Friday 30 November 2012

~ Anniversarry Part 1 ~



1 Malaysia.

Janji di tepati.

Seperti seruan PM kita, bonda pun gagah nak tepati janji bonda. Bonda bukan nak berpolitikus pulak kat entry nih tau. Siapa lah bonda nak berpolitikus, tikus pun takut!..haha.

Ok takde kaitan :P
Dalam entry sebelum nih penah kata nak citer
pasal Anniversarry kami kan?

Kami siapa?
alololo!! haruslah bonda dan ayah RYAN4 yang 4 ketol tuh mak enon dan pak tongkol semua. Bezanya entry kali nih, korang bakal di hidangkan dengan picca yang sekeping pun takde gambar RYAN4 bersaudara tersebut. Yang hader cuma lah 2ketol laki bini yang feeling2 baru lepas nikah..mwahaha!!.

Bukan nak eksyen ke haper ke tau, xde maknanya semua tuh pun. Pasal duit tak turun melayang2 pun dari langit sebab ke'eksyenan tersebut. Bonda nak kongsikan kat korang cerita tentang perjalanan dan sambutan sederhana kami di atas 2 sebab..

1. Manalah tau bulih jadik cetusan idea buat korang yang nak larik dari anak2 kejap kan. Tempat nih idak ler jauh sampai kena naik tongkang mahupun belon panas, so sangat sesuai gitu.

2.  Bonda nih kan suka cerita2..tulis2, sebab tu ada blog kot..ekeke!!. kalau takde semua tuh nampak sgt bonda buat blog pasal nak ikut trend. Tak pun sebab bonda nih dah takde kawan nak cerita dan suami nak mengadu. Peluk lah laptop 7hari seminggu 24jam sehari semata2 nak mengadu keluh kesah..sedih kot!.

Agak2 kalau korang nak rasa menyampah baik jangan teruskan niat tuh nak baca entry nih..kang korang gak berdosa pasal mengutuk bonda yang demok gedang nih kan?. Buat lah mende lain seperti lipat kain ataupun basuh kolah air mandi. Ok namoh citer banyak, jom layan!!..tiap gambar ada kisah..tiap pernulisan ada rasa :)


Ok..tahan muntah tuh dulu. Ini muka kegembiraan selepas terlepas dari cengkaman RYAN4 kami. Punyalah susah nak menyelinap tanpa mereka..hadoi lah!. Setelah gigih berusaha, misi berjaya..tahniah pada kita b!! (idung kembang kempis).


Nampak tak jauh mana Kuantan tuh? Ini dah sejam setengah duk dalam kereta nih, nasib bumper bonda banyak lemak..
kalau tak kempis dah kot :P.

Jeng3!! setelah 4 jam lebih di dalam kereta, akhir nya!!


Korang tau kat mana? Orang pahang harus tau nih, kalau tak tau jugak kena hukum buang negeri..ngeh3!!. Sampai pun dah maghrib..jadi ini adalah snap yang pertama setelah sampai sebelum matahari terbenam. Sangat mendamaikan dan bersyukur dengan semua kebahagiaan hari ini. Alhamdulillah.


Kami pada asalnya mahu bermalam di Legend Cherating, tapi bilik telah penuh dan booking online tanpa depo tidak lah membantu langsung walaupun pada awalnya...malas nak citer, sentap 44hari kang. Jadinya kami check in di sini,


Bonda rasa tempat ni paling happening di Cherating nun. Semuanya pun dekat, Chalet nih terletak di Perkampungan budaya Cherating. Jika nak beri berapa bintang..bonda kasik 7 dari 10 kot. Macam2 ada kat sini. Paling best ada live band setiap malam kecuali selasa malam kot. So, takdelah korang terkohop 24jam dalam bilik keenn?. Tapi jadik kes lain kalau tujuan bercuti korang nak menambahkan bilangan rakyat Malaysia..ekeke!!. Jom tengok antara picca nya, tapi picca bilik lupa nak snap pasal bonda bulih kira berapa jam jer dalam bilik..haha!!

Pandangan Little Bali bar dari seberang sungai
*pppsssttt...pinjam encik goggle punya picca jer nih :P


Bonda tak sempat nak snap picca tempat nih sgt pasal sampai pun dah malam..siangnya pulak, tempat nih bersolex ko..kijam!!


Ini pintu chalet kami..4k, kegatalan..kegedikkan.. kelampauan dan last sekali  penuh dengan kasih sayang. Fuhhh!! muntah darah kalau en.sayur baca entry nih..kah3!!


Nampak tak? nampak tak? macam2 ada kat sini, so ber'aktiviti lah korang sampai pengsan ^_^

Pandangan barisan chalet yang tersedia, panas terik waktu nih.

Errr...macam penat jer nak taip panjang2..korang tak penat ker nak baca?. penat?. Ok deal! kita sambung next entry..banyak lagi picca yang boleh buat korang rasa loya tahap ngidam mengandung anak sulung..kih3!!. Kita jumpa next entry yaaa...bubai!!

* Tolong doakan Ct Scan adik bonda selamat semuanya, cukup lah bonda dah kehilangan 4 orang yang tersayang akibat kanser. Al fatihah buat ibu..115hari kami rindu :(




~ Musim kawen2...apo nak di kato ~



Assalammualaikum wrt.

Sihat ker?

Haruslah sihat kan..kalau tak, tak kan dapat baca blog suam2 kuku nih keennn?. Bonda kata suam2 kuku pasal ari2 pom bonda jer yang jadik visitor kat blog sendiri nih..haha!!.  Tak caya? cer korang tengok traffic feed tuh...bonda jer lah yang kuar masuk tuh, sungguh teruja dengan blog sendiri..kah3!!. Mak dara perasan diva memang gitu, tak fedulik walaupun hanya 'diva kampung' celah pokok getah :P.

Dah2!! tobat kutuk diri sendiri, walaupunnnnn...

*____*

Actually entry nih nak citer pasal bonda dan RYAN4 gagah merentasi highway dan perjalanan yang penuh ujian untuk menghadiri majlis kawen sepupu bonda di ipoh. Lama dah majlis nih..kalau ikut macam diana danielle, dah preggy dah kot pegantin nya. Ops!! no3!!..jangan nak pk yang bukan2 tahu, dosa masuk neraka nnt. Sentiasa lah berfikiran baik pada orang supaya orang pun berfikiran baik pada kita. muhasabah sikit ^_^.

Sejak bidadari bonda dah tinggalkan bonda dan kami. Bonda yang pemalas tahap gaban pegi kenduri nih terpaksa berubah. Kalau dulu..kenduri saudara sendiri pun bonda tepis dengan macam2 alasan. Apa lagik kenduri yang takde sejarah darah dengan bonda. Dari zaman anak dara kelaku tak semenggah nih. Tapi bila ibu dah tiada sejak 114 hari yang lalu, semua kenduri pun bonda gigih datang jika ada jemputan...insyaAllah. Ayah kata..

" siapa lagi nak gantikan ibu kalau bukan kak ija, tahun depan kita nak kenduri adik. jadik kena lah rajin pegi kenduri orang "

Katanya..ok serius sentap.

Bahau - Ipoh

Rasanya berapa KM korang? berapa kali pulak kami berenti untuk menenangkan RYAN4 kami?. Serius seram bila bayangkan...har3!!. Ok lah...bonda kongsikan sedikit picca untuk tatapan korang. Mana tau boleh di jadikan inspirasi untuk yang belum berkahwin keenn? yang dah kawen, dok diam2..jgn nak miang berfantasi okeh, tido luar malam kang..nak?.
.
.
.
sebelum bertolak ke dewan RISDA IPOH.

Moh kita pose2 dulu yer..

'perantin' yg sangat tak nebes :P

Mesyuarat sebelum isi pewut ^_^

- goodies bag -

ini pegantin keduanya..hak3!!

sebahagian dari mak2 sedara bonda.

Semua pun ada...gud3!!

Pelamin yang wow!!

mak sedara sepang mali :)

dah kalau namanya muka slumber badak, kek org pun nak
di telannya..bini sapalah gamaknya nih, kih3!!

kami kembar? ...mungkin tidak ~~~~

huh!! memang ssh nak bekerjasama dengan 2 ketol nih..hish!

atok dan RYAN4.

Melangkah masuk ke dewan ^_^

Pegantin yang sgt cantik di mata bonda..congrats boo!!

keh3!! 'menjarah' atas pelamin...itu biasa, sekian.

chicky!!

Ayah mithali..hader? :P

Suasana dalam kereta OTW balik, lena akibat fenat yang amat kot :)

Masyal dan sengih kerang busuk..alolo!!


Lagi 2 minggu kami bakal ke Lenggong pulak, nnt bonda hupdate lagi pasal kawen2 nih yer korang. Tak moh baca dah? ok..nak bawak badan besar gedang nih 'melara' diri..bye!!
- libas tudung -



*114 hari kami rindu, Al Fatihah buat ibu ku sayang :(


Thursday 29 November 2012

Banjir ler pulok..adeh!!




Haaaaaa!!! 

Apakah?

Ya Allah..

Macam mana nih b?

Tu lah perkataan 1,2,3 dan 4 yang kuar dari mulut bonda bila sampai jer kat selekoh ini.

- Garu-garu kepala yang tak gatal -

Ok, ini memang dah di jangka sejak malam tadi sebenarnya. Tapi idak ler di jadualkan seteruk ini. Tu lah orang kata..Kita hanya mampu merancang, tapi Allah swt adalah sebaik2 perancang. Maka semua perancangan kerja bonda yang bermula seawal jam 9 padi terpaksa di tunda hingga jam 11 pagi..

Bila hujan lebat mencurah tanpa henti..perjalanan bonda ke tempat kerja pasti tergendala dek masalah ini. Banjir. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa. Hanya mungkin yang kelihatan mereka yang di uji bencana ini bermuram durja. Manakan tidak..jika habis rumah di limpahi air kuning teh susu dan kebun tempat mencari sesuap nasi tenggelam dek aliran deras air yang melimpah.


- Takziah -

Akibat dari semua ini, bonda terpaksa memusing-musing untuk sampai ke tempat kerja. Fenin dek alunan gempita RYAN4 dalam kereta dan bau durian dari en.sayur yang sejak musim durian nih, buah tuh jadik sahabat baik beliau 24 jam sehari. Terasa di madukan jer dengan mende berduri2 tuh..hish!.

Setelah hampir sejam setengah bergelut dalam kereta, sampai gak bonda kat opis dengan kusut masai macam 'mak lampir' dah layaknya..fuhh!!. Harapnya balik nih karang banjir dah reda..kalau tak,

Aaaaaaaaaaaaaa!!!! diam suma anak2!!!

Kedengaran semula.

- sigh -

Wednesday 28 November 2012

Jumpa dah jalan akhirnya...^_^



Assalammualaikum wrt.

Haaaaiiiiii...

Heeeppp!!! jawab salam dulu baru haiii balik tau, nak hai2 banyak kali pun takpe dah kot :P, tapi jangan hai2 bye2 udah le yer...bonda lom habis bebel nih.

Korang...nak cakap tima kasih kat akak yang baik hati yang sudi memberi jalan penyelesaian pada kemelut bonda tempohari. Kalau harap bonda explore sendiri..dah hantuk2 pala kat keyboard dah tau..hihi (ok..ini tipu). Bonda message beliau tanya jalan, beliau beri bonda satu link yang mampu menyelesaikan semuanya macam...'ting'!!!. Alhamdulillah..dapat gak blog bonda nih berseri semula dengan picca RYAN4 yang macam2 karenah tuh. Ada blog...takde picca, owh!! sangat lah sedih.

Bonda jenis yang suka membaca blog orang tau. Alah...blogwalking katanya..:). Bila baca entry yang takde picca, bonda senyum jer. tapi senyum sikit lah. Lain pulak kalau dapat baca blog yang banyak picca...meleret2 senyumnya, nak2 lagik kalau masuk blog nih http://idawoks.blogspot.com/. Memang kalau tetiba bonda gelak besor tuh mesti bonda di laman nih lah gamaknya. Suka tengok aksi2 kucing2 kakak nih dan cerita2 beliau. Macam fantasi...tapi realiti tau, kagum2!!. 

Hish!! terlarik 100 meter pulak motip entry nih haa. Sebenarnya bonda nak kongsi link yang bonda guna untuk memulihkan semula seisi memunggah picca ke blog. Mana lah tau kan...lepas bonda nih, ada orang lain pulak yang alaminya..so senang korang nak ikut jalan nih, ini habis shortcut dah nih. jimat duit dan paling pasti, mudah nak realisasikan. Ok ini link tersebut, KE SINI.

Terima kasih banyak2 jugak kat tuan punya blog ini http://miera301.blogspot.com/ yang sudi membalas pesanan bonda di muka buku. Tq banyak2 yer kak mun..jasa mu di hargai sesangat. Rasanya ini saja bebelan hari ini. Jumpa balik kat entry akan datang yer...bubai korang!!

Peace >:o

Jom main buih jom!!!



Assalammualaikum wrt.

Pandang kiri kanan.

Lap2 habuk yang dah mula bersepah.

^____^

Actually nih entry yang patutnya dah lama tertulis, tapi terkohop kerana kelambatan bonda belajar untuk melepaskan diri dari masalah 'kesekatan meng'upload' picca. Kelambatan di sebabkan oleh kemalasan dan kerja yang tak pernah selesai.

Ok..nak cakap nih kat apak RYAN4..

" Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke6 En.sayur. Semoga tahun ini dan tahun2 yang akan datang kita tetap bersama dan bahagia di samping 4ketol RYAN4 kita. Sejauh mana pun saya melangkah, setinggi mana pun saya berada, awak tetap di hati saya hinggalah nyawa bercerai dari badan "

-sila jangan muntah, tolonglah bagi can yer :p -

Entry berhoneymoon itu bonda nak perap dulu tau korang..perap sampai jadik pekasam :). Untuk hari nih bonda nak kongsikan aktiviti hujung minggu kami semalam..14 November 2012.

Balik dari bercuti jer, badan nih rasa demam tak demam. Serba tak kena..mata nih manjang nak lelap jer,kih3!!. Sampai petang dok ngadap disney channel gelak2 dengan 3ketol budak tuh. seketol lagi takde pasal dia dah jadik anak atok (kata abang2 ryan muhaimin..hihi). Petang jer..masing2 dah kalut nak main kat laman. tak moh duduk dalam rumah dah. Masing2 dok sibuk mintak nak mandi kolam. Tidak lah bonda larat nak melayankan RYAN4 bonda nak ber'kolam di petang yang hangat kan. Jadik as usual..en.sayur lah yang take over 3ketol budak tecik tuh.

- Lega -

Orang perit2 mata pandang luar sebab panas..tapi, RYAN4 bonda bukan main lagi mandi kat kolam yang kecik miut tuh. Ini kolam ke4 tau after di curik 3x dah. Beli untuk kali yang ke4 nih boleh tersalah beli pulak, en.sayur nak cepat sangat sampai tak sempat tgk keluasan kolam tuh. Bawak balik jer...haaa!!!
(jerit ramai2) .

Punyalah tecik nak masuk kan 4 ketol RYAN4 bonda tuh. tapi hari nih nasib baik pasal cuma ada 3ketol jer. So RYAN4 terpaksa lah tecik2 kan muntot memasing. Dari takde tempat nak berendam kan? so memasing pasrah jer lah. Gila tak pasrah, punah impian mencakar2 kapet nnt u...mwahaha!!. Ok lah korang..jom layan picca jom, bonda nak layan tekak pulak..nak kasik energy cikit. makhluk2 yang dalam pewut nih dah main gendang cina mati dah nih :P
.
.
.
bonda pun tak penah merasa main buih tau tak..jeles!!

pesta3!!!

uish!! rasa macam nak join pulak..haha!!

peace bonda!!

poommm!!! nyum3!!
(si pelat pun ada hati nak meng'dog bonda tau..cett!)

nih lah second leadernya :)

~ sensored ~


Haa!!! ini leader dia yang besar..hamboih2!!.

ops!! nasib terlindung, kih3!!

mebiusss!!!! katanya lah...wekkk!!

terbaring2 ko...to much kan?



- Sekian -


* Al Fatihah buat bidadariku sayang...113 hari yang rindu :(

Tuesday 27 November 2012

Tapirus indicus ^_^




- Senyum -

Dia masih seperti dulu. Dia masih kekal begitu. Masih pandai mengambil hati. Masih pandai menghargai kawan. Dan paling pasti...Masih pandai mencari gaduh. 14 tahun bukan pemisah. 14 tahun bukan ukuran. Kerna kita tetap kita. 

Tapirus indicus...

Monday 26 November 2012

Sebu sesebunya :(



Assalammualaikum wrt.

Kembali bersiaran dengan hati yang sebu.

Sebu sebab macam2 perkara terjadi lately ni.

Tapi bonda masih senyum dan ok jer.

Tak moh nak bermain illusi dan perasaan sangat.

Anggap apa pun yang terjadi pada sekeliling bonda sebagai ujian kehidupan dan kita sebagai watak yang sentiasa kena memainkan peranan.

Jangan nak stress sangat lah yer.

Selagi boleh senyum...teruskan senyum :)

Selagi boleh merasa...teruskan merasa.

Dan yang pasti..

Selagi boleh hidup...teruslah bersyukur.

Sebu pertama :

Blog bonda dah tak leh nak upload picca.

-Sedih-

Siapa tau jalan untuk keluar dari masalah nih?

Bonda nak jalan pintas tau...jalan jauh takut sesat, ekeke!!.
#tag : mintak tolong tapi banyak bunyi..to much! ^_^

Sebu kedua :

Anakanda bonda baru2 nih telah di sakiti.

Lebih dari 3 lebam tertera jelas di peha kecil itu :'(

Oleh siapa dan apa sebabnya pun bonda tak mahu terima.

RYAN4 memang tengah lasak. Jadi kesabaran yang berganda haruslah ada.

Bonda terkilan kerana ianya terjadi di saat bonda keluar untuk mencari rezeki.

DAN!! Bonda pun tak pernah meninggalkan kesan di badan RYAN4 bonda.

-nangis-

Kalaulah bonda mampu jadi suri di rumah, pasti itu saat yang paling bonda hargai :(

Sebu ketiga :

Timbang berat semakin gigih menambah angka.

Sebu hati pun KG tetap mantain naik.

Ok.

Itu paling sebu antara yang ter'sebu. *_____*



Al Fatihah buat ibu tersayang...111 hari menghadap Illahi.

*banyak sgt dah entry terpaksa menghuni draft, gara2 tak boleh upload gambar...wawawa!!

Sunday 18 November 2012

sikit-sikit nak sentap..adoiyai!!!




Hujung minggu yang baru berlalu nih bonda memang bizi.

Uruskan tahlil bidadari bonda dan bermacam lagi urusan.

Takde masa sangat dengan RYAN4.

Makanya itu cukup kuat untuk di jadikan alasan
merajuk bagi Abg long.

Bonda marah sikit jer sentap.

Lari dan hilang.

Last2 jumpa kat ceruk nih,
.
.
.
.
~ Bawah meja ~



Uiks!!! port baru nampak?

Lari celah mana pun bonda tau lah abang long..tak yah lah kalau setakat dalam rumah yang sekangkang beruk nih..ekeke!!.

Tapi port nih lagi ok dari lari laju2 hempas diri atas katil dan tekup muka dengan bantal pastu nangis.

- muntah -

Bak kata ikish..

' Pundan ker? '

Aik!! 'nasik tambah' nih melebih pulak, pundan tuh apa ikish?

' Pundan tuh fompuan lah '

- ok...senyum -

Dah la abg long....ghentikan lah perangai merajuk nih,
bonda tak reti nak pujuk...sob3!!.

Tapi dia,
.
.
.
.



Buat 'nohong' jer.

Eksyen sungguh!!

*__________*


* Tak lama pun abg long kawasan bonda nih merajuk. Umpan dengan ice cream seketol..terus hilang rasa nak marah katanya. fuhh lega!!! (lap peluh kat dahi)









~ 100 hari dalam kenangan ~


Assalammualaikum wrt.

16 Haribulan November 2012.
Genap lah seratus hari arwah bidadari bonda pergi menghadap Illahi.

Sebenarnya bonda masih tak tergamak nak menggunakan perkataan 'arwah'. Walaupun hakikatnya begitu. Masih terasa dekat ibu di sisi kami. Bak kata adik sepupu bonda yang bersama2 menguruskan ibu di awal permulaan deritanya..

" Rasa macam baru semalam je daftarkan acik kat
kaunter masuk wad "

Sekejap kan rasanya bila orang yang tersayang pergi tinggalkan kita. Pergi mereka tak akan kembali, hanya kenangan yang akan terus meniti bibir dan bersemi di hati kami.

Al Fatihah buat ibu bonda tersayang...Eshah bte Pendek.

- Nangis -

Tahlil ke seratus juga telah selamat kami jalankan. Seharian kami bercerita..kami mengenang dan yang pasti kami berdoa, semoga rohnya di cucuri rahmat..mendapat belas dari yang ESA serta di ampunkan semua dosa2nya. Berat mana pun bahu kami memikul beban rindu ini, besar mana pun kasih yang terpaksa kami korbankan..namun hanya satu yang pasti. 

Ibu telah berada di kalangan orang2 yang di sayangi dan tiada kesakitan dunia lagi.InsyaAllah.

Bonda tak sempat sangat pun bergigam, jap2 ada yang panggil..jap2 RYAN4 buat hal, haih!! macam 2halangan :P. Tapi ada lah picca seketol dua. Walau apa pun yang berlaku..seratus 3 hari sudah kami melaluinya dengan redha. Bonda percaya...bila kita redha, Allah swt permudahkan urusan kita. Jom tengok picca yang tak seberapa yang membabitkan penduduk2 kampung batang nyamor, rembau...^_^

kalau kenduri takde seisi salai menyalai memang tak sah :)

Malam sebelum tahlil

Ramai pemerhati dari pekerja...jadilah :P

Ikan talapia yang terkorban di salai'an, ekeke!!

Buat2 bz..APTB mok nih.

Cer angkat tangan sapa yang tau bekas nih??

Pagi di hari tahlil, orang kampung bonda mmg
 cekap bila di jemput kenduri..tq!!

Makcik2 dan wan ongah yang tak jemu melayan :)

sapa tau daun nih bonda tabik!!

Sebahagian dari 'boko' ^_^

Pedih mata dek asap, sabar yer cik yer ^_^

ok..ini paksa rela, nampak big bos tuh?? adehhh!!!

Pak2 sibuk bonda..luv!!

bonda telah di 'ngonyamkan' waktu nak amik picca ini
oleh wan ongah tudung munga..hish!!

Antara hidangan.

kami di kampung masih mengamalkan konsep berhidang,
lebih mesra rasanya
.

Sebahagian dari yang hadir.


Jemaah masjid yang hadir...alhamdulillah.

kuat sangat merokok..hamik ko baldi sorang seketol
utk buang habuk rokok..haha!!
bonda pun tak tau macam mana mamat
nih boleh lari dari kerja,  kih3!!


Beramai2 ke pusara ibu, mencurahkan semua rindu dan doa :(

hujan dan lecak.


Adik dan sepupu yang selalu di sisi.


- kami -


ok.ini memang biasa.ayam masak merah.

goodies bag dari bonda. Rezeki bidadari bonda.

- kami-kami -

ini agar2 strawberi sebagai pencuci mulut,
takde resepi..bonda hentam jer :P

Last...budak banyak ragam dad day..heepp!!

Ini sahaja buat kali nih, kalau mood ada bonda tulis lagi yer...daa!!!