Sunday 27 April 2014

Bersawah bendang lah pulak..


Assalammualaikum wrt...

Haa! tiba dah lah nih.
tiba dah....
tiba dah angin meroyan lekat kat blog 24jam.
Ekeke!
Kalau tak, setahun dua tiga kali baru nampak entry.
Apalah nak jadik.
Mujur takde persatuan yang nyahkan blog yg tak aktif.
Kalau ada, blog aku ni mungkin antara yg top 3 nya.
Eh! selisihlah yer.Memang aku jarang buat entry,
tapi aku selalu blogwalking tau.

Ok straight cerita yg sebetulnya.
Hari ni aku nak cerita pasal kebalik kan kampung
kami 6beranak baru ni.
Tapi nak sound dulu awai2, ni blog aku..
so penggunaan bahasa semua dari aku.
Andai ada bahasa yg pelik2 korang baca, iyakan aje tau ^_^
Kalau agak annoyying, korang klik je butang
x yg kaler merah kat atas tuh.
Aku tak suka paksa2 org baca ni, dia ibarat cam kawen paksa gak.
Hati tak restu, tapi sebab ada agenda, nak baca jugak..kikiki.

Kami 6 beranak balik kampung en.sayur
yg terletak di sekinchan, Selangor.
Keturunan banjar asli mereka ini.
Jarang dapat balik, setahun ada lah 2 or 3 kali jer kami menjengah.
Bukan nya apa, en.sayur tuh kan peniaga tegar. Kang klu tak meniaga karang, kami anak beranak nak makan apa pulak kan?
Praktis makan pasir? Eh! masih tak hadam aku nak makan, bayangkan pun tak rela...hiks!

Alkisahnya...
Sampai kat kg, aku tengok sawah tengah menghijau.
Ada jugak yg dah hampir2 masak padi nya.
SubhanaAllah! cantik sungguh..
Part ni aku paling suka tiap kali balik sini.
Semacam ada ketenangan yang tak mungkin
aku dapat beli kat mana2. Memandangkan padi
tengah menghijau, aku pun ambik peluang
menggunakan RYAN4 beradik itu.
Bukan gunakan apa pun, Aku suruh depa
4 ketol bergambar tepi sawah jer.
TAPIIIIII.....
Sesiapa yg sudah sedia maklum akan kelaku Ryan4 yg ekstrem pasti akan mamapu bayangkan situasi penggambaran tersebut.
Sobs..sobs...sobs. 

Udah ler art directornya besar gabak, nak melibas2 berjalan bukan senang. Di tambah dengan karenah model2 yg sangat lah on demand. Menyampah aku..hahaha!
Tapi demi memuaskan napsu sendirik..
ku gagahkan jua hati supaya bertabah.
Nah! korang tgk lah hasil yg ada seketol dua jer nih.
Feeling2 nak buat photobook, tapi nan hadoo!
Ryan4 memang menguji tahap keibuan sesopan aku.
Mujur aku sayang tahap dewa...kikiki.

Ok jom layan!!!

Sepakat...kiki.

Ngumpat bonda lertuh...haha!
Nampak tak muka abg long yg kelat2 masam tuh...cehh!

Ikish plastik sangat tau...haha!


Sayang Ryan4 bonda kuat-kuat.
Walaupun paksa rela...kiki.
Nahh! yg ni free gift buat korang yg sudi
jengah blog syok sendiri ni.

org kaya tido..masyal bonda ^_^

Bye korang..
Jumpa di next entry.
Tak tau bila.
Jangan rindu tau!
Sayang semua ^_^

Cerita seram ( part 1 )



Assalammualaikum wrt.


Akceli cerita ni lama dah nak aku kongsikan.
Cuma selalu terlupa.
Al maklum lah mak yang menginjak 30an
dan dah pun beranak pinak
Klishe lah alasan ko as! mwahaha!! (gelak notty sikit)
Dah tu aku nak cakap apa?
Nak kata aku lupa pasal aku banyak makan organ dalaman?
Cisss! tak kan nak salahkan ayam, lembu dan kambing pulak??
tak adil namanya tuh ^_^

Ok jom baca.
Masa aku sekolah dulu aku jarang berjalan kaki ke sekolah. Nak kata jauh tuh tak lah jugak, ramai jer yg jalan kaki pegi sekolah. Tapi aku kan sayang sangat dengan lemak tepu aku ni, tak moh pecah lemak konon nya. So, aku pegi sekolah tiap hari naik train LRT. Tau tak apa LRT tuh? tak tau korang goggle lah sendiri yer, kang klu aku cerita kang jadik esklopedia pulak blog aku yg dah lah tak berapa nak pemes ni..kih3!. Aku naik dari Stesen Hang Tuah dan turun kat Stesen Jalan Pudu. Lepas tuh beremosi lah aku menapak pagi-pagi. Kan dah kata aku sayang lemak tepu aku, jalan kaki sejauh 1.5km tu cukup kot buat aku kehilangan lemak kesayangan *_*. Tapi tu masa form 3, dah masuk form 4 n 5 haruslah aku kena naik train hari-hari pasal masa tuh kami dah berpindah ke Bandar Tun Razak, Cheras.

Aku akan keluar seawal jam 5.45am utk ke sekolah.
Tiap-tiap hari. Aku kan pengawas jaga gate, haruslah kena awal dari student lain. Kang tak berjaya pulak aku jadik 'pengawas yg digeruni' dan di sumpah hari-hari kan? hahaha!!. Sepanjang 3tahun aku ulang alik naik train, aku dah selalu berdepan dengan spesies yang sangat2 murah hati bagi aku tayangan 18sx secara percuma.

Yer!! PERCUMA.
Barangkali jika di congak 3 hari sekali aku dapat tengok. Korang jangan ingat aku suka! sumpah aku takut!. Gila tak takut? tengah-tengah korang berjalan..dalam keadaan yang tak berapa nak terang (around 6.40am - 7am), sorang diri ada stranger ikut korang. Setakat ikut aku takde hal, ini bila lalu sebelah korang dia keluarkan 'senjata kelakian' dia kat korang. Tak pun korang tengah jalan sorang diri tiba-tiba nampak kelibat manusia duduk tepi tembok sambil menghayunkan 'senjata lisut' beliau itu. 

Reaksi aku?
Hurm..1st time memang rasa nak cabut lutut aku larik. Tapi bila dah selalu sangat di sogok kan dengan benda yang memualkan anak tekak tuh, aku jadik menyampah pulak. Masuk tahun ke2 aku jadik penonton tak rasmi, aku mula jadik marah. Ok..part ni sebenarnya aku nak cerita, tapi biasalah...sindrom mak2 yang selalu buat aku punya intro panjang berjela..huhu.

Satu pagi tuh kan...
Aku tak pasti yang mana satu. Ok! yang buat peel tak semenggah macam ni bersepah kat KL okies. Korang jangan terkejut beruk kadang2 yang keja angkut sampah pagi2 tuh pun sempat tunjuk kan 'anu' dia kat korang bila korang melintas sebelah dia tau!. Memang gila. Ok, balik cerita..hihi. Aku nampak ada makhluk terhendap2 dari jauh balik tembok tengok aku. Seperti jangkaan, aku lalu jer dia panggil aku dan sebagai balasan aku di sogok kan dengan pandangan yang tak cantik jadik habuan breakfast aku. Pergh! ntah datang dari mana angin aku pagi tuh, aku dah standby sesiap batu kerikil yg berlambak kat stesen LRT tu sebagai hadiah balasan. Aku baling batu kerikil yang kecik sikit dari bola pimpong kat makhluk tuh...kelekukkkk!!! (Haaa!!! amik ko)

Hurm...
Sebagai pitcher sekolah dalam sukan sofbol..aku rasa korang tau apa jadik pada balingan aku tuh. Yesss!! memang tepat kena kat kepala makhluk tuh dengan kadar kelajuan outfield punyalah. Terjerit makhluk tuh sambil terkial2 nak zip seluar..aku gelak kan kuat2 dan cakap...

' Haa! padan muka ko bodoh! '

And part skeri aku pun bermula....





























































Sambung pada part 2 nanti yer...mih3!!!


#Alfatihah buat ibu tersayang.

Sunday 20 April 2014

Aktiviti ahad minggu ini.


Assalammualaikum wrt.

Ahad ni boring.
Ahad ni hectic.
Sungguh tak suka ahad..wuwuwu!
Ahad, en.sayur akan tinggalkan bonda dari subuh hingga ke tgh malam.
Tinggalkan Ryan4 yg tak henti2 akan tanya..

'Bonda, ayah ni lamanya niaga..'

Pffftttt -_- 
( kesat peluh sikit )
Bonda macam biasalah ahad ni bukan cuti, kerja.
Ayah Ryan4 pulak takde, hectic dan rindu.
Ekeke!! tergedik pulak.

Ok! straight to my point.
Arini buat pertandingan speed typing kat Cbc.
Yerlah...yerlah...yerlah!! semua participant ni paksa rela.
Iya...bonda yg paksa, haha!

Tapi kelakarnya..kudus jer semua muka join.
Bonda bebel2 sikit pasal kempen 'klik dgn bijak'
Then suruh depa typing tujuan utama dgn pantas.
Jom lihat sedikit gambar anak-anak remaja yg kudus lagi mulus.
Mulus ker?
Agaga!!

Happy weekend korang ^_^
Al fatihah buat ibu.

taip jangan tak taip..hihi.

seketol bunga sahaja yg berjaya di paksa..kih3!

penunggu2 PI1M ni..tq korang!






Saturday 12 April 2014

Cacar air menyerang!


Assalammualaikum wrt.

Hello uolsss.
termengah-mengah nak cover cerita.
Banyak kot..hehe.
Tak payah lah yer...bukan best sangat pun cerita mak beranak 4 ni ^_^

Nak cerita yang the latest lahhh..
3 dari 4 ryan bonda tengah di kuarantinkan. Semer sebab 'cacar air' atau dalam bahasa omputihnya
'chicken pox'. Teringat plak kat si abg ngah yg banyak tanya tuh..

Bonda, chicken ayam.
Pox tu apa?

Bonda diam jer. Malas nak mengungkaikan jawapan, nnt akan ada soklan susulan yg berstatus 'membunuh'..ekeke!!. Di sebabkan dia sorang jer tak kena, makanya dia sgt2 eksyen tiap kali berselisih bahu dgn mangsa2 chicken pox itu yakni abg miqail, abg lang (muhaimin) n 'baby ball' (acai).

Bajet *_*

Oklah, moh bonda kasik tunjuk sikit muka2 kesengsaraan mangsa2 cacar air tersebut. 

Abg long miqail.

Abg lang emin.


Dua ketol ni jer yg sporting untuk berselfie. Yang seketoi lagik yakni acai aka baby ball marah bila di halakan kamera di hadapan beliau. Muka polkadot acai sgt2 mahal harganya..konon lah. Mujurlah keluarga mertua banyak membantu meringankan beban meng'handle 3ketol mangsa2 yang banyak ragam. Harapkan bonda sorang? alamat menangislah bonda kisahnya nanti. 

Demam cacar air ni orang kata, badan sakit-sakit. cacar tuh pulak perit rasanya. Bonda serius takde pengalaman dengan cacar air ni pasal bonda seumur hidup tak pernah di jangkiti. Mudah-mudahan cepat sembuhlah hero-hero kesayangan bonda ni hendaknya. Selagi tak sembuh selagi tu lah kami semua di pasungkan kaki dalam rumah oleh bos besar aka tok laki. No 'jalan2 cuci mata', no riadah, no release tension amik angin dll..sob3!. Bonda jugak susah hati selagi tak kebah demam mereka.

Dalam pada menjaga budak cacar air ni sempat lagik bonda buat menda alaha ni weekend baru ni..tadaaa!!!

 
Akceli..orang kata ni biskut lidah kucing, but unfortunately..bonda buat jadik tapak kaki kucing jer mampu..huhu. heepp! ni sebab takde acuan tau, if ada..mmg jadik punya lidah kucing itu..hihi. Oklah lah uols...sekian laporan utk bulan ini, jumpa lagik bulan depan..kah3!! 


Hasil tulisan,
-bonda ryan yg malas ber'blog-