Sunday 7 September 2014

Perjalanan 2 tahun lalu.. ( permulaan cerita duka)



Assalammualaikum wrt.

Kembali bersua di alam yg hanya tulisan menghubungkan kita. Tanpa suara, tanpa wajah kita tetap boleh berhubung dan berkongsi rasa, hebatnya teknologi sekarang kan? beruntung nya la haiii anak2 kita ^_^

08 Ogos 2014.
Genap 2 tahun Allahyarhamah bidadari bonda tinggalkan kami semua.
Tinggalkan seorang suami yang hiba.
Tinggalkan anak2 yang gusar.
Tinggalkan kehidupan yang penuh ujian, kembali ke pangkuan Allah swt yg sentiasa menyayangi hamba-hambanya. Al fatihah buat ibu.

Hari ini.
Ayah sudah punya pengganti yang mungkin tidak sama seperti ibu, namun cukup membahagiakan ayah dan mampu menjaga makan pakai ayah dengan baik. Terima kasih makcik. Ada2 masa tersasul juga mulut bonda memanggilnya ibu. Taatnya makcik seperti ibu juga, alhamdulillah ayah tidak salah memilih. 

Campak belakang 2 tahun yg lalu, sewaktu ibu sedang bergelut dengan kesakitannya melawan sel-sel kanser yg jahat, bonda rasa sangat2 bersyukur atas apa yg Allah swt telah aturkan. Perjalanan sepanjang ujian itu selalu di permudahkan. Benarlah kata org2 cerdik pandai, TIADA UJIAN TANPA KETABAHAN SEBAGAI BEKALAN. Allahuakhbar...penyayang sungguh Allah swt kepada kita. Entry ini mungkin panjang mungkin pendek, tapi izinkan bonda berkongsi sedikit suka duka sepanjang 8 BULAN bersama menemani seorang ibu yg uzur. Semoga catitan ini, Ryan4 sudi membacanya sebagai pedoman meneruskan kehidupan mereka yang masih panjang. 

Tanggal 25/11/2011
Ibu di bawa ke HKL oleh adik bonda selepas mengalami sesak nafas beserta batuk yang menggila. Pada pandangan kami pada ibu, tiada apa yg berlainan. Ibu kami yg kecik molek mungkin hanya mengalami batuk yg teruk. Namun lain jadinya bila doktor di HKL mekhabarkan bahawa paru2 ibu punya kelainan. Ibu di gesa segera 'warded'. Namun dek kerana sehelai sepinggang ibu meminta agar di tangguhkan dua hari, biarlah dia menghabiskan minggu itu di rumah. Comel permintaan ibu..

27/11/2011
Ibu menyerah diri di HKL di temani ayah dan adik dengan hati yang tak berapa rela. Sempat dia berlawak di dalam perbualan kami di telefon tengahari itu..katanya,

'Kalau doktor2 kat sini asyik nak ambik darah ibu jer, ibu larik hospital kak ija'.

Hurm..memang agak terkejut dengan statement ibu tuh, tapi sekarang bonda tau dah dari mana datangnya sikap 'nekad' serta 'nakal' yg ada pada kami adik beradik, dari ibu yg comel ni rupanya..hihi. 2 minggu ibu di HKL, bermacam rawatan mencari punca batuk di jalankan pada ibu. Pada awalnya doktor mengatakan ibu terkena paru-paru berair, namun simptom2 paru2 berair tidak berapa jelas ibu tunjuk kan. Pelbagai antibiotik di masukkan kedalam tubuh comel ibu, namun gagal menyembuhkan batuk ibu. Akhirnya doktor meminta izin dari kami untuk melakukan proses mengambil sampel dari tisu paru2 ibu serta ct scan.

13/12/2011
Prosedur mengambil sampel tisu paru-paru di buat serta Ct scan bahagian Paru-paru ibu di jalankan. Selepas prosedur itu di buat ibu sudah kelihatan seperti org sakit, ibu dah tak ceria macam hari2 sebelumnya. Sepanjang menunggu keputusan sampel paru2 ibu di benarkan pulang berehat di rumah. Alhamdulillah ibu nampak lebih selesa, rumah sendiri kan...mana nak sama dgn rumah sakit. 

Seminggu selepas itu keputusan sampel paru2 yg di ambil keluar. Ct scan juga telah kami serahkan kepada HKL untuk di baca dan di teliti. Mereka merujuk kes ibu ke Institut Respiratori Kl. Ibu di minta membuat saringan tibi di sana. Berangkutlah kami ke sana, pelbagai ujian juga ibu lakukan di sana. Darah yg dia ambil sebagai sample usah di hitung, kesian ibu. Tapi ibu kata...

' Takpelah, asalkan batuk ibu ni cepat baik. sakit dah dada2 ni semua menahan batuk '

Yer ibu, ibu akan baik. positifnya bonda di saat itu.
Genap seminggu 4 hari ibu di sana, sekumpulan doktor memanggil bonda untuk berbincang katanya. Bonda menjaga ibu di IPR masa mula2 ibu di tempatkan di sana. Siapalah lagi bonda nak harapkan, ayah bekerja, adik bekerja di hospital, abg pula bertugas sebagai petugas beruniform. Semuanya sukar untuk memohon cuti. Takpelah, bonda hanya kerani cabuk, cuti tahunan pun berlambak2, mujur en.sayur sgt2 memahami dan pengorbanan yg bonda lakukan masa itu bonda hanya minta Allah swt yg menghitungnya. Perkara paling berat masa itu ialah berpisah dengan RYAN4 cinta hati bonda. 

Debaran di hati bonda hanya Allah swt yang tahu. Duduk di kerusi yang teguh pun seakan2 rasa hanya duduk di atas selembar kapas yg lembut. Tidak keruan perasaan bonda tika itu..sungguh!. Pada awalnya doc menerangkan serba sedikit simptom2 yg ibu alami dan kesannya. Akhir bicara doc meminta agar bonda bertenang dan mendengar dengan teliti.

' Maaf puan, pihak kami telah menjalankan pelbagai ujian dan kami sepakat untuk mengesahkan bahawa ibu puan sedang menghidap kanser paru-paru tahap 4. Sel ini bersifat dominan dan terlalu cepat merebak dan mengganggu fungsi perjalanan normal paru-paru ibu puan. Sel ini di kenali dengan sel kanser paru-paru adenokarsinoma. Mengikut kajian dan pemantauan kami, sel2 ini telah merosak kan lower lobe paru2 Pn.eshah. Harapan untuk sembuh kami tidak janjikan. Kemoterapi hanya salah satu usaha dari kita untuk memanjangkan hayat pesakit bukan untuk mengubati. '

Berseorangan.
Yer, bonda berseorangan mendengar khabar itu dari mulut2 doktor yg bertugas pada ketika itu. Sendirian di kelilingi beberapa doktor yg menyampaikan berita yang membuatkan jantung ini seakan2 mahu berhenti berdetak. Lantai di pijak seakan tenggelam sedikit demi sedikit. Kepala melayang2 seolah-olah mabuk di pukul gelombang perasaan yg tidak terkawal.

Bersambung.....




8 comments :

STREAM said...

Salam.Singgah dan follow sini :)

http://wani-siulatbuku.blogspot.com

Unknown said...

Allahuakbar.. Sedihnya baca.. Rindu kat ibu ;(

http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/11/rahsia-saya-berjaya-mengumpul-200oz-susu-ibu-semasa-berpantang.html

Unknown said...

ala..berdambung? hmm..

btw singgah..wish me luck

http://bilaakutravel.blogspot.com/2014/11/dream-trip-to-macau.html

Penulis said...

Assalamualaikum. Saya datang sini tengok-tengok belog awak. baca-baca. Menarik. hihi.. Kalau nak ke belog saya, ni link nye... http://haziyatulnajihah.blogspot.com

Edrina Zulkafli said...

al-fatihah. tabahlah bonda sekeluarga. amin..

iamFyna^^

Anonymous said...

SALAM KENAL bonda..herm, pertama kali singgah rasa jatuh cinta dengan coretan bonda..adaa juga baru 3 tahun kehilangan ibu..Umi pergi hanya 2 minggu sebelum Adaa melahirkan anak kedua..sedih memang sedih..selama ini dialah ayah dialah ibu bagi Adaa..dalam pantang pon sedihnya terbawa sampai kemurungan seketika..huhu

takziah bonda..adaa pasti kembali sini lagi :D

www.adaa-inspiration.com

Anonymous said...

salam bonda..bila nak sambung lagi..tak sabar nak baca.. hehe

www.adaa-inspiration.com

Unknown said...

Ada sendu di hati ini...