Wednesday 1 July 2015

Perjalananan 2 tahun lalu ( pengakhiran cerita bidadari kami )




HUKM Ramadhan ke15.

Ibu di kejarkan ke HUKM kerana di serang sawan secara tiba2. Allahurabbi, ibu tak pernah di serang sawan sepanjang sel2 jahat itu menumpang di jasad ibu. Apatah lagi sepanjang ibu sihat. Mungkin inilah yang di katakan asbab kepada permulaan perjalanan terakhir ibu. Bonda bergegas ke HUKM petang tu juga, sampai di sana kelihatan ibu letih yg teramat. Macam biasa, bonda akan tanya ibu bagaimana rasa ibu? ibu senyap. Maghrib tu secara tiba2 ibu nazak, bertungkus lumus semua doc mencuba segala rawatan untuk menyedarkan yg pada ketika itu separa sedar. Alhamdulillah, ibu membuka mata dan kembali senyum pada kami seolah2 tiada apa2 yg terjadi padanya. Hampir 2jam kami nyaris2 Kehilangan ibu, rasa mahu gugur jantung rasanya. 

Namun keadaan ibu semakin lemah. Doktor meminta kebenaran dari kami untuk memberikan ibu sejenis penahan sakit yg di masuk kan melalui lengan ibu. Morfin katanya. Kesian ibu...sudahlah sakit yang ada tidak tertanggung, di berikan pulak sejenis dadah sebagai penahan sakit. Tapi bonda tau, tanpa morfin ibu tak kan mampu bertahan. Kata doktor lagi, 'lower lobe paru2 ibu sudah collapse. Ini bermakna ibu hanya bernafas hanya menggunakan 1 paru2. Masa ni, bonda memang tak tergamak nak tinggalkan ibu. Pelbagai kerisauan mula menerjah. Bonda tau, doktor tidak mahu menakutkan bonda, namun dengan hanya satu pesanan ringkas bonda sudah cukup maklum keadaan ibu.

" Puan, panggil semua adik beradik..saudara mara untuk ziarah puan eshah, kumpulkan semua anak2..saya takut tak sempat "

Allah...Allah..Allah..

Menggigil jari jemari saat bonda harus memberitahu pada semua tentang kondisi ibu. Bergetar jantung untuk melafazkan keadaan ibu. Tapi hanya ini yg terbaik buat masa ini. Selepas diberitahu, ramai sahabat handai ibu datang..saudara mara jauh dekat semua datang menziarahi ibu. Ibu nampak happy walaupun adakalanya kelihatan ibu sedikit pelupa. Kesan morfin yg di suntik 4jam sekali rasanya. Jarang ibu berjaga, banyak tertido dengan wajah yg sangat2 aman. Sesekali ibu terjaga dan berbual.

Rindu saat ni.. #nangis

Keadaan ibu tiada perubahan sehingga lah doktor memakai kan ibu compres oksigen. Ibu tak suka, ibu meragam rimas. Tapi setiap kali tu bonda, adik dan yang lain2 akan usap kepala ibu minta ibu pakai. Ibu tak mahu duduk di hospital, rengek ibu. Ibu nak balik. Ibu...andai ibu dah sihat, akk sendiri akan bawa ibu balik. Tak perlu izin dari sesiapa pun..hatta doktor sekali pun. Tapi ibu sakit..ibu uzur. Bisik bonda acap kali. Hanya Allah swt yang tau apa rasa itu, sumpah lillahitaala...sakit yang tak pernah bonda fikirkan :'(. 

Hari ke4 di hospital.
Seperti biasa ibu tertido lena. Bila malam pula bonda dan kakak ibu bergilir2 menjaga ibu. Ibu tak berapa selesa bila malam..ibu resah. Sejak di masuk kan ke hospital kali ini, bonda tak pernah lepaskan tangan ibu. Membaca pun memegang ibu. Ibu asyik panggil bonda je bila bonda hilang. Berbuka puasa hari itu...ramadhan ke19, bonda bersila makan di hujung kaki ibu. Ibu minta di tegak kan katilnya untuk melihat kami berbuka puasa.

" Kak ija makan apa tu?"

" kari ikan bu..takde lauk dah kat kantin hosp, akk turun lambat tadi "
" Bagi ibu sikit rasa, nasi besar jari pun jadilah "

Bonda ambik nasi sebesar jari kelingking beri pada ibu, letak kan kuah kari sikit. Seronok hati bila ibu minta makan. Sudah 3 hari ibu tak jamah apa2 makanan pun, kesian ibu...lapar agaknya.

" kak ija, ibu tak boleh telan lah nasi ni..kesat. Tersekat kat tekak ibu ni, bagi air je lah ".

Ibu lapar, akk tahu bu. Tapi apakan daya akak bu, bubur pun ibu tak mampu nak telan. Ibu kata kesat jugak. Akak tak tahu bagaimana rasanya bu, tapi akak tau terseksa kan bu. Nangis. Sudahnya ibu tidur usai akk berbuka. Tengah malam tu ibu gelisah. Kaki ibu menendang2 hujung katil, ibu kata lenguh. Akak dengan uda bergilir picit kaki ibu. Lepas tu tangan pulak ibu angkat tinggi2..pun lenguh ibu kata. Pendek kata 1 badan ibu kata lenguh. Ingat lagi malam tu, sepanjang malam akak tak tido. Ibu pegang je tangan akak, sesekali ibu tarik. Ibu minta tegak kan katil..minta duduk di kerusi. Uda mengalah malam tu, uda dah tak larat..uda minta tido sebentar. Memang malam ni ibu berlainan dari malam2 sebelum ni, nampak sgt ibu tak selesa. Ibu kata ibu tak sakit. Tapi ibu tak selesa. Akk rasa akk tau sebabnya, doktor telah pun menghentikan pemberian morfin pada ibu. Doktor kata badan ibu sudah 'reject ubat tersebut.

Sehingga subuh.
Subuh terakhir kita. Awal doktor masuk subuh tuh. Doktor minta izin pada akak untuk cabut semua drip air dan drip morfin di badan ibu. Doktor kata tubuh ibu mula membengkak kesan air dan ubat yg dah tak jalan. Akak bermatian bu, bermatian minta pada doktor jangan di cabut. Akk tak sampai hati...ibu tak makan apa2, klu drip air di cabut nnt ibu lapar. Tapi itu arahan doktor. Doktor kata berbahaya pada ibu kalau terus di paksa air masuk..nanti buah pinggang ibu rosak. Akak redha dalam perit.

Ibu...
Ibu minta kak ija pimpin ibu ke bilik air pagi itu. Ibu nak bersihkan diri. Akk tawarkan diri untuk 'menyucikan ibu, tapi ibu tak beri. ibu kata ibu boleh buat. Ibu mintak berus gigi, ibu gosok gigi ibu. Kemudian dengan berus yg sama ibu gosok tapak tangan ibu. Ibu kata, ibu ni berdaki dah semua sebab lama sangat di hospital ( ibu memang di kenali dengan sifat pembersih yang amat2 ). Ibu minta bonda mandikan ibu, tapi bu...sejuk. Nanti ibu sesak nafas kalau sejuk. Bonda pujuk ibu untuk lap badan saja. Subuh tu beria ibu minta basuh kepala ibu. Tapi bonda tak turutkan pun, semua demi kebaikan ibu. Usai memakai kan baju ibu, ibu tertunduk memandang lantai. Tangan ibu lemah tiba2. Bonda tanya ibu..ibu mengantuk ke? Ibu iyakan...namun kepala ibu tetap tertunduk (tanda2 kematian ibu semakin hampir, nangis ). Masuk bilik air tadi ibu hanya minta di pimpin, tapi bila nak keluar kaki ibu sudah tak mampu berpijak, uda bantu mendukung ibu. Bonda tak mampu sebab semalaman tak tido. Uda tido juga sekelumit n rasanya dia lebih bertenaga mendukung ibu.

Usai membaringkan ibu di katilnya, bonda selimutkan ibu. Ibu pandang bondang tepat ke mata dan masa itulah bonda bertanya, ibu mengantuk ke? ibu iyakan..ibu kata ibu letih sangat2. Kami bertentang mata dan bonda cium ibu. Rupanya itu renungan kita yang terakhir sebelum ibu tinggalkan akak selama2nya. Ibu koma tepat jam 11.37am. Sepanjang hari tu ibu hanya melelapkan mata tanpa2 apa tindak balas. Saudara mara dan kawan2 ibu semakin ramai memenuhi ruang hospital. Akak sunyi. Sunyi yang seakan2 membawa akak jauh dari keriuhan. Tak tahu kenapa, sejak asar akak berteleku di sejadah surau wad. Bonda mohon supaya Allah swt permudahkan urusan ibu. Jangan biar ibu melalui kesakitan berpanjangan. Sembuhkan ibu jika masih panjang umur ibu.

Sehingga maghrib terakhir itu, 20 ramadhan 2012.
Akak tinggalkan ibu untuk solat maghrib usai berbuka puasa. Sepanjang hari ibu menarik nafas berat. Bonda nak mohon pada Allah swt supaya jangan uji ibu, doa yang sama sepanjang 8bulan ini bu. Selesai salam yang kedua, terdengar esak ayah di belakang bonda. Tak perlu berkata..bonda tau apa yang ayah cuba sampaikan. Bonda berlari dengan telekung masih kemas di badan, berlari memeluk ibu yang sudah kembali menemui Ya Rabb. Yang Maha Memberi dan mengambilnya semula. Ibu kembali kepada penciptanya tepat jam 8.05minit malam bersaksikan ayah, abang, uda, adik dan suami bonda. Tiada rezeki bonda untuk menghadap ibu menghembuskan nafas terakhir ibu. Rezeki bonda hanya menjaga ibu sakit selama 8bulan. Seluruh alam terasa pegun. Hembusan angin juga turut terhenti ketika itu. Bonda sudah menjadi anak yatim pada malam itu. Ryan4 sudah kehilangan wan yang sangat2 mengambil tempat di hati mereka. Setiap yang bernyawa pasti akan pulang menemui penciptaNYA. Sedih macam mana pun, berderai macam mana pun hati ini...bonda pasti ibu telah pun berada di tempat yang lebih baik...di sisi Allah swt yang lebih menyayangi. Ibu pergi pada 20Ramadhan 1433hijrah bersamaan 08 ogos 2012.

Semua urusan pengkebumian arwah ibu berjalan dengan sangat2 lancar. Semuanya di permudahkan..alhamdulillah. Ibu selamat di semadikan di Kampung Batang Nyamor, Kota..N.Sembilan. Tempat asal arwah ibu. Sepanjang sakit, arwah memang selalu mengingatkan bonda dan semua supaya jika terjadi apa2 kepada beliau, beliau minta di bawa balik ke kampung halamannya. Di semadikan setempat dengan ayah dan mak ibu. Ibu pergi saat semua orang sedang bergembira menyambut ramadhan dan syawal yang bakal kunjung tak sampai 2 minggu lagi. Luluh hati bonda hanya Allah swt tempat mengadu. Semua persiapan raya buat ibu terkaku di satu sudut. Kaku seperti bonda yang hilang arah berbulan lamanya. Mujur ada suami dan anak2 yang selalu ada untuk mendengar tangis dan kesedihan ini.

Bertahun keredhan pada kehilangan ibu bonda cari. Bertahun. Bukan mudah merelakan perasaan duka ini, bukan senang melupakan semua cerita luka ini....

Al fatihah buat Allahyarhamah Hajah Eshah Binti Pendek.

Gambar terakhir ulangtahun perkahwinan ibu ayah, 3 bulan lebih sebelum ibu pergi :'(



3 comments :

azieazah said...

Allahuakbar... sayunya membaca.

Semoga arwah tenang di sana....

Bonda Ryan said...

Allah swt maha penyayang lagi maha mengetahui tiap2 1 perkara. Saya redha sis azieazah.

Bonda Ryan said...

Allah swt maha penyayang lagi maha mengetahui tiap2 1 perkara. Saya redha sis azieazah.