Monday 23 April 2012

Tersentuh *_*

Assalammualaikum uu oolllsss....baik jawab, tak jawab tak baik lah..^_^

Pagi hening yang sgt hening..(sila jgn bayang kan sbb bonda nih drama queen..huhu), aii tgh gosok baju skol anak2 aii sambil verangan jadik bini org kaya dan ade bibik, so tak perlulah aii gosok baju skol anak aii sendirian berhad di temani cicak di dinding. Ok3!! lets continue..tetiba, aii dengar suara anak kecil merintih sayu. Menangis seolah2 sgt terluka dan aii tahu bezakan tangisan buatan atau dalaman yer teman2..jgn tanya macam mana aii tahu, sila preview berapa anak aii..hahaha!!. Takde kaitan?..fedulikk!! aii mmg suka mengaitkan sesuatu tanpa kaitan sbb aii tak suka mengait..fenin??...ok3!! lupakan..wakakaka!!!.

Dalam esak tangisan yang berpanjangan.. anak kecil tersebut bersuara.."saya tak moh pegi sekolah tok..kerja sekolah saya tak siap"..di balas atok dgn bahasa yang maha lembut.."jangan lah macam tu ****,beritahu pada cikgu..**** tak siapkan kerja skolah sbb mata atok tak nampak nak tolong ajarkan awak". Aii terdiam dan terfikir...oh ya, anak kecil sebelah rumah aii nih tinggal dengan atok dan wan yang sudah uzur bersama dengan seorang abg dan dua orang sepupu lagi. Dalam hati aii yang sgt berkapas nih..aii sebak, aii terfikirkan nasib anak2 d sebelah rumah aii nih. Bagaimana agaknya pembelajaran mereka di masa akan datang sekiranya mereka tiada bimbingan dari org tua dan tunjuk ajar dari mereka yang lebih memahami.

Ibu dan ayah??..jangan di tanya, kerana sudah menjadi lumrah pada golongan muda sekarang menghantar anak2 ke rumah org tua sebagai peggganti kepada nursery yang pastinya menyediakan perkhidmatan jagaan anak2 mereka dengan bayaran yang amat mahal. Sebagai jalan penyelesaian..mereka tega menghantar anak2 ke rumah ibu bapa yang semakin di mamah usia. Jangan kata ini pandangan negatif aii tau, ini realiti yang aii hadap hari2 di hadapan mata sementelah aii duduk di desa nih. Majoriti kanak2 di sini hanyalah cucu kepada peneroka. Mereka di hantar tinggal bersama atok dan wan di atas pelbagai alasan yang mungkin aii kata tak masuk akal. Sangat2 terharu dan aii amat2 terkilan dengan segelintir golongan ini.

Berpuluh tahun mereka di jaga dan di beri perhatian..penat lelah ibu bapa masih tidak terbayar, sekarang di bebankan pulak dengan cucu yang kononnya sebagai peneman usia tua..klishe!!. Sungguh!!! aii terganggu dgn situasi pagi tadi dan sampai saat aii menulis ini amarah aii masih bersisa dan mahu saja rasanya aii pergi rumah ke rumah beri taklimat ringkas pada golongan muda yang bersisa di felda nih. Tapi memandangkan korang selalu datang tempat kerja aii..di sini nnt aii akan lecture secara berhikmah. Terasa??..ade perasaan kah kalian yer??? sendiri mau ingat.


muka bonda dari pagik tadi..aii marah tau!!!



No comments :