin seperti yg doktor2 sarankan.

Ibu hanya mendapatkan rawatan kanser di hospital apabila memerlukan. Sel kanser ibu jahat! sangat jahat. Kanser telah mengakibatkan paru2 ibu menakung air. Jangan tanya bonda dari mana air itu, menurut doktor air tuh di ambil dari badan ibu sendiri..di kumpulkan di paru2 ibu. Jasad kecil ibu di tebuk untuk mengeluarkan air yg memenuhi ruang paru2 ibu seminggu sekali. Adakalanya 3 hari sekali. 3 kali ibu menukar tiub yg di jahitkan terus dari paru2. Allah..seksanya ibu ketika itu. Bonda yang menyaksikan setiap kali penukaran tiub dan proses keluarkan air itu pun tidak sanggup melihatnya, apatah lagi ibu yg melaluinya. Betapa besar ujian buat ibu. Namun bonda dan ahli keluarga yg lain tidak putus2 memberikan kata2 semangat walaupun adakalanya kami juga memerlukan semangat berdepan dengan ibu. Saat itu hanya air mata menjadi peneman. 

Berdepan dengan seorang pesakit kanser bukan mudah, tambahan pula pesakit itu adalah ahli keluarga kita sendiri atau lebih tepatnya cinta hati kita..ibu kita. Ibu tentulah di uji dengan kesakitan yg maha hebat, Bonda yang menemani dari awal juga turut teruji mental dan fizikal. Berulang alik ke kuala lumpur dari n9 menjadi rutin. Adakalanya setiap hari. Ibu tidak pernah meminta sesen pun bantuan dari bonda, namun ibu selalu mengingatkan bonda tentang betapa dia cukup rasa bertuah sangat jika bonda yang menjadi pengurus semua urusan hospitalnya. Katanya bonda lebih memahaminya, entah lah..mungkin saat itu bonda hanya fokus pada ibu. tidak pada yang lain. 8 bulan bonda bersama ibu, tika suka dan tika duka. Uda (kakak ibu yg menjaga ibu sepanjang ibu sakit) menjadi saksi semua keperitan yg kami lalui. Masa2 inilah ibu banyak bercerita. Pelik rasanya. Kami tidaklah rapat seperti anak ibu yg lain. Bonda bukan anak yang manja, lebih suka menghabiskan masa di luar dari dengan ibu sepanjang menjadi anak ibu. Tingkatan 1 bonda telah di hantar ke sekolah berasrama. Lepas spm bonda diterima masuk ke universiti, makanya tiada ruang untuk kami akrab. Namun ketika ibu sakit, bondalah menjadi tempatnya bercerita. 

Bukan setakat di hospital kerajaan, ibu juga mendapatkan rawatan di hospital swasta. Beacon kanser institute, kami juga sering berkampung di sana. Betapa ibu bersemangat untuk pulih walaupn hakikatnya hanya kami yg tahu. Ibu juga mendapatkan terapi di pusat terapi swasta. Separuh dari pembiayaan terapi itu di biayai oleh abang bonda. Terima kasih kepada keprihatinan beliau. Harapkan bonda, hanya pengorbanan masa dan tenaga sahaja mampu bonda lakukan. Bonda bukan kerja pegawai tinggi, suami pun hanyalah peniaga pasar biasa. Hanya itu yg termampu kami lakukan. Mujur ibu sangat2 memahami situasi bonda. 8 bulan ibu terlantar sakit, 8 bulan juga emosi bonda teruji. Berpisah dengan ryan4 saban kali bukanlah sesuatu yg mudah. Berjauhan dengan suami tatkala hati di landa resah bukanlah sesuatu yg indah. Di hadapan ibu, bonda perlu tenang. sekali pun tidak pernah bonda menitiskan air mata. Bonda percaya, aura positif harus di salurkan pada pesakit2 kanser. keresahan dan kesedihan itu bonda biarkan mati di dalam hati, bonda benamkan jauh ke dasar hati.

Sepanjang 8 bulan itu bonda tempuh dengan tawakal dan kepercayaan kepada qada dan qadar Allah swt. Memandu seawal 2,3 pagi bukan lagi perkara asing bagi bonda. Ada satu ketika di mana en.sayur tidak memahami, mertua juga tidak memahami, semua orang sekeliling menuding jari mengatakan bonda mementingkan ibu dan mengabaikan suami serta ryan4. Hanya Allah swt yg tau betapa remuknya perasaan ketika itu. betapa lelahnya bonda untuk bersikap adil. Namun andainya untuk berbakti kepada ibu bonda terpaksa ingkar akan 'syurga' yg tercipta untuk bonda, bonda akur. Maafkan bonda semua. maafkan. 

Tanggal 27 julai 2012.
Setelah semua usaha tidak menunjuk kan perkembangan yg positif, ibu mengambil keputusan untuk mencuba rawatan kimoterapi. Lillahitaala, tiada satu pun paksaan atau pun penggalak dari kami. Ibu dengan rela hatinya sendiri. Mungkin sudah terlalu letih dengan semua yg dia lalui. Berpuluh ribu wang habis, namun keadaan ibu semakin memburuk. Ibu kata..

'Bagilah ibu rasa sekali pun jadilah kimoterapi ni..mungkin ini pengubat pada kanser ibu..ibu dah tak sabar nak sembuh'

Kami menurut. Adik dan bonda membawa ibu untuk temujanji kimoterapi pada tarikh ini. Ibu kelihatan bersemangat.

Tanggal 31 Julai 2012 bersamaan ramadhan yang ke 12.
Ibu menjalani kimoterapi nya yg pertama. Ibu sangat2 positif dan bersemangat. Berpeluh2 ibu selepas menjalani rawatan. Paling membuatkan hati kami berbunga2 bila mana ibu berselera sungguh makan pada hari itu. Ibu beria2 duduk bersama kami membuka puasa. Senang hati bonda melihat ibu begitu. Pelbagai andaian positif kami borak kan. Ibu senyum. Usai berbuka hari itu bonda minta diri untuk pulang ke rumah menjengah ryan4 di n9, tambahan pulak bonda bekerja esok harinya. Semuanya berlalu seperti biasa, ibu kata dia semakin sihat. Positifnya ibu.

3 Ogos 2012.
Bonda di kejutkan dengan berita ibu demam panas. demam ibu sehingga menyebabkan ibu di serang sawan. Tergopoh2 bonda balik masa itu, sedangkan semalamnya bonda baru pulang dari rumah ibu. ibu kelihatan baik2 saja..cuma ada batuk sesekali di lepaskan. Ibu di masuk kan semula ke HUKM dengan serta merta...

BERSAMBUNG PART 3...
Pengakhiran kehidupan srikandi dan bidadari di hati kami.