Wednesday 31 July 2013

Ber'sekut raya dan ber'bunga api..keh3!!




Assalammualaikum wrt.

Alhamdulillah Ya Allah, sampai dah kita ke Ramadhan yg ke22 hari ni, syukran!. Tak banyak yg nak di kongsi. Cuma 20Ramadhan yg lalu genap setahun pemergian bidadari tercinta ke hadrat Illahi. Banyak yg dah aku lalui sepanjang setahun ni, alhamdulillah hidup semakin dirahmati dan di berkati. Semakin selesa berdikari sendiri yg satu masa dulu was-was untuk aku lakukan.

Menjalani ibadah puasa dengan lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni, bersyukur sangat-sangat. Semoga kehidupan kami sekeluarga lebih di redhai dan di rahmati. Amin. Apa jua pun ujian yang datang, kepadaNYA kami berserah dan memohon perlindungan. Tiada upaya dan daya kami sebagai hamba ini untuk terus bertahan jika tanpa kasih sayang Allah swt.

Semalam..beraktiviti bebas dengan budak 4ketoi tuh, siang hari dah penat bergelut dgn sekut raya kan..so malam hari moh kita berjimba bersama di garaj rumah..ahak! jom layan gambar berbutir2 ni jom!

main mercun jer, bunga api tak layan..kih3!!

ketua merangkap ayahanda sendiri :P

nak turun takut, so bertapa lah kat atas keta jer..kih3!!

lately, si kerinting suka betol gigit kuku..
asyik nak kn tampor je tgn tuh..haih!

ayah bakar anak lempar, bijak kan en.sayur kan? alahai..

berani sungguh hero2 tecik nih!

model bunga api jer...mih3!!

aksi kena lebih..poyos acai!

cinta2 hati bonda ^_^

melting tak korang? hak3!!

kerinting bonda dah besar..yeay!
Sekut Cornflakes in da house..done.
Sekut Oat ikut sedap anak tekak sendiri..huhu.
Ok lah..da! jumpa nanti yer. Take care n jangan nakal-nakal hujung pose ni tau! Jom sesama tunggu malam lailatul qadar. Dah boleh mula tingkatkan amalan sejak 3malam lepas tau, mana tau ini mungkin Ramadhan terakhir kita. Semoga Ramadhan ini berakhir dengan yang baik-baik sahaja.

Sedih Ramadhan dah nak tinggalkan kita...:'(


#Al fatihah buat ibu tersayang..setahun dua hari menyulam rindu.

Sunday 28 July 2013

Sehari lagi...



Assalammualaikum wrt.

Tika ni bonda tengah di alunkan dengan bacaan yassin dari Ustaz Haji Dzulkarnain. Mendayu-dayu sungguh bacaan nya, terbuai-buai bonda dalam emosi yang hanya bonda memahaminya.

Esok 20Ramadhan1434hijrah.
Esok genap setahun Allahyarhamah bidadari
bonda tinggalkan kami.
Esok pasti ada hujan yang membasahi hati yang kian tandus.
Esok pasti akan lebih muram berbanding hari ini.

Al fatihah buat ibu.

Setahun ibu pergi..
Setahun juga hati kami sepi..
Setahun juga kami tawa tapi ada duka terlindung..
Setahun sudah ibu.

Tiada kata dapat akak gambarkan.
Tiada luahan dapat akak lakarkan.
Tiada apa dapat di bandingkan dengan pedih hati ni.

#Ramadhan bakal berakhir, sedih sungguh rasanya.

Wednesday 24 July 2013

Sardin VS nasik beriani, siapa menang?



Salam Ramadhan ke 15 uols..

Sihat dak?

Bonda alhamdulillah.

RYAN4 pun sama.

En.sayur juga.

Macam orang lain, bonda masih gagah dan bersemangat menempuhi bulan puasa kali ni. RYAN4 jangan di tanya..masih tak tinggi macam ayah katanya bila di ajukan soklan bila nak puasa. Alasan tu memang tak menahan, di perisakan pulak dengan muka yang memang luruh jantung, paru dan limpa melihatnya.

-kerut muka-

Tapi kalau di fikirkan secara logik, tak semua anak yang berusia 4,5 dan 6tahun mampu berpuasa pada usia macam tu kan korang?. Ke bonda yang cuba nak masuk dalam zon selesa eh?. Bukan nya apa, ada kawan mukabuku bonda komen kat status pasal RYAN4 yang bonda trained berpuasa ni lah. Sahabat bonda tu kata, no need to trained RYAN4 puasa sungguh2 sangat. One day, RYAN4 akan sedar sendiri bahawa berpuasa itu wajib, rukun islam pulak tuh. Usia macam RYAN4 ni bonda kena training depa solat dulu. Kena selalu bagi depa nampak kami solat.

Alhamdulillah. Bab solat tuh kami memang tengah training gak. Ada lah nampak keberkesanan nya sikit. Contoh, bila azan jer depa dah keriau pi amik sejadah sorang sehelai. Siap rebut-rebut pasai tak cukup sejadah kan..huhu. Mudah-mudahan Allah swt pelihara iman kami yg tipis cam kulit bawang nih, Istiqamah kami yang macam ombak laut ni, Semoga kami mampu jadi sebuah keluaga yang diredhai dan dirahmati hendaknya..amin!!.

Eh! semalam balik kerja jer dah tersedia barang-barang nak buat nasik beriani. Padahal bonda dengan muka riang gumbira jinjit plastik bag yang ada sardin dengan petola je sejibik. Nampak tak? betapa en.sayur buli bonda bulan-bulan puasa ni..haha!!. Takdelah korang, gurau kak ton je tuh *_^. Jadinya...terhasil lah nasik beriani terdesak untuk hidangan iftar keluaga besar kami semalam, alhamdulillah. 

Cakap jer tak guna kalau takde seisi tayang-tayang kan? mana lah tau jadik sumber inspirasi korang nak masak hari ni. Tak masak hari ni, hujung minggu pun boleh. Jom melawat gambar jom!

Nasik acah-acah berani bonda, panjang kannnnnnnn??? mih3!!

Ayam masak merah tomato.

'Papadom keterujaan' namanya pasai RYAN4 sangat teruja
tengok bonda goreng papadom nih..mwahaha!!.

Nak buat acar mentah malas kan,
so buat jer kobis goreng herba ni..pun sodap!



Ok lah yer.
Sekian saja pertemuan kita kali ni. Nanti-nanti kita jumpa balik dengan bebelan yang tak sudah dari bonda muka kerut hati kapas ni yer..bubai korang!.

#Al fatihah buat bidadariku sayang..




Saturday 20 July 2013

Maafkan saya...



Assalammualaikum wrt.


Terasa bertelanjang...

Terasa hinanya diri...

Terasa kerdilnya diri...

Ya Allah!

Ampunkan dosa-dosa hamba Ya Allah.

Banyak yang telah hamba zalimi.

Hamba tak pernah bisa jadi anak yang baik.

Hamba tak masih tak berjaya jadi seorang isteri yang solehah.

Hamba masih tak sempurna untuk bergelar ibu yang mithali pada amanahMU.

Paling teruk!

Hamba tak pernah istiqamah dalam usaha menjadi hambaMU yang taat.

Hamba cuba.

Tapi nafsu selalu menewaskan hamba.

Menghumban hamba dalam dosa yang berpanjangan.

Mujur rahmat serta belasMU tak pernah tinggalkan hamba.

Maafkan hamba yang menjadi anak kepada hambaMU ini Ya Allah.

Dengan rasa rendah diri saya mohon maaf dari semua yang pernah saya sakiti..tidak kira secara lisan, tulisan mahu pun kata-kata. Saya hanyalah seorang hamba yang mencari jalan kembali. Jika ini menjadi catatan terakhir, saya mohon maaf pada,

Ayah yang telah membesarkan saya...
Abang sedarah yang pernah menyayangi saya...
Adik sedarah yang menjadi kesayangan saya dunia akhirat...
Suami yang sentiasa bersabar dengan karenah saya...
Mak dan abah mertua yang tak pernah lupa menyayangi saya..
Kakak ipar yang saya sayang dari jauh...
Saudara-saudara yang punya pertalian darah...
Teman-teman yang mengenali..

dan akhir sekali..

Pada malaikat-malaikat kecil cinta hati bonda dunia dan akhirat.


Semoga taufik dan hidayah terus mengiringi perjalanan kita-kita semua.

AMIN.


#Al fatihah buat ibu tersayang...Ramadhan yang ke11 1434hijrah.





Wednesday 17 July 2013

Haru biru Ramadhan ^_^



Assalammualaikum wrt.

Apa khabar arinih? dah masuk hari ke9 kita dalam bulan Ramadhan untuk 1434hijrah nih kan? alhamdulillah. Syukur sangat-sangat bonda. Panjang umur kita semua untuk hari ini, mudah-mudahan panjang umur kita semua hingga Ramadhan akan datang...insyaAllah.

Eh! masak apa semalam korang? ke beli kat Param jer?. Tak kisah lah masak atau beli kan? janji kenyang perut dan masih mampu lagi menyuap makanan kat mulut. Ramai lagi orang kat luar sana bukan je tak mampu nak beli, nak masak pun tak terdaya. Bersyukur lah banyak-banyak dapat berbuka dengan sempurna lagi kan. Bagi yang ada duit lebih tuh boleh lah beli kat param, bagi yang RM banyak lagi kegunaan lain, elok lah masak sendiri jer. Ada gak orang kata, beli atau masak sama jer sekarang. Harga barang runcit yang naik mencanak-canak buat semua pun rasa susah hati kan?.

Tapi bagi bonda yang ala-ala 'superwoman' ni, masak menjadi pilihan. Ala-ala 'superwoman' jer korang, kang korang kata bonda riak dan takbur pulak kan..tak moh2!!. Bukan itu niat di hati hamba..hehe. Bonda ni hagak cerewet bab makan, sampai berpuluh kali kena tarbiah free ngan en.sayur pun masih dengan tabiat tak berapa anggun tuh. Banyak gak benda bonda tak suka, nak makan benda yang di sukai jer. Rasa pun mesti perfect, kalau tak memang ke tong sampah lah gamaknya. Nampak tak perangai tak semenggah tuh?, jadik..bila ko ada perangai tak semenggah bab makan..ko kena rajin ke dapur masak sendiri. Jangan nak membeli sangat, takde sapa nak layan tekak ngade-ngade kita kan?. Harus bonda sedar diri nak..hoho!!.

Jadi...
Atas kesedaran bahawa 'aku masak lagik sedap', bonda gigih masak sendiri untuk juadah berbuka kami keluarga besar nih. RYAN4 plak memang selalu ada kat dapur bila bonda masak bagi kata-kata semangat..pergh! memang nampak sangat gagah bonda bila memasak..haha!. Walaupun lepas tuh, picit-picit tumit dan buat muka 15sen mintak simpati en.sayur urutkan..ekeke!!. Apa de hal, perut memasing kenyang dek kerana kesungguhan bonda tuh, tambah pulak kasih sayang kat bini gedang ni melimpah ruah kan? bukan takat tumit..satu badan pun en.sayur sanggup urutkan. Nama pun laki bini uols, i sakit u picit..u sakit i picit..tak gitu?.

Korang..macam biasalah bila citer bab makan kan, kena lah ada gambar..kalau tak tak yah cerita kan..mih3!!. Kang bonda tayang-tayang menu semalam yer, simple je pun. Masak beria pun kang bonda dengan en.sayur jer makan nya. RYAN4 bukan pemakan sangat, belum masa agaknya. Jom jamu mata jom!

Sayur campur ikut sedap anak tekak namanya..keh3!!

Ikan bakar sambal, request dari en.sayur cinta mati tuh >:O

Ayam celup tepung untuk ninja-ninja.
Kuih muih yang masih ada kat atas meja sampai sahur..huhu.


Kan? bukan susah nak masak nih, janji ada kerajinan dan buang penyakit M tu jauh-jauh. Bonda pun ada gak penyakit M tuh korang, tapi jarang sangat datang bila bab ke dapur nih. Penyakit M datang masa nak sidai kain dengan lipat kain jer..hemoh3!!. Last but not least, nak tepek seketoi gambar si acai malam tadik...



Ini pulak memang situasi tiap-tiap malam kami kena hadap uols, solat berlainan kiblat. haa!! macam mana tuh? alahai...susah betol nak kumpulkan RYAN4 dan ajak solat sama. Imam pun kadang-kadang naik darah, makmum yang cool jer boleh gelak tengok gelagat diorg ni tiap-tiap malam. Tu belum masa mengaji lagi, habis semua berlonggok depan bonda. Depan ayah cuma ada bantal tergolek-golek! nasib-nasib *_*. Semoga akan tiba hari di mana kami mampu berjemaah bersama dengan tenang dan bukan haru biru macam sekarang..insyaAllah, amin!.


# Al fatihah buat ibu tersayang, kami semua rindu ibu.


8 hari punya rumusan ^_^



Assalammualaikum wrt.

Bertemu lagi kita dengan Ramadhan hari ke8 ni, alhamdulillah. Bonda masih gagah dan gigih berpuasa macam biasa. Awal Ramadhan hari tuh bonda dah claim cuti dah..ngade betol:P Tapi dah memang cuti wajib untuk kaum hawa kan? tak kan ko nak lawan takdir pulak kan?. Tak dapat cuti tuh nanti meraung mintak cuti balik kan..mih3!!. Cuti khas yang ada kebaikan nya untuk kaum2 wanita macam kita nih. Itu kan keistimewaan yang Allah swt bagi kat kita, lelaki takde pun..betapa kita istimewa kan?kan?.

Ok.
Tutup cerita.
Ni nak cerita pasal 8hari ramadhan nih pulak. Al kisahnya, sepanjang 8hari puasa nih, encik-encik Ryan4 hanya 3ketol yg berpuasa. Itu pun sekerat hari. Macam-macam usaha dan galakan dah bonda dan en.sayur kasik, tapi encik-encik tu semua masih tak mahu menyahut cabaran dan reward tersebut. Sungguh tak kuat menahan napsu nampaknya mereka tahun ini. Tapi baru 8hari kan? so kami ada masa berbaki 22hari lagi nak bagi semangat kat depa..mih3!! caiyok b!

Bab masak memasak..
Dalam 8hari ni bonda baru sekali masak sahur, dan 2 kali masak berbuka. Jawapan bagi sebabnya tu ada kat atas sekali entry nih. Tapi bonda dah berpeluang berbuka dengan mak mertua dan pak mertua serta ipar duai pun. Nasib rumah pak mertua ai tuh villa, bak kata en.sayur..sudut bertemu sudut..haha!!. So takde permasalahan sempit ruang.

Eh! dah petang, bonda nak balik. Nak balik masak untuk iftar petang nih lah, nak ke param memang tak lah korang. Makanan kat param tu semua dah bosan jer bonda pandang. Masak sendiri kat umah lagi best, walaupun hanya berlauk kan ikan masin jeruk tenggiri. Dipotong pulak cili api segenggam dan perahan asam limau, nikmatnya sampai tak pandang laki dah ^_^

Ok bye.


#Al fatihah buat ibu tersayang..Kami rindu ibu, sangat-sangat!

Sunday 14 July 2013

Ruang putih yg selalu ada...dengarlah :'(



Assalammualaikum wrt.

Kehadapan ruang putih tanpa kata.
Hari ni hari suram bonda.
Hari nih hari yang penuh rasa.
Kan bonda dah kata. Flash back apa yang pernah bonda kata. Ramadhan selalunya bawak 1001 rahsia yg penuh cerita. Sama macam ramadhan tahun nih.

Ramadhan 1433hijrah yakni 10 malam terakhir bersamaan 20ramadhan 2012, bonda kehilangan bidadari bonda. Penuh luka. Sarat dengan semua rasa sakit. Tapi bonda bangun semula walaupun banyak yang cuba menjatuhkan bonda kembali. Isu keluarga yang tak pernah selesai. Allahuakhbar. Masih ada bonda hari ni untuk terus melakarkan rasa kat ruang putih nih..Terima kasih Allah, kekuatan itu datang dengan kasih sayangMU.

1 Ramadhan 1434hijrah.
Sekali lagi Allah swt uji dengan perginya kakak kepada bidadari bonda. Allahyarhamah ROHANI BINTI SALLEH. 3bulan ruang putih, 3bulan bonda berusaha untuk buat yang terbaik. Bonda tak pernah rasa jemu bawak Allahyarhamah berulang ke hospital. Sumpah bonda tak penat. Bonda nak arwah baik dan sihat. Bonda tak mahu arwah sakit macam ibu. Bonda tak mahu!....

- nangis -

Tapi ruang putih...
Siapa bonda nak menolak takdir tuh? Allahyarhamah mak lang menghembuskan nafas terakhir bersama kalimah Allah swt sebagai peneman perjalanan terakhirnya. Pergi menghadap Yang Maha Mencipta pada 1 Ramadhan, semoga roh mak lang bonda di cucuri rahmat serta belas yang tak bertepi. Di ampunkan semua dosa2 arwah, dperluaskan rumah baru arwah dan dtempatkan arwah bersama orang2 yang beriman. Amin.

' Setiap yang bernyawa pasti menemui jalan akhir kehidupan '


# Al fatihah buat ibu tersayang dan mak lang yg di ingati -_-

Tuesday 9 July 2013

Selamat berpuasa semua!



Assalammualaikum wrt.

Memandangkan hari nih hari last sebelum menempuhi Ramadhan yang mulia esok hari, Bonda nak mintak maaf pada semua saudara mara, kawan-kawan sekampus, kawan sepermainan, kawan sekolah, kawan satu tempat kerja, kawan tulisan nampak muka tak nampak..( kawan alam maya lertuh..mih3!!) dan para readers semua. Maafkan bonda dari hujung rambut sampai hujung kaki jika selama mengenali bonda ada yang bonda tersalah cakap atau tersalah melakar kata kata atas blog suam nih. Seperti kalian, bonda hanyalah hamba yang lemah, yang banyak melakukan khilaf sepanjang perjalanan sebagai musafir di bumi tuhan nih.

Mana yang termakan, mintak di halalkan. Mana yang terkasar mintak di haluskan. Begitu juga bonda, bonda maafkan semua kesalahan korang seikhlas hati. Bukan sebab nak Ramadhan, tapi sebab niat yang dah lama tersimpan. Mungkin semua yang terjadi sepanjang tahun ni banyak menguji, tapi percayalah..tidak pernah terpalit walau sedikit dendam dan kebencian. 

Ok! mana yang dah lupa niat puasa tuh, meh bonda nak ajar..


Rasanya cukup lah setakat ini pembebelan bonda, yerlah! ni kan entry mintak ampun. Mana boleh tulis panjang2! kang macam mintak ampun dan berdakwah pulak kang. Bonda nih sesungguhnya banyak sangat kekurangan, tapi sedang cuba untuk terus lebih baik dari hari ke hari. Sebab tu lah tak berapa berani nak berdakwah melalui alam maya nih. Takut tersalah cakap kang, korang kata bonda nih syiah pulak kang! naya jer. Tak pun ayah pin yg ada kerajaan langit tuh. Macam mana lah rupa kerajaan langit tuh yer, nama gah sgt tuh. Haaa!! kan dah kata, melalut dah..alahai. :P

Bye lah korang! Eh selamat berpuasa yer kawan2!.



Makcik keliru membebel.



Assalammualaikum wrt.



Sihat harapnya semua yang rajin menjenguk blog suam2 teh o ni..hik3!!. Pejam celik..pejam celik dah nak tiba balik kita ke bulan Ramadhan yang penuh berkat ni. Bulan nih penuh dengan rahmat yang tak terjangkau di fikiran kita manusia kerdil nih, bulan ni jugak penuh dengan rahsia. Alhamdulillah..sampai lagi bonda dan RYAN4 bonda pada bulan ni untuk tahun ini. 



Sebenarnya kan...

Dari bulan lepas lagi bonda ngan RYAN4 dah berdebar2 menantikan bulan ni. Tahun lepas, semasa ramadhan bonda jarang habiskan masa dengan RYAN4. Rasanya korang semua pun dah sedia maklum kan. Puasa tahun lepas bonda gigih dan gagah berulang ke rumah bidadari bonda menemani dan menjaga Allahyarhamah. Namun takdir Illahi tiada siapa mampu menghalang, 20 Ramadhan 1433 hijrah, bidadari bonda di jemput menghadap Allah swt yang maha mengasihi. Telah tersurat takdirnya begitu. Bonda kehilangan ibu 10 hari sebelum syawal. Al fatihah buat ibu.


Dah3!! tutup cerita sedih tuh. tak moh sedih2 lagi..kena happy pasal bulan yang mulia ni mampu kita rasai lagi. Berbanyak2 kesyukuran bonda panjatkan. Banyak yg kami keluaga besar ni rancangkan, nak  sahur sama2..buka sama2..terawih sama2 dan insyaAllah bonda nak khatam kan Al Quran sebulan puasa ni. Korang doakan lah kitaorg berjaya tau. RYAN4 macam biasa lah, lepas solat jemaah maghrib sama, diorg akan menghadap bentara guru untuk mengaji iqra. Harapnya bentara guru tuh kurangkan sikit kegarangan beliau pada bulan puasa nih, kalau tak! alamat awak akan di gulingkan dari jadi guru mengaji anak2..hik3!. Yer lah encik..dah kalau semua heboh nak ngaji ngan bonda kan, so terpaksa lah awak lepaskan jawatan bentara guru tuh kat saya yer sayang ;).


Minggu terakhir sebelum puasa..
Bersilat di dapur memang wajib bila hujung minggu kan. Bunga silat dia hanya bonda yg tau..eksyen!. Minggu ni angin rajin terlebih2 pulak. Last kang bonda tayang2 hasil silat kat dapur tu yer. Eh! sabtu hari tuh (6.7.2013) bonda ziarah pusara ibu. Angkut semua RYAN4 sorang2 jer, en.sayur sibuk macam selalu. Nak cerita cam panjang pulak..bonda kongsikan jer lah status FB bonda pasal ziarah tu kat sini eh..pemalas sungguh!.

Semalam bonda bawak RYAN4 ziarah pusara ibu. Meluru2 masing-masing cium nesan ibu sambil lafazkan rindu. Riuh tanah perkuburan dgn macam2 cerita yg nak sampaikan kat wan. Tunggu sorang2 baca al fatihah kat arwah wan diorg buat bonda terfikir sekejap, bonda rasa bonda bertuah ada malaikat2 kecik ni. Besarnya kasih sayang Allah swt pada hambaNYA, di tariknya satu kasih sayang tapi diberiNYA 4kasih sayang yg tulus ikhlas. Nak balik sekali lagi kecoh bila masing2 sibuk buat janji nak datang lagi dan lagi..Panjangkan lah umur bonda dan suami agar kami mampu beri yang terbaik buat malaikat2 kecik ni.Amin.


Gitulah kelaku budak 4 ketol nih tanpa jemu. Dari mula2 Allahyarhamah tinggalkan diorg, sampai lah sekarang. Rindu mungkin. Mana taknya! Allahyarhamah merupakan seorang wan yang sangat2 penyayang kat RYAN4. Jentik pun tak pernah bonda nampak, setakat bebel2 sayang tuh biasa dah. Bonda ni kalau terlebih 'jerit' memang kena fire lah dari wan..sob3!. Rindunya la kat Allahyarhamah..hug!. Eh! tadi kata nak tayang gambar kan? jom review, tak lah semenggah sangat pun hasil silat2 tersebut, bunga silat jer lebih ^_^



nampak tak betapa 'dunkin donut' nya tu?  korang
jgn sengih2 ayam kat situ, bonda tak suka!  #malu


Ni lagi satu, alahai...hodoh sungguh lah ko wahai burger malaysia,
1st trial kata nya. Terjelir-jelir dan tersentel-sentel ko, memang sgt tak sopan..haih!.


Yang ni jer yang jadik wira untuk hujung minggu kami..huhu. Rendang ayam dengan daun kunyit, mmg terbaik lah ilmu pusaka Allahyarhamah ibu. Ni pun percubaan pertama bonda, ingat tak ingat jer silatnya nih..haha!!. Tapi nasib baik jadik tau tak. Kalau tak jadik, memang kena silat ngan en.sayur yang tahan lapar dari pagi tuh..keh3!!.

Akhir sekali nak kasik tips sikit. Tips kalau nak apa yg kita masak tuh menjadik senang jer, sepanjang memasak niatkan apa yang kita buat tuh untuk suami dan anak. Mencari pahala isteri solehah dan ibu mithali, insyaAllah. Apa pun yang korang buh kat dalam masakan tuh bismillah jangan lupa, ini tips org tua2 dulu. Bonda guna pakai balik jer pasal bonda kan org muda...iya! muda sangat.

- loya -



Ok.
ni saja nak bagitau yang mood mengemas minggu ni jugak dah mencetuskan konflik dalam diri bonda keliru ni. Kalau ada jaundis jangan masuk bilik bonda yer..kang pitam terus. Kuning tak ingat segala benda! hik3!. Tapi! otak kami masiH clean n clear, tak moh kuning yer..hep3!!. Tah macam mana tah terkuning, bonda pun tak berapa nak paham. Rasanya kaler kuning memang tak pernah masuk senarai kaler pilihan. ke ada yang mendamping nih?, sila jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri..hik3!!. Dah lah korang, makin melalut pulak entry ni..babai!.


# Al fatihah buat ibu tersayang...335hari dalam doa kami.





Tuesday 2 July 2013

~ Kematian ~


Assalammualaikum wrt.

Ini cerita throwback.




" Kak! akak pekerja baru yer? akak org sini kan?"

Tak lah! akak org KL, bapak mertua akk org sini.

" Org blok saya kan? bapak akak jual sayur tuh kan? "

" Aaahh..ko org blok D jugak ker? "

" Aaahh kak! ni org blok, boleh la bagi diskaun kak kan?
boleh kan? "

" Mengada eh! bayar sama jer..haha! "



Satu ketika dulu.

Anak itu pengunjung setia.

Selalu ada dan selalu bersenda.

Bonda marah.

Bonda bertegas.

Bonda tarbiah.

Dia masih senyum.

Masih ramah bila bersua.

Masih menerima teguran bonda.

Bonda sayang.

Sayang pada masa depan nya yang kerap culas sekolah.

Bonda sayang.

Sayang sebab anak itu tak pernah bermasam muka.

Bonda sayang.

Sayang bila melihat dia umpama anak sendiri.



-sebak-




" kak...saya demam ni. "

" dah demam kenapa berjalan long? dok rumah je baik2..rehat...bla..bla..bla "

Menoleh dua kali sambil mengharap pengertian...

mungkin lah.



Tapi hari ini..

Semuanya sepi sudah.

Itu terakhir kali kami berbicara rupanya.

Anak itu kaku tanpa pesan akhir.

Anak itu terlantar sejak 25 Mei 2013.

4 kali ziarah bonda lakukan.

Genggam erat tangan nya.

Usap ubun-ubun nya.

Berbisik perlahan semoga dia kuat dan bersemangat.



Namun...

Allah swt lebih menyayangi kamu long.

Tiada upaya kami menghalang along pergi.

Tinggalkan kami menuju alam abadi.

Tinggalkan mak yang penuh duka.

Tinggalkan adik-adik yang masih mahu bermanja.

Tinggalkan kawan-kawan yang masih ligat menikmati dunia.

Al fatihah..

Buat Mohd Rizwan bin Daud.

Nangis.

Buat sekian kali.

Kerana bonda telah hilang satu anak.

Yang bukan dari rahim bonda, tapi selalu ada di mata.



# Al fatihah buat ibu tersayang, hari ni akak
melalui satu lagi kematian :'(


Cerita tentang Allahyarham pernah bonda lakarkan di sini
http://bondaryan.blogspot.com/2013/05/tolong-bonda-doakan-along.html