Sunday 27 April 2014

Cerita seram ( part 1 )



Assalammualaikum wrt.


Akceli cerita ni lama dah nak aku kongsikan.
Cuma selalu terlupa.
Al maklum lah mak yang menginjak 30an
dan dah pun beranak pinak
Klishe lah alasan ko as! mwahaha!! (gelak notty sikit)
Dah tu aku nak cakap apa?
Nak kata aku lupa pasal aku banyak makan organ dalaman?
Cisss! tak kan nak salahkan ayam, lembu dan kambing pulak??
tak adil namanya tuh ^_^

Ok jom baca.
Masa aku sekolah dulu aku jarang berjalan kaki ke sekolah. Nak kata jauh tuh tak lah jugak, ramai jer yg jalan kaki pegi sekolah. Tapi aku kan sayang sangat dengan lemak tepu aku ni, tak moh pecah lemak konon nya. So, aku pegi sekolah tiap hari naik train LRT. Tau tak apa LRT tuh? tak tau korang goggle lah sendiri yer, kang klu aku cerita kang jadik esklopedia pulak blog aku yg dah lah tak berapa nak pemes ni..kih3!. Aku naik dari Stesen Hang Tuah dan turun kat Stesen Jalan Pudu. Lepas tuh beremosi lah aku menapak pagi-pagi. Kan dah kata aku sayang lemak tepu aku, jalan kaki sejauh 1.5km tu cukup kot buat aku kehilangan lemak kesayangan *_*. Tapi tu masa form 3, dah masuk form 4 n 5 haruslah aku kena naik train hari-hari pasal masa tuh kami dah berpindah ke Bandar Tun Razak, Cheras.

Aku akan keluar seawal jam 5.45am utk ke sekolah.
Tiap-tiap hari. Aku kan pengawas jaga gate, haruslah kena awal dari student lain. Kang tak berjaya pulak aku jadik 'pengawas yg digeruni' dan di sumpah hari-hari kan? hahaha!!. Sepanjang 3tahun aku ulang alik naik train, aku dah selalu berdepan dengan spesies yang sangat2 murah hati bagi aku tayangan 18sx secara percuma.

Yer!! PERCUMA.
Barangkali jika di congak 3 hari sekali aku dapat tengok. Korang jangan ingat aku suka! sumpah aku takut!. Gila tak takut? tengah-tengah korang berjalan..dalam keadaan yang tak berapa nak terang (around 6.40am - 7am), sorang diri ada stranger ikut korang. Setakat ikut aku takde hal, ini bila lalu sebelah korang dia keluarkan 'senjata kelakian' dia kat korang. Tak pun korang tengah jalan sorang diri tiba-tiba nampak kelibat manusia duduk tepi tembok sambil menghayunkan 'senjata lisut' beliau itu. 

Reaksi aku?
Hurm..1st time memang rasa nak cabut lutut aku larik. Tapi bila dah selalu sangat di sogok kan dengan benda yang memualkan anak tekak tuh, aku jadik menyampah pulak. Masuk tahun ke2 aku jadik penonton tak rasmi, aku mula jadik marah. Ok..part ni sebenarnya aku nak cerita, tapi biasalah...sindrom mak2 yang selalu buat aku punya intro panjang berjela..huhu.

Satu pagi tuh kan...
Aku tak pasti yang mana satu. Ok! yang buat peel tak semenggah macam ni bersepah kat KL okies. Korang jangan terkejut beruk kadang2 yang keja angkut sampah pagi2 tuh pun sempat tunjuk kan 'anu' dia kat korang bila korang melintas sebelah dia tau!. Memang gila. Ok, balik cerita..hihi. Aku nampak ada makhluk terhendap2 dari jauh balik tembok tengok aku. Seperti jangkaan, aku lalu jer dia panggil aku dan sebagai balasan aku di sogok kan dengan pandangan yang tak cantik jadik habuan breakfast aku. Pergh! ntah datang dari mana angin aku pagi tuh, aku dah standby sesiap batu kerikil yg berlambak kat stesen LRT tu sebagai hadiah balasan. Aku baling batu kerikil yang kecik sikit dari bola pimpong kat makhluk tuh...kelekukkkk!!! (Haaa!!! amik ko)

Hurm...
Sebagai pitcher sekolah dalam sukan sofbol..aku rasa korang tau apa jadik pada balingan aku tuh. Yesss!! memang tepat kena kat kepala makhluk tuh dengan kadar kelajuan outfield punyalah. Terjerit makhluk tuh sambil terkial2 nak zip seluar..aku gelak kan kuat2 dan cakap...

' Haa! padan muka ko bodoh! '

And part skeri aku pun bermula....





























































Sambung pada part 2 nanti yer...mih3!!!


#Alfatihah buat ibu tersayang.

No comments :