Sunday 2 March 2014

Cakap Ahad bonda..



Alhamdulillah..
Syukran pada empunya langit dan bumi.
Mak abah dah selamat kembali dari tanah suci.
Ryan4 sudah bersekolah seperti biasa.
Rumah baru juga sudah tersusun kemas tanpa perlu bonda menjingkit-jingkit berjalan.
Cuma laman tepi saja masih terbiar di racun en.sayur. Kononnya nak di usahakan batas-batas cili di situ.
Namun hingga entry ni di tulis..hanya rumput kuning je yg dok berhias indah ^_^
Takpe..akan tiba harinya.

Bersangka baik.

Kawan datang dan pergi.
Sahabat tak pernah bonda nanti.
Yang setia cuma en.sayur dan RYAN4 di sisi.
Itu juga bukan HAK bonda yang abadi. Pinjamkanlah selagi nyawa masih ada.
Mungkin banyak yang hendak bonda titipkan.
Namun lebih banyak yang bonda telan jauh-jauh ke dasar hati.
Memendam.
Itu sahaja yang bonda warisi dari Allahyarhamah ibu. Mungkin.

Semalam bonda biarkan kaki ini melewati suramnya pusara ibu.
Berteleku bersama riuh nya suara Ryan4 yang berselang seli bercerita tentang apa yang mereka lalui pada ibu. Rindu.

Al fatihah buat ibu yang mendahalui kami bertemu Illahi.

Cinta bonda hingga mati.